Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir.
Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang.
"Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam.
Bawani menjelaskan, program yang diberi tajuk Forum Mahasiswa dan Politk itu membangkitkan pelbagai isu politik di negara ini khususnya melibatkan mahasiswa.
Program yang bermotif politik itu, katanya turut diisi dengan pelbagai video yang mengutuk pembangkang seperti Himpunan Bersih, isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah dan Himpunan Hapus PTPTN.
Jelasnya, pelbagai isu telah diceritakan oleh panelis termasuklah mempertikai protes PTPTN oleh mahasiswa dan mengatakan tuntutan pendidikan percuma tidak masuk akal.
"Saya cuba bangun mencelah untuk memberikan pandangan tetapi tidak dilayan dan saya menunggu sesi soal jawab.
"Namun semasa sesi soal jawab saya tidak sempat kerana hanya dua soalan yang boleh ditanya dan saya mengambil keputusan ke pembesar suara dan memberikan pandangan berhubung apa yang dibangkitkan.
"Saya terus memberikan hujah-hujah terutama isu pendidikan percuma tetapi belum sempat menghabiskan ucapan, moderator yang juga Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah enggan memberi saya peluang untuk menghabiskan ucapan saya dengan mengatakan listen, listen, listen seperti yang dapat dilihat di video itu," jelasnya lagi.
Tegas beliau, ini adalah satu penindasan kepada mahasiswa yang berhak bersuara dan memberikan pandangan.
Bawani berkata, sepatutnya moderator memberi peluang kepadanya menghabiskan ucapan kerana ia berkaitan isu yang dibangkitkan.
Ketika ditanya apakah respons daripada rakan mahasiswa yang lain, beliau menjelaskan, pada mulanya semua memberikan respons negatif terhadap saya yang dilihat tidak respect kepada Sharifah Zobra.
Namun katanya, selepas menonton kembali video tersebut, rakan-rakan memberikan sokongan padu kepadanya dan melihat tindakan Sharifah seolah-olah menyekat suara mahasiswa.
Beliau yang diminta mengulas tentang video yang menjadi buah mulut masyarakat itu, Bawani sangat terkejut dengan sambutan tersebut dan menganggap ianya menggambarkan masyarakat prihatin dengan isu mahasiswa.
"Ketika ini saya mendapat panggilan tanpa henti daripada rakan-rakan terutama daripada UUM yang memberikan sokongan padu kepada saya," jelasnya.
Bawani secara peribadi berterima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan padu kepadanya dan berharap suara mahasiswa terus menjadi perhatian masyarakat. -HD
Thursday, January 17, 2013
Bawani Tak Sangka Video Di Forum Itu Meletup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun tidak setuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak setuju dengan regim penguasa BN agar keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur.
ReplyDeleteIni bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat.
ReplyDeleteSituasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.
ReplyDeleteSharifah Zohra dikritik hebat apabila beliau cuba menghalang Bawani daripada bercakap di dalam satu forum UUM bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik?”
ReplyDeleteDalam forum itu Sharifah Zohra cuba memaksa Bawani untuk berhenti berhujah apabila Bawani menyebut tentang gerakan BERSIH 2.0 dan isu pendidikan percuma.
ReplyDeleteApabila Bawani tidak menendahkannya, Sharifah Zohra mengarahkan Bawani supaya berhenti berhujah dengan berkata “listen.., listen.., listen…” hampir sepuluh kali.
ReplyDeleteSharifah Zohra turut mencapai pembesar suara dan menjauhkan dari Bawani yang tidak sempat menghabiskan hujahnya.Sharifah Zohra juga dikatakan berkata dalam forum sama, bahawa binatang juga sama seperti manusia, turut mempunyai masalah.
ReplyDeleteInsiden tersebut menarik perhatian pelayar internet dalam dan luar negara dan mengundang pelbagai kecaman terhadap Sharifah Zohra. Dilaporkan bahawa laman facebook milik Sharifah Zohra dihujani dengan pelbagai kritikan yang mengata beliau tidak berani berdebat secara terbuka dan sihat.
ReplyDeleteMantan Perdana Menteri Tun Mahathir di ucapan Keynote nya di Forum CEO menjelas kan dengan perinci apa akan terjadi jika Negara mendapat kerajaan baru hasil kejayaan menanam sifat benci di kalangan rakyat.
ReplyDeleteWalau pun Mantan PM itu mengata kan agak mustahil untuk kerajaan Pakatan menang atas sebab sebab tertentu tetapi beliau tetap membutir kan bayangan dan rupa bentuk keadaan jika Negara menerima “Tuan”baru.
ReplyDeleteDi dalam mencerita kan pertelingkahan yang bakal berlaku oleh ketiga tiga parti dalam Pakatan ini , beliau juga melontar persoalan kepada sidang hadirian apa kah itu yang “kamu sekelian mahu kan” dan menambah kata “sudah bersedia menghadapi ketidak ketentuan?” Jika ini semua sudah di jawap maka terserah lah kepada rakyat sekelian menentu kan hak masing maisng, atas dasar rakyat juga berhak untuk salah, yakni “the right to be wrong”.
ReplyDeleteKetika menjelas kan nya Mantan PM mengarah kan hadirin bukan sahaja harus melihat kepada apa yang akan terjadi, tetapi kepada apa yang sedang berlaku. Saksi kan juga ketika ini perbalahan mulut pemimpin parti dalam Pakatan antara PAS dan DAP, ia nya belum lagi di peringkat sudah ada kuasa tetapi ketika belum ada kuasa lagi.
ReplyDeleteMasa berkuasa akan di habiskan dengan berpolitik , masing masing mahu dasarnya di terima, pergolakan dan ugut mengugut akan terjadi di dalam protes dasar satu sama lain.Dan amat malang lagi ia akan menjadi kerajaan mencari pasal dan mencari alasan kerajaan lama sebagai sebahagian dari sasarannya, perangai membangkang akan terbawa bawa walau pun sudah menjadi kerajaan..
ReplyDeleteUmum harus sedar sesama parti di dalam Pakatan pun tidak ada kesedian menerima warna bendera untuk Pakatan Rakyat, ia nya kerana tidak ada persetujuan ke atas corak, warna dan ciri ciri kepada bendera satu Pakatan ini. Itu baru hal warna di sekeping kain.Belum lagi dasar dasar pelajaran, kewangan, pertahanan dan lain lain.
ReplyDeleteMantan PM itu juga berkata ketidak tentuan ini bakal merosak kan ekonomi atas sebab pelabur akan “hold on” kepada pelaburan nya.Jika pelabur tidak pasti hala tuju kerajaan maka hala tuju ekonomi juga akan tergangu.
ReplyDeletePakat di dalam bahasa melayu selalu nya bertujuan untuk sesuatu yang tidak berapa elok, jelas Tun Mahathir.Ia tidak sama dengan muafakat.
ReplyDeleteDan sememang nya ia boleh di lihat dari mata kasar pun.Ketiga komponen dalam pakatan hanya bersetuju kepada satu perkara sahaja ia itu kesemua nya membenci UMNO. Dan kebencian kepada UMNO bukan lah satu asas kuat untuk membentuk kerajaan.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteJanuary 17, 2013 at 2:04 PM
Pakat di dalam bahasa melayu selalu nya bertujuan untuk sesuatu yang tidak berapa elok, jelas Tun Mahathir.Ia tidak sama dengan muafakat.
( Apa dipuja pada Madey yang sudah nyayuk!)
video ini mmg menjadi kontroversi..
ReplyDelete