Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.
"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan," katanya.
"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.
Mengulas lanjut, Saifuddin juga berkata Ismail turut memberi jaminan bahawa tiada anggota yang terkecuali daripada mengenakan pakaian seragam lengkap dengan tanda nama dan nombor badan polis.
"Beliau berdiri dan tunjuk uniform lengkap yang dipakainya berserta dengan tanda nama," kata Saifuddin.
MP parlimen Machang itu berkata perkara tersebut dibangkitkan oleh seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin yang tidak mahu insiden semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berulang.
Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.
Sementara itu, Mohamad pula ketika ditemui pemberita berkata pertemuan dengan Ismail berjalan dengan baik dan mereka saling bertukar pandangan dan cadangan.
Polis turut memohon kerjasama penganjur dan orang ramai memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan damai, katanya.
"Mereka juga berazam untuk menjadikan perhimpunan ini sebagai satu rekod iaitu perhimpunan paling aman sebelum pilihan raya berlangsung.
"IGP mahu perhimpunan itu (menjadi) satu sejarah apabila polis mahu menggunakan Akta Perhimpunan Aman," katanya mengulas pertemuan selama kira-kira sejam itu. -MK

Kawan nak cakap sikit kat polis atau BN atau org UMngokk, takkan trjadi kacau bilau kalau tidak dimulakan oleh polis dahulu dlm mana2 perhmpunn rakyat samada mereka buat roadblock atau bedil peserta atau provokasi dr dalam dgn mnjadi peserta prhmpunan dan mulakan tndakan baling batu atau apa2 objek kearah poliis/anjingKERAjaan yg ramai brbaris tu. Tak akan berlaku. IGP nak beri jaminan? Kan ada dlm Perlembagaan Persekutuan dmana rakya brhak brhimpun. Bodoh punya IGP..eh bukan bodoh,barua punya IGP eh polis. Melatah pulakkk.
ReplyDeleteBenarkan guna stadium tapi syaratnya jgn lebih 30 000 hadirin. Patutnya PR bubar je anjuran kat stadium tu. Buat kat tempat trbuka, ini negara demokrasi bukn negara umno atau polis. Mnt mereka jgn ganggu,aman la. Hadirin confirm 200 000 org,makna BN cari pasal nak arahkan polis atau anjing2 mereka tembak le tu. Takkan Abg Mat Sabu tak faham putar alam BN ?
ReplyDeleteHimpun brjal;an lancar dan aman tapiii, ndak sangka ada jugak suara2 sumbang OCPD Dang Wangi yg kata 3 syarat telah dilanggar trmasuk bawa anak2 bersiar2 ke situ. KEPALA BANANG punya anjingKERAjaan tu...rakyat nak brsiar dgn anak2 ,ndak bole? malah bawa anak ke himpunan tu dimana salahnya. Kalau nak cakap bawa anak ke himpunan yg mmecah belah masyarakat atau prhimpunan mlanggar syarat...itu memang boleh cakap. Standard le tu pak polisi. Cuba kau cakap himpunan tu dbenarkan oleh Perlembagaan Prsekutuan dan ndak salah sesiapa hadir. Amacam,leh?? Come on le OCPD Dang Wangi...kau cegah le jenayah maksiat, narkotik atau pembunohan yg hari2 berlaku dsekitar KL nun. Come on polis. Dont be a stupid manner to be around and peoples start to condemned you. You salary is paying by Malaysian, and not only from the Be End voters. Thats all also from us.
ReplyDelete