KONFLIK parti pembangkang di Sabah masih belum ada kesudahannya. Sama ada parti STAR mahupun PAKATAN, belum mempunyai persepakatan untuk seiring dan berganding bahu untuk menumbangkan regim UMNO yang semakin dibenci oleh rakyat Sabah.
Rata-rata semua yang saya jumpa menunjukkan sokongan kepada pembangkang dan menolak parti daripada Barisan Nasional. Sama ada golongan belia ataupun golongan yang sudah berumur, rata-rata mengatakan; "kasi rasa dulu ini kali diorang, pasal sangat selesa dengan kedudukan, sampai tidak mau tinguk di bawah".
Inilah kata-kata azimat mereka dan dendam kesumat yang terbuku di dada menunggu diletupkan dengan bom 'tomahawk' agar regim UMNO hancur berkecai.
Namun siapakah yang rakyat perlu sokong. Adakah STAR atau Pakatan Rakyat? Heboh diperkatakan bahawa Anuar Ibrahim enggan menandatangani 'Deklarasi Tambunan' semasa lawatan beliau ke Tambunan dahulu ketika Jeffrey Kitingan berada dalam PKR.
Jeffrey dan STAR sibuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak bagus dan ada agenda tersendiri dan tidak mahu mengembalikan autonomi rakyat Sabah. Jeffrey juga menyatakan bahawa Anuar Ibrahim tidak serius dalam membantu rakyat Sabah.
Namun pada hakikatnya tidaklah seperti yang dihebohkan oleh beliau. Anuar telah bersetuju dengan isi kandungan Deklarasi Tambunan namun apa yang berlaku, perlu dibincang dan ditandatangani oleh beberapa pihak yang berada dalam parti berkenaan.
Memandangkan hanya dia yang hadir pada ketika itu maka, beliau meminta isu tersebut ditangguhkan dulu. Kini apa yang berlaku adalah deklarasi ini telah ditandatangani di Sarawak dengan isi kandungan yang hampir sama, namun masih ingin mengembalikan autonomi negeri Sabah menerusi 'Deklarasi Kuching' yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh pemimpin tertinggi tiga gabungan parti dalam pakatan.
Jadi kita sudah jelas di sini bahawa Jeffrey sendiri yang ada agenda tersendiri untuk mengaburi mata rakyat dan memecah undi KDM. Bagaimana kita mempercayai perjuangan mereka ini jika perkara ini pun sudah menipu rakyat?
Bagaimana kita mahu mencapai misi untuk menumbangkan regim UMNO andainya kita berpihak kepada mereka yang sengaja mengaburi mata rakyat?
Keengganan mereka bekerjasama dengan pakatan juga adalah salah satu bukti bahawa mereka ini ada agenda tersendiri bagi memecah belahkan undi pembangkang.
Namun apa yang jelas, STAR ingin memperjuangkan autonomi Sabah dikembalikan seperti yang terkandung dalam Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963; sedangkan semuanya sudah ada dalam 'Deklarasi Kuching'. Jadi untuk apa mereka ingin bersendirian dan tidak membantu pakatan bagi menghapuskan UMNO di muka bumi Sabah?
Oleh : LO_PHUNK (sabahkini)
Wednesday, January 23, 2013
Agenda Tersembunyi STAR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bikin pening saja ini star. apapun, rakyatlah yg menilai sendiri samada mau sokong star atau tidak. kalau star mahu bergerak sendirian, mungkin 30 tahun akan datang baru lah berjaya.
ReplyDeletesudah-sudahla tu bah...duhulu parti tempatan telah diberi kuasa memerintah sabah. gagal akibat pecah belah dan tikam menikam diantara bangsa2 sendiri. cuba lihat serawak, parti PBB yg begitu dominan dan jitu, hasil dari kesefahaman ahli2nya, sbb itu telah diberi kuasa autonomi oleh krjn pusat. sabah ini jauh lagi perjalanan untuk ke tahap itu. paling utama tukar semua pemimpin yg ada, mahupun recycle, ataupun yg merajuk melompak parti lain atau tubuh parti lain....kasi tukar semua....dapatkan kepimpinan muda yg baru, idea baru baru betul..jangan kita terbelakang dalam agenda ekonomi dan politik. Sabah For Malaysia!! kita mau anak2 sabah jadi pengarah JPA, ketua polis negara, Ketua Setiausaha Negara dll. jangan jumudkan sabah for sabahan, terbelakang kita sudahh...kita mau maju kehadapan bahh....
