Friday, January 18, 2013

Anwar : Wujudkah 'Projek IC' di Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor .

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan.

Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.

"Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut.

"Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?" Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini. -MK

40 comments:
Write comments
  1. Suruhanjaya Diraja atau RCI dalam bahasa Inggeris ini, ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini.

    ReplyDelete
  3. Antaranya yang boleh penulis kenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for it, Megat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

    ReplyDelete
  4. Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya.

    ReplyDelete
  5. Banyak di antara tajuk tersebut dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut. Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  6. Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini. Kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  7. Azmin pula mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.

    ReplyDelete
  8. Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini.

    ReplyDelete
  9. Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.

    ReplyDelete
  10. Dalam hal ini bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

    ReplyDelete
  11. Sudah tentu orang itu sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya, dan saksi berkenaan hanya ada air liur sebagai modal bercakap.

    ReplyDelete
  12. Inilah modal terbaru puak-puak ini sekarang, setelah kegagalan HKR Sabtu minggu lepas yang menyaksikan lebih kurang 45,000 orang sahaja yang datang, jauh lebih kurang dari sasaran 1 juta orang seperti yang sering didendangkan.

    ReplyDelete
  13. Projek IC di Sabah pun Anwar terlibat. itulah yang ditakutkan oleh Azmin.

    ReplyDelete
  14. Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai kadar PATI yang lebih besar berbanding Sabah.

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya Selangor barulah negeri yang No.1 terbanyak PATI dan bukan Sabah.

    ReplyDelete
  16. Patut tubuhkan juga satu RCI untuk menyiasat masalah PATI di Selangor.

    ReplyDelete
  17. Mungkin PM kita akan bersetuju mengadakan RCI untuk Selangor jika rakyat meminta.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan BN berkata mereka sangat ikhlas mengatasi masalah PATI dalam negara.

    ReplyDelete
  19. INGAT SPR..UMNO tidak akan selamanya memerintah Malaysia..sebagai orang Islam kita wajib percaya bahawa hukum Allah memang begitu..setiap yang di atas pasti akan turun..ambil lah pengiktibaran dari kedurjanaan seorang pemimpin yang memberi ic percuma kepada warga asing..dia mungkin terlepas kerana pangkat dan darjatnya..tapi kamu wahai pegawai2 di SPR, siapa akan menolong kamu sekiranya kamu terlibat dengan kedurjanaan seperti itu...kamu akan dihumban kedalam penjara di dunia dan akan disoal di akhirat...

    ReplyDelete
  20. Pemimpin2 UMNO Bertanggongjawab Mengenai Pengkhianatan, Pembelotan Yg Durjana.Anak2 Bangsa Tidak Akan Memaafkan Pemimpin2 UMNO Yg Jahat Dan Dajal.SAelangor Akan Menerima Pengundi2 Baru Seramai 130,000 Orang Yg Tidak DiKetahui Dari Mana Datangnya Penduduk Selangor.Kalau Di Bandar Memang Tidak Dapat DiKesan, Tapi Kalau Di Kampung2 Memang Boleh Kenal Muka2 Indon, Bangla, Tapi Muka Patani sama je.

    ReplyDelete
  21. Rakyat malaysia yang bodoh dan bahlol yg seangkatannya, memang menyokong segala macam kerja durjana UMNO dan pariah-pariah nya, sebab mereka ini lah yang diberi taraf warganegara oleh UMNO/BN walaupun bukan dilahirkan dinegara ini. jika dibiarkan lagi lama UMNO/BN memerintah negara ini, yang nama nya MELAYU TU PUPUS DENGAN SENDIRINYA, WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  22. Jika disyaki ada projek ic, tubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  23. BN berkait rapat dengan masalah kemasukan PATI.

    ReplyDelete
  24. BN tidak akan lepaskan peluang untuk menyiasat Selangor jika terlibat dalam sindiket projek ic juga.

    ReplyDelete
  25. PRu Malaysia tidak adil dan bersih.

    ReplyDelete
  26. Elakkan tuduhan tanpa bukti. Jika ada bukti, serahkan dan buatlah siasatan yang wajar.

    ReplyDelete
  27. Itu sebab ada RCI, untuk siasat, tidak perlu buat tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  28. berani kerana benar, kerajaan berani tubuhkan RCI kerana benar.

    ReplyDelete
  29. Anonymous said...
    January 19, 2013 at 12:22 PM

    bro..ko punya komen macam anjing la...

    ReplyDelete
  30. Di selangor itu ramai bukan orang2 tempatan atau warganegara M'sia. Bagus buat RCI juga di sana.

    ReplyDelete
  31. Anwar tu, untuk menutup lubang sendiri. bermacam-macam alasan dan isu akan dicipta supaya rakyat dikaburi.

    ReplyDelete
  32. The people in Selangor should choose a far-sighted and caring government like BN instead of Pakatan Rakyat which is only thinking of its political interest

    ReplyDelete
  33. the PKR led state government of not allowing the building of the Langat 2 water treatment plant, Selangor might lag behind in attracting new investments due to the shortage of water supply.

    ReplyDelete
  34. The state government can deny this (Langat 2), the project that was planned by the BN government 16 years ago but we can see that as we move towards 2014, Selangor will be facing a water supply problem

    ReplyDelete
  35. the Langat 2 project was planned together with local experts and the assistance of the Japanese government.

    ReplyDelete
  36. hundreds of new factories should be operating in Selangor but there was no guarantee of sufficient water supply, so they could not operate and hence, deprived young people of 12,000 job opportunities.

    ReplyDelete
  37. BN is instead sincere in looking after the welfare of the people with regards to the water issue, whereby the federal government had allocated millions of ringgit to build a water treatment plant in Sungai Labu, Sepang which is now in operation and handed over to the state government to manage it

    ReplyDelete
  38. Selangor BN needs to win at least 29 seats for a simple majority and at least 38 for two-thirds majority

    ReplyDelete
  39. buat masa ini, RCI cuma fokus di Sabah sahaja.

    ReplyDelete
  40. jika nak siasar di selangor kena tubuh lain RCI.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.