PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.
Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.
“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.
“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.
Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.
Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.
-HD
Friday, January 18, 2013
Mantan Ketua Daerah Kinabatangan sertai PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan fikir ini satu kemenangan buat PAS.masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mendapat sokongan rakyat.
ReplyDeleteRelevan ka PAS di Sabah sedangakan penduduk pun majoritinya penganut Kristian.
ReplyDeleteMungkin tumpuan PAS perlu diberikan pada Kelantan dahulu.
ReplyDeleteTiada apapa yang pelik jika Mantan Ketua Daerah Kinabatangan mengikuti PAS.
ReplyDeleteDi Malaysia memang perbuatan lompat parti berlaku selalu.
ReplyDeleteIni disebabkan tiada apapa peraturan yang berkata ahli politik tidak boleh lompat parti.
ReplyDeleteSebelum ini ada cadangan untuk mewujudkan satu peraturan untuk mengelakkan ahli lompat parti.
ReplyDeleteNamun cadangan tersebut masih dalam pertimbangan.
ReplyDeleteKebanyakan professional dan bijak pandai kini berada didalam Pakatan Rakyat.Hanya yang bebal dan tolol malah yang ada kepentingan diri sendiri saja masih lagi bersama umno.Tumbangkan rejim umno pada PRU 13 nanti buat selama-lamamnya.Ini kalilah beb..
ReplyDeletejanji ditepati...bagi rakyat "gula2".......guna duit siapa yer??? guna duit dia ker??? perabis duit rakyat, yg tinggal sikit bagi balik kat rakyat......lepas tu melalak...... JANJI DITEPATI!!!!!!!!!! pemimpin HAPRAKKKK!!!!!!
ReplyDelete55 thaun dah beri peluang yg kaya org umno aja yg miskin pun rakyat sendiri
ReplyDeleteOk bah kalau kau !!
ReplyDeleteBudaya lompat parti dalam politik adalah kebiasaan.
ReplyDeleteBeliau bebas untuk sertai mana-mana pasukan.
ReplyDeleteCadangan harus dikaji dengan teliti.
ReplyDeleteDah lah tidak sehaluan, biarlah keluar parti sahaja.
ReplyDelete“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,”
ReplyDeleteKerajaan sentiasa membawa pembangunan yang berterusan. Mungkin perancangan sedang dibuat.
Kerajaan sentiasa membawa pembangunan yang berterusan. Mungkin perancangan sedang dibuat.
ReplyDelete( Perancangan sedang dibuat? Bila? mahu tunggu sampai hasil bumi Sabah habis dikeluarkan sebagaimana kata Mahathir? Oi kawan bangunlah dari tidur. Lebuhraya di semananjung sudah 6 lorong di Sabah masih jalan lembu! Ini yang kau banggakan dengan BN? Phuuiii!)
Agak melucukan apabila hanya Karpal Singh yang menjadi sasaran PAS dalam isu hudud sedangkan Karpal bukannya bercakap atas kapasiti peribadi tetapi parti. Umum tahu, dan pemimpin serta penyokong PAS juga tahu bahawa Karpal Singh membawa pendirian parti DAP yang konsisten dan tegas dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya iaitu menentang hudud dan menentang Negara Islam, anti-Melayu serta Raja-raja.
ReplyDeletejika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal, mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya.
ReplyDeleteTetapi, apa yang berlaku ialah suatu ketika dahulu, PAS nampaknya amat marah pada Karpal kerana mencabar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam dan kemudian PAS juga yang menerima Karpal dan DAP. Malah Hadi Awang sanggup memeluk Lim Kit Siang ketika persekongkolan mereka dalam Barisan Alternatif walaupun Kit Siang juga tegar menentang hudud sepertimana Karpal.
ReplyDeletemalang bagi PAS kerana lakonan ‘PAS marah DAP’ ini tidak lagi berkesan. Walaupun terdapat banyak desakan dari akar umbi PAS agar parti tersebut keluar dari PR, namun kita pasti ia tidak akan berlaku. PAS terlalu gilakan kuasa untuk meninggalkan PR sekali gus melepaskan peluang untuk menang dalam PRU ini.
ReplyDeleteWalapun Karpal hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu bangun, menampar atau menyepak punggung PAS tetapi PAS cukup takut dengan Karpal. PAS takut kerana mereka tahu bahawa Karpal mewakili DAP dan bukannya bersendirian. PAS takut kehilangan DAP sekali lagi dan PAS akan berbuat apa saja asalkan DAP kekal bersama mereka berjuang menuju Putrajaya.
ReplyDeleteKhalid Samad dengan bantuan Dr. Dzulkefly Ahmad kelihatan telah berjaya besar untuk meliberalkan Islam di Selangor dan seterusnya di Malaysia dengan hanya berjubahkan PAS.
ReplyDeleteBelum pernah berlaku dalam sejarah PAS, parti itu perlu tunduk sujud kepada kehendak parti yang mereka tentang dan mereka musuhi kerana dasar-dasar DAP yang tidak pernah baik dengan Islam dan umat Melayu. Dan yang terlebih penting, sesiapa sahaja termasuklah pendokong utama PAS yang masih percaya PAS adalah jemaah pejuang Islam, boleh menjadi balaci kepada sebuah parti yang mengutamakan pertembungan antara kaum dan agama seperti DAP.
ReplyDeleteKhalid Samad bertindak sebagai 'pemberi galakan' kepada balaci dan pecacai PAS dengan menggambarkan DAP bukanlah satu ancaman kepada Islam dan umat Islam di negara ini.
ReplyDeleteSebaliknya Khalid Samad akan 'mengarahkan' kepada mereka untuk menghapuskan sebarang gambaran buruk tentang DAP dan Islamaphobia yang dialami oleh para pemimpin parti sosialis demokrat itu.
ReplyDeleteIni kalilah....
ReplyDeleteLompat parti tu biasalah, lepas ni lompat balik lagi pergi BN.
ReplyDeletePas tidak akan menang di Sabah.
ReplyDeleteIni kalii lah!! Ayuh kuburkan BeEnd.!!
ReplyDeletebiarlah dia nak sertai PAS, itu hak dia.
ReplyDelete