ReplyDeleteDr. jeffery ada kes buat apa undi beliau bersendirian tidaklah boleh seperti PBS dulu Kita sokong PR ada akar tunjang. Tubangkan UMNO ini kali lah
ReplyDeleteLebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah pada Sabtu menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
ReplyDeletePersatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.
ReplyDeletePresiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah sebagai badan antara artis dan kerajaan, akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.
ReplyDeleteBeliau berkata sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanah air, sekretariat itu akan berusaha membabitkan penyertaan seberapa ramai penggiat seni dan artis dalam pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.
ReplyDelete"Kami akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima," katanya
ReplyDeletePENGANALISIS politik di Sabah berpendapat bahawa, perang sesama Parti Pembangkang akan berterusan menjelang PRU-13 kelak. Ini adalah kerana ketiga-tiga parti tersebut ingin mengekalkan kekuasaan parti masing-masing. Dalam masa yang sama juga wakil daripada parti mereka dapat bertanding dan dapat menguasai kerusi di kawasan berkenaan.
ReplyDeleteWalaupun Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-STAR untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri Sabah, namun kedua-dua parti itu jelas ingin juga menumbangkan rancangan Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteTerbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.
ReplyDeleteBukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.
ReplyDeleteSuatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar. Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' dana daripada sumber yang sudi membantunya.
ReplyDeleteAdalah sesuatu yang amat menarik jika STAR enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir sebab Dr. Jeffry dan Anwar Ibrahim sudah "tidak sebulu".
ReplyDeletePada PRU-12 yang lalu, Dr. Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah. Namun, percaturan beliau gagal dan akhirnya pakatan pembangkang di Sabah hancur.
ReplyDeleteAntara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.
ReplyDeleteParti STAR berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah. Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.
ReplyDeleteWalaupun SAPP juga pernah menunjukkan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat. Contoh yang terbaik ialah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.
ReplyDeleteMalah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kempen PRK itu.
ReplyDeleteDalam keadaan perang sesama sendiri SAPP+STAR+PKR, didapati DAP menggunakan pakatan sulit untuk mengkucar-kacirkan keadaan di negeri Sabah ini. Bila keadaan berlarutan, rakyat Sabah akan merana kerana percaturan sulit kesemua parti tersebut.
ReplyDeletemimang diakui pakatan pembangkang di sabah agak kucar kacir sekarang tetapi ini adalah proses yg akan dilalui untuk perbaiki sistem. kita nasihatkan star tanding di kawasan yg benar2 star boleh menang. tandinglah di tambunan dulu ka baru fikir tempat lain. sebab, daripada yang kita ketahui dan lihat juga, penyokong star ini amat sedikit. cuma ditempat tempat tertentu saja kelihatan bendera satu dua. kalau mau tanding 60 kerusi, agaknya hampir semua hilang deposit lah.
ReplyDeleteorg tidak tahu ni star mcm mana mau undi? tambah lagi jeffri yg suka lompat parti. jangan2 lepas pru13, jaffri lompat lagi bila parti star tiada sambutan. itu yg org takut.
Kita sering mendengar khabar angin "BN semakin goyah di Sabah", "Berlaku krisis kepimpinan BN", "Sabah mengalami tsunami politik"...Semua ini cuma permainan pembangkang semata-mata.
ReplyDeleteBN di Sabah kini ditolak oleh rakyat dan kemenangan mereka di Sabah semakin tipis. Sememangnya tidak benar juga.
ReplyDeleteTapi di sebalik khabar angin itu, rupanya pihak pembangkang pula yang semakin menghadapi krisis. Itulah yang kita dapat lihat sendiri.
ReplyDeleteNampaknya khabar-khabar negatif yang kita dengar selama ni hanya sengaja disebarkan untuk menutup kelemahan pihak pembangkang. Pembangkang sendiri yang bermasalah.
ReplyDeletepertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah begitu ketara sekali kita lihat.
ReplyDeleteIni menunjukan petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.
ReplyDeletePergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara.
ReplyDeleteandainya mereka diberi peluang memerintah negara. mesti timbul pelbagai masalah.
ReplyDelete1 lawan 1? apa cerita sudah. Macam tidak ada kata putus sekarang ini.
