Wednesday, January 30, 2013

PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

NONEBeliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Beliau mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.

Mahfuz mendakwa beliau menerima surat tersebut melalui kiriman pos daripada individu tak dikenali.

Mahfuz yang membacakan kandungan surat berkenaan berkata, kad pengenalan dan Mykid tersebut diarahkan untuk dihantar ke situ kerana juruaudit terbabit didakwa berada di lokasi tersebut untuk mengemaskini status dokumen berkenaan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz juga mendakwa surat berkenaan juga menyebut bahawa dokumen berkenaan seterusnya akan dihantar ke JPN Putrajaya.

"Saya nak tahu sejauh mana (kebenaran surat) dan berapa jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut ini. Kerajaan perlu umumkan kerana mereka sudah pun kumpul (kad pengenalan dan Mykid).

"Saya juga nak minta penjelasan bila dan di mana ia dilupuskan," kata MP Pokok Sena itu lagi.

Katanya, kandungan surat tersebut mengarahkan supaya kad pengenalan dan Mykid di hantar ke sebuah alamat yang meragukan.

"Adakah ini alamat pejabat pendaftaran negara di daerah Keningau? Saya minta penjelasan. Kerajaan kena umumkan kerana benda ini sangat meragukan
"Saya tak tahu sejauh mana kebenaran surat ini tapi surat ini sampai kepada saya," katanya.

Dalam sidang media sama, Mahfuz juga meminta agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing di adakan di seluruh negara.

Jelas Mahfuz, isu pendatang asing dan pemberian kad pengenalan bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi di seluruh negara.

"Dulu saya pernah dedahkan pada April 2012. Orang anggap ini tak serius. Tapi hari ini, apa yang diperakui RCI ialah apa yang saya dedahkan. Bukan sahaja berlaku di Sabah tapi di Semenanjung juga.

"Daftar pemilih di Semenanjung juga diragui kesahihan mereka. Sebab itu kita tuntut, RCI bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara," katanya.

Mahfuz pada pada 24 April lalu Mahfuz menyerahkan nama lebih 175,000 pengundi yang diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Menurut Mahfuz, senarai itu mengandungi nama pengundi dengan kod kelahiran dengan "angka-angka pelik" dalam kad pengenalan.

Selain itu, ia juga melibatkan pengundi dengan kod kelahiran 71 (kelahiran luar negara) dalam kad pengenalan tetapi bukan berbangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain.-MK

70 comments:
Write comments
  1. WALAUPUN Mahfuz Omar sudah berdiam diri isu "Task Force" yang dibuat-buatnya itu, namun Mymassa rasakan perlu untuk mengupas lebih lanjut lagi supaya seluruh rakyat dapat melihat bagaimana Pembohong dan Hikpokritnya manusia bernama Mahfuz Omar ini, sesuai dengan taraf akademik yang dimilikinya!

    ReplyDelete
  2. Di sini Mymassa dedahkan tiga nama dahulu, sebelum kita dedahkan ahli-ahli PAS yang lain di seluruh Sabah, yang ke semuanya adalah anak-anak PATI (Pendatang Tanapa Izin) atau mereka sendiri adalah PATI yang tidak dilahirkan di Sabah tetapi memiliki Kad Pengenbalan yang meragukan.

    ReplyDelete
  3. Mymassa bersetuju benar dengan Desakan Mahfuz Omar supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat bagaimana mereka mendapat Kad Pengenalan? Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti menyiasat mengapa terdapat ramai PATI atau anak PATI menjangkau 90% di dalam PAS Sabah? Malah, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hendaklah juga menyiasat ahli-ahli PAS PATI ini yang didapati bekerja untuk parti semasa Ofis Hour! Adakah semua ini ajaran Mahfuz Omar?

