Tuesday, January 8, 2013

PPRT Felcra Ala Kandang Kambing?

MENYUSUL kejadian Rumah Runtuh di Kampung Air, di DUN Karamunting yang baru sahaja berlaku pada 19 Disember 2012 lalu yang membabitkan 19 keluarga; kejadian malang berkenaan berlaku lagi kelmarin di Kampung Lupas Meluas, Sandakan.

Dalam kejadian kelmarin, dua buah rumah PPRT yang dibina di atas air di Kampung Lupak Meluas, di DUN Sekong telah runtuh secara tiba-tiba; satu daripadanya berpenghuni dan sebuah lagi masih kosong.
Menurut pandangan rambang beberapa orang yang ditemui; rata-rata menyatakan kedudukan rumah-rumah PPRT/PBR yang dibina di atas air tidak beberapa kukuh (tegap) dari segi strukturnya.

Salah satu punca ialah kontraktor di bawah seliaan FELCRA berpengalaman dan menggunakan bahan binaan yang tidak bermutu; malah menggunakan tiang berukuran 3X3 inci tidak mampu untuk menampung beban dan struktur rumah PPRT ala 'Kandang Kambing' berkenaan.

Ketika melakukan tinjauan di tempat kejadian petang kelmarin, Sabahkini.net sempat menemui mangsa, Nispah Binti Habibullah, 42, ibu kepada 5 orang anak bersama suaminya, Adrian Terking yang bertugas di Kota Kinabalu.

Menurut Nispah, sejak dari awal lagi mereka sudah merasa ragu-ragu dan sangsi menduduki rumah yang dalam keadaan tidak selamat itu; tetapi keadaan telah memaksa diri mereka tinggal juga kerana mereka tidak mempunyai rumah tempat untuk berteduh.

Kata Nispah, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 9.00 pagi ketika mereka sekeluarga sedang bersarapan; secara tiba-tiba sahaja rumah merasa rumah mereka bergoyang dan terus menjunam ke dalam air tanpa sempat melakukan apa-apa.

Jelasnya, kesemua barang dan peralatan yang berada di dalam rumah tersebut terhumbat ke dalam air laut dan tidak satupun yang boleh diselamatkan; termasuk peti sejuk, mesin basuh, meja, almari pakaian, dapur dan pinggan mangkuk.

“Kami menduduki rumah itu genap setahun. Selama ini kami hanya bertawakkal sahaja. Setiap malam tidak lena tidur kerana sentiasa berjaga-jaga dan dibayangi malapetaka. Rupanya kebimbangan kami menjadi kenyataan," kata Nispah yang bersyukur kerana tidak ada ahli keluarganya mengalami kecederaan fizikal melainkan masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Lupak Meluas Laut, Haji Mandu Hj Albab yang sempat ditemui melahirkan rasa kecewa mengenai insiden yang berlaku di kampungnya.

Katanya, kalaulah semua projek di bawah seliaan FELCRA atas lantikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) dalam keadaan begini; bukan pula memberikan kemudahan untuk keselesaan rakyat untuk tinggal dan mendapat rumah yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Kemalangan ini menjurus kepada rasa kekecewaan rakyat yang tidak puas hati dengan rumah yang diberikan kepada mereka tidak bermutu dan tidak selamat didiami," ujar Haji Mandu yang jengkel dengan tindakan kontraktor yang hanya memikirkan keuntungan daripada keselamatan nyawa penduduk.

Dalam erti kata lain, tambah Haji Mandu, kedudukan rumah-rumah PPRT/PBR yang dibina di atas tanah (daratan) tidak sama kedudukan rumah-rumah yang dibina di atas air kerana rumah yang dibina di darat srtukturnya lebih kukuh berbanding dengan di rumah dibina di laut.

Yang menghairankan kata Haji Mandu, kenapa FELCRA tidak membuat rekabentuk yang lebih kukuh terutama tiang simen atau pelantar khas bagi mengelak rumah condong atau tumbang akibat hakisan ombak atau angin.