ReplyDeleteKalau benar anwar mahu melakukannya cuba dengar cakap orang Sabah sendiri. Jangan mahu mengarah orang Sabah.
ReplyDeleteTindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Ooo tidak...
ReplyDeleteApa sudah jadi dengan STAR sekarang ini? Seperti ditolak oleh ahli sendiri.
ReplyDeleteAdakah semua ini berpunca daripada semua ini, pertelingkahan dalaman.
ReplyDeleteStar di Papar telahpun dibubarkan, itulah yang telah dikatakan oleh Partick.
ReplyDeleteTapi tidak tahu lagi akan kebenaran dalam dakwaan itu. Kerana perkara ini turut dinafikan oleh pemimpin STAR sendiri.
ReplyDeleteDatuk Dr Jeffrey Kitingan (Ketua Star Sabah) pula mendakwa anggota
ReplyDeleteParlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing yang keluar dari UPKO pada Julai lalu sebagai pemimpin yang mengamalkan 'politik cari makan'. Nampak disini yang mana pembangkang sendiri menuduh ahli pembangkang lain dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Ini berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah 'anti-Malaya'. Jadi kalau benar anti malaya buat apa perkerjasama dengan PR.
ReplyDeleteNampak disini yang mana Bumburing ini tidak sedar yang mana Anwar itupun orang malaya.
ReplyDeleteMemang pendek betul pemikiran Bumburing ini. Memang patut dia keluar daripada BN.
ReplyDeleteMemang sukar untuk PR,STAR dan SAPP untuk bekerjasama. Ada saja yang bercanggah pendapat.
ReplyDeleteCeh..Buat apa mahu kasih menang dulu? Nanti sama cerita di Selangor dan Pulau Pinang. Kasih menang PR apa jadi dikawasan tersebut. Itukah yang kita mahukan.
ReplyDeleteTidak perlulah rasanya. Apa STAR kah yang menyuarakan RCI ini dan menjadikan RCI ini terlaksana? Memang sah tidak tahu menahu ini orang. RCI sudah lama disuarakan lagi sebelum STAR ditubuhkan lagi. Jadi tidak perlulah memuji STAR ini sangat.
ReplyDeleteCalon PATI rasanya PR sendiri pun sudah ada calon PATI. Cuba tanya Azmin Ali daripada mana dia dapat IC kod 71 itu? Adakah cara betul atau tidak.
ReplyDeletePercaya atau tidak yang pasti 1 lawan 1 yang diimpikan itu pasti tidak akan tercapai. Kerna kita lihat pun SAPP mahu bertanding lebih banyak kerusi. Lepas itu STAR pun mahu perkara yang sama juga.
ReplyDeleteLagi 1, ada pihak yang mengatakan STAR ini adalah parti yang memihak kepada BN. Itu tidak pasti kebenarannya lagi. Dakwaan itu mengatakan tertubuhnya STAR untuk memastikan 1 lawan 1 di Sabah tidak terlaksana.
ReplyDeletealalala sanih alias, samada ada star ka bulan ka planet ka mahu bertanding di sabah, indada masalah bah sbb undi rakyat sabah semua pergi kepada parti2 selain umno BN. kalau kau mau tahu, mod rakyat sabah ketika ini cuma satu saja mahu tumbangkan umno BN. kau tau kah rakyat sabah sangat2 marah sbb BN kasi IC haram sama PTI. boleh sudah faham kan''
ReplyDeletekau pertahan saja PTI disabah. satu hari nanti kau punya genarasi cuma budak suruhan generasi PTI saja.
INI KALILAH!!! Pelancaran Parti STAR Sabah pada 6 Januari 2012 menampakkan Dr. Jeffri Kitingan beria-ia ingin membuat perubahan di Sabah....KONONnya LAH.
ReplyDeleteHihihi..... Tapi persoalannya di sini??? Kenapa Dr. Jeffri Kitingan tidak menubuhkan parti sendiri??? Parti berasal dari Sabah....dia kan orang Sabah juga. Kenapa dia perlu membawa parti luar iaitu Parti STAR untuk masuk ke Sabah??? Apa masam tu???
