Thursday, January 10, 2013

Populariti PM turun dua peratus

Satu tinjauan yang dijalankan menjelang pilihan raya umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke takah 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu.

najib visit penang 081212 01Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.

Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri.

Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. -MK

5 comments:
Write comments
  1. BAGUS!!!! kenapalah kalau tiada sokongan langsung,

    HIDUP PKR.........

    ReplyDelete
  2. UMNgOk sendiri pun sudah mau sipak keluar c haji logiut najib maaa...

    ReplyDelete
  3. Pada Zaman Pak Lah melebihi 70% 2008 tiga negeri hilang.
    Pada Zaman najib kurang 70% 2013 dijangka malaysia pula akan hilang dari kuasa BN. Wahai penyokong UMNO cepat2 cabut sebelum ter lambat.

    ReplyDelete
  4. cepatlah election ni aku x sabar nak tendang najib siall nie........pi la mabok

    ReplyDelete
  5. Asalam sahabat UBN.sedarlah kamu semua telah sesat serta lagi menyesatkan..Kamu bertuankan pemimpin yang memuja harta dunia.Pemimpin yang menafikan hukum allah walaupun dia beragama islam.Sikap pemimpin yang suka berdusta dan memfitnah manusia sejagat adalah amalannya.tidakkah kamu UBN sedar yang pemimpin kamu asyik mengumpul harta dunia dari ayahanda Mahathir hingga anakandanya Najib.Hukum islam dinafikan pelbagai alasan serta pelbagai tomahan dikeluarkan.Insaflah wahai UBN kamu semua beragama islam,jangan kerana ketuanan melayu kamu agungkan,islam sejagat dipinggirkan.Melayu tidak semua islam ingatlahhhh.. dan sedarlah....sebelum nyawa dikandung badan UBN diambil si pencabut nyawa sakaratul maut ubahlah segala kesilapan kamu...sedarlahhhhh wahai sahabatku UBN.sahabatku UBN janganlah kamu terlewat,jangan nanti apabila kamu tersedar panas api membara membakar kamu...pada waktu itu segalanya telah terlewatttt.penyesalan tidak berguna lagiaminnn

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.