Tuesday, January 8, 2013

Jawatan MB Pahang jadi rebutan?

DI KALANGAN orang Umno, mereka sedang rancak serang menyerang mengenai siapa bakal Menteri Besar (MB) Pahang, jika BN masih memerintah di negeri yang paling luas di Semenanjung Malaysia ini. Bagi yang menyokong Dato’ Seri Dr Jamaluddin Jarjis, masing-masing mengatakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak lebih berminat dengan bekas menteri kabinet ini menjadi MB, berbanding yang lain-lain.

Dalam diam-diam, ada juga yang menyebut nama Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin lebih layak menggantikan Dato’ Seri Adnan Yaakob, memandangkan Sharkar sekarang adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang, satu jawatan yang dilantik oleh Najib selaku Presiden Umno.

Kenapa dengan Adnan? Mestikah beliau digantikan? Apa sebabnya?

Rata-rata yang enggan menerima Adnan menyifatkan Adnan sebagai MB Pahang yang “overstay”.

Kehadirannya sudah tidak diperlukan, bukan sahaja di kalangan pembangkang, malahan, di kalangan Umno-BN sendiri. Sikapnya yang kasar, brutal dan samseng tidak menyenangkan sesiapa.

Mungkin, suatu ketika dahulu, Umno berbangga dengan tindak-tanduk Adnan yang kasar dan brutal ini, tetapi, apabila Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat mendekati rakyat dengan cara yang lebih lembut dan sopan, perangai Adnan dilihat berlawanan dengan sikap PM dan Timbalan Perdana Menteri.

BN kehilangan dua kerusi Parlimen di Pahang, Indera Mahkota dan Kuantan. Ia tentunya mengejutkan Najib selaku PM yang juga datang dari Pahang.

Kebetulan Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan berdekatan dengan Pekan, kawasan yang diwakili Najib sendiri. Hari ini, negeri Pahang seperti dirempuh garuda apabila isu Lynas yang tidak berpenghujung menjadi barah.

Adnan dilihat gagal menyakinkan rakyat negeri Pahang bahawa Projek Lynas itu tidak memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan rakyat. Beria-ia sangat Adnan mempertahankan isu itu, tetapi dipertahankan dalam bentuk politik dan menggugut.

Setakat ini, tiada seorang pun Exco Kerajaan Negeri Pahang dilihat bersama-sama Adnan mempertahankan isu Lynas dari serangan pembangkang.

Najib juga dilihat bermain politik dalam isu siapa bakal MB Pahang selepas PRU13, jika BN kembali memenangi Pahang.

Suatu ketika, beliau Pahangdikatakan mahu Adnan kekal tetapi dalam masa yang sama, khabarnya Najib bermain mata dengan Dr Jamaluddin yang tidak dilantik menganggotai kabinet, selepas tamat tempoh jawatan Duta Khas ke Amerika Syarikat.

Lebih dahsyat, ada desas-desus mengatakan senarai calon BN dari Pahang, Najib terima dari Dr Jamaluddin dan bukan yang disediakan Adnan. Padahal Adnan adalah MB dan Pengerusi BN negeri! Kalau TPM Muhyiddin bersifat jujur dengan Najib, beliau tentulah sudah menyampaikan laporan, mengenai apa yang dilihatnya sejak berkali-kali turun ke Pahang dalam program “walk about”. Orang Cina di Kuantan tidak memberikan sambutan kepada program “walk about” yang dilakukan Muhyiddin dan Adnan. Lebih menyedihkan BN, pernah satu majlis makan malam yang dihadiri Muhyiddin dan Adnan di Kuantan, kerusi meja kosong.

Khabarnya Muhyiddin cuba mendapatkan guru-guru dan kakitangan Jabatan Pelajaran seluruh Pahang tetapi Adnan dikatakan tidak bersetuju kerana yakin orang Umno-BN akan memenuhi kerusi meja tersebut.

Malangnya, ia tidak berlaku dan dari 2,000 kerusi yang disediakan, khabarnya tidak sampai 50 peratus kehadiran malam itu. Banyak lagi perkembangan kurang menarik buat Umno-BN di Pahang. MB Pahang sedaya upaya mahukan Najib lebih kerap balik ke Pahang dengan menganjurkan program-program besar. Malangnya, Najib lebih menumpukan kawasan Pekan dan bukan dibuat di kawasan-kawasan lain.

Muhyiddin pula memang sejak sekian lama, tidak mendapat sokongan dari Umno Pahang. Pernah berlaku, ketika Muhyiddin mahu menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno dalam tahun 2000, tiada satu pun percalonan yang Muhyiddin terima dari Pahang.

Apabila diajukan persoalan ini kepada Adnan, beliau menyalahkan Dato’ Fauzi Abdul Rahman (yang ketika itu Ketua Umno Bahagian Kuantan dan kini sertai KeADILan) yang merupakan orang kuat Muhyiddin dan Dato’ Tan Mohd Aminuddin Ishak (Allahyarham) yang menjadi Ketua Umno Bahagian Maran.

Padahal, ada satu sumber memberitahu, Umno Pahang tidak dibenarkan memberi pencalonan kepada Muhyiddin kerana Muhyiddin dilihat sebagai saingan utama Najib untuk menjadi TPM dan PM ketika itu.

Sehingga sekarang, terlalu sukar untuk Muhyiddin kembali bertapak di Pahang, lebih-lebih lagi selepas Fauzi meninggalkan Umno dan Tan Mohd Aminuddin meninggal dunia baru-baru ini.

Oleh SAFAR JUMAAT (DD)

7 comments:
Write comments
  1. JJ jadi MB nanti habis orang kena raba!

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Adnan Yaakob tu sesuai zaman Khairy,maknanya zaman Pak Lah. Khairy kan overaction jugak dan amat merugikan UMNO. Jadi Adnan pun memang betul jika ada pndapat ngatakan beliau amat tidak sesuai di zaman Najib dan Muhyiddin,yg dilihat sedikit 'mesra alam'.

    **888

    ReplyDelete
  3. Adnan Yaakob ni seratus kali lebih baik Lim G Eng dr beliau. He he hee

    ReplyDelete
  4. Aku syorkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jd MB Pahang. Camne ?

    ReplyDelete
  5. apa UMNgOk sibuk2 spekulasi calon MB? boleh menang dlm GE13 meeehh???

    ReplyDelete
  6. setuju Dato' Tuan Ibrahim jadi MB Pahang

    ReplyDelete
  7. dah tiba masa bagi la orang lain Jdi MB Pahang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.