Wednesday, January 23, 2013

Akhbar Pemfitnah, Utusan Tetap Binasa Akhirnya

Akhbar Utusan Malaysia dinasihatkan supaya ‘gulung tikar’ atau tutup sahaja operasinya kerana sering kalah dalam kes saman.

Demikian saranan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

Justeru, beliau merasa simpati kepada Utusan Malaysia kerana kerap kalah di mahkamah dan terbaru adalah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar tersebut di atas kesalahan memfitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar tersebut awal tahun lalu.

Katanya, dengan siri kekalahan Utusan Malaysia di mahkamah, apalah malang bagi rakyat Malaysia memiliki akhbar nasional yang rendah mutunya sehingga boleh dibakulsampahkan.

“Hampir setiap kes yang dibawa di mahkamah, akhbar ini kalah dan terpaksa membayar gantirugi.

“Selepas ini berapa banyak lagi kes akan dibawa ke mahkamah dan berapa banyak lagi kes Utusan akan kalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, beliau sendiri merasa malu untuk menatap dan membaca akhbar tersebut.

“Saya merasa malu akhbar ini dijadikan akhbar rasmi di mana-mana perpustakaan, dihidang disekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, dijual di kedai-kedai buku ternama, malah dijual di kedai kaki lima, seolah-olah apa yang dibaca dan ditatap oleh rakyat adalah akhbar pembawa berita palsu dan penyebar fitnah tersohor di negara ini,” ujarnya yang juga seorang peguam.

Menurutnya, reputasi Utusan di mata rakyat kini sudah jatuh merudum.

“Apakah ada berita yang ada dalam akhbar itu boleh dipercayai lagi?” tanya beliau,

Kerana itulah, ujarnya ada rakyat yang nakal membaca akhbar Utusan secara terbalik, sama ada benar-benar terbalik atau memahami maksud Utusan dari sudut yang terbalik.

Jika benar kata akhbar tersebut, kata beliau maknanya berbohonglah ia, jika bohong kata Utusan maka benarlah berita itu.

Sepatutnya, tambah beliau lagi keputusan mahkamah itu menjadi suatu pengajaran paling berharga buat Utusan atau mana-mana akhbar, termasuk media televisyen dan radio.

Beliau berkata, budaya fitnah, menokok tambah cerita, mengadu domba, dan melaga-lagakan pemimpin adalah budaya liar yang ditolak oleh masyarakat negara ini.

Katanya, rakyat tidak menerima sama sekali budaya pemberitaan yang dibohongi bagi menyenangkan pihak tertentu.

“Saya nasihatkan Utusan supaya ‘gulung tikar’ atau tutup sahaja akhbar tersebut daripada menanggung malu di samping kos yang banyak untuk membayar saman di mahkamah, lebih baik Lembaga Pengarah Urusan Utusan berbincang untuk menjalankan perniagaan lain yang lebih menguntungkan.

“Lebih baik menjadi sebuah majalah dakwah alternatif untuk kepentingan umat Islam di negara ini, setidak-tidaknya ada juga manfaat dan pahalanya kepada umat Islam,” ujarnya. -HD

63 comments:
Write comments
  1. Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.

    ReplyDelete
  2. Beliau memberitahu, kedua-dua akhbar itu telah memfitnah Felda apabila mendakwa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.

    ReplyDelete
  3. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk Najib Mesra Israel pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.

    ReplyDelete
  4. Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan

    ReplyDelete
  5. Laporan dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta akhbar milik Pas itu memaparkan dakwaan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa Felda menjual minyak sawit kepada sebuah syarikat Israel.

    ReplyDelete
  6. Menurut Ahmad, ini bukan kali pertama Felda difitnah sedemikian rupa kerana pada bulan Mac lalu, syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn. Bhd. telah difitnah menghantar minyak sawit ke Israel sedangkan produk yang dilabuhkan di negara itu adalah untuk dipasarkan kepada rakyat Palestin.

