Sunday, January 27, 2013

Harussani: Kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. - Bernama

13 comments:
Write comments
  1. Kristian sekarang dah lari dr kristian asal spt yg dibawa oleh Nabi Isa a.s. Semua lambang2 salib atau amalan agama mereka atau panduan hidup seratus peratus lari dr Kristian yg asal dimana puak yahudi dan nasara disebut dlm Kitab sebgai Ahlil Kitab. Hanya setelah paderi2 trkemudian mmesongkn pegangan asal agama kristian mngikut selera pemerintah,maka paderi cuba dimandulkn seperti mana UMNO cuba memandulkan ulama',dgn itu Tuhan telah mmansuhkan agama kristian dgn kemunculan Nabi Muhammad SAW. Kitab2 Injil banyak kedapatan di Vatican City tetapi dlm versi baru yg diubahsuai mngikut selera permerintah. Hanya Injil Barnaba yg sedikit mnyamai dgn Injil asal dimana ianya disimpan oleh Barnaba ( pngikut setia Nabi Isa a.s ) diantara banyak2 pengikut. Manusia yg dsalib oleh tentera Herodus pd tiang salib adalah pngikut Nabi Isa yg brnama Yahuza ( munafikin dlm kristian ) dimana Tuhan tlh mnyerupakn wajah hamba itu dgn wajah Nabi Isa. Nabi Isa diangkat kelangit utk turun melwan Dajjal kemudian hari dan trtangkap le Yahuza oleh tentera herodus dn disalibkn. Hingga kehari ini lambang itu trtera. Yg ironinya ..banyak umat Islam mngunakan kerta Chevrolet yg jelas dan nyata lambang salib tertera depan belakang kenderaan seolah2 kita tolong sama mmnyebarkn lambang salib keseluruh pelusuk bumi.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. melayu lebih hebat dari bangsa arab..Di timur tengah tempat kelahiran agama samawi tak ada isupun istilah allah ini. Barangkali akhir zaman ini ada rasul dan nabi-nabi akan muncul di malaysia..Malaysia boleh

    ReplyDelete
  3. o ya kah? jadi BN ni telah jatuh kafirlah sebab benarkan org sabah dan sarawak guna istilah Allah'' tak gitu kah mufti?

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya Allah mnjadikan semua makhluk,so? Hanya jika mereka mau gunakn nama Allah utk mmbanyakkan lagi tuhan2 mereka..itu confirm HARAM.Mnsyirikkan Allah namanya tu. Masalahnya, bg aku mereka berhak guna dan panggil nama Allah atas dasar makhluk ciptaanNya. Kita umat Islam harus mnjelaskan pd mereka zat Allah yg Esa, tak boleh diguna sewenang utk mmbanyakkan lagi tuhan2 ciptaan karut-marut mereka. Tetapi masalahnya semua ulama' samada PAS atau UMNO, tak tau konteks sebenar utk diterangkn pd non-muslim. Balik2 haram mnsyirikkan Allah dan ada sebanyak 2659 nama Allah dlm kitab. Itu bukan persoalan utama dan yg utama.

    ReplyDelete

  5. Umat Kristian di Sabah dan Sarawak telah bertahun2 menggunakan perkataan Allah. Selama ini tidak ada pun kejadian bencana-bencana Alam yang menelan bumi di Borneo. Kiranya penggunakan ALLAH ini adalah salah dan dosa,bagi umat Kristian tentunya Allah telah menunjukkan jalan kebenaranNya dari dahulu lagi bukannya pada masa sekarang, setelah berkurun2 lamanya. Allah lah yang melindungi dan memberkati setiap perjalanan hidup manusia dan bukan sebaliknya. Kerana DIA, sangat berkuasa di muka bumi. Sebagai umat manusia, kita pasti mati dan akan kembali kepadaNYA. Kiranya umat Kristian haram dan berdosa menggunakan perkataan ALLAH, biarlah Tuhan yang menghukum, kerana kita tidak layak untuk menghukum sesama umat manusia. Tuhan adalah KASIH.

    ReplyDelete
  6. Sampai bila2 pun perkara ini tidak akan selesai...sebab ALLAH itu adalah milik semua umat manusia. Semua manusia berhak mengungkapkan perkataan ALLAH....GBU

    ReplyDelete
  7. mufti huruharasanasini jg kafir la sbb secara x langsung membenarkan perkataan allah digunakan oleh penganut kristian di sabah/sarawak, kan???

    ReplyDelete
  8. inilah jadinya mufti yang menjadi mufti kepada parti. tak sedar apa yang difatwakannya makan diri sendiri.

    harap2 si mufti harusini bertaubat nasuhah sbb buat kesalahan yang nyata. tak sedarkah tuan mufti ini telah mengkafirkan diri sendiri sbb tidak menghalang BN membenarkan penggunaan kalimah Allah di sabah sarawak?

    bikin konfius betul laa''

    ReplyDelete
  9. Setakat yg aku dengar penjelasan dr mana2 ulama',ndak kira UMNO atau PAS...ndak ada alasan konkrit yg dikeluarkn kpd penganut agama lain sebab2 dilarang kecuali JATUH KAFIR,DILARANG atau TAK DIBENARKn. Hanya satu jer yg aku trfikir...sepatutnya mereka brkata ALLAH YG MNCIPTA MAKHLUK DIDUNIA JADI SEMUA MAKHLUK BERHAK GUNA/SEBUT NAMA ALAH kecuali jika mereka mahu mmesongkn ZAT ALLAH YG ESA. Masalahnya ulama' pun tak cakap pd agama lain apa itu ZAT ALLAH YGESA. asyik2 mereka dilarang mnsyirikkan Allah, itu mmang betul dan masalahnya agama lain tak faham apa itu MENSYIRIKKAN ALLAH.

    ReplyDelete
  10. Hahahaha....klu gitu...lucu bin ajaib....di borneo tidak di halang tapi di malaya di halang....apa mcm ini...Tuhan mengasihi semua umat manusia tidak kira apa pun bangsa, warna kulit, pertuturan yang penting iman kita. Manusia ni dah telalu pintar, mereka ingat Allah tu hanya untuk mereka ja...orang lain tiada hak.....mereka ja yang sempurna dimata Allah.. Orang lain mungkin adalah lebih baik dan lebih taat akan FirmanNya daripada diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  11. January 29, 2013 at 1:21 PM :

    memang lucu bro...allah juga termasuk dlm JURISDICTION UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  12. KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.
    Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari.

    “Isunya bukan pembakaran bible. Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

    ReplyDelete
  13. Brh1m Ali akan terbakar dgn sendirinya nanti lepas PRU13.
    Dia dah tak dak tempat dibumi malaysia ni.
    Skrg terpaksa buat apa saja wpun kerja bodoh supaya umno terima dia.
    rosak Br1m Ali kerana mulutnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.