Tuesday, January 8, 2013

Parti Star mahu Pakatan lebih tumpu Semenanjung

Parti Reformasi Negeri (Star) mencadangkan kepada kepada Pakatan Rakyat agar lebih menumpukan kerusi pilihan raya di Semenanjung bagi membolehkan parti tempatan Sabah berpeluang memenangi kerusi di negeri itu bagi meraih sokongan kepada mereka.

Pengerusi Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, mereka telah mengutarakan cadangan tersebut tetapi ia seolah-olah tidak diendahkan.

Jelasnya, Pakatan sepatutnya memfokuskan untuk memenangi 165 kerusi parlimen di Semenanjung bagi membolehkan parti di Sabah menumpukan kepada 25 kerusi lain di negeri itu.

"Kemenangan itu kemudiannya boleh kami gunakan untuk menyokong mereka. Begitu bah… Kita hanya akan rugi sekiranya bersaing sesama sendiri.

"Dengan demikian, ia akan mengurangkan persaingan dan peluang untuk menang lebih cerah," kata Jeffrey yang menambah, mereka boleh bekerjasama dan menyokong Pakatan sekiranya menang kelak.

Dalam ucapan ketika sambutan hari ulang tahun pertama parti itu di satu dewan sekolah di Kota Kinabalu pada hari Ahad lalu, Jeffrey berkata, beliau akan terus berunding dengan Pakatan sehingga saat terakhir bagi tujuan itu.

“ Tapi perkara seumpama ini tidak boleh dipersetujui begitu sahaja. Kami berharap, kami tidak akan menutup pintu pada saat-saat terakhir,” katanya.

Jeffrey berkata, ia merupakan satu permintaan yang tidak adil.

Beliau mengulas permintaan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengurangkan jumlah kerusi yang akan ditandingi.

Akhbar The Sun pada 3 Januari lalu melaporkan, Anwar meminta SAPP supaya menghentikan tuntutan untuk menandingi lebih 50 kerusi di Sabah.

Menurut Anwar, tuntutan berkenaan mematikan rundingan antara parti PAS, DAP, STAR dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi kerusi di negeri itu.

Anwar berkata, perkara itu berlaku walau timbalan presiden PKR Azmin Ali bersetuju untuk mennyerahkan beberapa kerusi kepada SAPP.

Katanya lagi, SAPP memberi petanda bahawa parti itu hanya akan berunding sekiranya diberi jaminan untuk mendapatkan lebih 50 peratus daripada kerusi negeri di Sabah. -MK

132 comments:
Write comments
  1. Semua pun mau kerusi lebih ba.kalau tiada tolak ansur memang tidak menjadilah kerjasama mereka ni.

    ReplyDelete
  2. Cadangan Anwar nak lawan 1 lawan 1 dgn BN di Sabah tapi pembangkang tempatan enggan melutut pada Anwar.

    ReplyDelete
  3. Anwar mahu dapatkan kerusi2 untuk PKR tapi dia tidak dapat bahalol yang mudah dibeli seperti Lajim Ukin, Musli Oli,Yahya Lampong dll.

    ReplyDelete
  4. Mood di kalangan PKR Sabah masih belum tenang dan banyak perkara seperti internal bickering yang perlu Anwar selesaikan.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin PKR Sabah tau Lajim sudah mendapat green light utk bertanding di DUN dan Parlimen .Ini menyebabkan mereka sakit hati kerana begitu lama mereka bersama PKR tapi dipotong oleh Lajim yang tiada memberi pengorbanan.

    ReplyDelete
  6. Satu lagi perkara yang Anwar pening adalah bagaimana nak mengurus Jeffrey Kitingan.Dia susah untuk dikawal dan dibeli.

    ReplyDelete
  7. Jika JK dan STAR bertanding dalam lebih dari 60 kerusi iaitu lebih dari setengah jumlah DUN Sabah ataupun sepenuhnya termasuk 29 kerusi parlimen,susah Anwar utk capai impiannya.

    ReplyDelete
  8. Lepas ni,apa Anwar bakal lakukan??

    ReplyDelete
  9. Jeffrey pernah ditahan ISA kerana terlibat dgn golongan pemisah Sabah.Kumpulan itu mendapat pembiayaan dan latihan dari intel Amerika yang berpangkalan di Pulau Luzon Filipina.

