Tuesday, January 22, 2013

Saham Felda Jatuh Menjunam



Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 hari ini, jauh di bawah harga tawarannya, ketika kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Harga saham FGV jatuh ke paras bawah harga tawaran RM4.55 hari ini dan terus turun ke paras RM4.52 pada tengahari dan seterusnya merosot ke paras RM4.36 sebelum ditutup pada harga RM4.42.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember.

Menurut Bloomberg, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut-turut dengan penurunan sehingga 2.3 peratus – penurunan paling besar sejak 26 September 2011. -MK

11 comments:
Write comments
  1. jadi kalau begitu, kayalah peneroka felda?

    ReplyDelete
  2. songlap lagi RM EPF, tabung haji n petronas!!!

    ReplyDelete
  3. Ha ha tunggu sahaja naik...

    ReplyDelete
  4. kau ekonomi pun failed ada hati mau komen...

    ReplyDelete
  5. Halalkanlah KWSP kamurang untuk selamatkan FGV ya terutama pencacai UMNO nanti esok lusa nak keluarkan KWSP nanti Najib kata tunggu 60 tahun.

    ReplyDelete
  6. Kalau tidak guna wang KWSP habislah peneroka kena top up loan di CIMB hahaha baru padan muka sokong sangat Najib!

    ReplyDelete
  7. Jgn kita SUU DZON ( sangka jahat) dgn Najib. Tak baik. Mngkin ihlas nak lingkupkan Felda hanya kita tak faham keikhlasan PM yg kita kasihi tu.

    ReplyDelete
  8. Ternyata duit KWSP sudah digunakan untuk selamatkan FELDA masih bela Najib Anonymous
    January 22, 2013 at 7:23 PM. Aku tak akan halalkan walau sesen pun wang aku dalam KWSP untuk selamatkan FGV. Kalau kau sayangkan Najib juallah semua harta kau untuk dermakan pada Najib untuk selamatkan saham Felda!

    ReplyDelete
  9. Harga sawit/tan katanya dah jd RM200 ke? Dah ramai peneroka nak melingkup 9 bg yg dtukar kereta le). Aku dgr kawan kata yg ada kekawan dlm felda.

    ReplyDelete
  10. HARAMJADAH lah Najib sekarang yang membantu melingkupkan FELDA!

    ReplyDelete
  11. Tanah tentera pun dah trgadai pd kroni zaman Najib ni. Bukan sekadar tanah2 felda je, lagi pun tanah felda mmang usaha pihak kerajaan jugak nak mmbantu sudah tentu senang2 drampas balik. Ini tanah tentera dan sepatutnya atas nama KETENTRAAN jgn ada sesiapa ambil kesempatan utk NGAP TANAH itu. Kes di Selangor.
    Sudahle pembelian peralatan ketenteraan penuh dgn penyelewengan yg mnyebabkan beratus juta duit rakyat dikebas, tanh tentera juga trkebas sama atas nama PEMBANGUNAN KETENTERAAN.

    -Bekas peg tentera.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.