    ReplyDelete
  7. Jelasnya, perbincangan dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Felda serta peguam syarikat telah diadakan agar tindakan saman dapat diambil terhadap fitnah terbaharu daripada pembangkang itu.

    ReplyDelete
  8. Beliau memberitahu, fitnah pembangkang itu adalah antara punca mengakibatkan saham FGV tidak menentu selain daripada faktor pasaran minyak sawit dunia.

    ReplyDelete
  9. Pembangkang Tak Takut Dosa Mungkir Janji!

    Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

    ReplyDelete
  10. Pembangkang Tak Takut Dosa Mungkir Janji!

    Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

    ReplyDelete
  11. Pembangkang Tak Takut Dosa Mungkir Janji!

    Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.

    Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

    ReplyDelete
  12. TAK BAYAR HUTANG, MUNGKIR JANJI, TAK KENANG BUDI MEMANG AMALAN PEMBANGKANG!!

    Sifat sebenar pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, Pas dan PKR telah terpamer sebagaimana perlakuan mereka yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selepas PIlihan Raya Umum ke-12 lalu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin
    Katanya, pakatan pembangkang lebih cenderung menyerlahkan sifat buruk mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu tidak menepati janji, budi tidak perlu dihargai dan hutang tak perlu dibayar.

    “Perlakuan buruk pembangkang ini dapat dilihat oleh rakyat seluruh negara bukan saja di kawasan bandar tetapi masyarakat di pedalaman juga kerana sifat buruk mereka tidak dapat disembunyikan lagi,” katanya kepada UMNO-Online.

    ReplyDelete
  13. TAK BAYAR HUTANG, MUNGKIR JANJI, TAK KENANG BUDI MEMANG AMALAN PEMBANGKANG!!

    Beliau amat bersetuju dengan kenyataan PM yang mengingatkan rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar.
    “Kita lihat bagaimana ‘buku jingga’ pembangkang yang mengandungi pelbagai janji-janji mustahil sedangkan janji-janji lama mereka sebelum menang dalam PRU-12 pun tak dapat ditunaikan.
    “Saya ambil contoh di Perak yang mana mereka menjanjikan pemberian wang RM1,000 kepada mana-mana pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tapi malangnya apabila mereka berkuasa dan janji tersebut dituntut maka pelbagai alasan diberikan kepada rakyat yang akhirnya langsung tidak ditunaikan,” katanya.

    ReplyDelete
  14. TAK BAYAR HUTANG, MUNGKIR JANJI, TAK KENANG BUDI MEMANG AMALAN PEMBANGKANG!!

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah menempelak pakatan pembangkang ini yang hanya mudah berjanji tapi tidak boleh menunaikannya.
    “Mereka mudahlah untuk bercakap kerana mereka bukan pentadbir kerajaan, tetapi apabila diberi mandat untuk mentadbir negeri macam-macam pula helah mereka,” ujarnya.
    Soal beliau, adakah kepimpinan sedemikian yang mahu dipilih dan diangkat sebagai peneraju pentadbiran negara sedangkan telah terbukti apa yang di katakan tidak dikota.

    ReplyDelete
  15. TAK BAYAR HUTANG, MUNGKIR JANJI, TAK KENANG BUDI MEMANG AMALAN PEMBANGKANG!!

    “Mereka telah menunjukkan sifat kepimpinan yang buruk sebagaimana misalnya di Selangor yang gagal memenuhi pendidikan percuma kepada para pelajarnya biarpun mereka sendiri yang membuat tuntutan sedemikian.
    “Ini baru satu kerajaan negeri yang diuji untuk realisasikan janji-janji mereka, tapi itu pun tidak dapat dipenuhi jadi bagaimana pula dengan macam-macam janji lain yang mereka anggap kononnya lebih baik dari Barisan Nasional (BN).”
    Justeru beliau berharap rakyat bijak membuat penilaian dan menjadikan nasihat Perdana Menteri sebagai azimat untuk menentukan pemimpin akan datang dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  16. Utusan memfitnah hasil ajaran tuannya UMNO bukan begitu terrorist dan Habir. Maknanya UMNO jahil tentang Islam yang menghalalkan fitnah oleh khbarnya Utusan!

