Wednesday, January 23, 2013

Rakaman Samseng Halang Ceramah PKR

Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut.

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu.

Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.





44 comments:
Write comments
  1. Inilah ANJING-ANJING UMNO cuba menyekat kebebasan demokrasi. Mereka ingat dunia ini milik UMNO!

    ReplyDelete
  2. Lepas ni nampaknya populariti DS Anwar akan mningkat le..insya allah. Najib tak sedar sebenarnya kpimpinan beliau dipintas sebanyak 1% oleh gaya kpimpinan DS Anwar mngkin gara2 politik/budaya samseng yg anjing2 Umngok tunjukkan. Mngkin bukan PM yg arahkan keganasan tetapi jika tiada tangkapan polis dibuat maknanya samseng itu mmang spesis dilindungi dbawah akta2 trtentu kalau tidak Akta Perhilitan pun. Jelas trbukti depan mata manakala ceramah2 yg dianjurkan oleh DS Anwar hanyalh 'fakta dlm ceramah' tetapi budaya samseng ni on the spot rakyat boleh nampak dan bg yg mau berfikir...mereka trfikir kenapa budaya samseng boleh merebak dlm UMNO. Itu jer persoalan mngapa gaya kepimpinan PR brjaya mmintas gaya kpimpinan BN walau hanya 1%. Mana tau lepas ni akan mningkat persentaj itu.

    ReplyDelete
  3. Bila aku tengok video ni.....anjing2 ni blum layak mengundi lagi ..tapi d pergunakan oleh puak BN/UMNO...ingatlah yg mereka tu masih blum berotak lagi.

    ReplyDelete
  4. Mana-mana parti pun pasti ada pihak pelampau. bukan kehendak parti tapi pilihan individu itu sendiri yang bertindak atas nama parti. akhirnya, parti juga yang tercemar nama.

    ReplyDelete
  5. Ahli parti yang bertindak ekstrim perlu dikenakan tindakan disiplin.kalau masih tiada perubahan lucutkan saja keahlian mereka.

    ReplyDelete
  6. Perosak parti harus dilucutkan pangkatnya.

    ReplyDelete
  7. Tindakan yang merosakkan ketenteraman harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  8. Jangan bertindak mengikut emosi.

    ReplyDelete
  9. Pihak berkuasa harus bertindak.

    ReplyDelete
  10. Ada juga pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk membuat kekecohan.

    ReplyDelete
  11. Ini bukan soal ambil kesempatan utk buat kecoh tapi menunjukkan UMngok dah nak mampos dan TENDANG SAKA. Ibarat lembu yg telah disebelih.

    ReplyDelete
  12. Kalau buat sesuatu yang memberi keuntungan kepada BN semua dihalalkan. Sebagai contoh Ibrahim Katak keluarkan arahan perkauman pun tidak disiasat. Cuba kalau pemimpin pakatan yang buat kenyataan seperti itu dah masuk lokap geng. Tapi fasal Ibrahim katak sokong umno/BN maka kerajaan halalkanlah! Kalau mahu mencuri wang rakyat dan tak mahu kena tangkap masuklah UMNO!

    ReplyDelete
  13. Apa-apa sahaja sentuhan PAS, pasti kesudahannya adalah taik belaka. Mereka yang mengharapkan kebenaran, mereka jugalah yang menyokong kesongsangan. Mereka yang mengatakan mereka dari golongan kanan, sebaliknya tindak tanduk mereka kelihatan sangat jelas, mereka adalah golongan kiri.

    ReplyDelete
  14. Di selatan Kedah, mereka mengamuk sakan meminta Gobalakrishnan meletakkan jawatan dan mencipta satu lagi pilihanraya kecil berlangsung. Masa Mac 2008, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh berkempen memenangkan Gobalakrishnan dan sehingga saat-saat terakhir Gobalakrishnan jadi MP Padang Serai berjenama PKR, sokongan mereka langsung tidak berbelah bahagi.