    ReplyDelete
  10. Satu masa dlu abangnya Joseph Pairin Kitingan mempunyai hubungan yg amat rapat dgn World Council of Churches.

    ReplyDelete
  11. Lagi bagus kalau star memerintah. Tetapi bolehkah star menang dan membentuk kerajaan .satu lagi jeffrey ni betul-betul berjuang demi Sabah jangan nanti mudah di beli oleh Bn maklum sajalah sabahan kalau tengok duit. Lupa segala-galanya...belum ada lagi pemimpin sabahan yang betul-betul berjuang demi Sabah dan rakyatnya...yang ada hanya tukang temberang. Tengok saja pemimpin-pemimpin terdahulu seperti abangnya pairin dulu lain haluan untuk berjuang hak Sabah tetapi sekarang tukang cuci pantat si musa perompak dan pengipas pemimpin Malaya .

    ReplyDelete
  12. Mungkin ini pun satu muslihat dari umno dan bn supaya mereka kekal berkuasa jika PR tidak bertanding di Sabah sesudah bn tidak yakin menang di semananjung...jadi jeffrey di tangan kiri dan kanan ada madu dan racun kahkahkah ...ada cerita panas terbaru perjumpaan beliau dengan Daim.

    ReplyDelete
  13. Parti Tempatan sudah diberi ruang dan peluang untuk memerintah sebelum ini seperti BERJAYA, USNO, PBS tetapi malangnya semuanya GAGAL, tidak bersatu padu, tikam belakang dan mempunyai niat hasad dengki...ini lah nasib rakyat Sabah akibat perbuatan PEMIMPINNYA sendiri. Tidak seperti rakan sebelahnya Sarawak iaitu parti PBB yg ternyata kuat dan jitu, oleh itu ia mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal kerajaan sendiri....amat memalukan parti tempatan SABAH...maka peluang dan ruang tersebut tertutup selamanya, dan datanglah PAKATAN untuk mengambil kesempatan...Kacian bahhh..

    ReplyDelete
  14. Pakatan tidak mungkin dapat mempengaruhi penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  15. Sokongan rakyat Sabah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedikitpun terjejas sekalipun dua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, demikian tegas Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini. Lihatlah betapa rakyat mempercayai kerajaan BN untuk terus memerintah dan membawa kemajuan serta pembanggunan di Sabah.

    ReplyDelete
  16. Beliau yakin majoriti rakyat akan terus menyokong kepimpinan Najib dalam menerajui negara untuk mencapai kejayaan lebih besar.Lihatlah betapa rakyat mempercayai kerajaan BN untuk terus memerintah dan membawa kemajuan serta pembanggunan di Sabah.

    ReplyDelete
  17. Sokongan kepada Najib kini terus meningkat, terutama di kalangan rakyat Sabah "kerana keikhlasan beliau mencari jalan menyelesaikan masalah termasuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri ini," kata Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri.Lihatlah betapa rakyat mempercayai kerajaan BN untuk terus memerintah dan membawa kemajuan serta pembanggunan di Sabah.

    ReplyDelete
  18. “Program transformasi Najib telah memberi manfaat kepada rakyat. Saya percaya rakyat Sabah tidak akan menyokong ahli politik yang semata-mata berusaha untuk memenuhi impian politik peribadi.Lihatlah betapa rakyat mempercayai kerajaan BN untuk terus memerintah dan membawa kemajuan serta pembanggunan di Sabah.

    ReplyDelete
  19. “Rakyat Sabah ingin terus menikmat kestabilan dan kemajuan, dan mereka yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri," kata Salleh kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai cabaran-cabaran pembangunan Sabah bersempena program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di 1Borneo, dekat sini hari ini. Lihatlah betapa rakyat mempercayai kerajaan BN untuk terus memerintah dan membawa kemajuan serta pembanggunan di Sabah.

    ReplyDelete
  20. Salleh berkata kekuatan BN di Sabah juga terus kukuh di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman walaupun selepas tindakan Lajim dan Bumburing itu. Lihatlah betapa rakyat mempercayai kerajaan BN untuk terus memerintah dan membawa kemajuan serta pembanggunan di Sabah.

    ReplyDelete
  21. Sabah State Reform Party (Star) chief Datuk Dr Jeffrey Kitingan is threatening to sue those who claim Star is being financed by Umno; rubbishing talk of an alliance with the Sabah Progressive Party (SAPP) and implicitly Pakatan Rakyat; and promising that should Barisan Nasional take Putrajaya at GE13 and Star take Sabah, Star will work with Barisan Nasional BN as "it has no choice".