    ReplyDelete
  4. 1. HAMZAH ABDULLAH (Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah) Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah ini dilahirkan di mana? Isteri dan anak-anaknya dilahirkan di mana? Bagaimana dia boleh memiliki Kad Pengenalan? Adakah mengikut Prosedur? Adakah dia memiliki Permit Masuk Ke Sabah?

    ReplyDelete
  5. 2. LAHIRUL BIN LATIGU (Ketua Pemuda PAS Sabah) Adakah Lahirul anak tempatan Sabah? Adakah ibu bapa Lahirul dilahirkan di Sabah? Bagaimana keluarganya yang lain yang baru sampai ke Sabah? Bagaimana mereka mendapat Kad Pengenalan? Jangan marahkan kami, kami hanya nak bantu Mahfuz Omar supaya Mahfuz Omar dapat maklumat tepat isu yang dibangkitkannya tu?

    ReplyDelete
  6. 3. USMAN BIN MADEAMING (Ketua Pemuda PAS Kalabakan) Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dicadangkan oleh Mahfuz Omar juga mesti menyiasat ahli PAS ini bagaimana dia dapat IC? Benarkah ibu bapanya orang Indon? Bila dia dapat IC?

    ReplyDelete
  7. Mymassa akan mendedahkan beberapa nama lagi supaya Mahfuz Omar dapat menyerahkan nama-nama ini kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dengan terperinci proses-proses mereka mendapat IC! Kita ucap terima kasih kepada SAPP dan PBS kerana sudi memberikan maklumat kepada kita.

    ReplyDelete
  8. Projek ic masih belum ditanggani, sudah pasti ada juga pihak salah gunakan dokumen untuk tujuan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. RCI not only for Sabah but for entire Malaysia.

    ReplyDelete
  10. "Daftar pemilih di Semenanjung juga diragui kesahihan mereka.

    EC harus memastikan pendaftaran baru adalah untuk warga tulen sahaja.

    ReplyDelete
  11. Selagi isu PATi tidak diselesaikan, mustahil PRU akan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  12. Buatlah siasatan terhadap Jabatan Pendaftaran dan EC yang berkemungkinan ada sindiket yang tidak baik.

    ReplyDelete
  13. SPR dan JPN perlu menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  14. Pihak JPN pastikan nama dalam data mereka juga bersih dari unsur-unsur yang meragukan.

    ReplyDelete
  15. Nama pengundi dalam senarai SPR mesti selari dengan data nama dalam JPN.

    ReplyDelete
  16. Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak SPR sangat dihargai demi keselamatan dan masa depan rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  17. Tidak perlulah cuba untuk mempengaruhi fikiran orang dengan kenyataan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  18. IC yang tidak dituntut tidak akan diberikan kepada warga asing. Itu tidak patut berlaku.

    ReplyDelete
  19. Kalau benar pun PAS takut kalah dalam PRU13 akan datang. Tidak perlulah membuat fitnah.

    ReplyDelete
  20. Sejak dari awal pakatan pakatan pembangkang wujud mereka lebih banyak memainkan fitnah daripada merealisasikan janji kepada rakyat dan ia semakin menjadi-jadi menjelangnya Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

    ReplyDelete
  21. Mereka melontarkan pelbagai tohmahan kepada kerajaan dan kepimpinan BN kerana semakin tidak keruan dan ‘kepanasan’ selepas kejayaan pelbagai agenda BN dan juga pelaksanaan lancar pelbagai bantuan untuk rakyat termasuklah bantuan persekolahan RM100 yang diumukan dalam bajet tahun lalu,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN..

    ReplyDelete
  22. Sebaiknya Pembangkang perlulah menumpukan janji yang telah mereka berikan di negeri yang mereka jejahi. Kerana jika kita lihat sendiri pun memang ada benarnya yang mana pembangkang sekarang ini hanya tahu mencari kesilapan dan kesalahan kerajaan. Membuat fitnah sana sini.

