Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambilalih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, PR seharusnya menggunakan kesempatan yang ada kerana Umno-BN ternyata tidak dalam kedudukan selesa berikutan pilhan raya perlu diadakan dalam tempoh terdekat.
“Ini adalah peluang terbaik bagi PR untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya. Kalau kita melepaskannya, lima tahun kita akan menyesal dan kita tak tahu sama ada suasana seperti ini, boleh kita wujudkan kembali.
“Sekarang ini masyarakat bersama kita. Kita yakin himpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur.Kata seorang profesor matematik yang kita yakin dia lebih bijak dari Rais Yatim. Anggaran dia 700,000. Kita yakin inilah jumlah yang sebenarnya.
“Maksudnya di sini sekarang adalah waktu terbaik untuk satu perubahan,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam kelmarin.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tegasnya, apa yang perlu dilakukan PR ketika ini adalah memaklumkan kepada rakyat bahawa segala masalah berlaku seperti isu air di Selangor adalah dirancang demi memastikan kemenangan Umno-BN.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata, PRU13 kali ini adalah medan di mana Umno-BN terpaksa melawan kebangkitan seluruh rakyat.
“Inilah pilihan raya yang menjanjikan satu perubahan besar untuk sebuah kerajaan yang paling lama memerintah di muka bumi ini.
“Dia sudah terlalu banyak melakukan kesilapan lalu bukan saja PR tetapi seluruh rakyat bangkit untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN bersama dengan beberapa NGO seperti Anti-Lynas, Royalti, GMI dan yang lain,” ujarnya. -GB
Tuesday, January 29, 2013
PRU13, Masa Terbaik Untuk PR Kuasai Putrajaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya dan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah tinggal angan-angan Mat Jenin. Hasil pengiraan kasar mendapati Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 160 kerusi Parlimen pada PRU-13 yang akan berlangsung (semakin jelas dan pasti) pada Mac ini.
ReplyDeleteBN sebetulnya mampu mempertahankan Putrajaya malah boleh menang dengan majoriti dua pertiga dengan syarat BN mampu mempertahankan kesemua 140 kerusi yang dimenangi mereka pada PRU 2008 lalu dan merampas 10 kerusi lagi daripada pihak pembangkang.
ReplyDeleteTak susah sebetulnya nak rampas 10 lagi kerusi daripada pembangkang sebabnya BN hanya perlu merampas lima kerusi daripada 23 kerusi yang dimenangi Pas pada 2008, lima kerusi daripada 29 kerusi DAP dan 10 lagi daripada 31 kerusi yang dimenangi oleh PKR.
ReplyDeleteKesemua kerusi yang BN sasarkan adalah kawasan-kawasan di mana pihak pembangkang memenangi dengan jumlah majoriti yang kecil. Ini bermakna, dengan meletakkan calon yang sesuai dan semua orang UMNO dan Melayu bersatu, Insya-Allah itu boleh jadi kenyataan.
ReplyDeleteSebagai contoh UMNO/BN buta-buta boleh rampas satu kerusi Pas di Parlimen Pasir Mas yang kini disandang oleh Ibrahim Ali yang pada 2008 bertanding atas tiket Pas. Malahan, BN juga boleh berkira-kira di beberapa kerusi di Kedah.
ReplyDeleteKerusi DAP pula?Nampak macam susah tapi sebetulnya tak susah sebab BN hanya mahu mengambil lima kerusi sahaja daripada 29 kerusi dimenangi DAP sedangkan parti itu hanya mempunyai 19 kawasan hardcore termasuk Kepong, Bukit Bintang dan Ipoh Timur.
ReplyDeleteTapi ada beberapa kawasan lain menampakkan DAP lemah dan boleh dirampas jika strategi MCA berkesan. Khabarnya kawasan-kawasan itu sudah dikenal pasti.
ReplyDeleteSekarang ini apa yang penting PM perlu meletakkan calon yang tepat manakala semua pemimpin di peringkat bahagian mesti akur dengan pemilihan calon yang dibuat dan menerimanya dengan hati terbuka.
ReplyDeleteAla macam mana mahu menang kalau di Sabah pun PKR bergaduh sesama sendiri mahu merebut kerusi. Belum lagi parti tempatan masuk campur mengenai kerusi tersebut.