    ReplyDelete
  17. Syarikat akhbar menghebahkan berita untuk tatapan ramai. Ia memperoleh sumber lisannya daripada ucapan rasmi, ceramah, sidang akhbar dan juga temubual. Ia mendapat sumber bertulis pula daripada kenyataan akhbar, Facebook, Twitter, blog dan laman web rasmi individu yang menjadi bahan berita.

    ReplyDelete
  18. Oleh kerana adanya pelbagai medium maklumat dan terbukanya individu atau sesuatu organisasi pada hari ini, kenyataan-kenyataan daripada ‘sumber yang layak dipercayai’ sudah tidak lagi layak dipercayai.

    ReplyDelete
  19. Taktik dan teknik memperoleh bahan berita daripada sumber ketiga mahupun keempat, secara intai-intai, agak-agak, spekulatif dengan rumusan yang condong ke kiri ataupun ke kanan sudah ketinggalan zaman. Malah, semakin sehari, ia menjadi sumber yang tidak lagi digunakan oleh media, kecuali untuk tujuan sensasi daripada media yang kehabisan modal dan idea mencanai berita.

    ReplyDelete
  20. Pada hari ini, berita mesti dihidangkan pada bila-bila masa kepada para pembaca sebagai santapan minda mereka. Tidak seperti dahulu, bilamana berita hanya dipaparkan di akhbar pada pagi atau malam hari. Ataupun orang ramai hanya memperolehnya tatkala siaran berita pada masa-masa yang ditetapkan melalui televisyen atau radio.

    ReplyDelete
  21. Kini, berita mesti panas dan kerap terhidang sekurang-kurangnya pada setiap jam. Kerana itu, para wartawan perlu sentiasa bersiap siaga mendapatkan bahan berita, mengarang dan menyalurkannya ke pejabat untuk dipersembahkan dalam bentuk cetak, elektonik mahupun melalui internet.

    ReplyDelete
  22. Kepantasan menghidang berita daripada pelbagai sumber rujukan membolehkan seseorang wartawan itu mudah dalam melaksanakan tugasnya. Justeru itu adalah hampir mustahil andainya seseorang wartawan pada hari ini berkata kepada pengarangnya yang dia tiada apa-apa berita untuk disampaikan

    ReplyDelete
  23. Dalam dunia persuratkhabaran, no news is bad news. Bagaimana pun, bad news is not necessarily good news. Oleh kerana itu, penyampaian berita itu perlu seimbang kerana para pembaca mahukan sesuatu yang dia boleh pertimbangkan.

    ReplyDelete
  24. Mereka tidak lagi boleh menelan berita yang muluk-muluk belaka mahupun berita yang hanya menyesakkan fikiran. Berita yang semata-mata pro atau pun yang kontra akan diketepikan. Hampir semua perkara ada baik dan buruknya. There are always two sides of a coin. Pembaca pada hari ini berhak mendapat maklumat yang seimbang. Mereka tidak akan menelan bulat-bulat apa yang diterima.

    ReplyDelete
  25. Kerana itulah, mereka yang menjadi bahan berita perlu menyedari pentingnya maklumat, pendapat dan buah fikiran mereka dikongsi dengan khalayak ramai. Mereka tidak boleh lagi jual mahal, berdiam diri dengan harapan sesuatu yang diperkatakan mengenainya itu akan sejuk dan tenggelam daripada radar ingatan orang ramai

    ReplyDelete
  26. Dalam pada itu, mereka juga tidak boleh lagi cuba menguasai wartawan apatah lagi media akhbar hingga mahu beritanya sahaja yang disiarkan pada setiap hari. Mereka yang memanggil sidang media dengan memberi persepsi seolah-olah media yang dijemput itu sahajalah yang terpilih secara khas; walhal apabila tiba masa sidang, berpuluh-puluh wakil media lain sudah berbaris menunggu. Ini akan mengecewakan semua yang hadir kerana digula-gulakan seolah-olah mereka sahajalah yang istimewa. Di lain waktu, tidak ramai wakil media akan datang lagi ke majlisnya.