    ReplyDelete
  23. Tapi bagaimana dengan janji mereka kepada negeri yang mereka duduki sekarang ini. Rakyat menagih janji daripada pembangkang. Seperti di Selangor sendiri masalah air tidak selesai, ibu tunggal diabaikan... Dulu janji terang bintang tapi mana sudah semua itu.

    ReplyDelete
  24. Maka jadikan ini sebagai satu pengajaran kepada kita. Jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang direka oleh pembangkang dan juga jangan mudah termakan janji yang diberikan oleh mereka. Teruskanlah mengundi kerajaan Barisan Nasional untuk masa hadapan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  25. Semakin dekat PRU13 semakin hangat isu-isu politik mula dimainkan oleh pihak pembangkang. Namun perlukan kita menukar kerajaan untuk sekadar mencuba, merasa dan ujian untuk kerajaan baru. Rasanya tidak perlulah. Apa guna kalau kita merana akan datang selama 5 tahun dan negara menghadapi masalah. Perlukah kita merasa semua itu?


    Jika sudah musnah rasanya amat sukar untuk diperbetulkan. Apatah lagi jika perpaduan kaum telah hancur. Bukannya mudah untuk mengecapi semua itu, ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang telalu lama untuk mengecapinya.

    Apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman itu adalah betul. Datuk Musa mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.

    ReplyDelete
  26. Sebelum ini Datuk Musa berkata rakyat harus bijak membuat keputusan agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan bersama seterusnya dapat memastikan kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara.

    Menurutnya jika rakyat terus bersatu mengekalkan perpaduan, bersatu dan tetap setia kepada kerajaan walaupun dicemari dengan fitnah parti pembangkang, sudah tentu keamanan negara akan terus wujud serta bebas daripada kucar-kacir.

    Jadi fikirkan demi masa hadapan generasi akan datang. Jika perpaduan dan keharmonian rakyat ini musnah, maka generasi kita tidak akan dapat merasanya dan hanya tingal sejarah untuk mereka. Perlulah kita terus menyokong kerajaan BN kerana inilah pilihan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  27. Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk bersara dari dunia politik.

    Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya rakyat negara ini tidak bergantung hanya kepada seorang individu bagi membela masa depan mereka.

    "Saya yakin rakyat Malaysia khususnya Sabah lebih percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Anwar dan jika dia mahu bersara tidak perlu tunggu sehingga selepas pilihan raya.

    ReplyDelete
  28. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Moginakan Kimaragang peringkat negeri Sabah anjuran Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu di Kampung Samparita, Ulu Bengkoka, kira-kira 30 kilometer dari pekan Kota Marudu di sini Isnin.

    Beliau diminta mengulas mengenai wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13 dan akan kembali mengajar.

    ReplyDelete
  29. JAWAPAN DARI JPN DAN KDN IALAH KITA AKAN BUAT SIASATAN.
    SAMPAI KIAMAT LAH INI JAWAPAN MEREKA, MEREKA TAHU ORANG MALAYSIA SEMUANYA BODOH MUDAH UNTUK DITIPU. TAPI SEKARANG NO, RAKYAT MALAYSIA DAH RAMAI BIJAK PANDAI KECUALI PENYOKONG UMNO.

    ReplyDelete
  30. TAK ABIH2 PENGKHIANATAN ,,,, AGAKNYA JPN DI SABAH LEBIH BESAR DARI JPN PUTRAJAYA,,, SEBAB TU PUTRAJAYA KENA HANTAR UTK JPN SABAH MENGESAHKANNYA DAHULU,,,,
    HANCUS MANCUSSS,,,,,

    ReplyDelete
  31. sanih alias...banyak-banyak PATI ko ni paling sial...haramjadah