    ReplyDelete
  15. Banyak sangkut-pautnya apa yang berlaku di Selangor dengan para pemimpin PKR yang selama ini sering melaung-laungkan keadilan, ketelusan, kesamarataan dan sebagainya. Kalau di Subang Jaya, Roslan SMS dah mengatur dan membariskan kontraktor-kontraktor yang bernaung di bawahnya untuk mengambilalih kerja-kerja kontrak pembersihan di daerah tersebut selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim 'melupuskan' semua kontraktor-kontraktor Kelas F, di Ampang Jaya juga perkara yang sama berlaku.

    ReplyDelete
  16. Paling kerap diperkatakan tentang Zuraidah Kamaruddin ialah hubungannya dengan beberapa orang yang diketahui mempunyai kaitan dengan MAFIA AMPANG. Nama-nama seperti Sooria, Nallan dan Suprimany mempunyai kaitan rapat dengan Zuraidah Kamaruddin. Salah seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis MPAJ.

    ReplyDelete
  17. Adakah Zuraidah membela samseng-samseng ini? Timbul persoalan, apakah samseng-samseng yang bersembunyi di dalam jubah Zuraidah, sebenarnya menjadi senjata paling ampuh untuk Zuraidah 'berkuasa' di Ampang?

    ReplyDelete
  18. Perlu diingat, Ampang memang kawasan panas. Panas kerana segala macam kegiatan jenayah ada di sini walaupun majoriti penduduknya masih lagi Melayu! Dan kegiatan jenayah membabitkan samseng-samseng India pula semakin menjadi-jadi, terutama selepas kemenangan Zuraidah Kamaruddin sebagai Ahli Parlimen Ampang!

    ReplyDelete
  19. Kalau sebut pasal PKR, tiada lainlah benda kecuali mereka ini merupakan gerombolan yang tidak pernah peduli dengan sebarang perkara melainkan, keuntungan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  20. Selepas penjenayah A. Kugan dan 6 orang penjenayah berketurunan India di Kulim, PKR seakan-akan hilang punca. Masyarakat India yang merupakan antara penyokong kuat PKR, mula beralih sokongan apabila menyedari, mereka hanyalah PARIA-PARIA yang diperah tenaga dan keringat selain harga diri mereka, semata-mata untuk membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Pemilihan jawatan-jawatan penting PKR akhirnya mendedahkan bagaimana penghinaan terhadap masyarakat India dilakukan lebih teruk oleh pimpinan PKR apabila para pemimpin masyarakat India yang berkaliber, dicantas dan diterajang keluar dari PKR bagi membolehkan orang yang boleh dipulas telinga dan kaki ampu Anwar Ibrahim serta Azmin Ali mendapat tempat dalam ranking tertinggi PKR.

    ReplyDelete
  22. Economist Intelligence Unit (EIU),sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, ''The Economist,''meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana
    Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

    ReplyDelete
  23. Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

    ReplyDelete
  24. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat ''janji lumayan'' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar. Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi ''pemenang''.

    ReplyDelete
  25. EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata ''adalah jelas tidak sesuai'' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

    ReplyDelete
  26. "Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

    ReplyDelete
  27. Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

    ReplyDelete
  28. Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

    ReplyDelete
  29. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

    ReplyDelete
  30. "Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikirsebaliknya," kata EIU.

    ReplyDelete
  31. Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

    ReplyDelete
  32. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  33. "Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

    ReplyDelete
  34. "Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

    ReplyDelete
  35. EIU mendakwa ''sebahagian besar daripada kumpulan ini'' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.

    ReplyDelete
  36. Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

    ReplyDelete
  37. Sementara itu, UMNO yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU-13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

    ReplyDelete
  38. "Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

    ReplyDelete
  39. Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

    ReplyDelete
  40. Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

    ReplyDelete
  41. Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010.

    ReplyDelete
  42. EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

    ReplyDelete
  43. Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan
    bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir
    2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus
    daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  44. Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13".

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.