"Saya tidak perlu mengajar FELCRA kerana mereka mempunyai jurutera yang berpengalaman, tetapi kita kesal kerana kecuaian mereka menyebabkan rakyat susah dan terancam," kata Haji Mandu yang meminta FELCRA menghentikan segera pembinaan rumah PPRT melainkan setelah mengenalpasti punca rumah berkenaan runtuh.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI (sabahkini)

105 comments:
Write comments
  1. Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. 4.5 bilion ringgit akan disediakan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada tahun 2013.

    ReplyDelete
  2. Sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa yang memanfaatkan 220 ribu penduduk.

    ReplyDelete
  3. Sebanyak 1.6 bilion ringgit diperuntukkan untuk projek infrastruktur utiliti luar bandar bagi projek bekalan air kepada 24 ribu buah rumah dan projek penyambungan bekalan elektrik kepada 19 ribu buah rumah.

    ReplyDelete
  4. Sebanyak 137 juta ringgit diperuntukkan bagi membiayai Program Desa Lestari melibatkan 29 buah kampung di seluruh negara dan memanfaatkan 38 ribu penduduk. Program utama termasuk menaik taraf kilang pemprosesan hasil laut dan makanan, pembinaan jeti baru, pembinaan pusat pemasaran serta menambah baik pakej dan aktiviti homestay serta rekreasi.

    ReplyDelete
  5. Sebanyak 88 juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi dan projek bekalan air bagi masyarakat Orang Asli.

    ReplyDelete
  6. Sebanyak 100 juta ringgit bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan akan terus memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang memuaskan. Bagi tahun 2013, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 19.3 bilion ringgit untuk perkhidmatan mengurus dan pembangunan.

    ReplyDelete
  8. Pembukaan Klinik 1Malaysia telah mendapat sambutan baik dan memberi manfaat dalam meringankan kos rawatan selain memudahkan akses bagi mendapatkan rawatan. Justeru, Kerajaan akan memperuntukkan 20 juta ringgit bagi membuka tambahan 70 klinik pada tahun 2013.

    ReplyDelete
  9. Klinik 1Malaysia juga akan mula menyediakan perkhidmatan ujian kolesterol dan glukosa serta ujian urin kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan untuk membaik pulih 350 klinik di seluruh negara, di samping menambah 150 buah mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara.

    ReplyDelete
  10. Bagi tahun 2013 kerajaan akan memperuntukkan 1.9 bilion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

    ReplyDelete
  11. Sebanyak 500 juta ringgit akan dibelanjakan oleh PR1MA untuk membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara 100 hingga 400 ribu ringgit seunit. Antara bandar-bandar utama tersebut adalah Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Seremban dan Kuantan.

    ReplyDelete
  12. Di samping itu, PR1MA juga akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan berjumlah 500 juta ringgit untuk membina 30 ribu unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta. Harga rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah 20 peratus lebih rendah berbanding dengan harga di pasaran dan proses pengagihan rumah akan dilaksanakan secara sistem pengundian terbuka.

    ReplyDelete
  13. Sebanyak 320 juta ringgit diperuntukkan melalui SPNB untuk membina sebanyak 22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat serta rumah mampu milik.

    ReplyDelete
  14. Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, SPNB akan membina sebanyak 21,000 unit rumah untuk tahun 2013. Di bawah program ini, SPNB akan membina rumah berharga 65 ribu ringgit dengan subsidi sebanyak 20 ribu ringgit serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2 peratus.

    ReplyDelete
  15. Peruntukan sejumlah 543 juta ringgit akan disediakan bagi Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat melibatkan 20,454 unit rumah yang akan dibina menggunakan kaedah Industrialised Building System.

    ReplyDelete
  16. Kesemua unit kediaman ini akan dijual antara 30 hingga 40 ribu ringgit seunit berbanding harga pasaran sekitar 120 ribu ringgit seunit. 20 peratus daripada keseluruhan unit rumah PPR kepada penjawat awam dan sebahagian kepada golongan OKU.

    ReplyDelete
  17. Penyelewengan projek PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) terbongkar apabila berlakunya pendedahan Menteri KPLB yang baru dan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2000.