    ReplyDelete
  32. apa saja pihak PR bantah, bangkang dan suruh siasat tidak diendahkan oleh pihak Ameno / BN. Mereka rasa mereka berkuasa, semua jabatan kerajaan, media di kuasai oleh mereka. mereka menidakkan penyelewengan mereka tanpa merasa bersalah kerana mereka perlu mengekalkan kuasa dengan apa saja sekali pun. Buatlah apa saja...demo, mogok dan seumpamanya tidak menjadi kudis bagi puak Ameno / BN ni. kerana terdesak mereka sanggup lakukan apa saja demi mengekalkan kuasa. jika hilang kuasa mereka akan hilang segalanya dan akan dihadap ke mahkamah kerana penyelewengan mereka semasa mereka berkuasa. itu yang mereka takutkan.
    Kita sebagai rakyat harus hentikan kekuasaan mereka ni menindas rakyat dan mengaut kekayaan negara masuk ke dalam poket mereka dengan memberi undi kita kepada pihak yang boleh kelola urus harta negara dengan baik...undilah PAKATAN RAKYAT.
    A B U

    ReplyDelete
  33. Baik Hamzah, Lahirul, Usman atau sapa2 lagi jgn dikira siapa..asalkn trbabit dgn PEMBERIAN & PENERIMAAN IC PALSU, teruskn tindakan siasatan. Kenapa ada dok tibai Mahfoz hingga prtikai kelayakan akademinya. Kita bukan bercakap dia ke sapa hanya lulus PMR, tapi isu yg dibwanya itu mnjurus kpd siasatan projek ic segera zaman dulu.

    -Rujuk Mymassa yg bengap diatas nun.

    ReplyDelete
  34. Home Minister Hishamuddin Hussein has denied a letter allegedly directing uncollected MyKads and MyKids to be sent to Sabah, saying it is fake.

    ReplyDelete
  35. “The letter is fake. It’s fake. The allegations are being based on a false letter.

    ReplyDelete
  36. “I urge the public who do not have political motivations not to believe the accusations that certain parties are making,” the minister said at a press conference today.

    ReplyDelete
  37. He added that the National Registration Department (NRD) chairperson Jariah Mohd Said will be lodging a police report today on the matter.

    ReplyDelete
  38. PAS vice-president Mahfuz Omar demanded the government’s explanation on the letter.

    He claimed that the directive was issued to all state NRD directors and districts in a letter dated Dec 14, 2012, stating that any MyKad and MyKid that was not collected within 18 months should be sent to Keningau, Sabah.

    ReplyDelete
  39. Lebih 500,000 rakyat Malaysia masih belum menuntut MyKad mereka dari
    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sikap acuh tidak acuh itu akan
    menimbulkan masalah yang tidak dijangka.

    ReplyDelete
  40. Jika maklumat termasuk alamat telah dikemas kini ketika permohonan
    tetapi MyKad baru itu tidak dituntut pada waktu ditetapkan, kemungkinan
    akan berlaku masalah kecil apabila menjalankan perniagaan atau memohon
    pinjaman.

    ReplyDelete
  41. Butiran dalam kad pengenalan lama atau MyKad sementara akan menjadi
    tidak sah dan tidak sepadan dengan data yang dikemas kini di JPN

    ReplyDelete
  42. kira-kira 1.6 juta orang memohon MyKad versi baru itu yang dilengkapi
    ciri-ciri keselamatan dipertingkat yang diperkenalkan awal tahun ini.

    ReplyDelete
  43. Namun, seramai 456,985 pemohon masih belum menuntut MyKad tersebut.

    ReplyDelete
  44. Permohonan penukaran MyKad baru itu mendapat sambutan hangat di kalangan
    rakyat Malaysia kerana ia lebih tahan lama berbanding versi lama.

    ReplyDelete
  45. Selain diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan dan
    menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi
    perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

    ReplyDelete
  46. Pas hanya memainkan isu ini sahaja.

    ReplyDelete
  47. Perketatkan lagi sistem untuk mendaftar mengundi.

    ReplyDelete
  48. Hanya untuk kepentingan politik, pembangkang sanggup buat apa sahaja.