    ReplyDelete
  22. During the summer, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim managed to briefly grab headlines by convincing a handful of has-been MPs and local politicians to cross the floor to Pakatan Rakyat. (Somehow, DAP's perpetual outrage at floor-crossing was not triggered by these events.) Showing the deft touch that has made him such a successful Opposition Leader, Anwar then somehow managed to get those same MPs to announce they were forming their own party, and would contest at GE13 under their own flags.

    ReplyDelete
  23. Lest this be thought a one-off event, it is important to remember that PKR under Anwar's direction managed to turn a Sabah election into three-cornered contests by fighting with local Opposition parties over seat allocation. And while DAP did well among urban Chinese in Sarawak in that state's elections, the results for PKR were not so stellar, and PAS candidates not merely lost but lost their deposits.

    ReplyDelete
  24. Jeffrey was of course a vice-president of PKR until 2009, and after endless speculation (during which some have alleged Anwar was attempting to lure the wayward Jeffrey back into the fold), finally formed Star to fanfare and thoughts of a renewed state Opposition.

    ReplyDelete
  25. Jeffrey appears to have burned that bridge once and for all. "If they decide to join Pakatan then we do not have to worry about the seats allocation anymore because they will decide among themselves and we can plan our own strategy.

    ReplyDelete
  26. "We have to discuss and finalise the seats distribution but the problem at the moment is that we are not sure where SAPP stands.

    ReplyDelete
  27. "Are they negotiating with Pakatan, or are they with the Borneo Alliance? If they decide to work with Pakatan then SAPP will be part of the Malaya Agenda as we see BN and PR (Pakatan) as the Malaya Agenda while we see ourselves as Agenda Borneo," he said.

    ReplyDelete
  28. The problem of course is that Star and SAPP are both nominally committed to autonomy for Sabah, but Pakatan Rakyat -- whatever its claims in its faded Buku Jingga -- is generally unconcerned about that issue except as a means to pick up seats in Borneo at GE13. Peninsular Pakatan leaders tend to see Sabah exactly as they accuse BN of doing: as a treasure-trove of seats to be harvested for the general elections.

    ReplyDelete
  29. Given Pakatan Rakyat's chronic inability to settle on common policy issues for any length of time, Sabah Opposition parties would have to make a leap of faith to imagine that the Federal Opposition would take autonomy seriously should they win GE13. And with Pakatan's notorious tendency to dictate terms to Borneo parties -- a tendency on display since GE12 -- that leap of faith would border on insanity.

    ReplyDelete
  30. This is the hidden text of the latest Star furore. Pakatan works tirelessly to control the Opposition in Sabah while claiming that the pact wants autonomy for the state. They preach the importance of local parties while working to undermine them. Undeterred by failure after failure they attempt the same things again and again, apparently surprised by the same results.

    ReplyDelete
  31. When GE13 turns Sabah into an enormous round of three-cornered (and four-cornered and perhaps five-cornered) contests, Pakatan Rakyat will have only themselves to blame.

    ReplyDelete
  32. Sebelum ini kata nak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, tapi sekarang lain pula.

    ReplyDelete
  33. Jeffrey kitingan memang hipokrit, sama dengan si Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  34. Star dan SAPP pernah berkata hendak bersatu dengan Pakatan, tapi selepas itu mereka bertukar muka.

    ReplyDelete
  35. Rasanya pembangkang tidak akan berjaya menang di Sabah kerana masih belum dapat bersatu.

    ReplyDelete
  36. BN pasti merasi ini berita yang baik untuk mereka kerana pecahan undi akan membantu BN menang besar.

    ReplyDelete
  37. Jeffery Kitingan bukan seorang ahli politik yang boleh diharapkan, beliau hanya ada agenda peribadi, sebab itu dia banyak tukar2 parti semata-mata mau mencapai hasratnya sendiri...DSAI sudah nampak tu maianan si jeffery tu...Jeffery boleh menjadi halangan kepada rakyat sabah yang mahu menukar kerajaan BN.

    ReplyDelete
  38. Seems like everybody is fighting now.

