Teka teki siapakah Ketua Menteri dan Menteri Besar yang tersangkut di tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi semakin panas dengan pelbagai andaian yang dibuat.
Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, mereka mengalu-alukan proses tapisan yang dilakukan oleh SPRM melalui Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat suruhanjaya berkenaan.
Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan hari ini turut tertanya-tanya mengenai beberapa nama-nama besar yang dijangka tidak dicalonkan semula akibat masalah kegagalan dalam ujian tapisan SPRM.
“Siapa calon Ketua Menteri yang seorang itu.? Di Malaysia ini, ada empat Ketua Menteri... di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Sudah tentu bukan dari Pulau Pinang, sebab Ketua Menterinya Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Tinggal lagi tiga buah negeri,” soalnya.
Menurutnya, kes rasuah bernilai RM40 juta yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah dilaporkan kepada pihak SPRM oleh beberapa pertubuhan termasuklah Jingga 13 pada awal tahun ini.
“Kita minta agar pihak SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu ini daripada terus berlarutan hingga ke tarikh pilihanraya. Rakyat sudah semestinya mahu tahu perkembangan isu ini,” ujarnya.
Dalam laporan sebuah media berdasarkan sumber SPRM ada menyebut, beberapa individu termasuk menteri besar dan ketua menteri serta beberapa pemimpin tertinggi sebuah parti yang dijangka tidak dicalonkan bagi mengelakkan implikasi terhadap parti terbabit.-HD
Monday, January 28, 2013
Siapa KM yang digugurkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Let the people to decide.
ReplyDeletePemilihan calon-calon bertanding haeus dibuat dengan berhati-hati.
ReplyDeleteKes RM40m menjejas imej baik Musa walaupun akhirnya beliau tidak didakwa.
ReplyDeleteSaingan semakin giat antara pembangkang dan BN. Yang penting, PRU harus disaing dengan bersih dan amanah.
ReplyDeleteYang menjadi tumpuan kali ini adalah Selangor.
ReplyDeletePRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteThe Most Reliable way To Predict The Future Is To Create It. Inilah pendekatan yang dilakukan oleh Pembangkang. Atas sebab itu, dari awal-awal lagi Janji retorik dan fitnah digunakan menyerang kerajaan Bn semata-mata untuk mengwujudkan persepsi.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteKemampuan pembangkang adalah untuk melakukan janji Retorik, yakni janji yang sukar dilaksanakan, kerana janji-janji itu tidak berunsur fakta/perkiraan yang munasabah, kadang-kadang tidak masuk akal.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeletePembangkang bagaikan penjual ubat dijalanan atau tamu-tamu besar, menggunakan loud speaker memuji ubat yang ditawarkan kononnya mujarab mengubati semua penyakit; seperti kata P.Ramlee, tersalah makan ubat, maka maut.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteSebaliknya kerajaan Bn, mengotakan semua janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat. Janji yang dinikmati rakyat.
Kerajaan berjanji kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3 ribu, BRIM, maka diberikan. Kerajaan berjanji kepada murid-murid sekolah bantuan RM100 awal persekolahan diberikan. Kerajaan berjanji membina rumah PPRT diberikan. Kerajaan berjanji membina jalan raya diberikan.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteKerajaan berjanji menubuhkan RCI Pati di Sabah diberikan. Kerajaan berjanji menghapuskan ISA diberikan. Kerajaan berjanji memberikan keloggaran berhimpunan secara aman juga diberikan.