ReplyDelete1 lawan 1 tidak akan tercapai. Kerana kalau kita lihat sendiri SAPP inginkan kerusi lebih. Tapi kalau begitu bagaimana pula dengan PKR, PAS dan DAP.
ReplyDeleteSTAR juga ada mengatakan yang mana PR tidak perlu risau dengan SAbah, PR tumpukan di Semenanjung.
ReplyDeleteIni menunjukan yang mana pembangkang di Sabah tidak begitu suka dengan PR.
ReplyDeleteJadi rasanya PR tidak perlulah terburu-buru untuk mengatakan mampu menang. Lihat dahulu masalah didalam parti sendiri itu.
ReplyDeleteMahu menawan Putrajaya bukannya mudah seperti disangkakan.
ReplyDeleteRasanya kalau setakat membuat andaian sekarang ini tidak dapat lagi diketahui.
ReplyDeleteJadi kita lihat saja sendiri adakah benar PR mampu melakukan atau hanya tinggal tanda tanya untuk mereka. Mungkin juga ini kali terakhir untuk Anwar.
ReplyDeletetakut kaitu? aku pula berfikir begini.
ReplyDeletekalau BN menang, 2/3 adalah sangat mustahil. sementara PR juga boleh menang tetapi tidak juga dapat majoriti 2/3.
kalau isu PTI ini diselesaikan dan pesalah dihukum, BN boleh menang besar dlm PRU13 tetapi jika sekiranya isu PTI tak selesai sementara tiada tindakan kepada pesalah, alamat BN lingkup di seluruh negara kerana sekarang ini persepsi rakyat sangat teruk terhadap BN hinggakan org2 kampung mula benci dgn kerajaan berkaitan isu PTI.
namun persaingan adalah sangat sengit nanti. masalah terbesar juga adalah najib sendiri yang tak menjawab isu2 besar seperti isu deepak, komisyen, altantuya yang belum selesai2.
dari sini integriti najib boleh jatuh teruk berbanding anwar yang kelihatan sudah dibersihkan dari isu2 besar setelah keluar masuk mahkamah. maknanya disini, anwar telah melalui proses yang sepatutnya berbanding najib yang hanya berdiam diri kerana najib sedar selagi dia dalam kerajaan yg memerintah, tiada siapa yang boleh menyentuh beliau.
jadi dalam keadaan ini, rakyat akan berfikir samada najib ini benar2 bersih atau kotor. benda ini pastinya ada kesan kpd pengundi atas pagar.
kesimpulannya, BN sedang berada dalam keadaan nyawa2 ikan sekarang.
Kabinet bayangan yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang untuk dipaparkan kepada rakyat sekiranya mereka mendapat mandat berkerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak mungkin menjadi realiti biarpun janji tersebut telah dilontarkan lebih empat tahun yang lalu.
ReplyDeleteAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob menganggap bahawa kabinet bayangan yang dijanjikan pakatan pembangkang tidak akan menjadi realiti memandangkan jawatan Perdana Menteri di kalangan mereka pun terus menjadi persoalan.
ReplyDelete“Sepatutnnya adalah nama yang diangkat untuk mengepalai satu pentadbiran negara apatah lagi cita-cita pakatan pembangkang ini mahu menawan Putrajaya tetapi malangnya sehingga ke hari ini pemimpin tertinggi antara ketiga-tiga parti masih terus berdolak-dalik,” katanya
ReplyDeleteUjar beliau, dari awal kemenangan pakatan pembangkang ke atas lima negeri selepas PRU ke-12 hinggalah ke hari ini mereka telah meletakkan angan-angan tinggi iaitu mahu mengubah pentadbiran kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada kepimpinan mereka sendiri.
ReplyDelete“Masalahnya siapa yang bakal mengisi jawatan kabinet itu malah untuk jawatan Perdana Menteri pun rakyat terus keliru kerana tingkah setiap parti berbeza-beza tanpa ada kesepakatan.
ReplyDelete“Bayangkan, dalam muktamar Pas baru-baru ini pun anggotanya mahukan Haji Hadi sebagai calon Perdana Menteri sedangkan dalam Konvensyen DAP kemudiannya mereka meletakkan Anwar Ibrahim, namun dalam ketiga-tiga parti itu tidak pula diputuskan sehingga ke hari ini. Rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya bakal Perdana Menteri mereka dalam pakatan pembangkang.”