    ReplyDelete
  39. Kita juga minta STAR tumpukan perhatian di Sarawak kerana tidak ada satu pun kerusi STAR di Sarawak. Perbaiki dulu kedudukan STAR di Sarawak sebelum mengembangkan sayap ke Sabah kio Jeffrey.

    ReplyDelete
  40. Apa pun semoga berjaya la kunun tu.

    ReplyDelete
  41. Now that both Budget 2013 from the ruling coalition and the shadow budget from the opposition have been presented, let’s take a look at how the two budgets stack up against one another.

    ReplyDelete
  42. This is the last budget before the general election and the stakes are high. Barisan Nasional has had a lot of experience in crafting budgets and surprised no one when it dished out cash and other goodies, particularly to the younger generation who are a significant chunk of the newly registered electorate and are an unknown quantity in terms of their voting inclinations.

    ReplyDelete
  43. It scored some points however for not going overboard with spending as expected by some economists and still managed to pare down its expected budget deficit to four per cent from an estimated 4.5 per cent this year.

    ReplyDelete
  44. Pakatan Rakyat is a relative novice when it comes to federal budgets and presented one that appears to be much more geared toward reforming the economy than the one from the Najib administration which appeared to have more-of-the-same type policy tinkering rather than sweeping fundamental changes.

    ReplyDelete
  45. You can’t really blame Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for not wanting to rock the boat too much and going back for more of the same approach that delivered impressively higher than expected GDP growth this year despite economic slowdowns elsewhere in the world.

    ReplyDelete
  46. But PR’s budget, on the other hand, is more exciting as it really shows teeth when it comes to tackling things like monopolies, cartels and downsizing the state’s involvement in business.

    ReplyDelete
  47. BN managed to cut the projected deficit from 4.5 per cent this year to 4 per cent in 2013 but it wasn’t enough to beat PR. BN can say of course that PR can promise anything since it is less accountable as it is not in power.

    ReplyDelete
  48. PR meanwhile has talked a lot about eliminating corruption, leakages and wastages but all that effort appeared to yield only a slightly better deficit number than BN’s. Still, the slight improvement is enough to give it an edge over BN in the eyes of ratings agencies and economists.

    ReplyDelete
  49. BN’s approach appears to be via a sprinkling of incentives based on wish lists from industry groups while PR’s approach looks to be tackling things at the fundamental level by boosting the country’s intrinsic competitiveness.

    ReplyDelete
  50. BN advocates incentives such as tax relief for R&D, a RM1 billion fund to boost domestic investments, incentives to take over foreign firms, incentives for the tech industry such as income tax relief for Angel investors and recognising intellectual property as collateral, and a RM10 billion Working Capital Guarantee Scheme for SMEs.

    ReplyDelete
  51. PR has gone for the reform route for development, saying that it will seek first to purify the economy of toxicities and flush out rent seeking, corruption, cronyism by dismantling cartels, abolishing monopolies so that the economy can more easily flourish free from the scourges of distortions and inefficiencies. By aggressively reducing state capitalism by reforming the role of GLCs, it also promised to make entrepreneurship the bedrock of the economy.

    ReplyDelete
  52. Both approaches have their merits. BN’s incentive-based approach is safe but boring and PR’s reforms are more exciting and have the potential to send the economy to first-world status. A hybrid approach would be best as SMEs shouldn’t have to choose between a working capital guarantee scheme and a business environment free from cartels and rent-seeking. But based on the potential value that the approaches will bring over the long term, PR wins this one.

    ReplyDelete
  53. Jadi jangan ja nanti ada perkara tak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  54. Pelancaran Parti STAR Sabah pada 6 Januari 2012 menampakkan Dr. Jeffri Kitingan beria-ia ingin membuat perubahan di Sabah....KONONnya LAH

    ReplyDelete
  55. Kenapa Dr. Jeffri Kitingan tidak menubuhkan parti sendiri??? Parti berasal dari Sabah....dia kan orang Sabah juga.

    ReplyDelete
  56. Kenapa dia perlu membawa parti luar iaitu Parti STAR untuk masuk ke Sabah?

    ReplyDelete
  57. Parti STAR (State Reform Party) ni adalah sebuah parti yang berpengkalan di Sarawak, ditubuhkan di Sarawak, parti pembangkang Sarawak.

    ReplyDelete
  58. Rupa-rupanya Parti berasal dari Sarawak. Kcian pulak kan. Bagi orang-orang yang ada di luar sana tu mesti ingat ini Parti STAR Sabah punya, milik Dr. Jefri Kitingan kan? BUKAN.....SALAH TU!!!

