Wednesday, January 23, 2013

Sokongan PR Meningkat, BN Turun

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. -HD

79 comments:
Write comments
  1. BN pembela PATI kita talqinkan pada pru13 aamin.

    ReplyDelete
  2. " Keputusan kajiselidik menunjukkan Najib Tun Razak semakin hampir ke kubur politiknya. Dengan hanya satu peratus pemisah, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai harapan cerah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

    Keputusan kajiselidik itu juga membawa maksud parti-parti gabungan Pakatan Rakyat; PAS, DAP, PKR akan membentuk Kerajaan Rakyat di Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13, insyaAllah.

    Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah moga rakyat malysia berubah dan merubah kepimpinan

    ReplyDelete
  4. Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian?

    Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan.

    Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik.

    Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini.

    Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya.

    Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan.

    Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenanalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh.

    Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah.

    Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijik peguam?

    Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara

    ReplyDelete
  5. Untuk pengatahuan semua .....Melayu tidak akan hilang d Bumi Malaysia.......tapi BN/UMNO pastinya akan lenyap d bumi Malaysia, rakyat selalu d takut2kan dgn itu ,,,,dan ini....tpi yg pastinya Negara kita Selamat untuk warga dan rakyatnya.Aku sbagai pengundi tegar selama ini yg menyokong BN/UMNO .....akhirnya tiada dapat apa-apapun dri reformasi kerajaan....dusta dan bohong saja...buat aku penat nak kempen unk Parti ni.

    ReplyDelete
  6. Bah Najib cepat-cepat kau bubar parlimen

    ReplyDelete
  7. apalah punya si pairin sekarang sokong umno bn pula. dulu2 kuat betul bawa isu PTI masa kempen tapi apa dah jadi sekarang, demi kedudukan pairin dlm bn, sanggup lupakan isu yang menjadi isu utama PBS satu ketika dulu.

    mana mau simpan muka kau ar pairin, umnolah yg main kotor gunakan PTI untuk tumbangkan PBS dulu. apa sudah jadi? inilah kalau sudah banyak makan duit haram BN, fikiran pun rosak.

    kalau inilah pendirian kau, nahaslah kau dklm PRU13. kau akan kalah teruk di tambunan.

    ReplyDelete
  8. Menjelang pilihanraya ini, Anwar begitu berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

    ReplyDelete
  9. Selepas membangkitkan beberapa isu yang ingin menjatuhkan kerajaan, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  10. Anwar sedar otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir namun masih Mahathir sudah nyanyuk dan pelupa. Anwar ambil kesempatan untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara.

    ReplyDelete
  11. Keterangan oleh para saksi diragui memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Mereka ini merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara.

    ReplyDelete
  12. Sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah. Ketika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  13. Azmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005. Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut??

    Sudah tentulah tidak!

    ReplyDelete
  14. Bahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggota kabinet pada tahun-tahun di mana kontroversi pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan tersebut dipertikaikan. Pada tahun 1991, sebuah unit khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    ReplyDelete
  16. Ramai yang masih ingat, bagaimana Anwar Ibrahim dengan tersenyum simpul dan penuh angkuh menyatakan, dia tidak dapat menolak pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk menandingi jawatan yang sedang disandang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada waktu itu walaupun pada mulanya, kononnya dia tidak berminat untuk bertanding.

    ReplyDelete
  17. Pencalonan terbanyak Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO juga datangnya dari Sabah walaupun sebelum penubuhan Unit Khas pada tahun 1991, Sabah merupakan kubu kuat Tun Ghafar Baba.

    ReplyDelete
  18. Ramai saksi yang masih hidup dan sudi menceritakan bagaimana Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memantau isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Malah Anwar SECARA SUKARELA telah menawarkan dirinya untuk menjadi 'PEMANTAU' kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    ReplyDelete
  19. Pendatang asing di Sabah merupakan pemain sosio-ekonomi yang sangat penting. Justeru perhatian khusus diberikan untuk masalah berkenaan. Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Dr. Mahathir) konon-kononnya untuk memikul tanggungjawab menangani masalah pendatang. Anwar Ibrahim tidak sahaja dipercayai untuk menangani politik Sabah, tetapi juga WANG dan PERUNTUKAN yang sangat besar, termasuklah juga WANG PARTI.

    ReplyDelete
  20. Tidak menghairankan bagaimana Anwar sekarang umpama berada di atas bara api. Dia kelihatan tercungap-cungap dengan siasatan yang sedang dijalankan, sehinggakan tidak mampu menunggu lebih lama untuk membuka mulut bagi melindungi dirinya,malah mulut Azmin Ali pun digunakannya.