Berlainan dengan janji pembangkang misalnya bantuan kepada ibu-ibu tunggal di selangor, hanya auta, sehingga lebih 2ribu ibu2 tunggal di negeri itu menyaman kerajaan Pakatan Selangor ke mahkamah, kerana menipu pada PRU-12 lalu.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeletePendekatan Pembangkang adalah membangkitkan isu-isu yang langsung tidak bermanafaat kepada rakyat, misalnya unsur rasuah yang merekapun tidak mempunyai fakta untuk membuktikannya. Tujuannya hanya untuk mengwujudkan persepsi, dan memberi tanda negatif kepada kerajaan.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeletePendekatan pembangkang dengan menuduh Perdana Menteri sebagai pembunuh, menuduh Ketua-ketua Kerajaan negeri sebagai perasuah, adalah pendekatan yang cuba mengwujudkan persepsi negatif, sedangkan mereka sendiripun tidak mampu membuktikan semua tuduhan itu. Pembangkang benar-benar memanfaatkan kebebasan bersuara dalam negara yang diwujudkan oleh kerajaan melalui Transformasi Politik; dengan mengisinya dengan fitnah dan pembohongan.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteJika semua fitnah dan pembohongan itu diambil tindakan oleh pihak kerajaan atau pemimpinnya, mahkamah akan terlalu sibuk melayan SAMAN FITNAH BILION RINGGIT, sehingga membuatkan Mahkamah sesak, dan tidak mampu menyelesaikan perbicaraan penting lainnya terutama yang membabitkan jenayah.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteRakyat perlu menilai antara Pemimpin yang bercakap berasaskan fakta dan pemimpin yang hanya tin kosong, nyaring bunyinya kerana tidak berisi apa-apa.
Pembangkang ke hulu ke hilir hanya menabur fintah, manakala pemimpin bn turun padang untuk menemui rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, menghulur bantuan mana yang perlu, seperti bantuan kepada OKU dan ibu2 tunggal, miskin tegar dan sebagainya. Sebaliknya, pembangkang menjanjikan harapan, harapan setinggi gunung kepada rakyat yang tidak berkupayaan ini. Sungguh berdosa mereka itu.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeletePepatah mengatakan JANGAN CURAHKAN AIR DI TEMPAYAN APABILA MENDEGAR GURUH DI LANGIT kerana hujan belum pasti datang. Pendekatan inilah yang digunakan oleh Pembangkang menggalak rakyat mencurahkan air yang terisi dalam tempayan, kerana mereka memberi harapan kepada pemilik tempayan itu, hujan pasti datang. Jawabnya TIPU..dan BOHONG.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeletePRU-13 menjelang tiba, hanya menghitung hari. Rakyat akan memilih berasaskan janji retorik lawan janji ditepati, antara fakta dan fitnah.
Di sinilah tugas jentera parti berperanaan, untuk menerangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat yang keliru dan kurang arif mengenai keadaan.
PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta
ReplyDeleteTapi ironinya, mereka yang benar-benar faham mengenai situasi baik ekonomi, kerajaan mahupun politik menghambakan diri mereka kepada faktor penafian, faktor menidakkan, dimana sudah jelas dan terang bahawa dihadapan mereka itu jalan lurus, tapi dikatakan bengkang bengkok. Mereka membutakan mata mereka sendiri, dan turut memesongkan kata hati.
ahahah evan taylor..BN perosak negeri sabah maaa... itu yg nyata'' kau indak tahu kah BN lah yang kasi banyak PTI di sabah? ingat org sabah bodoh2 lagi kah? selagi PR belum mentadbir negara, selagi itu janji bolelah di cop apa saja termasuk retorik ka, janji palsu ka dsb.
ReplyDeletecuba kalau BN tumbang dan pada masa itu BN sudah dapat gelaran pembangkang di malaysia. pada masa itu, BN lah pula siang malam berjanji sana sini sebab mau rebut balik itu kuasa. pada masa itu, rakyat boleh lah gelar janji2 BN sebagai retorik, bohong, pendusta, fitnah dsb.
ada faham kah?
Pemilihan calon untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 perlu mengambil kira perubahan lanskap politik semasa.
ReplyDeletePendekatan seperti itu mesti dilakukan bagi memastikan semua calon yang diketengahkan BN membawa kemenangan.
ReplyDeleteHarus berpijak di bumi nyata kerana senario politik sekarang sudah berubah. Kaedah atau cara yang sudah berada ditakuk lama tidak boleh digunakan lagi dan calon yang ada mesti ditapis sedalam-dalamnya.
ReplyDeletePenapisan itu mesti membabitkan dan menyelami suara rakyat yang ada. Tidak ada ertinya kita menetapkan calon tetapi rakyat tidak terima.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.
ReplyDeleteCabaran yang bakal dihadapi pada PRU-13 cukup berbeza berbanding pilihan raya lepas dan ia memerlukan pendekatan tersendiri bagi memastikan kemenangan.