    ReplyDelete
  59. Presiden Parti STAR adalah Dr. Dripin Sakoi dan Founding President nya adalah Datuk Dr Patau Rubis.

    ReplyDelete
  60. Mereka berdua ni adalah orang Sarawak, pembangkang yang ada di Sarawak.

    ReplyDelete
  61. Bertanding dalam pilihanraya, tidak juga menang, asyik kacau daun jak keja mereka.

    ReplyDelete
  62. Penyokong Parti STAR di Sarawak tidak ramai, boleh dikira dengan jari.

    ReplyDelete
  63. Kalau di Sarawak, Parti STAR ni macam "Tahi Telinga" jak. Mau tinggal dalam telinga orang padahal dia tu "tahi telinga". Buat kempen sana sini pengaruhi telinga orang supaya mendengar.

    ReplyDelete
  64. TETAPI.....kalau dah dinamakan "Tahi Telinga", orang akan buang juga tahi tu. Sapa lah yang mahu simpan tahi banyak-banyak dalam telinga.

    ReplyDelete
  65. MAKSUDNYA di sini ialah : Parti STAR di Sarawak adalah parti pembangkang buangan yang tidak popular di mata rakyat...

    ReplyDelete
  66. Mau perintah konon tetapi tiada hala tulu....cakap jak banyak untuk pengaruhi rakyat.

    ReplyDelete
  67. Merujuk kepada kemasukan Parti STAR di Sabah pulak, kenapa perlu membawa "Tahi Telinga" dari Sarawak untuk diisi dalam telinga orang-orang di Sabah?

    ReplyDelete
  68. Peranan Dr. Jeffri Kitingan sebagai Pengerusi Parti STAR Sabah ibarat menjadi orang yang tiada hala tuju sebab Parti STAR tu bukan parti milik Sabah.

    ReplyDelete
  69. Cuma dia sengaja mau buat kacau untuk mengucar-kacirkan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  70. Mau mempengaruhi rakyat Sabah dengan ideologinya melalui Parti STAR tetapi dia tidak sedar bahawa TIADA yang menyokong Parti STAR di Sarawak.

    ReplyDelete
  71. Daripada sini kita nampak bahawa ternyata Dr. Jeffri Kitingan seperti orang 'desperate' a.k.a terdesak dalam politik di Sabah ni.

    ReplyDelete
  72. HAPUSKAN Parti STAR dari bumi SABAH!!! Jangan terima Parti STAR sebab Parti STAR berasal dari Sarawak!

    ReplyDelete
  73. Kepada yang sudah masuk Parti STAR dan sudah menjadi pengikut Dr. Jeffri tu, keluarlah beramai-ramai.

    ReplyDelete
  74. Anda sebenarnya pengikut yang sesat. Pengikut parti buangan yang berasal dari Sarawak.

    ReplyDelete
  75. Dont think PR serves a chance in Sabah.

    ReplyDelete
  76. Pembangkang hanya mainan politik.

    ReplyDelete
  77. STAR telah mengadakan perbincangan dengan orang kuat Anwar. Kita terbuka untuk perbincangan dengan Pakatan Rakyat tetapi perbincangan itu harus menyetujui untuk memfokus 165 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia dan 25 kerusi di Sabah jika PR serius dan ikhlas untuk mengiktiraf autonomi Sabah.

    ReplyDelete
  78. STAR mahu mereka menyokong kita bukan berlawan dengan STAR. Tapi nampak macam PR cuba untuk menguasai STAR.

    ReplyDelete
  79. Jeffery yang sangsi tentang kejujuran PR, berkata ia tidak adil sekiranya Pakatan pembangkang itu hanya berminat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

    ReplyDelete
  80. Kita nampak Pakatan Rakyat mempunyai objektif seakan-akan serupa dengan Umno, untuk mengawal Sabah. Kita mahu ia menjadi rakan setaraf bukannya kurang penting.

    ReplyDelete
  81. Jeffery Kitingan berkata STAR bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi parlimen dan negeri di Sabah pada pilihan raya umum akan datang bersama United Borneo Alliance.

    ReplyDelete
  82. Ramuan politik Datuk Dr. Jefrey Kitingan yang diadunnya sebagai pengkaji dan pemikir politik sejak dahulu tidak menemukan formula terbaik bagi menumbangkan Barisan Nasional di Sabah.