ReplyDeleteKamurang tau ka pasal Parti STAR ni? Parti STAR (State Reform Party) ni adalah sebuah parti yang berpengkalan di Sarawak, ditubuhkan di Sarawak, parti pembangkang Sarawak. Aiyaaa.....mula-mula sia ingatkan ni Parti STAR Sabah punya. Rupa-rupanya Parti berasal dari Sarawak. Kcian pulak kan. Bagi orang-orang yang ada di luar sana tu mesti ingat ini Parti STAR Sabah punya, milik Dr. Jefri Kitingan kan? BUKAN.....SALAH TU!!!
ReplyDeleteitulah bah..masalah juga si jefry ni tapi inda apa bah kan, rakyat sabah sudah pandai berfikir sikit2 bukan mcm dulu kasi zink, kasi tangki, kasi duir rm50 terus lupa ingatan.''
ReplyDeleteaku inda mau kasi tau mau undi parti apa tapi yg pasti aku mau undi PR saja. umno bn? khak tuiii''
Kalau di Sarawak, Parti STAR ni macam "Tahi Telinga" jak. Mau tinggal dalam telinga orang padahal dia tu "tahi telinga". Buat kempen sana sini pengaruhi telinga orang supaya mendengar. TETAPI.....kalau dah dinamakan "Tahi Telinga", orang akan buang juga tahi tu. Sapa lah yang mahu simpan tahi banyak-banyak dalam telinga.
ReplyDeleteMAKSUDNYA di sini ialah : Parti STAR di Sarawak adalah parti pembangkang buangan yang tidak popular di mata rakyat.....syok sendiri!!! Mau perintah konon tetapi tiada hala tulu....cakap jak banyak untuk pengaruhi rakyat.
ReplyDeleteMerujuk kepada kemasukan Parti STAR di Sabah pulak, kenapa perlu membawa "Tahi Telinga" dari Sarawak untuk diisi dalam telinga orang-orang di Sabah??? Tahi tu........eeeeeee.... Tidak kreatif langsung la Dr. Jeffri ni. Kasihan kan. Sampah dari Sarawak Dr. Jeffri pungut dan dia buangkan di Sabah pulak. Matilah rakyat Sabah ni.......INI KALILAH!!!
ReplyDeletePeranan Dr. Jeffri Kitingan sebagai Pengerusi Parti STAR Sabah ibarat menjadi orang yang tiada hala tuju sebab Parti STAR tu bukan parti milik Sabah. Cuma dia sengaja mau buat kacau untuk mengucar-kacirkan rakyat Sabah.
ReplyDeleteMau mempengaruhi rakyat Sabah dengan ideologinya melalui Parti STAR tetapi dia tidak sedar bahawa TIADA yang menyokong Parti STAR di Sarawak. Daripada sini kita nampak bahawa ternyata Dr. Jeffri Kitingan seperti orang 'desperate' a.k.a terdesak dalam politik di Sabah ni.
ReplyDeleteHAPUSKAN Parti STAR dari bumi SABAH!!! Jangan terima Parti STAR sebab Parti STAR berasal dari Sarawak!!! Kepada yang sudah masuk Parti STAR dan sudah menjadi pengikut Dr. Jeffri tu, keluarlah beramai-ramai. Anda sebenarnya pengikut yang sesat. Pengikut parti buangan yang berasal dari Sarawak.....INI KALILAH!!!
ReplyDeleteSTAR sudah genap setahun tapi belum nampak perjuangannya secara keseluruhan di Sabah.
ReplyDeleteSTAR berketuakan Jeffrey, pemimpin 'katak' tu?sukar untuk percaya pemimpin yang tiada pendirian.
ReplyDeleteKalau di Sarawak tidak berkesan, di Sabah macam mana pula?lebih baik tunggu keputusan PRU.
ReplyDeleteSacara ikhlas aku mau kasi tau...kebayakkan pamimpin yg asal dr Sabah.ndak bole pardaya keihklasan mereka utk rakyat. Ada banyak conoth suda. Jgn kita kira samada pamimpin tu dah masuk pambangkang ka still dlm BN ka,suma sama. Hanya cari makan sajah. Ada pamimpin yg relah dikorbankan oleh UMNO demi periuk nasik marekah dan ada pamimpin yg relah barcakkap atas suara UMNO ( pd hal UMNO tu dr Samananjung dan ndak ada di Sabah asalnya) juga kerana sadikit habuannyah. Sekarang bagi akku, akku bartekad mau tombangkan UMNO/BN pd PRU kali ini. Ini kali lahhh.