    ReplyDelete
  21. mahathir sudahpun mengaku dia yg keluarkan ic haram kpd PTI dan tak sebutpun nama anwar. macai2 bn ni mcm terlebih pandai pula berbanding mahathir. saksi pun cakap SPR dan dua ekor khadam si mahathir yg punya angkara tapi kesian sungguh, mcm lah org sekarang masih bodoh mcm org pasca merdeka dulu.

    begitulah bah kalau sudah kedapatan mcm2 hujah keluar. ini kali laa..

    ReplyDelete
  22. BN masih parti kuat, bukan mudah untuk ditewaskan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  23. Parti komponen harus kerjasama untuk memperjuangkan kedudukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  24. BN harus membaiki lagi kelemahan yang menyebabkan rakyat lompat parti.

    ReplyDelete
  25. Isu pendatang asing dan projek ic sudah menimbul banyak ketidak puas hati dari rakyat.

    ReplyDelete
  26. Anwar is closed to PM seat?

    ReplyDelete
  27. Sokongan rakyat terhadpat BN masih kuat dan kukuh.

    ReplyDelete
  28. Kepercayaan penuh masih di berikan kepada BN yang berjaya membangunkan Negara.

    ReplyDelete
  29. Jangan terlalu mudah percaya dengan janji pembangkang.

    ReplyDelete
  30. Satu hal yg pasti, taktik bn menundakan PRU adalah satu taktik yg memakan diri mereka balik. Mereka pd asalnya menundakan PRU dgn alasan utk meningkatkan rating sokongan pd mereka, & dlm masa yg sama menjatuhkan rating Pakatan. Tapi itu x terjadi. Yg terjadi adalah, semakin mereka menunda PRU semakin sokongan terhadap mereka jatuh, & semakin sokongan terhadap PR meningkat. Sesungguhnya mereka merancang, tapi perancangan Allah jua yg terbaik. Dlm masa yg sama, mereka x sedar, bila mereka menunda PRU, mereka sbnarnya sedang melaksanakan plan Allah. Sbb itu sokongan rakyat terhadap mereka sudah terlampau jatuh (dgn sbb penundaan yg dibuat). Krn apa ini terjadi?? Krn sudah suratan Yg Maha Berkuasa mereka bakal tumbang dlm PRU13 nnti, insyaAllah hil 'aziim...

    ReplyDelete
  31. isu deepak, isu tanah Raja Ropiah, isu wang pampasan buruh paksa, isu wang royalti, isu SUV Hummer, isu wang seludup 40juta, isu kekayaan Taib Mahmud, isu kekayaan dan kontrak anak-anak Mahathir, isu projek IC haram, isu wang ternak lembu yang 'dikerjakan' oleh keluarga Shahrizat, antara isu terbaru yang akan menyebabkan BN tumbang

    ReplyDelete
  32. Org atas pagar makin lama cenderung kpd pr sbb menyampah tgk berita tv3 n utusan.

    ReplyDelete
  33. kecenderungan pengundi ??????.BN dari mac 2012 49%-dec 2012 42% kecenderungan Bn menurun , undecided pun , memurun dari 2011 39% - kepada 2012 - 21% perbezaan penurunan 18 % , tetapi kecenderungan terhadap PR meningkat sejak 2011 -dari 18% - kepada 2012 -37% peningkatan sebanyak 19% .jadi undecided 18% sememangnya memehak kpd PR

    ReplyDelete
  34. Dengan mengguankan segala macam media TV1/2/3/9/7/Hijrah, dan segala macam akhabr UTusan/BH/Star/NST dan segala macam jentera kerajaan Malaysia dan segala macam ugutan kpd pegawai kerajaan dan pelajar IPT, dan segala macam gula2 spt BR1M, rebet smartphone, rm100/pelajar, etc, etc BN hanya di depan banyak tu je? Hasil yang tak berbaloi!

    ReplyDelete
  35. Terasa lucu mnonton berita TV1 dan TV3..hari2 dok canang baiknya BN dgn BRIM,BLIM,TRIM dan CRIM (utk suami isteri kot). Dah bagi tu hambik je lah, undi tatap PR.

    INI KALII LAHH.