ReplyDeleteTidak ada ertinya anggota parti mendesak pucuk pimpinan supaya meletakkan calon tertentu dari parti tertentu tetapi calon berkenaan tidak diterima rakyat dan tidak boleh menang.
ReplyDeleteEVAN TAYLOR tu anjingkurap BN. Bodoh tahap gaban tapi cuba nak brforum. Heii..kalu bodoh jgn joint.
ReplyDeletekah kahh kahh EVAN TAYLOR kata tv dgn akhbar milik ameno tu berita yg sahih...patut la asyik kena saman jer...tahap beku dah otak EVAN TAYLOR nihh
ReplyDeleteEVAN TAYLOR.. Tv 3/4 gila , berita hairan & Utusex yng puak2 dan cai2 UMGOK/BN terima maklumatnya padanlah semuanya bongok2 belaka..otak udang..akal lembu..jenis penipu,pendusta, pemfitnah..dn sewaktu denga nya...lama2 jd sewel otak kita kalau ikut mereka.
ReplyDeleteini kali rakyat sabah dah tahu siapa umno bn sebenarnya. Jangan lagi anda semua di bodoh kan oleh BN
ReplyDeletebanyak yg berkelayakan, tak tahu sapa tukang pilih, umumnya pakjib, org lama nak teruskan, org baru cakap sudah2lah, bagi peluang org baru plak, keewagan semua cukup utk hidup, kuasa belum ada, heh hh heh
ReplyDeleteada 3 KM Be End.. kalau tak Sabah, Sarawak atau Melaka... tiga2 kaki rasuah... pandai2 tak pandai nak menipu jer
ReplyDeletenk tgk yg xlyak bertanding lg x dlm pru akan dtg ni??? tp aku ykn mereka muka tembolok lembu...xmalu.
ReplyDeletemereka adik beradik adalah orang pakistan , org umno sabah bodoh mengangkat mereka menjadi pemimpin, sebab tu ramai org sabah dah jadi pelarian di sabah..org pakistan dah jadi taukeh besar..ni kali la
ReplyDeletemoga pru13 nti org Sabah sdh cerdik..walaupun kana tipu yg penting jgn bodoh..inikalilah
ReplyDeleteOrg umno bukan buduh,mrk tu pintar bikin duit tp buduh dorang tu lebih drpd lembu
ReplyDeleteMasih tidak diketahui siapa orang yang dimaksudkan itu. Jadi kita tunggu siapakah yang akan diumumkan oleh SPRM sendiri.
ReplyDeleteSPRM sendiri pun tidak ada mendedahkan semua ini. Tapi ada pula yang membuat kesimpulan yang bukan-bukan.
ReplyDeleteSPRM membuat tapisan untuk calon PRU13 akan datang.
ReplyDeleteYang penting sekali sekarang ini pastikan orang yang menjadi calon adalah orang yang benar-benar lepas daripada tapisan tersebut.
ReplyDeleteRakyat supaya tidak terpengaruh dengan slogan 'tukar kerajaan' yang dimainkan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteSambil menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan sedia ada "tidak membawa apa-apa pembangunan" kepada rakyat di negeri ini.
ReplyDeleteKalau mahu tukar (kerajaan) mudah sahaja...tapi adakah itu membawa kebaikan atau kemudaratan kepada rakyat dan negeri ini? JAdi perlulah berfikir sebelum membuat keputusan.
ReplyDeleteDi mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Jadi ambillah isu sebagai bukti kerajaan telah melakukan yang terbaik.
ReplyDeleteSaya yakin rakyat Sabah atau penjawat awam matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
ReplyDeleteejayaan dan pencapaian kerajaan BN yang membawa perubahan besar dan menyeluruh dalam landskap pembangunan di negeri ini.
ReplyDeletedengar2 PR tidak beri senarai calon untuk ditapis oleh SPRM...
ReplyDeleteisu rm40juta tu sudah selesai...tiada modal politik baru kah?
ReplyDeletelagipun SPRM menafikan membocorkan sebarang maklumat mengenai tapisan senarai calon kepada mana2 media..
ReplyDeleteyg tak matang ja undi UBN di Kk ni.. status bandaraya bukan rakyat dapat apapun..cukai ja tambah naik..lepas tu bukan dapat kola ka apa ka utk warga bandaraya ni..
