Thursday, January 17, 2013

Mahathir : Pimpinan Najib kini lemah?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa".

Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.

NONETambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.

"Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

"Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.

"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.

"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia sebuah kemenangan yang kosong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

NONEIndividu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak.

Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada.

"Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi. Kita mungkin akan hilang kuasa.

"Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita.

"ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang.

Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang.

"Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita.

"Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika.

"Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya. -MK

55 comments:
Write comments
  1. Idea mirip kepada kukubesi yang dihidangkan oleh Dr. Mahathir tidak relevan lagi untk zaman ini, terutamanya untuk jenerasi sekarang malah jenerasi veteran pun sudah bijak menilai kesesuaian semasa. Sekiranya beliau masih jadi PM pun dalam era Pak Lah, BN mungkin sukar untuk mengekalkan 2/3 sebab yang ditolak oleh rakyat bukannya Pak Lah tapi UMNO/BN. Pak Lah adalah pembuka laluan awal demokrasi sebenar di Malaysia walaupun akhirnya tempias demokrasi itu terkena diri beliau sendiri. Satu diiantara yang belum berubah sejak dahulu ialah Media Perdana Berita TV3, TV1 dan Utusan Malaysia, nampak sangat tidak demokratik dan berat sebelah yang digunakan untuk Menghentam Pembangkang sebahagiannya berunsur fitnah yang ditonton oleh jutaan rakyat setiap hari.

    ReplyDelete
  2. Penasihat Forum Ekonomi China Dunia (WCEF), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pembangunan Malaysia kini lebih fokus dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata yang negara-negara membangun perlu memberi tumpuan kepada kekuatan mereka sebagai enjin pertumbuhan dan sekiranya gagal memenuhi sasaran, ia akan menjuruskan kepada kekurangan kejayaan dan pembangunan.

    ReplyDelete
  4. "Fokus Malaysia adalah sama dengan Australia dan untuk kumpulan pendapatan sederhana untuk meningkat, fokus patut lebih kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan persekitaran, kata beliau.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Malaysia telah menggariskan 12 NKEA untuk memacu pendapatan tertinggi dalam usaha mentranformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  6. Ia meliputi 11 industri dan satu wilayah geografi iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektrik dan elektronik; borong dan runcit; pendidikan; penjagaan kesihatan; kandungan komunikasi dan infrastruktur; pertanian; dan greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

    ReplyDelete
  7. Malaysia ialah rakan dagang ke-10 terbesar Australia, dengan perdagangan dua hala bernilai A$16 bilion pada 2011.

    ReplyDelete
  8. penjelasan seorang diktator...

    ReplyDelete
  9. PM Najib berjiwa rakyat, pasti akan mendapat banyak sokongan rakyat pada PRU13.

    ReplyDelete
  10. berdasarkan faktor-faktor kestabilan, keharmonian dan pengalaman yang dimiliki oleh BN dalam mentadbir negara, BN mempunyai peluang yang amat baik untuk meraih majoriti 2/3 dalam PRU yang akan datang tidak lama lagi

    ReplyDelete
  11. Perlu diingatkan juga, ahli-ahli BN, khususnya UMNO perlu akur kepada keputusan tertinggi parti terutama dalam bab calon

    ReplyDelete
  12. tidak boleh berbalah sesama sendiri di mana ia akan merugikan parti yang mana akan memberi kesan terhadap agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  13. Sekiranya tidak berlaku sebarang sabotaj, InsyaAllah BN akan mendapat semula majoriti 2/3 pada PRU kali ini

    ReplyDelete
  14. Umno tidak akan membiarkan Malaysia hancur disebabkan janji-janji bohong yang ditabur pembangkang, bagi mengelakkan rakyat merempat di negara sendiri.

    ReplyDelete
  15. Najib menegaskan walaupun apapun rintangan dan cabaran yang melanda, Umno tidak akan berundur daripada terus berbakti kepada rakyat dan negara

    ReplyDelete
  16. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan menghadapi musuh dari luar mahupun dalam

    ReplyDelete
  17. Umno BN akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik

    ReplyDelete
  18. Umno komited untuk memperjuang nasib bangsa Melayu dan Bumiputera, parti itu juga beriltizam memastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia

    ReplyDelete
  19. Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan seluruh anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasiona. Dalam memastikan kemenangan BN pada PRU-13, Najib menekankan pentingnya disiplin berorganisasi sebagai faktor tonggak yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini.

    ReplyDelete
  20. Dalam sebuah pertubuhan siasah, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah iaitu bukan sekadar diterima oleh lingkungan parti tetapi hendaklah juga disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  21. senyap ajelah madey kutty ...org aje salah ..kiranya kau hebatlah ye ..dah tua pi masjid ajelah ...bagi peluang pd anak2 muda ...