    ReplyDelete
  49. Melihat kepada langkah-langkah yang sedang mereka ambil sekarang pun, sudah cukup untuk menyatakan bahawa masing-masing sudah tidak sabar-sabar untuk membunuh, menghuru-harakan dan mengucar-ngacirkan negara sekiranya Barisan Nasional menang, lebih-lebih lagi sekiranya menang besar dan majoritinya lebih dari dua pertiga.

    ReplyDelete
  50. Keyakinan yang ditanam kononnya, ini adalah peluang terakhir UMNO dan Barisan Nasional untuk berkuasa, sudah cukup untuk dijadikan petunjuk, Anwar Ibrahim dan para pengikutnya langsung tidak bersedia untuk berhadapan dengan realiti bahawa mereka tidak akan menang dan peluang untuk Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim sudah terkatup rapat. Mereka sebaliknya lebih bersedia untuk melancarkan gerakan subversif.

    ReplyDelete
  51. Dan gerakan-gerakan subversif tersebut yang dinamakan sebagai REVOLUSI TANPA KEGANASAN digunakan secara meluas untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  52. Anwar akan tahan pengikut-pengikutnya daripada membuat kacau? BERSIH 3.0 di mana Anwar Ibrahim memberi arahan kepada para pengikutnya untuk merempuh pagar dan memburu serta membunuh anggota-anggota polis di Dataran Merdeka sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti kejahatan mereka!!!

    ReplyDelete
  53. Tak menang tangan puak-puak cybertrooper Pakatan, khususnya yang diupah secara peribadi oleh DAP untuk klik DISLIKE pada sebarang klip video yang melibatkan Najib Abdul Razak di YOUTUBE. Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, akan cepat-cepat mereka LIKE sebanyak-banyaknya sebagai cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak.

    ReplyDelete
  54. Dua hari sudah, beria-ia puak pecacai Pakatan klik DISLIKE untuk satu lagi klip video YOUTUBE membabitkan ucapan Najib Abdul Razak sempena sambutan Tahun Baru Cina bagi tujuan memalukan Perdana Menteri dan kemudian menimbulkan persepsi bahawa Najib tidak diminati dan orang Cina membenci Najib.

    ReplyDelete
  55. Bagaimanapun, tidak sampai beberapa jam kemudian, jumlah LIKE dan DISLIKE semakin mengecil jurangnya. Namun, diberitakan para pecacai Pakatan berjaya mengeluarkan video tersebut dari YOUTUBE agar perbuatan mereka tidak dapat dikesan.

    ReplyDelete
  56. Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, nampaknya bakal menghangatkan lagi kepala para pecacai Pakatan Rakyat. Adakah kali ini mereka juga akan DISLIKE video tersebut, seterusnya mengeluarkan video berkenaan dari YOUTUBE?

    ReplyDelete
  57. Ketika Azmin Ali secara giat dan terang-terangan ingin menjadi penakluk Sabah bagi menjadikan Pakatan Rakyat sebagai penjajah baru di Negeri Bawah Bayu dengan mengeluarkan SAPP tetapi pada masa yang sama, menerima Lajim Ukim dan pasukannya yang terdesak dan bersifat peminta sedekah, satu lagi tamparan kuat hinggap ke muka Azmin Ali.

    ReplyDelete
  58. Dan bukan sahaja Azmin Ali, sebaliknya Anwar Ibrahim yang terlalu banyak menumpukan perhatian kepada Sabah kerana memikirkan kerusi-kerusi Parlimen di Sabah cukup untuk melonjakkannya sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  59. Setelah Azmin Ali menjadikan SAPP sebagai musuh, giliran Jeffrey Kitingan pula untuk muncul dan menjentik kepala bana pasangan kekasih tersebut. Jeffrey Kitingan telah membuat seruan kepada rakyat Sabah dan Sarawak agar menerajang keluar Pakatan Rakyat dari kedua-dua negeri tersebut. Tidak itu sahaja, Jeffrey Kitingan turut mengeji dan mencaci BUKU JINGGA yang menjadi KITAB MUKTABAR Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  60. Menurutnya, lebih baik rakyat Sarawak mengekalkan Kerajaan Negeri sedia ada kerana Kerajaan Negeri sekarang memandangkan parti-parti yang memerintah Sarawak sekarang adalah parti-parti tempatan dan diuruskan pula oleh pemimpin tempatan yang lebih faham dengan masalah setempat. Berbanding Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang kerja mereka hanyalah memecah belahkan rakyat Sabah dan Sarawak demi kuasa yang mereka buru.