ReplyDeletePenafian SPRM buktikan PR takut kemukakan calon untuk disaring
ReplyDeleteSINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran keputusan saringan awal bakal calon pilihan raya. Ia mengulas laporan akhbar Sinar Harian semalam, yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteParti yang mereka wakili (pembangkang) tidak dinyatakan kerana Pakatan Rakyat enggan mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM. - kenapa Pakatan enggan calon mereka disaring??
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteBerita Harian melaporkan bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon termasuk menteri besar, ketua menteri atau kepimpinan tertinggi parti-parti, tidak pernah didedahkan kepada sesiapa kecuali parti-parti yang meminta saringan tersebut dibuat.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteSuruhanjaya itu juga menolak dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa proses itu masih berterusan, lapor akhbar tersebut. SPRM menambah bahawa keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan terserah kepada parti-parti politik untuk memilih calon mereka berdasarkan hasil saringan tersebut.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteSinar Harian perbesarkan isu yang mereka TAK SAHKAN berlaku untuk naskhah hari Ahad. Diputar belit isu untuk naskhah yang luas jualan hari ahad untuk gembar-gemburkan laporan mereka bahawa SPRM dah tak lepaskan beberapa Menteri.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteMenyedari bahawa perkara ini sudah backfire pada Pakatan Rakyat yang tidak mahu calun mereka disaring dari tuduhan rasuah, lalu cepat mereka cover balik dengan laporan muka depan dan liputan lebih besar untuk palingkan kembali ke BN.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteNampak sangat Sinar Harian cuba pusing isu yang mereka mulakan tapi tiada PENGESAHAN. Apa punya profesionalisma dan etika kewartawanan?
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeletePara pecacai Pakatan sedang seronok dan bersorak sakan sebab 4 calon UMNO tidak lepas tapisan SPRM. Dan yang paling menarik ialah apabila dikatakan, itu tapisan SPRM kalau tapisan rakyat, semua calon UMNO akan sangkut.
Sombong benar bunyinya....
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteUMNO dan Barisan Nasional mengambil pendekatan berani apabila meminta SPRM membuat pemantauan dan penapisan bagi mewujudkan calon-calon yang bersih dan tidak bermasalah.
Itu yang pecacai Pakatan nak bising dan bersorak? Bangang sungguh ler puak-puak ni!
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteBerbanding 4 calon (yang sudah dinafikan SPRM), bagaimana dengan 17 calon PAS di Kelantan yang semuanya bermasalah dan bakal digugurkan? Para pecacai Pakatan tak mahu bercakap tentangnya ke? Bagaimana pula dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, "parti tersebut tidak akan meminta SPRM memeriksa dan menyiasat calon-calon mereka, sebaliknya mereka sendiri akan membuat siasatan?"
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteMengapa tak berani langsung? Kalau dah bersih sangat, minta sahajalah SPRM buat siasatan macam UMNO dan Barisan Nasional.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteSudah tentulah PKR dan PAS apatah lagi DAP tidak akan berani membabitkan pihak berkuasa membuat tapisan. PKR secara keseluruhannya adalah PEROMPAK dan LANUN terbesar, terutama sekali di Selangor.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeletePAS memang cukup terkenal dengan kaedah MENYAMUN mereka yang sangat sofistikated atas nama agama. Manakala DAP, di mana-mana sahaja mereka berkuasa, maka jenayah akan meningkat dan pusat-pusat jenayah seperti rumah urut akan tumbuh dengan subur bagaikan cendawan lepas hujan.
SINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
ReplyDeleteSepatutnya sebelum para pecacai Pakatan bersorak, mereka patut periksa parti yang mereka sokong dahulu. Kalau dah tak berani dari awal, bermakna, memang ada masalah besarlah tuh.
Penafian SPRM buktikan PR takut kemukakan calon untuk disaring
ReplyDeleteSINAR HARIAN, LAHIRUL LATIGU DAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LAIN KANTOI MEMBOHONG
Jangan seronok nak bersorak kat UMNO dan Barisan Nasional, sedangkan tahi di punggung sendiri bercelomes dan berselaput!!!