    ReplyDelete
  36. zain said...
    January 26, 2013 at 11:21 AM

    Jangan terlalu mudah percaya dengan janji pembangkang
    ( Betul itu kita sokong BN yang setiap kali menang akan naikkan harga barang dan minyak sebab dah dapat mandat baru menindas rakyat. Jangan lupa wang KWSP tengah disonglap selamatkan saham Felda. Jadi kalau kita suka wang KWSP kita digunakan dan bila begitu wang KWSP semakin sedikit umur boleh keluar KWSP jadi 60 maka undilah BN)

    ReplyDelete
  37. Anonymous said...
    January 25, 2013 at 1:24 PM

    Selepas membangkitkan beberapa isu yang ingin menjatuhkan kerajaan, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing
    ( Kau nak nafikan BN beri IC palsu di Sabah? Kalau kau nafikan KAU MEMANG BUDAK TADIKA TIDAK TAHU BERFIKIR!)

    ReplyDelete
  38. Kepercayaan penuh masih di berikan kepada BN yang berjaya membangunkan Negara.
    ( Betul itu kepercayaan penuh diberikan kepada BN yang dapat menjadikan negeri Sabah negeri termiskin di Malaysia lebih buruk dari Kelantan yang diperintah PAS juga menjadikan negeri ini Syurga PATI. Kita bangga dengan BN ini kan Zila jadi kita undilah BN supaya lebih ramai PATI diberi IC )

    ReplyDelete
  39. Anonymous said...January 26, 2013 at 12:58 PM

    Dorang sudah dapat tangki 1Malaysia bah itu itulah berabis sokong BN harga diri dorang pun sama dengan harga tangki 1Malaysia!

    ReplyDelete
  40. ni sebab pecacai tegar be end dah makin bodoh

    ReplyDelete
  41. Macam mana nak jelaskan pada golongan muda. Pemimpin UBN pergi berucap di hadapan budak2 sekolah dan mereka yang di bawah umur yang belum layak jadi pengundi. Golongan muda yang layak mengundi lebih suka dengar ceramah Pakatan Rakyat. Lebih menarik, panas dan tak boring. UBN Jangan lah mengharapkan sangat pengundi atas pagar ni, nanti harapkan pagar , pagar makan padi. Habislah padi UBN kena makan. Pakatan Rakyat juga yang akan menang

    ReplyDelete
  42. hnya kajian, tapi hal sebenar akan kita ketahui pada PRU nnti.

    ReplyDelete
  43. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Daripada kegagalan KL112 sehingga isu kalimah Allah, memberi gambaran jelas bahawa ketidaksepakatan Pakatan Rakyat dalam melayari sebuah kapal perang untuk menuju ke Putra Jaya telah membuatkan parti ini kehilangan lebih banyak sokongan.

    ReplyDelete
  44. KL112 ternyata bukan sahaja tidak mendapat sambutan dari kalangan kaum cina. Malah kehadiran penyokong PAS sendiri di katakan menurun secara mendadak.

    ReplyDelete
  45. Beberapa hari lalu ada blog telah menulis tentang penolakan kaum cina itu kepada penganjuran KL112 yang diketuai oleh Mat Sabu. Ternyata kaum itu bukan sahaja tidak mengiktiraf PAS umtuk menganjur satu - satu program besar malahan juga tidak akan menyokong PAS untuk menerajui negara ini.

    ReplyDelete
  46. Kemudian timbul pula isu KALIMAH ALLAH. Sebelum KL112, Haji Hadi telah tampil dengan pendirian bahawa PAS membenarkan Kalimah Suci itu digunakan oleh bukan islam selaras persetujuan yang telah dibuat ketika mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Hakikatnya pendirian itu telah mengecewakan sebahagian besar penyokong Pas itu sendiri. Secara jelas ianya dizahirkan semasa di KL112.

    ReplyDelete
  47. Sokongan menjadi semakin membengkak apabila Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP)telah membuat pendirian yang baru seminggu selepas pendirian yang dinyatakan oleh Haji Hadi. Pendirian MSUP seolah menunjukkan tiada kesepakatan di dalam parti PAS.

    ReplyDelete
  48. Ada pula yang mengatakan Nik Aziz sengaja mahu memalukan Haji Hadi?. Sejak MSUP menyatakan pendirian, Haji Hadi terus menyepi diri. Keadaan ini membingungkan penyokong PAS sendiri. Ada yang mengharapkan pendirian MSUP biarlah sama dengan Presiden parti. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  49. Penyokong bukan melayu pula semakin menjauh kerana bosan dengan sikap tidak berpendirian Parti PAS. Mereka pastinya mengharapkan ada pemimpin melayu ISLAM PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk agama mereka.Tetapi yang berlaku disebaliknya pula.

    ReplyDelete
  50. Walaupun Azmin dan Karpal muncul untuk menarik kembali sokongan bukan islam kepada parti itu tetapi Angin rasa semakin ramai pula penyokong PAS yang tidak menyebelahi mereka kerana merasakan PKR dan DAP tidak menghormati pemimpin mereka. Kini nampak jelas PAS dah semakin jauh dari PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  51. Hakikatnya samada percaya atau tidak sekiranya PAS benar-benar keluar dari Pakatan Rakyat yang rapuh itu, pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat yang tinggal dua parti itu akan menurun.

