Thursday, January 17, 2013

Kebimbangan politik citra dalam pilihan raya

Dalam beberapa bulan ke depan, iklim politik di negara ini akan kembali dilimpahi gemerlapan citra politik dengan diiringi hiruk pikuk kempen penamaan calon yang semakin dekat.

Maka apa yang akan lahir ialah citra-citra parti dan calon-calonnya yang bakal menerjah perhatian dan kesedaran melalui aneka media: akhbar, television, handphone, internet, dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Citra atau imej yang asalnya merupakan cara komunikasi politik, mungkin sekarang menjadi “roh” politik itu sendiri. Citra politik seakan menjadi tonggak kepada kerangka politik, yang tanpanya tidak ada kekuatan politik.

Oleh itu ia memerlukan panggung politik yang akan menjelma menjadi “panggung citra” dengan peranan citra yang kian dominan dalam membangun kekuatan politik.

Maka tidak keterlaluan jika dikatakan dominasi citra semacam ini dapat dilihat sebagai peralihan dari “politik fisikal” (physical politics) ke arah “politik citra” (politics of image). Maka apa yang menjadi kerahan kekuatan fisikal (jelata, jentera kerajaan dan seumpamanya) yang menjadi ciri politik kini akan digantikan dengan pengerahan “kekuatan citra”.

Organisasi politik yang sebelumnya digerakkan oleh mesin konkret (concrete machine) kini bersandar pada kekuatan “mesin semiotik” (semiotic machine).

Apa yang dimaksudkan dengan politik fizikal adalah upaya yang secara sistematik-pragmatik (mengikut keadaan) yang diguna bagi mendapatkan “kekuasaan”, iaitu dengan mengerahkan segala “kekuatan”, baik kekuatan material, modal, ekonomi, sosial, budaya simbolik, bahasa dan keagamaan.

Pada tingkat rasionaliti tertentu, politik lebih merayakan kekuatan fisikal-konkret-kebendaan iaitu individu, kelompok, jelata, khalayak, teknologi, infrastruktur dengan menolak segala kekuatan “irasional” (bomoh, tahyul dan seumpamanya ketuhanan).

Unsur kekuatan politik ini disebut John Protevi dalam Political Physics (2002) sebagai “politik fizik” (political physics). Organsasi atau siasah politik dibangun oleh kekuatan mutlak —dalam aneka skala: individu, keluarga, kelompok, parti, geng, korporasi, puak, bangsa; yang dibantu oleh kekuatan konstituen, kekuatan modal (dana, infrastruktur), kekuatan sayap parti, kekuatan puak, kekuatan umat, kekuatan teknologi —yang semuanya dikerahkan bagi membangun kekuasaan politik.

Kemutlakan kekuatan fisikal, tubuh dan material inilah yang disebut Felix Guattari dalam Molecular Revolution (1984) sebagai “mesin konkret” (concrete machine). Pelbagai “mesin konkret politik” (mesin khalayak, mesin media, mesin ekonomi, mesin industri, mesin wang) yang dikerahkan sebagai cara mendapatkan kekuasaan.

Pengerahan jelata, pengurus kempen, politik wang, sagu hati (topi, t-shirt, jaket), taburan bantuan kewangan dan sosial (subsidi, pembangunan jalan, masjid, sekolah), dapat dilihat sebagai elemen “mesin konkret politik” dalam membangun kekuasaan.

Namun selain fizikal, tubuh politik bangsa juga dibangun oleh kekuatan “politik” (political metaphysics), metafizikal iaitu segala kekuatan “melampaui mata kasar” : mistik, paranormal, kekuatan ghaib, saka, jin, puaka, sihir dan tenun nasib atau astrologi yang dianggap dapat menganugerahkan kekuasaan.

Bahkan tafsir tarikh pilihan raya pun dijadikan modal sebagai “tanda kemenangan”, “angka keramat” yang menunjukkan hidupnya “metafisika politik” dalam panggung politik bangsa.

Namun perkembangan politik abad maya telah menciptakan watak politik yang tidak lagi didominasi kekuatan fisikal dan metafisikal tetapi “kekuatan citra”.