ReplyDeletepembangkang di sabah masing2 syok sendiri...anggap diri sendiri sebagai hero..
ReplyDeletejika keadaan ini berterusan, maka BN sabah akan menang mudah...
ReplyDeletejika keadaan ini TIDAK berterusan..mamposs le BN di Sabah
ReplyDeletedalam 'Deklarasi Kuching'yg dibuat Pakatan. sudah ada Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963; jadi jom rakyat sabah kali ini kita undi Pakatan.
ReplyDeleteEntahla skrg Bumburing dan Jeffrey berpaling muka. Apa kes?
ReplyDeleteJ vs B, this gonna be huge hit
ReplyDeleteBeratus ribu PATI dpt ic palsu di Sabah. Apa dah jadi dgn nasib anak2 negeri ya?? Kamu jadi tukang cuci longkang,anak yg asal PATI jadi pegawai tinggi kerajaan negeri. Kah kahkahh.
ReplyDeleteTengok saja lah nanti.....
ReplyDeleteBN masih parti kuat di Sabah.
ReplyDeletePerpecahan ini akan mendorong BN terus menang.
ReplyDeleteMasing-masing nak jadi hero.
ReplyDeleteBN akan ditolak sekiranya masih tidak sedar lagi.
ReplyDeletePembangkang mengutamakan kepentingan diri, inilah mereka tidak sanggup kerjasama.
ReplyDeletePembangkang harus mencari formula untuk bekerjasama.
ReplyDeleteBN masih parti yang kuat. Bukan mudah untuk pembangkang bersaing tetapi masih ada peluang yang adil.
ReplyDeleteCuma STAR sendiri yang tahu apakah agenda yang diperjuangkan.
ReplyDeleteKeadaan ini cuma memanfaatkan BN sahaja.
ReplyDeleteKami menantikan sama ada rakyat di Sabah akan memberi sokongan kepada parti baru ini.
ReplyDeleteAgenda untuk di ri sendiri mau jadi KM.
ReplyDeletePembangkang hanya pentingkan diri sendiri, berjuang bukan untuk rakyat.
ReplyDeleteBN pasti akan menjadi pilihan rakyat Sabah.
ReplyDeletePembangkang masing-masing mau menjadi hero, untuk mendapat kepercayaan rakyat.
ReplyDelete"Namun apa yang jelas, STAR ingin memperjuangkan autonomi Sabah dikembalikan seperti yang terkandung dalam Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963; sedangkan semuanya sudah ada dalam 'Deklarasi Kuching'. Jadi untuk apa mereka ingin bersendirian dan tidak membantu pakatan bagi menghapuskan UMNO di muka bumi Sabah?".
ReplyDeleteKalau betul2 mau mau bantu Sabah dan Sarawak, kenapa tidak memberi mandat parti2 pembangkang tempatan(STAR, SAPP dll)bertanding di Sabah... tidak cukup ka di Semananjung (dasar tamaha) mau juga di Sabah so parti2 pembangkang tempatan di mana mau berdiri... di Perlis, melaka, Johor= Malaya)?
TANGGUNGJAWAB KESEDARAN NEGARA SABAH/SARAWAK/MALAYA SAMA TARAF
ReplyDeletePerkara pokok yang wajib wujud dalam kepala hotak sabahan ialah:
1. Malaya/Sabah/Sarawak sama taraf dalam Malaysia;
2. Malaysia, satu ketua negara (Agong);
3. Malaysia, Satu Negara, Dua Sistem; dan
4. Malaysia, tiga ketua kerajaan (Perdana Menteri).
Kalau kurang jelas boleh rujuk perkara 13 dalam 18/20 Perkara asas penubuhan Malaysia 1963. Dan lagi, sebagai perbandingan adalah kewujudan Australia, Britain, Canada dan New Zealand seperti berikut:
1. Australia/Britain/Canada/New Zealand sama taraf dalam Persekemakmuran;
2. Persekemakmuran, satu ketua negara (Ratu Elizabeth II);
3. Persekemakmuran, Satu Negara, Dua Sistem; dan
4. Persekemakmuran, tiga ketua kerajaan (Perdana Menteri).
Justeru, kalau perbandingan di atas pun belum faham, kemudian menyerang STAR dan peribadi pimpinannya secara membabi buta memang sah ia kelakuan talibarut Malaya. Apa guna dan agenda ia Sabahan yang secara menggila menyerang STAR dan pimpinannya? Apa yang ia penyerang STAR itu mahukan untuk Sabah sebenarnya?