ReplyDeleteJelas beliau, sewajarnya sebagai parti politik yang berjiwa besar dan mempunyai matlamat politik untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat maka pakatan pembangkang mempunyai perancangan yang konsisten yang tidak berubah-ubah sebagaimana yang berlaku sepanjang penggal ini.
ReplyDelete“Inikah pemimpin yang mahu diangkat sebagai contoh untuk dipatuhi sedangkan dalam pakatan pembangkang itu sendiri penuh dengan penipuan dan sandiwara kepada rakyat walhal rakyat mahukan kebenaran.
ReplyDelete“Lebih malang lagi apabila ada pihak yang mempersoalkan kewajaran atau fakta yang diperkatakan oleh kepimpinan pakatan pembangkang maka jawapan yang diterima bukanlah penjelasan sebaliknya dibidas dengan jawapan jika tidak percaya samanlah walhal rakyat hanya mahukan ketelusan.”
ReplyDeleteBeliau yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menganggap pakatan pembangkang lebih banyak menyusahkan rakyat dengan memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan membuat manipulasi apabila sesuatu penjelasan diminta.
ReplyDelete“Seorang pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan meletakkan sebarang beban atas rakyat namun dengan pelbagai manipulasi dan pembohongan pakatan pembangkang sebagaimana janji kabinet bayangan yang gagal direalitikan maka banyak lagi penipuan akan dibuat menjelangnya PRU ke-13 ini,” ujarnya lagi.
ReplyDeleteSEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteTERNYATA, impian pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak pernah terpadam dalam agenda politik mereka. Walaupun sepatutnya selepas dua tahun memerintah di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta menguasai 78 kerusi di Parlimen, pembangkang menilai kemampuan mereka bagi memperbaiki kelemahan, namun itu tidak berlaku.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteSebaliknya, pada minggu lalu mereka melancarkan apa yang dipanggil 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya'. Ia adalah satu program yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencapai impian mereka untuk menawan Putrajaya.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteMereka meletakkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagai sasaran bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekali gus memenuhi mimpi mereka yang terbengkalai sebelum ini.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteSesungguhnya tiada siapa pun boleh memastikan sama ada impian pembangkang itu akan menjadi kenyataan atau tidak kerana segala-galanya terletak kepada rakyat menentukannya. Tetapi apa yang pasti jelaslah kini dengan pelancaran program itu yang bermula di Negeri Sembilan, matlamat pakatan pembangkang sejak selepas pilihan raya umum 2008 tidak berubah iaitu untuk merebut tampuk kekuasaan negara.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeletePembangkang di bawah kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemarukkan kuasa untuk memerintah negara ini. Sebab itulah biarpun rakyat sudah membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12 dengan terus memberikan mandat kepada BN walaupun tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen, pembangkang tetap berusaha untuk menumbangkan BN.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteIa termasuklah melalui impian 16 September yang dicetuskan oleh Anwar. Ketika itu tidaklah pula mana-mana pemimpin pembangkang menimbulkan soal sama ada ia demokrasi atau tidak. Tidak pula ada pemimpin pembangkang yang meminta kalau berlaku Ahli Parlimen yang melompat parti, jangan datang ke sidang Parlimen. Kita juga tidak mendengar gesaan supaya Ahli Parlimen berkenaan perlu mengosongkan kerusinya. Malah kita sudah tentu tidak mendengar ada gerakan mengumpul tanda tangan dilakukan kalau Ahli Parlimen melompat parti.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteKetika itu semua pemimpin pembangkang begitu ghairah menyokong apa yang hendak dilakukan oleh Anwar. Malah ada yang sudah bercita-cita menjadi Timbalan Perdana Menteri dan berkira-kira siapa yang akan menganggotai Kabinet.
Tambahan pula dari semasa ke semasa menjelang bulan September, Anwar terus dengan retorik politik yang bukan sahaja berjaya meletakkan kerajaan dalam keresahan malah mewujudkan harapan yang cukup tinggi kepada sekutunya dalam pembangkang bahawa mereka akan ke Putrajaya pada bulan berkenaan.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteTetapi akhirnya, impian Anwar hanya menjadi mimpi yang tak sudah. Pembangkang kekal menjadi pembangkang manakala BN terus memerintah.