    ReplyDelete
  18. Kedua-dua laporan itu semacam mengesahkan secara jelas kira-kira RM40 juta peruntukan projek telah diselewengkan pada era bekas Menteri KPLB, Dato’ Annuar Musa. Penyelewengan ini amat memalukan dan terbukti bahawa kerajaan amat menitikberatkan soal kejujuran untuk memberikan apa yang sepaptutnya diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  19. Jika hal ini tidak dibendung pasti akan memberi kesan seperti apa yang berlaku dari masa kesemasa. Rakyat akan menderita dan menyalajkan kerajaan sedangkan individu yang tidak bertanggungjwab mempersendakan usaha kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Youth and Sports Minister cum Karamunting Assemblyman, Datuk Peter Pang En Yin, said he would be requesting a detailed report from Felcra regarding the collapsed house. Ini yang telah diberikan oleh Datuk Peter Pang. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.

    ReplyDelete
  21. Political Secretary to Pang, Jason Tan, visited the victims and presented Rajimah with monetary aid.

    Sudah menjadi tanggungjwab untuk mereka menghulurkan bantuan dan mencari jalan kepada penyelesaian itu.

    ReplyDelete
  22. He said he would also conduct follow-up with other aids, including informing the Sandakan Red Crescent Society to provide some assistance to the victims.

    Usaha ini kita nampak satu yang mulia dan membuktikan kerajaan tidak akan melakukan sebarang yang boleh menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  23. Deputy President of Sandakan Municipal Council, Mohd Hamsan Awang Supain, said the contractor responsible for the construction of the PPRT scheme there would be called to rebuild the house.

    Sudah semestinya contractor yang akan bertanggungjwab untuk memperbaiki semula rumah PPRT itu.

    ReplyDelete
  24. He said inspections would be carried out on other PPRT houses there also to prevent similar incidents.

    Hal ini akan dapat mengelak berlakunya perkara seperti ini di lain hari.

    ReplyDelete
  25. Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) bahawa kekayaan dan taraf kelulusan bukan jaminan mereka akan terus popular di kalangan pengundi masing-masing.

    ReplyDelete
  26. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sokongan pengundi kepada wakil-wakil rakyat berkenaan akan berterusan jika budi dan khidmat yang diberikan kepada rakyat adalah baik.

    ReplyDelete
  27. “Kita mesti menjadi wakil rakyat yang lebih baik, berkesan dan disenangi oleh rakyat. Apabila rakyat sayang kita, sampai bila pun dia akan ingat kita.

    ReplyDelete
  28. “Ada juga wakil rakyat saya kenal, nak kata wakil rakyat PPRT (wakil rakyat miskin) pun boleh…ada juga mereka gelarkan diri mereka wakil rakyat PPRT tetapi saya tengok wakil rakyat ini masih popular.

    ReplyDelete
  29. “Ini bermakna, kalau kita ada harta, tidak bererti kita akan popular. Ada juga wakil rakyat, ada harta tak kekal lama..ada yang satu penggal sahaja…(malah) ada yang ada ijazah, lepas satu penggal…orang kata cukuplah, kita nak orang baru,” katanya.

    ReplyDelete
  30. Najib yang juga Pengerusi BN, berkata trend mutakhir sokongan rakyat terhadap BN setiap hari semakin meningkat, malah daripada lawatan-lawatannya ke seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, sambutan terhadap parti itu juga meriah.

    ReplyDelete
  31. Sehubungan itu, beliau mengingatkan wakil-wakil rakyat BN supaya terus bekerja keras bagi memastikan BN dapat mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang

    ReplyDelete
  32. Semoga kualiti rumah PPRT dapat dijamin untuk keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  33. Diharapkan pihak berkuasa akan mencari punca sebenar yang menyebabkan keruntuhan rumah tersebut.

    ReplyDelete
  34. Semoga tiada masalah yang sama dengan rumah-rumah PPRT yang baru dibina.

    ReplyDelete
  35. Perlulah memastikan kelayakan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek-projek seperti ini.

    ReplyDelete
  36. Bahan yang digunakan untuk pembinaan juga perlulah berkualiti dan bersesuaian.

    ReplyDelete
  37. Najib yang juga Pengerusi BN, berkata trend mutakhir sokongan rakyat terhadap BN setiap hari semakin meningkat, malah daripada lawatan-lawatannya ke seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, sambutan terhadap parti itu juga meriah.
    ( Kenapa takut bubarkan parlimen JIB oi kalau sambutan rakyat terhadap BN meriah!. Bila kau mula hentikan pemberian ubat percuma supaya kami orang miskin bersatu undi kau)

    ReplyDelete
  38. rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina tetapi tidak mematuhi kualiti spesifikasi yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  39. kontraktor yang telah diluluskan kerana membuat kerja sambil lewa.