Inilah politik yang menjadikan pujukan imagologis (imej) sebagai tonggak kekuasaan, bukan kekuatan sebenar individu dan kelompok. Citra yang awalnya menjadi “medium” untuk penyampaian “mesej”, kini malah menjadi mesej itu sendiri.

Citra politik seakan-akan menjadi sebahagian dari “tubuh politik”, yang tanpanya tidak ada kekuatan politik di mana ia menjadi layu dan lesu.

Dunia politik yang didominasi kekuatan citra disebut bagai disebutkan Jean Baudrillard dalam In the Shadow of the Silent Majorities (1981) sebagai dunia “patafisikal” (pataphysics).

Ketika di ambang dan semasa pilihan raya, “mesin citra” sebagai mesin penggerak utama politik malah mendahului kekuatan fizikal dan metafizikal. Citra-citra politik tidak saja muncul dalam intensiti yang tinggi, tetapi juga sarat manipulasi, bujuk rayu dan ilusi.

Citra-citra itu menyamar bagaikan lukisan realiti padahal sebuah “topeng” untuk menutupi “ketiadaan realiti” dalam patafisika politik yang membawa kepada sebuah “absurditi politik” di mana penyelewengan realiti melalui “citra realiti” merupakan sebuah cara kerja politik yang dianggap sah atau diterima.

Dominasi citra atas realiti menggiring kepada “derealisasi politik” (derealisation of politic) di mana kekuatan politik dibangun bukan oleh relasi-relasi konkret, nyata dan substansial pada tingkat realiti sosial harian, tetapi oleh “kekuatan citra manipulatif” pada tingkat semiotik.

Semiotika politik kini mengambil alih “sosiologi politik”dalam perayaan politik citra, “kekuatan citra” merampas “kekuatan demos” (rakyat jelata) itu sendiri kerana demos kini hidup dalam bayang-bayang “seduksi citra”.

Itulah sebab kenapa demos harus berdemonstrasi menghidupkan realiti dan bukannya mencitrakan realiti. Demos atau rakyat jelata harus memberikan tekanan kepada kepimpinan supaya membicarakan realiti bukannya percaya kepada kekuatan citra.

Demos yang khayal akan terus dilimpahi kekuatan citra semata mempercayai dicandui oleh mainan manipulatif media seolah-olah seperti teori kuno komunikasi teori media suntikan sebagai media kecanduan rakyat.

Ada dibimbangi kekuatan citra itu kini yang (diandaikan) membentuk demos, bukan kekuatan dari dalam diri demos atau murba sendiri.

Oleh itu jika kekuatan demos berjaya dicandui atau dilemahkan oleh kekuatan citra maka “demokrasi” (kekuasaan di tangan rakyat) mendapat makna baru yang dikenali dengan “imagokrasi” (imagocracy) di mana kekuasaan ada di tangan gemerlap citra dan pencitraan yang dirangka media.

Bujuk rayu atau seduksi politik” lalu menggantikan “program politik”politik ilusi di mana ketiga kekuatan yang dikembangkan dalam kerangka politik bangsa—fisika, metafisika, dan patafisika—bermuara pada hasrat akan kekuasaan iaitu sepenuhnya memegang bara api kekuasaan.

Tetapi, apa yang dibimbangi ialah ketiga kekuatan itu tidak merupakan lukisan real politik kerana ketiganya dibangun bukan oleh kekuatan realiti, tetapi oleh “ilusi-ilusi”, baik yang bercirikan fisik, metafisik, maupun patafisik.

Bangunan tubuh politik dengan demikian dibangun oleh “kekuatan ilusi” ini tampaknya, dalam beberapa bulan ke depan ruang politik kita akan didominasi kekuatan “patafisika politik” meski masih diwarnai oleh politik fisik dan metafisik.

Ini politik yang didominasi permainan citra akan menjadi “fantasmagoria politik” (phantasmagoria), iaitu ilusi-ilusi politik yang membujuk rayu ruang-ruang kesedaran dan perhatian masyarakat melalui seduksi politik.

