Seorang remaja lelaki cedera parah di muka dan badan apabila dibelasah separuh mati oleh 10 individu tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku pada 20 Januari lalu.
Menurut mangsa, Muhammad Rahim Omar, 20, dari Taman Sri Lukut di sini, segala-galanya bermula selepas dia menerima panggilan telefon daripada SEOrang wanita bernama Linda pada jam 8 malam .
“Dia mengajak saya berjumpa di Dataran Telok Kemang. Saya pun pergi dan berjumpanya di sana. Saya datang SEOrang diri, manakala dia ditemani SEOrang rakan wanita lain. Kami hanya duduk berborak macam biasa kerana masih tak kenal antara satu sama lain,” katanya.
Bagaimanapun, detik hitam bermula apabila tiba-tiba muncul SEOrang lelaki yang kemudian menuduh mangsa mengganggu isterinya.
“Saya menafikan yang saya kenal perempuan itu, tetapi dia terus memukul saya. Di belakang ada lebih kurang sembilan lagi lelaki lain yang mengiringinya.
“Mana mungkin saya dapat melawan dengan tenaga sepuluh lelaki. Saya dibelasah sampai lembik. Dalam pada itu mereka sempat memberitahu yang saya ganggu isteri SEOrang pegawai tentera,” katanya.
Muhammad Rahim berkata, selepas puas dipukul, dia dibawa ke satu lokasi dengan menaiki kereta dan kemudian dibelasah lagi.
“Ketika dibelasah kali kedua, orang itu suruh saya buka seluar, tapi saya tak mahu. Mereka kata, kalau saya tak nak ikut arahan, mereka akan potong 'anu' saya dan campak ke laut,” katanya.
Menurutnya, gambarnya juga dirakam sekumpulan lelaki terbabit, selain telefon bimbit miliknya dirampas.
“Saya kemudian merayu dihantar ke Balai Polis Telok Kemang. Agak terkejut juga apabila mereka menuruti permintaan saya sebelum ditinggalkan di luar balai itu.
“Saya minta tolong anggota polis bawa saya ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan kerana muka saya berlumuran darah akibat teruk dibelasah. Saya menerima beberapa jahitan di muka dan dahi,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Omar Mahmood, 52, berkata, dia hanya mahukan keadilan untuk anaknya.
“Saya harap mereka akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Negara kita ada undang-undang, bukan sesuka hati membelasah orang. Saya serahkan kepada polis untuk menyelesaikan kes ini.
“Anak saya mengalami luka teruk di bahagian mata dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan pakar. Saya akan tuntut keadilan di mahkamah kerana yakin anak saya bukanlah orang yang mereka cari,” katanya.
Sinar Harian turut difahamkan, lapan telah ditahan termasuk dua wanita yang terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan.
Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com/
Sunday, January 27, 2013
Remaja Dibelasah Kerana Perempuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kes gila babi...betina tu ke yg SIAL atau jantan yg lahanat. Ndak tau le.Sama2 tunggu siasatan.
ReplyDelete