    ReplyDelete
  27. Jika memanggil media semata-mata untuk menyampaikan apa yang sudah diperkatakan sebelum ini, besar kemungkinan apa yang disampaikan itu tidak akan terpilih menjadi bahan berita. Jika diri sendiri bukannya newsmaker seperti Tun Dr. Mahathir yang sentiasa mempunyai idea, saranan dan hujah baharu, tidak usahlah cuba menarik perhatian dengan kata-kata kosong yang berulang-ulang.

    ReplyDelete
  28. Para pembaca pada hari ini dihujani dengan pelbagai bahan komunikasi. Minda mereka sudah tepu. Ini menjadikan mereka punyai memori yang singkat kerana begitu cepat bosan dengan sesuatu.

    ReplyDelete
  29. Justeru itu, kekerapan kemunculan seseorang di mata khalayak sebenarnya akan membuat dirinya over-exposed. Ini bermakna, kekerapan kemunculan seseorang di khalayak ramai itu tidak semestinya akan mempopularkan dirinya. Malah boleh berlaku kesan sebaliknya iaitu imejnya sudah tidak mempunyai impak dan ingin dinyah segera daripada kotak fikiran pembaca.

    ReplyDelete
  30. Akhbar sudah tiada kuasa mahupun pengaruh untuk menaik mahupun menjatuhkan imej seseorang kerana khalayak sudah lebih berhati-hati dengan apa yang mereka tatap. Yang menentukan naik turun atau jatuh bangun seseorang itu ditentukan oleh individu sendiri.

    ReplyDelete
  31. Utusan memang racist.

    ReplyDelete
  32. ala.... Utusan mana pernah serik kalah lam kes fitnah. .... lepas ni dia buat lagi! bodo x boleh diajar!!

    ReplyDelete
  33. Betul tu bro,memang tak serik,ada pemimpin mengelarkan akbar itu sebagai :-Toilet paper??betul ke bro?? Apa pun bro janji ABU (Asal Bukan Umngok ) pada PRU ke 13.boleh bro?

    ReplyDelete
  34. ini bisnes tarak rugi...byr saman juta2 pun tarak bankrup. jual surt khabar tarak abis..ok lg..utusan untung bukn ats kapasiti jualan. untung ats bantuan politik BN. kalu BN lingkup, ini utusan bru blh lingkup.

    ReplyDelete
  35. Selama 56 th,rakyat di tipu dan di bodoh2kan olih umno bn.dgn melalui media2 miliknya.

    ReplyDelete
  36. SETIAPKALI terbaca Utusan kalah saman, gua terbayangkan siapakah yang akan membayar saman-saman itu? Adakah United Malays National Organisation atau orang-orang kaya dalam organisasi siasah berjenama Inggeris tersebut sedia menjadi pak sanggup dan bersedia membayar saman-saman berjumlah puluhan juta ringgit itu? Melihat jumlah saman pada setiapkali kalah saman, sudah terbayang kepada gua, bagaimana kebajikan perkerjanya? Adakah rakan-rakan gua yang masih bersama Utusan, setiap tahun mendapat kenaikan gaji dan bonus tahunan? Gua terbayangkan, betapa letih ketua pengarangnya terpaksa berpuluh kali (atau beratus kali?) berulang-alik turun naik mahkamah hanya kerana akur dengan anak-anak buahnya memblatant lie dan memberi ruang kepada para macai yang berdendam kesumat memfitnah musuh. Jika tidak, hakim tidak akan membuat keputusan dengan berkata: Mahkamah mendapati Utusan memfitnah malah lebih memalukan apabila Utusan ditegur hakim kerana `gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab'.