Apa yang dibimbangi ialah pembangunan agenda atau gagasan politik mengandungi kecitraan daripada realiti di mana rakyat sering berhadapan dengan manipulatif media yang membangunkan secara seduktif dan ilusif.

* Ismail Hashim Yahaya adalah Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Media dan Komunikasi, Universiti Selangor (UNISEL)

52 comments:
Write comments
  1. Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan bahawa proses pilihan raya di negara ini bersih akan tetapi masih lagi belum lengkap sepertimana sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya.

    ReplyDelete
  2. "Pilihan raya kita bersih. Masalahnya elemen, komponen yang tidak ada dalam sistem itu, menyebabkan demokrasi dalam pilihan raya bukan satu demokrasi yang lengkap untuk masa sekarang."

    ReplyDelete
  3. "Dulu lengkap. Untuk waktu ini, tidak begitu lengkap sebab orang buat perbandingan dengan negara luar."

    ReplyDelete
  4. “Tapi apabila orang sudah sedar, (mereka mula bertanya) ini mengapa tak ada, ini kenapa tidak ada, itu yang menyebabkan kecoh. Tapi pilihan raya kita tetap bersih. Tidak perlu lihat ia secara serong. Mereka ini adalah kerajaan sah. Mereka ini berhak (untuk mengundi),” katanya.

    ReplyDelete
  5. Secara keseluruhannya, perjalanan pilihan raya di Malaysia adalah bersih dan apa yang perlu dilakukan hanyalah sedikit penambahbaikan.

    ReplyDelete
  6. “Saya nak cabar siapa yang kata pilihan raya kita kotor. Bersih berdasarkan undang-undang yang ada dan ia sempurna, kalau kita tidak fikir tentang benda lain.

    ReplyDelete
  7. “Kalau kita fikir benda lain yang tidak ada dalam undang-undang itu, tapi jangan sebut kotor. Ia tidak kotor. Ia bersih. Ia tidak lengkap sahaja. Tapi yang anda sebut tadi, itu hanya penambahbaikan sahaja,” katanya.

    ReplyDelete
  8. Tambah beliau: “Macam contohnya, kita kata kaji undang-undang pendaftaran pemilih. Buat undang-undang lain.” Katanya, beliau sedia berkongsi jika pihak yang berminat untuk menggubal undang-undang baru.

    ReplyDelete
  9. “Kalau orang lain datang jumpa saya, senang saya beritahu. Saya boleh bagi undang-undang itu, kalau dia mahu,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  10. DPM said Young voters, key to the country achieving developed nation status by the year 2020, now favour Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  11. Young voters supported BN because they knew only the BN could assure a better future for Malaysia.

    ReplyDelete
  12. We gathered a million youths in Putrajaya and they wanted Datuk Seri Najib Razak to remain as the prime minister of Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Muhyiddin said BN would ensure that no group of people, whether in Peninsular Malaysia, Sabah or Sarawak, would be left out of mainstream development if it remained in power till 2020.

    ReplyDelete
  14. He said the BN government today was entrusted with the responsibility to ensure the people’s well-being.

    ReplyDelete
  15. salah satu pra-syarat pembangunan adalah kestabilan politik. Tanpa kestabilan politik, maka para pemimpin yang terlibat dengan politik hanya sibuk berpolitik dan seterusnya terabailah perhatian terhadap pembangunan.

    ReplyDelete
  16. Kita tidak pelik, pada keadaan sekarang, di kalangan kaki tangan kerajaan ramai yang sibuk berpolitik mengikut fahaman masing-masing, sehingga amanah yang diberikan terabai, kerana penumpuhan masa yang seharusnya digunakan untuk melaksanakan dasar dan matalamat kerajaan yang ada (government of the day) dilakukan acuh tak acuh, kerana sebahagian masa terguna untuk tujuan berpolitik.

    ReplyDelete
  17. Kerja berpolitik, biarkan ahli politik yang melakukannya, dan jika ada kaki tangan kerajaan yang "sangat" minat berpolitik, adalah terhormat jika mereka melepaskan jawatan sebagai kaki tangan kerajaan dan terjun sepenuh masa sebagai ahli politik.