    ReplyDelete
  61. Patutlah Anwar Ibrahim beria-ia sangat berunding dengan Sng Chee Hua, jutawan dari Kapit beberapa hari lepas selama tiga jam di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  62. Ternyata Anwar Ibrahim sudah mulai ketakutan dan gila meroyannya kerana impian untuk menjadi Perdana Menteri, semakin tidak tercapai.

    ReplyDelete
  63. Walaupun Jeffrey Kitingan mungkin dianggap sebagai harimau tidak bertaring, tetapi berdasarkan senario semasa, Jeffrey Kitingan telah menjadi punca mengapa Anwar Ibrahim dan PKR kalah di Sabah dalam pilihanraya kecil Batu Sapi tidak lama dahulu. Malah Jeffrey Kitingan jugalah yang mendedahkan modus operandi dan tujuan sebenar PKR serta DAP mahukan Sabah dan Sarawak selain kuasa ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  64. Manakan tidak, di Lembah Pantai, ofisnya yang berhadapan dengan kuarters pegawai polis di Hill Park atau lebih tepat lagi di Jalan Pantai Murni, terus sunyi sepi dengan sampah dan debu di tangga, tidak bersapu menandakan pejabat tersebut memang tidak wujud walaupun papan tanda dengan muka Nurul Izzah besar terpampang di penjuru bangunan kedai berkenaan.

    ReplyDelete
  65. Dan sememangnya, Nurul Izzah hanya tahu melalak, buat retorik dan catwalk mengalahkan model terkenal di sana sini tetapi hal kebajikan penduduk Lembah Pantai, haram tak pernah diambil tahu.

    ReplyDelete
  66. Dah dekat-dekat nak pilihanraya nih, mulalah Nurul Izzah meroyan. Sama macam bapanya yang BERKOTE BENGKOK tu, Nurul Izzah cuba nak tunjuk kononnya dia bekerja. Kaedah nak tunjuk kononnya dia bekerja adalah DEBAT!

    ReplyDelete
  67. HANYA MANUSIA BENGONG DAN BAHLOL SAHAJA YANG AKAN TERPEDAYA DENGAN DEBAT macam yang dikehendaki sangat-sangat oleh Nurul Izzah. Sedangkan orang yang berfikir dan ada otak pula akan melihat dengan mata kepala dan membuat analisa, prestasi kerja wakil-wakil mereka atau pemimpin yang mencari-cari tanggungjawab seperti Nurul Izzah.

    ReplyDelete
  68. Cuba sebut satu perkara, apa yang telah dibuat oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai... satu saja pun cukuplah, tak payah banyak-banyak!

    ReplyDelete
  69. Kebanyakan kerja membantu penduduk Lembah Pantai telah diambilalih oleh Raja Nong Chik, pemimpin UMNO yang begitu mengambil berat ceruk rantau Lembah Pantai terutama sekali kepada golongan marhein yang sebelum ini cukup terpedaya dengan helah serta temberang Nurul Izzah.

    ReplyDelete
  70. Justeru, Raja Nong Chik menolak pelawaan Nurul Izzah untuk berdebat pada 24 Februari ini setelah Raja Nong Chik menyatakan Nurul Izzah hanya tahu mengkritik tetapi tak pernah menunaikan tanggungjawabnya selaku wakil rakyat Lembah Pantai.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.