    ReplyDelete
  37. Utusan Malaysia is nothing but proven racist to non Malays.

    ReplyDelete
  38. Journalism is a professional career and it is not meant to spread lies.

    ReplyDelete
  39. Utusan meloya dah tidak ada kredibiliti. Sebagai akhbar beretika zero! Professionalisma langsung NIL. Kualiti sampah! Dia berani membuat fitnah sebab tahu yg akan buat bayaran saman tuan nya UMNO!Wartawannya terpaksa kerja disitu sebab dah tak ada tempat lain boleh menerima mereka bekerja.

    ReplyDelete
  40. Media memainkan peranan penting untuk transmit infomasi kepada rakyat.

    ReplyDelete
  41. They are using media for free publicity.

    ReplyDelete
  42. Fitnah yang dibuat harus dielakkan.

    ReplyDelete
  43. Tuduhan harus bersama dengan bukti.

    ReplyDelete
  44. Pembaca tidak harus 100% percaya dengan utusan.

    ReplyDelete
  45. Mungkin perlu tarik lesen penerbitan sudah akhbar ni kalau selalu sangat cetuskan kontroversi agama.

    ReplyDelete
  46. Ibrahim Ali memang pencetus ketegangan antara Kristian dan Muslim.

    ReplyDelete
  47. Utusan kena tapis apa2 sensitiviti kaum/agama yang dimuatkan dalam akhbar tersebut.

    ReplyDelete
  48. Apa sahaja ynag di keluarkan di berita harus berdasarkan bukti dan fakta yang betul.

    ReplyDelete
  49. Anonymous said...January 25, 2013 at 1:55 PM

    Tapi Ibrahim Ali tak boleh diambil tindakan sebab dia penyokong kuat UMNO ada kekebalan. Kalau sokong UMNO buatlah apa saja tak salah!

    ReplyDelete
  50. Apa nak dihairankan UTUSAN DIARAH OLEH UMNO UNTUK MEMFITNAH SEBAB UTUSAN ITU MILIK UMNO DAN UMNO TIDAK TAHU MEMFITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH!

    ReplyDelete
  51. akhbar2 pembangkang pun byk jg buat fitnah.

    ReplyDelete
  52. BN akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah dan isu yang dibangkitkan pembangkang.

    ReplyDelete
  53. penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

    ReplyDelete
  54. jentera pilihan raya BN di negeri ini agak ketinggalan dari segi penggunaan media sosial berbanding pembangkang yang turut menyebabkan BN tidak dapat menawan Kelantan pada pilihan raya umum 2008

    ReplyDelete
  55. Hasil kajian juga mendapati lebih banyak penulis blog, Facebook dan Twitter terdiri daripada penyokong pembangkang berbanding kerajaan

    ReplyDelete
  56. BN akan menggembleng tenaga untuk menggunakan sepenuhnya media sosial termasuk Facebook dan Twitter

    ReplyDelete
  57. pendekatan yang diambil itu selaras dengan saranan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyedari pentingnya peranan media sosial sebagai platform baharu dalam dunia politik semasa.

    ReplyDelete
  58. Tuduhan fitnah dari pihak pembangkang, antara penyebab saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) tidak menentu

    ReplyDelete
  59. tuduhan melampau yang dilempar oleh pihak pembangkang terhadap FGVH telah menyebabkan saham itu tidak menentu.

    ReplyDelete
  60. Selain punca pasaran minyak sawit dunia, fitnah yang dikeluarkan oleh pembangkang adalah antara punca saham FGVH tidak menentu

    ReplyDelete
  61. Pembangkang adalah kumpulan pembohong dan pemfitnah kerana Felda tidak pernah dan tidak akan pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan Israel

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.