    ReplyDelete
  52. Mahathir Mohamad menjangkakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 akan meningkat dengan pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

    ReplyDelete
  53. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga turut memuji bajet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "baik" dan akan membantu BN dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  54. Sebagai seorang pemimpin BN yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin “tidak menyenangkan” tetapi akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  55. Mana-mana kerajaan yang dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah melalui pembelotan massa, kata Dr Mahathir sebelum ini memberi amaran

    ReplyDelete
  56. PM Najib tidak bimbang dengan kawasan Parlimen Ranau pada pilihan raya umum akan datang kerana beliau yakin sokongan rakyat di kawasan itu yang tidak berbelah bagi terhadap Barisan Nasional

    ReplyDelete
  57. Najib juga bersetuju dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karanaan dan Paginatan iaitu Datuk Masidi Manjun dan Datuk Dr Ewon Ebin bahawa masyarakat Ranau yang majoriti dari kaum Dusun ikhlas menyokong BN.

    ReplyDelete
  58. BN tetap akan menang kerana sokongan rakyat di Sabah setinggi Gunung Kinabalu

    ReplyDelete
  59. masyarakat di Ranau tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang.

    ReplyDelete
  60. Kadar sokongan Datuk Seri Najib Razak naik 10% kepada 69% selepas memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata kaji selidik terbaru.

    ReplyDelete
  61. perdana menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat perlima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

    ReplyDelete
  62. Majoriti rakyat gembira dengan kerajaan

    ReplyDelete
  63. Kajian juga menunjukkan kebanyakan satu pertiga responden yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, dilaporkan berpuas hati dengan perdana menteri

    ReplyDelete
  64. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak called on the people of Sabah to continue supporting the Barisan Nasional (BN) government to enable it to bring a new chapter to the state and its people.

    ReplyDelete

  65. Najib, who is also BN chairman, said if the Sabah and federal governments were again given the mandate by the people, they would not only continue to enjoy the existing benefits from development but also bigger gains.

    ReplyDelete
  66. "This is the BN government. There's no need to think about the other parties. We should support the BN government at the state and federal levels. God willing, Sabah will move towards a new future, a new chapter where we will develop Sabah like the other states."

    ReplyDelete
  67. Najib said this when launching the state-level Nadi Kasih Programme before thousands of Tuaran residents.

    ReplyDelete
  68. Also present were Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and several state and federal cabinet members.

    ReplyDelete
  69. He said when he declared Sabah as BN's 'fixed deposit', the opposition parties became worried to the extent that many frequented Sabah to poison the minds of the people by hurling baseless allegations against BN and making empty promises.

    ReplyDelete
  70. The prime minister said their motive was only to make sure that Sabah would no longer be BN's 'fixed deposit'.

    ReplyDelete
  71. "I wish to state here that it is not any 'fixed deposit' but one that benefits Sabahans a lot. I will add more benefits to it. If short, we add...we need a mandate from the people."

    ReplyDelete

  72. In this regard, he urged the people of Sabah to choose transformation which has already proven to propel Malaysia towards developed-nation status.

    ReplyDelete
  73. "Malaysia is recognised by many world leaders and international consultants as having the ability to assist its people through such aid schemes as BR1M, BR1M 2.0 and coming will be BR1M 3.0 after the general election."

    ReplyDelete
  74. He said the people should reject "reformasi" (reformation) which encouraged street demonstrations that created a lot of problems for the public.

    ReplyDelete

  75. He also reminded the people of Sabah not to be duped (by the opposition) and to reject their "reformasi" idea and the Buku Jingga (Orange Book), "which has clearly deceived the people in the states they rule as until today they have not enjoyed what were promised to them during the last general election".

    ReplyDelete

  76. On his visit to Beaufort, Papar and Tuaran, Najib said based on his observation, he was confident that BN would retain these three parliamentary seats and that Sabah would remain a BN stronghold.

    ReplyDelete

  77. On the Huguan Siou (paramounty leader) title bestowed on opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim by the Ranau PKR division, Najib said accepting the title meant not respecting the tradition of the Kadazandusun Murut community as only a respected leader from the community itself could hold the title.

    ReplyDelete
  78. "The Malays must respect the culture of the Kadazandusun Murut community and vice versa. For all communities, there must be respect for each other's culture. That's the foundation of the 1Malaysia concept," he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.