Apa yang berlaku ialah pembangkang kehilangan kuasa di Perak apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR dan DAP mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas. Masa itu bergegarlah seluruh negara dengan tuduhan bahawa tindakan berkenaan tidak demokratik, pilihan raya perlu diadakan dan wakil rakyat berkenaan mengkhianati amanah rakyat.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAY UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteSituasi yang sama juga berlaku apabila tiga Ahli Parlimen PKR keluar parti dan seorang dipecat. Pemimpin pembangkang sengaja melupakan impian 16 September kerana dalam apa hal pun, kalau mereka buat tak apa tetapi kalau orang lain buat tak boleh.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteMereka sentiasa menganggap merekalah pilihan terbaik rakyat, tiada cacat cela, bakal sebuah kerajaan yang terbaik di dunia dan paling sempurna. Justeru mereka meletakkan sasaran PRU13 untuk memerintah Malaysia melalui program 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya'.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteTanpa mahu mengkaji kenapa rakyat memprotes BN pada pilihan raya umum lalu, pembangkang begitu kemarukkan kuasa. Mereka begitu yakin bahawa senario sokongan rakyat kepada mereka masih berterusan.
Tetapi mereka terlupa bahawa hakikatnya, gerakan mereka semakin lemah. Bukan sahaja dengan tindakan pemimpin atau ahli keluar parti, malah lakonan dan sandiwara pemimpin-pemimpin utamanya semakin diketahui oleh rakyat.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteBegitu juga masalah tidak sefahaman antara PKR, DAP dan Pas dalam memerintah. Bagaimana mungkin mereka akan terus berpura-pura untuk memerintah bersama, kalau masing-masing berbeza ideologi dan perjuangan kecuali ada parti yang sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya demi kuasa semata-mata.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteOleh itu program 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' dilakukan bukanlah semata-mata untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi sekadar memenuhi impian politik merebut kekuasaan yang begitu mendalam di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang. Selagi Putrajaya tidak dapat ditawan, selagi itulah pemimpin yang bercita-cita tinggi berkenaan, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteApa yang anehnya, dalam keadaan bahtera pembangkang semakin terumbang-ambing, program berkenaan dilancarkan. Ini jelas menampakkan bahawa pembangkang benar-benar mengamalkan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalaman yang sedang mereka hadapi.
Mereka tidak mahu orang terlalu menumpukan perhatian kepada masalah tersebut, maka muncullah 'Semboyan Halilintar'. Sebenarnya yang menjadi 'semboyan' sekarang ialah hiruk-pikuk akibat tindakan Ahli Parlimen PKR keluar parti sehingga mencetuskan 'Halilintar' yang 'menyambar' bahtera pembangkang yang sebelum ini sememangnya sudah dilihat penuh kepincangan.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeletePerkembangan terbaru ini, seharusnya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa inilah wajah sebenar pembangkang di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.
Jika dulu sebelum Anwar menjadi pemimpin pakatan berkenaan, tiada agenda begitu besar diletakkan oleh DAP dan Pas. Ia disebabkan oleh kedua-dua parti itu tidak mempunyai kekuatan apatah lagi pengaruh bagi membolehkan rakyat menyokong mereka.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteSegala-galanya mereka bergantung kepada Anwar. Tidak kiralah sehebat manapun Lim Kit Sing dan Karpal Singh atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kesemua mereka berharap Anwar akan terus menjadi pemimpin utama pembangkang.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteSebab itulah walaupun PKR sudah kehilangan kerusi majoriti di kalangan pembangkang, Anwar tetap disuruh kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia kerana DAP dan Pas tidak memiliki pemimpin yang berupaya menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi menjadi pemimpin utama negara.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteNamun begitu, DAP dan Pas juga perlu ingat bahawa Anwar tidaklah sehebat mana. Hari demi hari segala kepincangan yang Anwar lakukan dalam mentadbir PKR semakin terbongkar melalui pendedahan bekas-bekas pemimpin dan Ahli Parlimen parti itu. Mungkin DAP dan Pas akan terus memberikan sokongan kepada Anwar tetapi bagaimana dengan rakyat? Mereka sudah tahu menilai siapa lebih sesuai menjadi pemimpin dan parti mana paling layak terus memerintah negara.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteOleh itu, janganlah DAP dan Pas terus ghairah dengan 'nafsu kemaruk kuasa' yang cuba dicetuskan oleh PKR melalui 'Semboyan Halilintar'. Adalah lebih baik jika DAP mengkaji kelemahan pemerintahan mereka di Pulau Pinang manakala Pas pula bermuhasabah adakah tindakan mereka terus menyokong apa yang dilakukan oleh pembangkang benar atau tidak.
SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA UNTUK SIAPA?
ReplyDeleteJanganlah nanti oleh kerana terlalu ghairah mengejar kekuasaan melalui agenda 'Semboyan Halilintar Ke Putrajaya,' 'guruh dan petir' meragut apa yang dikendong oleh DAP dan Pas
Hey kawan-kawan di atas saya sudah puas dengan BN/UMNO saya inginkan pemerintahan PR kerana belum tercuba kalau tidak baik kita balik kepada BN/UMNO
ReplyDeletesya pun da puas dengan PEMERINTAHAN AMU NO yang masuk Sabah untuk merampas hak-hak orang Sabah utk kepentingan KRONI-KRONI dan pemimpin-pemimpin sabah mcm lembu yang ikut telunjuk pemimpin dari MALAYA..... kawan2 di atas yg menyokong AMU NO tu mcm LEMBU juga tu.....
ReplyDeletePutrajaya akan menghadapi cabaran dan saingan yang amat giat kali ini.
ReplyDeletePKR ada peluang yang besar kali ini.
ReplyDeleteBanyak yang sudah melompat parti.
ReplyDeleteSerahkan untuk rakyat sendiri untuk menentukannya.
ReplyDeleteBn will do anything to retain their power.
ReplyDeletePR sudah mengisytiharkan kemenangannya lebih awal dari yang sepatutnya...ini menunjukkan bahawa PR takut kalah pada pru13 nanti jadi sengaja membuat propaganda politik bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya PR ni kuat..
ReplyDeleteTegasnya, apa yang perlu dilakukan PR ketika ini adalah memaklumkan kepada rakyat bahawa segala masalah berlaku seperti isu air di Selangor adalah dirancang demi memastikan kemenangan Umno-BN.
ReplyDeleteinilah mentaliti pemimpin2 PKR...isu air di selangor berlaku disebabkan oleh kelemahan dan kegagalan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut..daripada bertanggungjawab, maka pemimpin PKR menunding jari kepada kerajaan pusat yang kononnya isu air di selangor adalah plot/rancangan untuk merampas kembali selangor...kerajaan negeri harus bertanggungjawab penuh ke atas isu ini dan bukannya mengambil jalan mudah untuk mengekalkan sokongan rakyat..
rakyat seharusnya sedar bahawa pembangkang kini dalam keadaan yang tertekan dan terdesak untuk merampas putrajaya...maka pembangkang akan memainkan apa saja isu untuk memberikan gambaran negatif kepada kerajaan demi kepentingan politik segelintir pemimpin2 pembangkang...
ReplyDeletemanifesto pru 2008 di selangor masih lagi tidak ditunaikan sepenuhnya...janji2 yang dibuat pada pru 2008 seolah-olah dilupakan oleh pemimpin2 pembangkang setelah berjaya menawan selangor..bukan saja di selangor bahkan semua negeri di bawah pentadbiran pembangkang rata-ratanya bermasalah dan menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat.
ReplyDeleterakyat harus membuat pilihan yang bijak pada pru13 nanti dengan memberikan mandat kepada BN...
ReplyDeleteKetua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan pernah berkata Barisan Nasional (BN) berkeupayaan memperoleh kemenangan dua pertiga di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
ReplyDeleteBeliau berkata untuk kemenangan dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.
ReplyDelete"Insya-Allah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," katanya.
Fuad melahirkan keyakinannya bahawa sokongan pengundi Melayu di Johor terhadap BN akan melebihi tahap 65 peratus dan mencecah sehingga 80 peratus dan lebih.
ReplyDeleteKatanya, sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN juga telah pulih daripada kejatuhan pada pilihan raya umum 2008, selain berkeyakinan terhadap peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN kali ini.