    ReplyDelete
  40. Kekukuhan rumah yang dibina juga sangat diragui dan kualitinya amat rendah. Inilah yang menjadi masalah. Kerana kontraktor itu sendiri.

    ReplyDelete
  41. Sepatutnya juruteknik daerah yang bertanggungjawab memeriksa spesifikasi dan kualiti rumah PPRT yang dibina.

    ReplyDelete
  42. Harap masalah sebegini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  43. Pastikan kontraktor tersebut menanggung semula masalah yang timbul ini.

    ReplyDelete
  44. Pihak kontraktor yang gagal mengikut piawaian yang ditetapkan sememangnya perlulah disenarai hitamkan daripada mendapat projek.

    ReplyDelete
  45. Pihak KKLW perlulah tampil dan memberikan penjelasan berhubung masalah ini.

    ReplyDelete
  46. Kalau ikut laporan SabahKini, rumah-rumah ni roboh sebab tiang yang digunakan tak ikut spesifikasi iaitu terlalu kecil.. Dan setiap rumah tu berpenghuni masa kejadian ni berlaku.. Siapa yang lapor berita ni?

    ReplyDelete
  47. Peliknya rumah yang berpenghunipun tiangnya dapat dicuri, apa ba ceritanya ini?Rumah tak siap siapa nak tinggal?Pemberita mensensasikan keadaan tak masuk akal....u diam-diamka kalau tiang rumah u dicabut?

    ReplyDelete
  48. hahahahaha...sila sokong Barisan Nasional wahai orang sabah...GERENTI TEMBERANG DAN JAHANAM...

    ReplyDelete
  49. malang sang melayu sabah berumah di atas air

    ReplyDelete
  50. Untuk makluman korang yg duduk kat rumah kg air tu kebanyakannya...org bajau/suluk/misayak suku kaum dari Philipine...bugis/jawa/madura dari Indonesia...ramai yg ada ic...ramai yg kosong...org asli sabah spt sungai/dusun/kadazan/cino kadazan/murut...semua x tinggal kat atas air...mereka ada tanah serta dusun...makanya kerajaan BN sengaja melindungi mereka utk tujuan undi...x ada pilihanraya macamtu lah nasib mereka...dirumah air ini lah transitnya barangan seludup dari philipine seperti ganja, st maguel , rokok dsbgnya...Aku tahu sbb 6 tahun aku duduk kat Lahad datu bercampur kaum2 ini...sekarang ntah ler...itu cerita awal tahun 90an dulu...kalau sekarang dah berubah ntah ler...tapi tetap bertapok bagitu bahhhh...

    ReplyDelete
  51. pihak FELCRA harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu ini...KKLW harus tampil ke depan dan memberikan penjelasan serta pampasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  52. selain itu, pihak kontraktor juga harus bertanggungjawab atas kecuaian mereka..

    ReplyDelete
  53. Vandalism right?

    ReplyDelete
  54. Ini bukan salah kerajaan ni.

    ReplyDelete
  55. It has been reported that pillars have been removed by those irresponible people.

    ReplyDelete
  56. They have been trying to affect the people lives.

    ReplyDelete
  57. Untong Zahida Rafik dpt rumah percuma dr Shafie Afdal. Rumah 3 tngkat hrga 400 ribu dan renovated brjuta ringgit.

    ReplyDelete
  58. Apa pula kandang kambing?

    ReplyDelete
  59. This is done by nonsense people.

    ReplyDelete
  60. Teruk pla cakap mcm tu.

    ReplyDelete
  61. Why have to blame the government?

    ReplyDelete
  62. Ramaiye etnik di Sabah ya. Mcm2 nama kturunan kaum seolah2 spt di Indon jugak. Patutle UMNO senang tipu mereka brcampur dgn ic projek. Mereka bawa perangai spt Indon dimana Bugis dgn gayanya, Butun dgn stailnya, Madura dgn fanatiknya,Tidong dgn caranya malah siap brbunohan pulak demi kaum. Bodoh dan lemah aqalnya. Tak tau dimana silap ya dan harus diperbetulkan. Walhasil, segala hasil mahsul negeri disapu UMNO saban waktu.