    ReplyDelete
  83. Campur tolak perkiraannya mengenai parti-parti di Sabah menyebabkan dia sering melompat dari kolam ke kolam parti politik.

    ReplyDelete
  84. Akhirnya dia menemukan satu formula bahawa "menjadi katak politik" itu tetap mulia asalkan ideologi politik tetap tidak berubah.

    ReplyDelete
  85. Sekejap ditebangnya PKR dan DS Anwar sebagi pemimpin Kuala Lumpur yang hanya memperalat Sabahan untuk matlamat politinya. Sekejap dia agungkan Anwar sebagai "pahlawan agung" dengan menghadiakannya "pedang pusaka Jeffery.

    ReplyDelete
  86. Kini Jeffery pula menentang PKR dan PR melalui STAR.

    ReplyDelete
  87. Itupun sekejap-sekejap menyokong idea PR. Kadang Jeffery mampu duduk semeja dengan Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain tetapi masing-masing menyembunyikan pisau belati di pinggang.

    ReplyDelete
  88. Jeffery hanya pinjam PR sekejap saja itu. Setelah membakar jambatan dengan PKR, Jeffery telah membawa semua penyokong-penyokongnya dari PKR ke STAR. Tengok Jeffery mencari sokongan.

    ReplyDelete
  89. Ribuan mereka meninggalkan PKR walaupun statistik yang tepat dan sahih tidak dikeluarkan.

    ReplyDelete
  90. Tengok akan kepintaran Jeffery cuba mencari sokongan dengan menyertai parti tertentu dahulu dan keluar. Tapi malangnya beliau tidak dapat buat perkara ini kepada PBS. Kerana PBS kuat berpegang dengan perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  91. Apa andaian Anwar bahawa "politik Sabah akan membuat kejutan"?. One to one fight atau gagasan 1215 yang diterajui oleh Demokratic Sabahan hanya akan menjadi angan kosong. Masing-masing memilih jalan menonjolkan agenda peribadi.

    ReplyDelete
  92. Kata daripada DAP yang mana dengan menuduh STAR hanya memenagkan BN di Sabah.

    ReplyDelete
  93. SAPP mengajak PR dalam sepasukan tetapi menyimpan muslihat demi kepentingan politik SAPPnya.

    ReplyDelete
  94. Apa yang jelas STAR telah memunahkan harapan PKR dan PR di Sabah.

    ReplyDelete
  95. UBF Jeffery hampir pasti akan berhadapan dengan PR dalam PRU13.

    ReplyDelete
  96. Masing-masing mahu menapak di bumi di bawah bayu; sharing is caring diketepikan dan agenda masing-masing diletakkan di pundak perjuangan.

    ReplyDelete
  97. Rakyat diajak dan dihasut menyokong. Dalam masa yang sama mereka tega melihat rakyat Malaysia di Sabah dipolarisasikan mengikut fahaman politik yang berpaksikan kepentingan pemimpin masing-masing.

    ReplyDelete
  98. Perjuangan yang hanya sekadar bertunjangkan matlamat ingin berada dalam system politik tanahair pastinya berhadapan jalan buntu.

    ReplyDelete
  99. Diorang ni mau lebih2 la pula.

    ReplyDelete
  100. Saya tidak berapa setuju dengan JK,almaklum lah kalau PR hanya tumpu di semananjung dan BN tewas di sana dengan margin kecil,nercaya STAR akan melobi menjadi TPM,untuk sabah dan kalau PR tidak bagi tetap di melompat ke BN,rakyaat sabah jangan terpedaya dengan JK ini pandai putar belit,kalau STAR bersendirian tetap calun mereka akan hilang deposit kemungkinan JK akan nyawa-nyawa untuk mendapat undi disekitar 2000 undi

    ReplyDelete
  101. Leh pakai ke Kitinganson nih ? Aku mnilai tindakan STAR mngarah PR jgn campurtgn diSabah mnunjukkan ia seorg giler kuasa/jawatan. Kalau mcm tu,baik Lajim pulak dan jauh baik Lajim pun kot. Dulu PBS kan hebat/kuat tapi rosak angkara Kitinganson jugak. Jd rakyat Sabah kalau ndak bole nilai pemimpin sbegini,aku ndak tau lah.Yg pasti SAPP dan STAR dua2 parti cari makan dan jika begitu,apa sebenarnya yg bole kita harapkan?

