Friday, January 25, 2013

WAJAH 10 Orang TERKAYA Di Malaysia 2013

Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

SENARAI PENUH 10 TERKAYA

1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion
2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion
9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion

5 comments:
Write comments
  1. Hidup melayuu..!! Hidup melayuu..!! Eh apa aku merepek nih?

    ReplyDelete
  2. OPPsss...mereka tu naik hasil usaha mereka sendiri ( kecuali TS Syed Mokhtar je ) dan tak pelik kalu mereka duduki ranking pertama atau kberapa. Yg sedihnya..NFC tu dpt pd Shahrizat RM250 juta dan dicampur dgn elaun2 YB Menteri,dah berapa. Ealun dgn claimnya dekat seratus ribu sebulan,kalu 24 org YB Menteri dan 30 org YB Timb Menteri,berapa? UMNO Bahagian berpa pulak peruntukkan melalui JPP. Itu semua duit free tanpa usaha pun. Senangkan. Tokoh2 jutawan Malaysia diatas nun, dr muda samai tua mmerah keringat mncari duit. Manakala dlm UMNO semuanya duit yg dtg cari mereka,sebab tu mereka brmati2an mahu kekalkn brada dPutrajaya. Aku masih ingat DS Khalid Nordin dpt cek RM69 000 msebagai gantirugi kerana tTIDAK BRCUTI KLUAR NEGARA semasa jadi YB Menteri Pembangunan Usahawan dulu. Bagus kan? Dpt ganti rugi dekat seratus ribu gara2 tak brcuit keluar negara dan tak pelik le kalau beliau tu antara YB Menteri dlm UMNO yg tak sepatut dipilih jadi pemimpin selain dr DS Nazri Aziz, DS Jamaluddin jarjis, DS Hishamuddin dn beberpa kerat lagi. Betule jika UMNO Pasir Gudang bakal gulong tikar pd PRU ini.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Sy Mokhtar tu dpt bines percuma dr UMNO spt BERNAS, GULA, JOHOR PORT, PUSPAKOM, BANK MUAMMALAT dn beberapa entiti lagi. bagus kan UMNO tolong Melayu?? Yg pasti selepas gula jatuh ketangan Syed Mokhtar...ingat tak berapa kali gula naik dlm setahun? Masa gula tak naik harga,itu bermakna gula masih lgi brada dbawah Tan Sri Robert Kuok dan bila kita dpt harga gula dua kali setahun naik, haaa itu makna sykt gula dah beralih tgn. Hidup UMngokk!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.