    ReplyDelete
  63. Why blame? Solutions have been given.

    ReplyDelete
  64. Sial la kau, apa kes mau hina orang sabah?

    ReplyDelete
  65. Sikit2 mau hina orang Sabah, kanapa la bah?

    ReplyDelete
  66. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman yesterday took opposition leaders to task for claiming there is no development in Sabah and it is the poorest state in the country.

    ReplyDelete
  67. Musa urged people in the state to be wary of opposition leaders, including those from Peninsular Malaysia who are now traveling around the interior areas with their allegations.

    ReplyDelete
  68. The Sabah BN chief said it was the opposition’s perception that there was no development in Sabah as they had turned a blind eye to what the government had done.

    ReplyDelete
  69. “We do not need to boast about what we have done because the rakyat know and what is important is that the rakyat know that we are sincere in our efforts to help them,”

    ReplyDelete
  70. opposition leaders were also not new faces because among them is a former Deputy Prime Minister, a former Chief Minister and former ministers.

    ReplyDelete
  71. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman yesterday cautioned Sabahans to refrain from turning the coming 13th General Election into an experiment to change the Government.

    ReplyDelete
  72. the people should be smart in choosing to support the Barisan Nasional (BN) government for mutual gains and to ensure the continuity of the Government development plans.

    ReplyDelete
  73. The Government knows what’s best for the people.

    ReplyDelete
  74. the people in the state appeared to be confident of the BN government’s capability and were seen to be supporting them.

    ReplyDelete
  75. the government already had various plans to develop Sabah and its people in the new year 2013.

    ReplyDelete
  76. Diusung dgn Perkara 20. Utk apa aku tak tau le Sabah ni. Nak masuk Mesia dr Mesia kena pakai paspot, tak ke bangang UMNO buat undang2 nih. IC palsu dah brleluasa jugak konon nak kawal org Smnanjung masuk rupa2nya Sabah dah trsapu dek PATI. Perkara 20 tu bukan utk PATI rupanya. Patut mndur Sabah. Asyik2 kenapa hina Sabahan,bukan hina tapi fakta.

    ReplyDelete
  77. harap pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  78. punca kejadian harus dikenalpasti dan langkah sewajarnya perlu diambil.

    ReplyDelete
  79. pihak kontraktor yang tidak melakukan tugas dengan baik harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  80. apa pun, tidak adil menyalahkan kerajaan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  81. semoga penyelesaian akan dibuat dengan segera.

    ReplyDelete
  82. Pertuntukan yang disalurkan untuk projek pembangunan mencecah rekod sejarah Malaysia, terbukti kerajaan mengutamakan pembangunan di Sabah.

    ReplyDelete
  83. Kontraktor yang gagal menjalankan projek dengan sempurna harus dikenakan saman dan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  84. Rakyat harus berkeyakinan dengan pentadbiran BN yang akan membawa ekonomi Sabah ke peringkat yang lebih maju.

    ReplyDelete
  85. Kelemahan BN harus diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  86. Sabah masih dalam kemiskinan, kerajaan sentiasa menjalankan program untuk mengurangkan kadar ini.

    ReplyDelete
  87. pihak kontraktor kena bertanggungjawab akan hal ini.

    ReplyDelete
  88. pastikan kejadian ini tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  89. Saya tidak mahu tahu berapa unit rumah PPRT dan berapa peruntukan dikeluarkan kerajaan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan. yang saya mahu tagih ialah kelemahan kerajaan memantau projek "kandang kambing" di lopak meluas. Kenapa terjadi rumah runtuh. Ini bukan membantu tapi membunuh. Kenapa kerajaan negeri tak tukar kontraktor buruk dan rahsuah itu itu...... ini kalilah...

    ReplyDelete
  90. Tukar kontarktor bah... buduh...

    ReplyDelete
  91. Hayaa, saya kontrektor mau guna balang mulah mah kalau tidak ah mana ada untung mau kasih makan itu olang atas punya mah!