    ReplyDelete
  102. STAR kena faham, cawangan pun takde diSemenanjung, mana mungkin STAR boleh meletakkan calon.. aku rasa Jeffery Kitingan ni kena memahami basic politik.. politik adalah real dan politician adalah bayang bayang....sekejabp panjang dan sekejap pendek.. ada kala popular dan adakala tengelam.. Jeffery adalah yg tengelam...

    ReplyDelete
  103. Ha...ha...ha... pandainya Jeffrey Kitingan nak kelentong, kononnya beri dia peluang di Sabah kemudian dia akan menyertai PR, dia ingat org PR bodoh, bila beri dia je peluang bertanding di Sabah dan kemudian dia menang, mudahlah baginya bertawar menawar samada nak sokong PR ke nak sokong BN, wah! dia boleh jadi org penting yg jadi rebutan antara BN dan PR, mcm gadis cantik yg jadi rebutan......

    ReplyDelete
  104. mana2 parti yg berkeras mau bertanding lebih 50% komfom ada udang disebalik batu....mgkn mereka sudh d beli awal2 lagi....siapa yg tdk faham sepak terang politik khususnya kami warga sabah...banyak permainan di saat akhir....siapa tau star dan sapp ada pemain utama disebaliknya

    ReplyDelete
  105. Jeffrey x payah nak berlagak STAR...kalau dia nak teruskan survival politik dia ...dia kena terima hakikat bahawa..PKR satu2nya parti pembangkang yg telah meyakinkan rakyat untuk menggantikan parti2 pembangkang Sabah yg hidup segan mati x mau...seperti USNO...kemana berkuburnya parti tersebut setelah UMNO masuk Sabah?Semua org USNO sanggup menjadi ahli UMNO...walaupun UMNO parti dari semenanjung...ini bukan zaman semenanjung dipanggil Malaya seperti tahun 80an dulu...sewaktu aku bekerja di FELDA Sahabat...org Sabah panggil kami org Malaya...sekarang zaman dah berubah...kami tidak panggil Safie Afdal sebagai Beliau...kami hormati org Sabah yg berjiwa Malaysia...bukan berjiwa suku kaum....ada faham bah???

    ReplyDelete
  106. apa pula soal malaya dan sabahan ni, rakyat sabah dah terima malaysia dan mungkin ada juga yang x terima, tapi mereka adalah golongan minority di sabah. apa yang penting kebenaran dpt ditegakkan rakyat sabah hidup selesa walau dgn pendapatan kecil dan bukan seperti skrg, matlamat kita adalah beri peluang kpd PR utk buktikan kemampuan mereka mentadbir tnpa ada agenda peribadi

    ReplyDelete
  107. Saya ada dengar-dengar STAR ingin bertanding di Perlimen Tenom dengan KB nya Azroy Abdullah saya andaikan lah akan ada pertandingan 3 penjuru,Kemungkinan KB UMNO Datuk Rubin Balang akan mengwakili BN manakala PR belum tentu lagi,saya boleh kata bahawa STAR hanya akan mendapat sekitar 800 hingg 900 undi maka hilang deposit lah dia,saya pun belum kenal orang ini,jumpa dikedai pun inda pernah.

    ReplyDelete
  108. politik STAR ini umpama tebu manis bila di jilat tapi membawa penyakit seperti penyakit kencing manis dan sengal-sengal tulang maklum lah manis,lebih baik pahiy-pahit manis dari manis terus.

    ReplyDelete
  109. PR tamak haloba...PR tidak pun kisah dengan kewujudan parti2 pembangkang tempatan...

    ReplyDelete
  110. PR semua pun mahu bolot...sedangkan PR di sabah adalah lemah...PR hanya kuat di semenanjung sahaja...

    ReplyDelete
  111. SAPP juga lemah...ini kerana SAPP perlukan PR...sedangkan PR tidak pun memerlukan SAPP...

    ReplyDelete
  112. nampaknya semakin menjadi kenyataan akan berlaku pertandingan 4 penjuru di sabah tidak termasuk calon Bebas pada pru13 nanti...

    ReplyDelete
  113. undi pembangkang akan pecah..

    ReplyDelete
  114. formula 1 lawan 1 tidak akan menjadi kenyataan...PR tidak akan berkompromi dengan parti2 pembangkang tempatan...