Sabahan, sepatutnya menyerang Malaya dan seluruh parti ‘Made In Malaya’ di Sabah dengan berani dan bijaksana secara habis-habisan, kerana ia Malaya telah mencabul maruah kehormatan Perjanjian 20 Perkara; dan ia Malaya telah mengkhianati sumpah akujanji Perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi hak mutlak dan harga diri Sabah/Sarawak dalam Malaysia 1963.
Kenapa dan apa agenda ia para penyerang STAR itu, yang begitu bernafsu dan beria-ia mahukan kedaulatan dan ketuanan parti politik ‘Made In Malaya’ di Sabah? Bukankah kemahuan kepada kedaulatan dan ketuanan Malaya di Sabah itu merupakan satu penanda halal kepada pencabulan dan pengkhianatan berterusan Malaya terhadap hak mutlak dan harga diri Sabahan? Pada hal, Sabah/Sarawak tidak pun berdaulat atau menjadi tuan di Malaya!
SABAH WAJIB KEMBALI KEPADA DAULAT ASAL,
HANCURKAN TALIBARUT MALAYA DI SABAH!
- Naspazi
Org Sbh bukannya makin bodoh, tp mula memikirkan nasib negeri & hak rakyat asli tempatan. KPD BN, jika anda ingin terus berkuasa di Sabah, bersikaplah spt bapa yang mengasuh & menyayangi anaknya, BKN SPT BOS YG HNYA TAHU CARI UNTUNG TP MEMPERKOTAK-KATIKKAN PEKERJANYA!!! Kata janji ditepati kn, jd tepatilah Perjanjian 20 Perkara.Tepatilah RCI yg anda bangga2kan sejak sedekad lalu. Tepatilah janji anda utk kluarkan Sabah dr belenggu kemiskinan, bkn terus biarkan Sbh sbg negeri termiskin spt yg diumumkn oleh sbuah firma penyelidikan pd thn lepas, sdngkn Sbh merupakan penyumbang trbesar kpd ekonomi negara.DAH LAMA SBH JD PENYOKONG KUAT BN & UMNO, tp taraf hidup & infrastruktur di Sbh tk jauh beza dgn Kelantan. Konklusinya, jgn sebut RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, JANJI DITEPTATI JIKA PENDIRIAN ANDA MASIH SPT SKRG. ADA AKAL, ADA HATI, FIKIR & BERTINDAKLAH DEMI KEBAIKAN BRSAMA. JGN BONGKAK & LEKA DGN KUASA ANDA. SALAM 1 MALAYSIA.
ReplyDelete1. Berdekad lamanya Sabah setia kpd BN & UMNO, mari kita tngok apa yg Sabah dpt = 1. Perjanjian 20 Perkara dicabuli, tahniah kpd rakyat Sabah. 2. Pendatang asing tanpa izin[PATI] semakin bermaharajalela di Sabah, rakyat asli tempatan jd mayat hidup di tanah sndiri, PATI senyum2 & menambah kuasa baru lg, iaitu menjadi warganegara dgn trlalu mudah. Tahniah kpd rakyat Sabah. 3. Tanah Adat dirampas, tk mustahil rakyat Sabah akn hilang ketuanan di tanah sndiri. Tahniah kpd rakyat Sabah. 4. Sabah terus buktikan reputasi sbg negeri trmiskin. Dgn bantuan BN & UMNO, Sabah terus memantapkan kedudukannya sbg negeri trmiskin brdsrkn hasil penyelidikan sbuah firma penyelidikan pd thn lps & yg bestnya Sabah merupakn penyumbang trbesar kpd ekonomi Msia, negeri lain ada. Tahniah kpd rakyat Sabah...so, utk memastikn Sabah terus unggul mcm keempat-empat td,teruskn kesetiaan anda kpd BN & UMNO & biarkn mereka terus BIKIN PANAS di Sabah!!!
ReplyDeleteKenapa Dr. Jeffri Kitingan tidak menubuhkan parti sendiri?
ReplyDeleteKenapa dia perlu membawa parti luar iaitu Parti STAR untuk masuk ke Sabah?