Jangan kamu hina si EVAN TAYLOR itu dia budak tadika saja itu sebab tak ada otak untuk berfikir sama juga dengan si headhunter. Tiap hari asyik copy and paste saja. Kesiankan budak-budak tadika joint forum ini tak ada otak untuk berfikir benda nak di tulis.
ReplyDeletenah'' datang lagi si tukang copy n paste ni agak2nya mimang betullah penyokong umno bn ni biol2 belaka sbb inda tahu berfikir sendiri. kalau disuruh makan taik, makan taik la dia' hahaha
ReplyDeletemimang KM sabah keturunan pakistan jadi tidak heran kalau pakistan banyak di sabah. kesian si pairin, huguan siou KDM tapi indada apa2 sudah bah, jadi tukang kipas umno BN saja''
tukang paste org yg sama ...klu nak jadi kadam umporno biarlah cerdik sikit ...ckp mesti ada fakta bukan hentam mcm boss 1 msia ...aku duk sgor skg memang best ..tidak zaman khir toyo dulu ...yg kenyang kroni2 ...dulu memang aku suka BN ..skg asik tedarah duit rakyat ..im sorry ...
ReplyDeleteChief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman said the people should not be hoodwinked by the opposition's lies that the Barisan Nasional government has brought no development whatsoever to Sabah.
ReplyDelete"The opposition pretends to be blind and deaf as though nothing is happening in Sabah while it is very clear that so many developments are taking place all around us," he said.
ReplyDelete"The people understand that the Government has spent billions of ringgit for the state's development through funding from the State Government and Federal allocation that was approved by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is very sensitive to our needs.
ReplyDelete"For which, we must be thankful," he said at the DUN Klias Christmas Celebration organised by Umno Beaufort at Dewan Pa' Musa here Saturday.
ReplyDeleteMusa who is also Sabah Barisan Nasional (BN) chairman assured that more development would be coming to Beaufort as well as other areas in Sabah by the BN government.
ReplyDeleteExpressing gladness to see the huge attendance, Musa said Beaufort is special to him because it was his birthplace.
ReplyDelete"As Chief Minister I assure that we will continue to bring development to Beaufort in order for it to be at par with other districts not only in Sabah but the rest of the country," he said.
headhunter.. aku nasihatkan hang tak payah tulis lah kat sini..nampak sgt hang tak berapa cerdik..pi buat homework dulu..
ReplyDeleteheadhunter...ko yg x waras..ngooookkk...dah abis beras kat umah ka...sanggup jadi pecacai .
ReplyDeletehului...dah lama jadi anjing suruhan ka...ko pengkhianat bangsa dan negara..
ReplyDeletehului : xda pelajaran kah?? barua2 umno memg ajar mcm tu kah?? dah kenyataan, xkan nak berselindung kot.... apa punya org... ini lah umno...
ReplyDeletehului ko igt malaysia bapakkkk ko yg punya???? tuihhh kt muka ko!!!
ReplyDeletehului.... jangan ingat kebobrokkan.... kezaliman.... kemunkaran.... dan segala yg seangkatan dengan nya boley ditutup dengan kebaikkan..... KEBAIKKAN YANG HANYA NAK MENUTUP SEGALA TINGKAH LAKU ...... LEBIH TERUK DARI KELAKUAN DAN PERANGAI YAHUDI.....
ReplyDeleteAde ke dah tahu MB, KM & Menteri Rasuah... Masih Tak Ambil Tindakan Undang2?... Ini SPRM apa ni? Memalukan.
ReplyDeletewalaupun ada saringan sprm tapi kalau melibatkan ameno itu tak mengapa.. tanpa rasuah dan salah guna kuasa, siapa la ameno...
ReplyDeleteHeadhunter....BH sedang cover Umno/BN.. Utusan sedang sakit sbb selalu kalah saman. SPR dah bocorkan dan Sinar ambil jd bahan berita..Hidup Sinar Harian. Telus Dan Tulus.
ReplyDeleteklu SPRM jujur bg tau ja la...spy kalau calon yg gagal dlm saringan tu mau jg btanding rakyat boleh buat pilihan....apa guna buat saringan calon tp fakta disembunyikan...buang masa ja...
ReplyDeleteTiada siapa boleh dikecualikan jihka disabit salah dari sisi undang-undang.