    ReplyDelete
  92. Kontraktor yang bertanggungjawab harus memantau keadaan rumah PPRT ini, utamakan keselamatan.

    ReplyDelete
  93. Kelemahan yang ada harus di perbaiki.

    ReplyDelete
  94. Ini bukannya salah kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan rakyat terjaga.

    ReplyDelete
  95. Kecian! siang siang dirompak penyangak. Bukan kelemahan ini yg dikatakan penyalahgunaan kuasa. Sebab itu rumah itu runtuh. Mengapa runtuh? tiada kualiti. mengapa ?tak cukup fulus? Mana fulus? Kena songlap.SPRM tak siasat? Tunggu lepas PUM13. Itu kalau PR menang. Kalau BN menang? Lagi senyap. Lagi banyak rumah runtuh!

    ReplyDelete
  96. Niat sebenar Khalid Ibrahim pada tanah di PJS1 yang menyaksikan tiga buah keluarga hilang tempat berteduh dan tidak menerima walau apa-apa bantuan pun, sangat mudah ditelah. Apatah lagi perobohan rumah penduduk yang malang itu dilakukan oleh syarikat pemaju

    ReplyDelete
  97. Tanah berstatus TOL itu kini milik syarikat lain. Dan untuk menampakkan cantik dan halal perbuatan mereka, maka Khalid Ibrahim pun menyatakan bahawa perobohan tersebut bagi memudahkan laluan pembinaan SEKOLAH dan PERUMAHAN.

    ReplyDelete
  98. Maka bersahut-sahutanlah para pencacai Pakatan Rakyat tidak ubah seperti ungka di tengah-tengah hutan. Semuanya membenarkan tindakan Khalid Ibrahim.

    ReplyDelete
  99. Seperti juga tindakan Khalid Ibrahim menarik status TOL di Kampung Sungai Kerandang dengan alasan tanah tersebut adalah tanah hutan simpan, walhal perkampungan yang wujud lebih 25 tahun itu, telah pun digantikan dengan hutan yang lain.

    ReplyDelete
  100. Menariknya pada masa yang sama, ketika Teresa Kok ingin membuka sebuah perkampungan juga, di atas tanah TOL di Bernam Jaya untuk ‘SECOND-HOME’ pendatang dari China, tidak pula para pencacai Pakatan Rakyat bising. Mereka tidak bersuara. Mereka tidak langsung mengusik berita tersebut. Mereka sebaliknya cuba mendiamkan dan menganggap berita itu tidak wujud.

    ReplyDelete
  101. Mujur jugalah rancangan Teresa Kok di Bernam tidak menjadi dan ditentang. Bukan sahaja oleh wakil-wakil UMNO dalam DUN, tetapi juga oleh wakil-wakil PAS yang diketuai oleh Hasan Ali. Wakil-wakil PKR seperti biasa, memang tidak berfungsi kerana mereka adalah robot-robot untuk DAP. Sama seperti Khalid Ibrahim sendiri.

    ReplyDelete
  102. Dasar setinggan sifar telah dimulakan oleh bekas Menteri Besar Selangor terdahulu iaitu Khir Toyo. Pun begitu, berbanding apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Khir Toyo pula menghapuskan setinggan dengan mengubah status tanah daripada haram kepada TOL, daripada TOL kepada geran. Yang tidak mendapat tanah, dipindahkan pula ke kawasan-kawasan perumahan PPRT. Pembinaan rumah murah untuk kaum berkenaan rancak dibuat. Bagaimanapun, usaha-usaha Khir Toyo itu dirampas oleh Khalid Ibrahim berikutan kekalahan UMNO di Selangor. Sekarang, Khalid Ibrahim mengambil nama atas kerja-kerja Khir Toyo

    ReplyDelete
  103. Kerajaan Negeri perlu memberi penekanan kepada 5 Halatuju Strategik Negeri dalam usaha menyediakan landasan dan mencapai objektif Rancangan Malaysia Ke-10. selain kerjasama semua pihak dari pelbagai lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  104. Halatuju strategik terbabit adalah memanfaatkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), membangunkan sumber manusia, mempromosikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengkomersilan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan meningkatkan suasanan 'mesra perniagaan' di Sabah.

    ReplyDelete
  105. pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mencapai matlamat menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang maju.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.