    ReplyDelete
  18. Kegagalan pengamal politik terutama wakil-wakil rakyat menunaikan janji, tidak semuanya terletak di pundak mereka. Sebahagian kegagalan itu adalah sumbangan pihak pelaksana. Pelaksana adalah kakitangan kerajaan melalui berbagai jabatan mahupun kementerian.

    ReplyDelete
  19. roninya, kakitangan kerajaan itulah yang membuat luahan negatif terhadap kerajaan atau wakil rakyat kerana kegagalan melaksanakan suatu projek untuk rakyat.

    ReplyDelete
  20. Kestabilan politik menyumbang kepada kadar pembangunan negara. Atas sebab itulah pembangunan negara begitu rancak sejak tahun 1981 sehingga tahun 2007, kerana kestabilan politik. Pembangunan tercerencat sejak tahun 2008, kerana kestabilan politik negara tidak menentu.

    Sebagai contoh bagaimana kestabilan politik menyumbang kepada pembangunan-Sabah misalnya, sebelum tahun 1994, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Akibat kestabilan politik sejak tahun 2004 hingga kini,maka pembangunan negeri terus berjalan dengan rancak, sehingga kadar kemiskinan berjaya diturunkan kepada 19 peratus, sebelumnya adalah 24 peratus.

    ReplyDelete
  21. Kadar kemiskinan ini dianggarkan akan terus menurun jika kestabilan politik di negeri ini berterusan, kerana kadar pembangunan akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  22. Kepimpinan negeri yang diterajui Datuk Musa Aman sejak tahun 2003 mengwujudkan suasana kestabilan politik; atas sebab itu, para pemimpin termasuk wakil-wakil rakyat mempunyai penumpuhan penuh kepada pembangunan kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  23. kestabilan politik kena dijaga dan dipertahankan.

    ReplyDelete
  24. pastikan pilihanraya berjalan dgn aman dan bersih.

    ReplyDelete
  25. MANDATE TO RULE: Religious, racial divide plus urban and rural mix all make for an interesting equation in the next elections

    ReplyDelete

  26. IT'S election time and it looks like the present government wants to utilise the full five-year term mandate after emerging victorious in 2008.

    ReplyDelete

  27. The incumbent does not have to give any reason why the dissolution of Parliament, and state legislative assemblies, is not declared earlier.

    ReplyDelete

  28. In a parliamentary system of government, the party in power has the built-in advantage on when to advise the Yang di-Pertuan Agong to dissolve Parliament.

    ReplyDelete
  29. The Parliament would automatically be dissolved when the five-year term expires, to be counted from the first day of the sitting of Parliament on April 28, 2008.

    ReplyDelete
  30. Neither an automatic dissolution has ever taken place nor has Parliament been dissolved so close to the date.

    ReplyDelete
  31. Talking about elections, Malaysians have been exposed to a lot of issues since March, 2008. Issues raised by the opposition camp were no less different from those raised before the last elections.

    ReplyDelete

  32. Prominent among those were ones related to claims of lack of transparency and improper management of government machinery and financial resources, misuse of power and authority, cronyism, discriminatory policies within the framework of its multiracial population, corruption in high places, inefficient public service and management of public security, undemocratic and unfair electoral practices, among others.

    ReplyDelete

  33. Democratic Action Party (DAP), with its "Malaysian Malaysia" slogan, would consistently harp on the need to liberalise all forms of discriminatory policies in all sectors, be it economic, education or public sector management and the Employment Act.

    ReplyDelete
  34. The Bumiputera privileges under the New Economic Policy should be reviewed, if not scrapped, it says.

    ReplyDelete
  35. Parti Keadilan Rakyat (PKR) placed more emphasis on the need to stamp out corruption, particularly within the ruling elite, proper utilisation of scarce resources to help the poor cope with rising cost within the fast-changing economic and social environment.