ReplyDeleteSukar untuk PR mennag kalau terlalu yakin kerana keyakinan itu akan membuatkan mereka asyik merendahkan parti lain. Tidak mustahil rakyat akan bosan dengan sikap pembangkang yang suka cakap besar.
ReplyDeleteSiapa yg cakap UBN boleh menang 2/3 pada pru13 tu terang2 nda tau apa2..kasi sedap ati sendiri saja haha..Najib sendiripun dari dulu nda jumpa tarikh yg sesuai utk bubar hehe. Utk pengetahuan korng UBN ni sdh lapok..jgn la perasan
ReplyDeleteUmno/Bn mesih bolih menang tahu kenapa,sebab merika pegang kunci putarajaya,jangan hiraukan pangilan hangit.SUMPITAN
ReplyDeleteKHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteRakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteUntuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSoalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeletePadahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri. Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteKalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteCukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteDengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteTapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteLebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeletePatutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteMenteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteDari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteRakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.
KHALID JAWAB DULU ISU PEMBALAKAN, RAMPASAN TANAH DAN PENJUALAN TANAH KEPADA DAP OLEH PEMIMPIN PAKATAN SEBELUM BERANGAN2 MAHU RAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteJika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.
Saingan semakin giat antara pembangkang dan BN.
ReplyDeleteSikap ego harus diketepikan, tumpuan harus kepada rakyat.
ReplyDeletePeletakan calon harus bijak agar rakyat akan memberi sokongan dan menjamin kemenangan.
ReplyDeletePR ada peluang di Sabah?
ReplyDeleteSokongan Bn semakin dicabar, banyak yang akan melompat parti.
ReplyDeletelaluan PR ke Putrajaya masih lagi jauh.
ReplyDeleteHIDUP PKR
ReplyDeletekok macam mana PR nak ke Putrajaya!..perbandingan antara PM Najib dgn Ketua pembangkang atau Mr mansuh prestasinya jauh macam bumi dgn langit!...pak Najib telah menunjukkan banyak kejayaan sepanjang 4 tahun memerintah...manakala berlainan dgn Mr mansuh yg tak ade bukti kejayaan yg ada asyik menyalah dan memfitnah tak sudah2...ini belum lagi kita bandingkan dalam aspek moral dgn pelbagai skendal dilakukan pemimpin pembangkang yg telah diketahui rakyat yg malangnya tak dpt diselesaikan malah masih menerima pemimpin bermasalah tersebut!...so rakan dan taulan...jika ada fikiran waras kena fikirlah sendiri!
ReplyDeleteana setuju Anon 12:49 di atas!...Sentuhan PM Najib masih diperlukan!...sentuhan ajaibnya dalam membangunkan ekonomi negara pada saat ekonomi negara2 di Eropah dan Amerika menguncup dan perlahan menyebabkan beliau diyakini rakyat!...termasuk masyarakat Cina dan India di malaysia!...hidup BN!...syabas Ah Jib Gor!...nambike!
ReplyDeletepembangkang sepanjang 5 tahun gagal dalam mentadbir negeri2 dibawah naungannya...kes air di Selangor, kes pentadbiran yg kucar kacir di Kedah,kes tiada pembinaan rumah mampu milik rakyat di P.Pinang dan kes tiadanya pembangunan dan peluang pekerjaan di Kelantan...menyebabkan rakyat dapat membandingkan dgn negeri2 lain di bawah kerajaan BN spt Johor, Melaka, Pahang, Terengganu,Sabah,Sarawak dll yang telah banyak menikmati kemajuan dn pembangunan berbanding negeri2 di bawah pembangkang...rakyat dah sedar hanya BN dapat mengubah negeri2 tersebut dpd terus dihambat kemunduran!...usah persiakan tawaran PM untuk membangunkan negeri2 spt Kelantan jika BN diberi mandat dlm PRU13 nanti!
ReplyDeletebelum memerintah Pkr dan Pas dah bergaduh dn tak sepakat dlm menentukan pembahagian kerusi so...cam mana nak ke Putrajaya? kah, kah,kaaah!
ReplyDeleteAkhirnya rakyat akan pilih pemimpin yg bersih,bijak,ikhlas,amanah,ada kesungguhan dan berwawasan...ke arah membawa negara mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020...PM Najib menjadi pilihan!
ReplyDelete