ReplyDeleteParti STAR (State Reform Party) ni adalah sebuah parti yang berpengkalan di Sarawak, ditubuhkan di Sarawak, parti pembangkang Sarawak.
ReplyDeletePresiden Parti STAR adalah Dr. Dripin Sakoi dan Founding President nya adalah Datuk Dr Patau Rubis.
ReplyDeletePenyokong Parti STAR di Sarawak tidak ramai, boleh dikira dengan jari.
ReplyDeletePeranan Dr. Jeffri Kitingan sebagai Pengerusi Parti STAR Sabah ibarat menjadi orang yang tiada hala tuju sebab Parti STAR tu bukan parti milik Sabah.
ReplyDeleteCuma dia sengaja mau buat kacau untuk mengucar-kacirkan rakyat Sabah. Mau mempengaruhi rakyat Sabah dengan ideologinya melalui Parti STAR tetapi dia tidak sedar bahawa TIADA yang menyokong Parti STAR di Sarawak.
ReplyDeleteDaripada sini kita nampak bahawa ternyata Dr. Jeffri Kitingan seperti orang 'desperate' a.k.a terdesak dalam politik di Sabah ni.
ReplyDeleteAnggota perkhidmatan awam perlu memahami dan menerangkan isu semasa yang sebenar serta pandangan kerajaan ke atas isu dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, terutama menjelang pilihan raya umum ini.
ReplyDeleteIni terbukti dengan komitmen dalam Bajet 2013, antaranya meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dan baucer bantuan persekolahan yang ditambah baik
ReplyDeleteRakyat dan anggota perkhidmatan awam Sabah akan terus menikmati faedah yang lebih besar, melalui program-program kebajikan untuk rakyat apabila kerajaan BN mendapat sokongan padu semua pihak pada pilihan raya akan datang ini
ReplyDeletesudah pasti semua lapisan masyarakat di Sabah akan menikmati lonjakan manfaat dengan BN menerajui agenda pembangunan masyarakat dan ekonomi negeri, terutama melalui pelaksanaan agenda transformasi ekonomi rakyat dan negara.
ReplyDeletepenambahan kemudahan asas di Sabah dari tahun 2010 hingga Oktober 2012 adalah jelas dengan terbinanya lebih 995 kilometer jalan luar bandar
ReplyDelete46,710 rumah di pedalaman Sabah dibekalkan air bersih, (penambahan 17,420 rumah), 30,158 rumah menerima bekalan elektrik (penambahan 7,716 rumah) dan 9,182 rumah golongan miskin dibina dan dibaikpulih (penambahan 3,924 rumah).
ReplyDeleteKerajaan Pusat akan terus memberi sokongan kepada program transformasi luar bandar khususnya di Sabah dengan penyediaan peruntukan RM255.7 juta tahun ini bagi melaksana lebih 2,000 projek transformasi
ReplyDeleteBajet Sabah diyakini dapat membantu memperkasa pembangunan kawasan luar bandar berikutan penyediaan peruntukan yang besar untuk agenda luar bandar serta program pembasmian kemiskinan
ReplyDeletepenyediaan peruntukan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membela nasib rakyat di luar bandar, bertujuan merapatkan jurang pembangunan dengan kawasan bandar.
ReplyDeleteUndi PKR untuk Parlimen,sementara untuk DUN sabah kena ada kerjasama di antara parti Sabahan,kalau tidak saya pilih STAR....
ReplyDeleteSaya org sabah, org merdeka tinggal di NEGARA SABAH.. Dr. Jeffery lompat2 tp perjuanganny tak pernah lompat. Dr. Jeffery pilih STAR yg diasaskn dri sarawak yg memperjuangkn 20 perkara melalui perjanjian penubuhan Malaysia sbb teda 1pun parti yg sanggup memperjuangkn perjuangan beliau.. Fakta, kebenaran, perjuangan STAR SABAH adalah benar.. Saya xanggap parti lain xbaik tp Klau benar kmurang ahli politik yg baik hati. Ikutilah perkembangan parti STAR SABAH.. segalah persoalan kamurang akn terjawab... Parti Borneo dri kalangan org Borneo.. Parti Malaya kmurang atur la di Malaya.. Tq slama ini hnya mengikis hasil borneo... PTI makin berleluasa... wahai org Sabah ingatlah masa depan generasi kita.. Apa sekalipun berpihak lah kpd parti tempatan.. Ini kali lah...
ReplyDelete