    ReplyDelete

  36. Pan Malaysian Islamic Party (Pas), which carries the party ideology of an Islamic state, would continue to fight against the secular state established within the spirit and content of the Constitution, with or without the agreement of its Pakatan Rakyat partners.

    ReplyDelete

  37. The Barisan Nasional (BN) has cleverly shielded itself against consistent attacks by the reformasi movement by systematically and synergically rolling out transformation programmes and the 1Malaysia concept to accommodate the high demand for faster economic growth to achieve developed nation status by 2020 and to distribute resources equally among its multiracial population.

    ReplyDelete
  38. The whole structure of the transformation programmes would cover not just the economic and industrial sectors, but also matters related to politics, goverment, education, transportation, environmental security, urban and rural poverty eradication, the provision of basic infrastructure and facilities within the rural sector and a host of other sundry activities aimed at lessening the impact of rising cost of living, particularly on the less fortunate segments of society.

    ReplyDelete

  39. More than 13 million out of 16 million eligible voters have been placed on the electoral roll. Going by the previous percentage of voter turnout, approximately 70 per cent would be casting their votes to decide who and which party would be put into power.

    ReplyDelete

  40. For the past 12 elections, voter participation can be considered as excellent given that voting is not compulsory. Electoral management can be considered as transparent and accommodating, with a good record of total compliance with the laws and regulations that had been put in place.

    ReplyDelete
  41. So far, there has been no known court cases indicating that there were cases of non-compliance. With the increase of about three million new electorates and with the political barometer showing an uptrend in people's eagerness to take part in the electoral process, the percentage of voter turnout may improve and may hit the high 80's mark.

    ReplyDelete

  42. The 13th general election, they say, is going to be a battle much more intense than the previous ones. It is a battle dubbed "Trasformasi against Reformasi".

    ReplyDelete
  43. Some analysts even went to the extent of saying that the 55-year-reign of the incumbent might end here. The rakyat had been made to feel that politically, they are at a crossroads as they have to make the vital decision of either retaining or changing the present administration.

    ReplyDelete

  44. Politics in Malaysia had undoubtedly been both racial and religious. The rural and urban divide also played a major role in determining the overall winner.

    ReplyDelete
  45. Among the 222 parliamentary seats, between 130 and 140 are considered rural, with approximately 50 in the marginal category with almost equal representation of Malays and Chinese voters; while the rest are urban seats.

    ReplyDelete
  46. The 30-odd completely urban areas would see a do-or-die battle between the Chinese-based party within the BN family, the MCA, and DAP. Talk among the urban Chinese is that DAP is riding high in urban areas.

    ReplyDelete
  47. In the peninsula, marginal constituencies in small towns and suburban areas will be hotly contested by PKR. As for PKR's fortunes, much will depend on whether they had continued to gather support from Malay voters as they did in most of the marginal constituencies in the 2008 general election.

    ReplyDelete

  48. BN has been working hard to regain the lost support and some feedback I have received indicated that BN is gaining ground and would be getting back at least half of the seats they lost to Pakatan in these areas, given that BN is confident of getting at least 20 to 30 per cent of the non-Malay votes.

    ReplyDelete

  49. Within the predominantly Malay constituencies in the east coast states and the rural areas of the west coast states, Umno will be embroiled in a do-or-die battle against Pas and PKR. Many predict that parliamentary and state constituencies in Kelantan will continue to be dominated by Pas.

    ReplyDelete

  50. Kedah may see some changes and parliamentary and state seats in Terengganu will continue to be maintained by BN, with a tough fight expected for the Kuala Terengganu parliamentary seat.

    ReplyDelete
  51. In Sabah and Sarawak, the rural seats outnumber the urban seats by five to one and BN would win almost all the rural seats with BN parties building strong fortresses (projects and amenities) in the rural constituencies in these two states.

    ReplyDelete
  52. Given the above scenario, a reliable research organisation made an early "nujum Pak Belalang" prediction that BN would be winning at least 140 seats in the rural and the marginal areas, giving them a comfortable number to form the next government. (A party needs to win 112 seats to be declared the winner).

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.