    ReplyDelete
  115. Ramai lagi pencacai dungu2an Sabahan ye. Ndak nampak apa kebaikan yg PR bawa dan apa keburukan yg telah dan akan BN bawa utk dpersembahkan pd rakyat jelata. Betul le negara Malaysia jauh ktinggalan dgn negara jiran ASEAN yg sedia menukar kerajaan jika gagal mnjaga kebajikan rakyat. Di Indon, bahan bakar ( BBM) petrl mau naik,seluroh nusantara demonstrasi...kecut perut pemerintah dan ndak jadi naik. Suratkhabar mereka bukan bodek pemerintah tetapi meeka bantai pemerintah. Itu satu conoth di satu negara. Kalaunak banding dgn lain2 lg,ndak payah lah.

    ReplyDelete
  116. Datk Saleh, Pembohg dan penipu sedgkn dia tahu rakyat yg termiskin hingga kehari ini dari dulu sampai skrg adalh suku sakatnya BAJAU. Pemimpin Bajau UMNO/BN memang Kaya raya termsuk kroni saja tak dapt dinafikan tetapi rakyat biasa bajau yg termiskn papa kedana peminta sedekah sana sini pemimpin bukan tahu bela dan beri kemajuan dan perusahaan hnya suka kasih gula2 supy kerumun meminta sedekah setiap pemimpoin pulg datg sbulan skali atau ktika dekat pilihn raya sj nah mghambur duit seringgit atau sepuluh ringgit seorg. Lihat perangai Datk safie apdal sikap dari pergai tun sakaran pilih kasi memberi sedakh tanpa fikir yg mana lbh sesuai untk dbagi. Pemimpin Bajau UMNO/BN sama juga dg pemimpin UMNO/BN yg lain pd hr ini sudh tdk relevan untk disokg krn hnya cakap tak serupa bikin. Rakyt tmpatn asli di abaikn tetapi rakyat pndtg asing yg dipelihara. Datuk jefry dg partinya baru jk mh Sabah berubah hilg dari UMNO/BN knpa tdk mh untk pakat dg parti PAKATAN?...ddDia ada niat lain tdk mh Pakatan menang tetapi Star adalh parti permainan UMNO/BN. AWASI STAR slgi tdk masuk pakatan parti star adalh parti pasgn UMNO/BN yg telh mmbuat rundgn sulit dg DAIM Jahanam!

    ReplyDelete
  117. rasanya pakatan tetap mahu juga kerusi di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  118. pakatan dan STAR nampaknya saling tidak mempercayai sesama mereka.

    ReplyDelete
  119. isu pembahagian kerusi dikalangan parti pembangkang di Sabah ni pun masih belum lagi selesai sehingga sekarang.

    ReplyDelete
  120. adalah tidak mustahil, pertandingan 3 atau 4 penjuru akan berlaku di Sabah pada PRU nanti.

    ReplyDelete
  121. apa pun, yang penting rakyat harus bijak dalam membuat pilihan.

    ReplyDelete
  122. Adakah rakyat melompat parti ke PKR sedangkan BN sudah lama di Sabah dan pencapaian BN juga mantap selepas mengambil alih.

    ReplyDelete
  123. Pertandingan 3 penjuru tidak memanfaatkan pembangkang.

    ReplyDelete
  124. PKR & SAPP tidak mungkin boleh kerjasama, masing-masing ada agenda sendiri untuk dicapai.

    ReplyDelete
  125. 1 to 1 will benefit to opposition.

    ReplyDelete
  126. Lets see how Jeffrey and Star can achieve in coming election.

    ReplyDelete
  127. JK hanya pandai cakap sahaja, apa yang beliau cakap hanya sekadar untuk memancing undi sahaja.

    ReplyDelete
  128. Star tidak di terima di Sarawak, Di Sabah pun masih baru, belum ada sumbangan apa-apa lagi.

    ReplyDelete
  129. Rakyat pasti tau apa yang terbaik dan parti mana yang boleh membantu mereka.

    ReplyDelete
  130. Bagaimana rakyat mau percaya dengan JK, beliau sendiri seorang yang tidak berpendirian tetap, asyik lompat parti sahaja.

    ReplyDelete
  131. Cita-cita JK mau jadi KM, itu sebab beliau lompat parti untuk mencapai agenda beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.