ReplyDeleteBiarlah rakyat sendiri menentukan kerajaannya.
ReplyDeleteMusa membawa perkembangan yang amat positif di Sabah.
ReplyDeleteIsu Rm40m cuma agenda pembangkang untuk menjatuhkan Musa.
ReplyDeleteBuatlah siasatan yang wajar supaya dapat menegakkan kebenaran.
ReplyDeleteSabah bertuah kerana dipimpin oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman yang bijak mengurus kewangan negeri
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah juga seorang yang bervisi jauh dan selalu mendidik anggota Umno supaya ikhlas dalam perjuangan.
ReplyDeletekepimpinan Ketua Menteri dapat dilihat melalui kestabilan ekonomi di negeri itu, antaranya harga hartanah sentiasa meningkat dan Bajet Negeri 2013 yang terbaik dengan peruntukan RM4.088 bilion.
ReplyDeleteSelain itu, dengan pengurusan kewangan yang baik, pendapatan kerajaan konsisten RM3.8 bilion setiap tahun (2009-2012), rizab wang RM3 billion, Laporan Perbendaharaan Negara (AG): Sabah pengurusan kewangan terbaik dan berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama 12 tahun berturut-turut.
ReplyDeletePengurusan kewangan yang cemerlang juga berjaya menarik ramai pelabur datang ke Sabah. Setakat Jun 2012, 24 syarikat diluluskan untuk melabur di Sabah dengan nilai pelaburan RM4.86 bilion yang pastinya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru
ReplyDeletePemuda Sabah akan terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mampu mentransformasikan negara, politik Umno/ Barisan Nasional (BN) dan landskap politik negara.
ReplyDeletePemuda Sabah supaya bekerja habis-habisan untuk memastikan kememangan besar BN, pada pilihan raya akan datang seterusnya mengekalkan kepimpinan negeri dan negara sedia ada.
ReplyDeleteJentera pilihan raya terutamanya Pemuda Umno Sabah kini telah bersiap sedia untuk berperang pada Pilihan Raya Umum ke-13
ReplyDeleteSEJAK akhir-akhir ini saya membaca pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteia adalah fitnah dan pembohongan semata-mata bagi menjatuhkan Datuk Seri Musa.
ReplyDeleteKita harus memandang serius hal begini kerana rakyat kawasan pendalaman mungkin akan mendapat maklumat yang salah sekali gus membuat persepsi negatif terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteSaya meninjau beberapa kawasan dan pandangan individu tertentu mengenai 'status' pencapaian Ketua Menteri Sabah, Alhamdulillah mereka memberikan respond yang positif yakni mereka memberikan sokongan padu kepada pentadbiran Datuk Seri Musa.
ReplyDeleteDatuk Seri Musa seorang tokoh yang begitu berpengalaman dan dihormati ahli UMNO seluruh Malaysia kerana sikapnya yang peramah dan tegas, amat tidak benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Seri Musa tidak mempunyai pengaruh. Beliau mempunyai pengaruh yang amat besar, jasa dan sumbangan beliau terhadap USNO dan UMNO perlu dikenang.
ReplyDeletekenyataan negatif yang timbul itu mungkin bermula daripada individu yang tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Musa dan tidak kurangnya juga mereka yang merasai terancam dengan kekuatan Datuk Seri Musa.
ReplyDeleteRakyat perlu bijak menilai ulasan dan pandangan dengan setiap kenyataan yang dibuat.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteJanuary 30, 2013 at 3:21 PM
Pemuda Sabah supaya bekerja habis-habisan untuk memastikan kememangan besar BN, pada pilihan raya akan datang seterusnya mengekalkan kepimpinan negeri dan negara sedia ada
( Sokong saudara BN harus di kekalkan di Sabah agar Sabah terus menjadi NEGERI TERMISKIN DI Malaysia jauh di belakang Kelantan yang diperintah PAS(Pembangkang ). INILAH YANG KITA BANGGAKAN DENGAN BN SABAH.
LimYT said...
ReplyDeleteJanuary 30, 2013 at 9:49 AM
Musa membawa perkembangan yang amat positif di Sabah
( Ya Musa dapat MEMBAWA SABAH MENJADI NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA. Tahniah!)