    ReplyDelete
  22. Aku aku ada kat Shah Alam.. sudah pasti kasut hinggap dikepala dia..!! Masih tak sedar diri..!! dia merasakan hanya idea dia dan cara dia yg terbaik..!! lihat layanan dia pada rakyat.. siapa yg mengkritik diISAkan.. rakan politik yg dianggap sebagai ancaman dibunuh kerekter dgn pelbagai tuduhan dan tohmahan... Buat apa kerajaan kuat jika rakyat menderita..??? buat apa.. Maddey boleh bercakap apa saja dan tanpa dikenakan tindakan... so it's apply to rakyat macam aku..!! Jangan percaya sekumitkan kata kata dia ne.. bila tertekan dia akan mengaku nyanyuk..!! l

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya Mahathir marah pasal najib membenarkan RCI di Sabah sehingga membongkar penipuannya..Dulu Pak Lah lemah kerana membatalkan projek Jambatan bengkok ke Singapura iaitu projek terbesar utk anaknya..

    ReplyDelete
  24. Kekuatan umno kini dah terbongkar..kekuatan umno bn guna kan khimat pendatang asing bolehlah..

    ReplyDelete
  25. rasanya mahathir berasa sangat geram dengan najib ketika ini kerana membenarkan RCI. najib sedar dirinya tiada kaitan secara langsung tetapi kesan besar terhadap mahathir. najib tak boleh lawan cakap mahathir tetapi najib bijak, najib guna cara lain utk kenakan mahathir. RCI ini sebenarnya serampang dua mata.

    apapun, RCI ini memberi kesan besar kepada BN seluruh negara. rasanya di tahap ini, sokongan terhadap BN semakin merosot dan yang pastinya pengundi atas pagar hampir semua lari tinggalkan BN. yang selebihnya, berada dalam 50 50 samada undi BN atau PR.

    kalau RCI ini tidak menghukum pesalah, rakyat akan lebih memberontak dan kedudukan BN akan lebih parah. sebenarnya BN silap perhitungan, RCI ini tak boleh selamatkan najib dan BN sebaliknyamenjadi titik permulaan bagi kehancuran BN apabila rakyat tahu sememangnya berlaku penipuan kerajaan satu ketika dulu.

    disebabkan isu2 besar ini, kalaupun BN menang PRU13, majoriti pastinya sangat kecil dan keputusan lebih buruk berbanding 2008. akibatnya, najib juga yang akan disingkirkan kerana sudah pastinya mahathir akan bising dan berdendam dengan najib gara gara RCI ini.

    tengoklah dulu mahathir bising dgn dolah badawi, begitu juga mahathir akan bising dengan najib sehingga najib turun takhta.

    ReplyDelete
  26. Semalam aku trlihat BICARA RAKYAT dlm TV1 yg mmbawa 3 penalis iaitu MP Sipitang serta Datuk Azizah dan Setiausaha UPKO. Banyak2 channel malam tu, sengaja aku tengok TV1 sebab ada 'rancangan komedi'. Memang lucu tahap gaban. Ada ke semua ahli penal tu kata mngenai tajuk..APA RAKYAT SABAH DAPAT?, rata-rata komen dr mereka ialah rakyat telah dihidangkan dgn jalanraya,letrik,air dan jambatan dan ada contoh di sekitar K.Penyu,Beuafort dan sekitarnya. Lepas tu SU UPKO trcakap mnegnai tol dSemenanjung sebab tu jln cantik manakal dSabah hanya dibina oleh kerajaan negeri,sebab tu ndak cantik. Tapi tak semena2 katanya jiak PR naik mana ada duit nak bayar konsesi pd sykt tol tu dan sudah tentu PR akanb ambik duit pmbangunan Sabah tuk dbayar pd sykt tu. Hooii bahalol..kalau aku jd pengundi Sipitang atau K.Penyu,memang aku kasi tumbang sama itu BN,panipu. Dlm ruangan Bicara Rakyat bukan begitu pngisiannya. Itu sepatut tajuk BICARA BN bukan Bicara Rakyat. Jugak aku nak sentuh..isu jlnraya,letrik,air dan jambatan itu bukan hutang rakyat kpd BN..itu mmang tugas kerajaan. Mlaahg jambatan yg gah sgt hungga 50 juta yg dibina di sana,kalau krajaan Nik Aziz buat kosnya mngkin sekitar RM1juta je tu. Confirm punya lahh. Waahaii rakyat SABAH,jgn kitak tartipu,bah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  27. KUALA LUMPUR: Meskipun gaji beliau sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, Pengerusi Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini.

    Ini berikutan kenyataan Syabas kepada media pada 9 Januari bahawa gangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak hanya dapat dipulihkan pada perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

    Bagaimanapun, apabila kerajaan negeri campur tangan dengan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan, gangguan air dapat dipulihkan pada Jan 15 – empat minggu lebih awal daripada perangkaan Rozali. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini membuktikan Rozali gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan baik, lapor Selangorku.

    “Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak supaya beri hak urus air Selangor kepada kerajaan negeri.
    “(Kerana) kita mampu urus air lebih baik dan mementingkan kepentingan pengguna berbanding Syabas,” ujar Abdul Khalid di hadapan lebih seribu hadirin dalam Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya di sebuah restoran di Petaling Jaya malam tadi.

    Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Najib enggan menyerahkan hak pengurusan air kepada kerajaan negeri kerana lebih mengutamakan kepentingan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat Selangor. Abdul Khalid turut menyelar tindakan Syabas yang sebelum ini bertindak menyaman Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air di Selangor.

    ReplyDelete
  28. Ketidakpuasan mahafiruan sbb najip buat rci, tapi yg peliknya tiada komen apa2 stament mahafiruan oleh pairin, dompok juga kurup

    ReplyDelete
  29. Mahathir shouldn't say that about our leaders.

    ReplyDelete
  30. I think he's trying to bring down Najib the way he bring down Badawi.

    ReplyDelete
  31. Dr M might be trying to gain support for himself to become PM again.

    ReplyDelete
  32. After 22 years playing the role of Malaysian PM, Dr M is still not contented.

    ReplyDelete
  33. But I think the people still supported Najib.

    ReplyDelete
  34. rakyat merempat di negara sendiri kerana PATI peliharaan BN/UMNO. Faham! Bodoh!

    ReplyDelete
  35. erajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan kerja yang bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dengan melakukan tranformasi secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  36. Rakyat perlu bersyukur kerana sumbangan perjuangan BN dapat membela rakyat secara berterusan dan rakyat perlu di beri penjelasan agar tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang,

    ReplyDelete
  37. “Perjuangan BN telah terbukti memerdekakan negara dari penjajah, menjadikan negara ini yang dahulunya mundur kini pesat membangun dan menuju halatuju negara maju menjelang 2020,

    ReplyDelete
  38. Tsunami politik di negara ini sudah berakhir apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai perubahan demi membela rakyat tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  39. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata punca tsunami politik berakhir berdasarkan 10 perkara yang dilakukan Najib antaranya program janji ditepati, transformasi, keadilan kepada semua dan hebat di pentas dunia.

    ReplyDelete
  40. “Datuk Najib ini memang telah menghentikan tsunami politik…pada 2008 kita khuatir ada tsunami politik, tetapi 2013 saya yakin ia sudah lama berhenti sejak empat tahun,” katanya kepada pemberita selepas program Sepagi Bersama Rakyat di Perumahan Awam Karentina, Batak Rabit di sini, semalam.

    ReplyDelete
  41. Katanya, pencapaian yang dilakukan Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun lapan bulan itu sangat baik kerana ia memberi semangat dan keyakinan baharu dalam menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

    ReplyDelete
  42. Justeru, beliau yakin BN boleh menang pada PRU-13 termasuk di kawasan Teluk Intan apabila rakyat tidak mengira kaum mula yakin dengan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  43. “Keyakinan saya bukan berdasar kepada teori tetapi program turun padang. Saya dah buat banyak program turun padang, saya melihat bagaimana rakyat suka pada kita, rakyat datang ke program dan dengar penjelasan kita, semua ini menunjukkan tsunami politik sudah berhenti,” katanya.

    ReplyDelete
  44. Katanya, kaum Cina dan India sudah kembali menyokong BN manakala sokongan masyarakat Melayu dilihat semakin bertambah.

    ReplyDelete
  45. Sementara itu, mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diminta menarik balik amanatnya, Ahmad berpendapat bahawa Presiden Pas itu tidak akan menarik balik amanat mengkafirkan Umno kerana itu menjadi perjuangan Pas yang suka mengkafirkan orang Umno.

    ReplyDelete
  46. “Pada saya ia satu kesilapan yang amat besar tidak ditarik balik amanat itu jikalau beliau (Hadi Awang) rela melihat umat Islam berpecah,” katanya.

    ReplyDelete
  47. Beliau berkata, Presiden Pas itu tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan itu salah.

    ReplyDelete
  48. “Kalau Hadi Awang mementingkan perpaduan umat Islam, dia perlu tarik balik tetapi kalau mementingkan kepentingan politik hanya kerana kerusi, itu satu keputusan tidak wajar,” katanya

    ReplyDelete
  49. Barisan Nasional (BN) Youth chairman Khairy Jamaluddin has urged all component party youth wings to approach young voters who are seen as a deciding factor in BN's win in the 13th general election.

    ReplyDelete

  50. He said efforts to interact with young voters, who made up 40 percent of the 12 million registered voters, must be done through traditional political programs such as ceramahs and also community activities and new media.

    ReplyDelete

  51. "According to the latest study by the BN Youth laboratory, 62 percent of the young voters are fence sitters and they are the deciding factor in BN's victory in the coming general election," he said at a press conference after opening a PPP Youth National Convention.

    ReplyDelete
  52. Commenting further, Khairy, who is also Umno Youth chief, said among efforts by BN youths to approach the young was by launching the BN Youth Volunteers to help in campaigning in the coming general election.

    ReplyDelete

  53. Earlier, in his speech Khairy said BN must prove they were not village champions but were champions of all Malaysians.

    ReplyDelete
  54. He said praise must be given to the BN government under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who had implemented drastic changes to the national political landscape for the wellbeing of Malaysia and its people.

    ReplyDelete
  55. Among the most obvious changes were abolishing the Internal Security Act and amending the Universities and University Colleges Act, he added.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.