TENOM: Mantan Setiausaha Politik di era kerajaan Parti Berjaya, Datuk Douglas Lind, ketika ditemui di sini pada Sabtu tidak membayangkan kunjungannya itu ada kaitan dengan politik, khususnya untuk melobi sokongan daripada akar umbi seperti mana desas-desus diperkatakan di kalangan pemerhati politik tempatan di sini.
“Saya datang ke sini bersama beberapa kawan sekadar mahu berjumpa kawan-kawan lama sambil melihat kemajuan dan keindahan di sini,” kata Douglas yang juga merupakan orang kanan Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh sekitar tahun 1980-an.
Douglas yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas (2012) setelah meninggalkan Umno bersama dengan beberapa tokoh lain untuk beralih sokongan kepada pembangkang bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali-13 (PRU13) akan datang ini.
Ditanya sama ada beliau kemungkinan akan dicalonkan untuk bertanding Parlimen Tenom pada PRU-13 atas tiket Pakatan Rakyat (PR) seperti mana khabar angin mengenainya semakin panas beliau berkata;
"Kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang bakal dicalonkan (dan)...soal siapa yang dicalonkan kita akan beri sokongan dan komitmen seratus peratus...no back stabbing.
“Namun demikian, kalau boleh kita perlu adakan perundingan dengan semua parti pembangkang supaya formula satu lawan satu dapat direalisasikan. Jika tidak kita (pembangkang) pasti akan kecundang,“ tegasnya.
Dalam pada itu, Douglas turut menafikan khabar angin yang mengatakan beliau kini sedang dalam usaha untuk melobi pucuk pimpinan supaya dicalonkan dikawasan Parlimen Tenom adalah tidak benar kerana beliau tetap menghormati prinsip parti dan juga tidak mahu mengkhianati kuasa yang ada pada Ketua Cabang PKR Tenom.
Sejak akhir-akhir ini, kawasan Parlimen Tenom (jumlah pengundi kira kira 22,000) menjadi teka teki siapakah bakal diberi mandat oleh pucuk pimpinan untuk menentukan bakal calon pembangkang, khususnya PR yang merangkumi DAP, PKR, PAS atau APS sebuah NGO di bawah naungan PKR.
Sebelum ini, APS diwar-warkan bakal meletakkan seorang doktor perubatan untuk dicalunkan untuk bertanding kawasan Parlimen Tenom; manakala PKR belum memberi apa bayangan berhubung perkara tersebut.
Oleh: JACOB BALANG (sabahkini)
Tuesday, January 22, 2013
Douglas Lind Lobi Jadi Calon?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan keyakinan beliau terhadap PRU akan datang lebih menyebelahi BN berbanding pilihanraya ke-12 tahun 2008 yang lalu.
ReplyDeleteKeyakinan beliau terhadap kejayaan BN adalah berasaskan prestasi yang telah dicapai oleh BN di peringkat negeri dan persekutuan.
ReplyDeleteBelum tentu lagi PKR akan meletakkan Douglas Lind sebagai calon.
ReplyDeletekerajaan BN benar-benar berusaha dan berkhidmat kepada rakyat dan negara ini dengan jelas dan teratur di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteSiapakah bakal diberi mandat oleh pucuk pimpinan untuk menentukan bakal calon pembangkang masih belum tentu lagi.
ReplyDeleteRakyat juga sedia maklum cara Perdana Menteri dan anggota kabinet bekerja tanpa henti serta menekankan segala usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat.
ReplyDeletehe he..BN yang menang bukan PBS.semua calon PBS akan kecundang kali ini
ReplyDeleteBetulkah Douglas tidak mahu mengkhianati kuasa yang ada pada Ketua Cabang PKR Tenom.
ReplyDeleteBetul..Belum tentu lagi pun PKR mahu meletak Douglas di kawasan tersebut walaupun dia itu veteran Berjaya.
ReplyDeleteSemakin dekat PRU13 semakin hangat isu-isu politik mula dimainkan oleh pihak pembangkang. Itulah yang kita dapat lihat sekarang ini strategi pembangkang.
ReplyDeleteKalau Douglas tidak dipilih menjadi calon, adakah beliau tetap menghormati keputusan PKR?
ReplyDeleteNamun perlukan kita menukar kerajaan untuk sekadar mencuba, merasa dan ujian untuk kerajaan baru. Rasanya tidak perlulah mencuba nanti menyesal semua tidak berguna.
ReplyDeleteJangan pula kembali mengikuti BN jika tidak berjaya melobi menjadi calon.
ReplyDeleteApa guna kalau kita merana akan datang selama 5 tahun dan negara menghadapi masalah. Perlukah kita merasa semua itu?
ReplyDeleteJika sudah musnah rasanya amat sukar untuk diperbetulkan. Apatah lagi jika perpaduan kaum telah hancur.
ReplyDeleteBukannya mudah untuk mengecapi semua itu, ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang telalu lama untuk mengecapinya.
ReplyDeleteApa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman itu adalah betul. Datuk Musa mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.
Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13.
ReplyDeleteSetiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, berkata semua bakal calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen adalah calon yang dikehendaki rakyat dan mereka telah melalui proses saringan teliti.
ReplyDelete"Saya menasihati supaya mereka yang beraspirasi mahu menjadi calon, tak perlu untuk berlegar atau berjumpa presiden dan timbalan presiden mana-mana komponen parti dalam BN atau saya.
ReplyDelete"Jangan tunjuk gelagat-gelagat yang kurang baik ini kerana kami ada kaedah tersendiri dan kami mahukan calon yang rakyat nak," katanya.
ReplyDeleteTengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pemimpin yang melobi pada saat-saat akhir untuk menjadi calon pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteBeliau berkata pemimpin yang melobi untuk menjadi calon hanya akan menunjukkan mereka tidak berniat untuk menjadi wakil rakyat sebaliknya demi 'perkara-perkara lain'.
ReplyDeleteApa yang penting ialah mereka yang ingin menjadi calon mesti sedar bahawa mereka adalah 'hamba rakyat', katanya.
ReplyDeleteSementara itu, Tengku Adnan berkata semua calon BN yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 selesai melalui proses saringan termasuk oleh polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Razak berkata pembahagian kerusi antara parti komponen BN sudah hampir selesai dan sebahagian besar penentuan calon yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang juga telah diputuskan.
ReplyDeleteI'm not sure about this.
ReplyDeleteI don't think Berjaya will make it once again.
ReplyDeleteTak pernah dengar nama dia ni.
ReplyDeleteSiapakah gerangan ni?
ReplyDeleteWell let see if he is able to make a jump now.
ReplyDeleteSejauh mana kredibiliti dia ni.
ReplyDeleteI opine that this guy is merely to catch a fish.
ReplyDeleteI don't like Harris.
ReplyDeleteWaste time if nominate him.
ReplyDelete"“Saya datang ke sini bersama beberapa kawan sekadar mahu berjumpa kawan-kawan lama sambil melihat kemajuan dan keindahan di sini"
ReplyDeleteKami Undi Pakatan Rakyat..
ReplyDeletekomen di sini semuanya tidak ada omp.
ReplyDeleteSerahkan kepada rakyat untuk menentukannya.
ReplyDeleteRakyat harus diutamakan.
ReplyDeletePKR semakin ke depan dan ini memberi lebih saingan kepada Bn.
ReplyDeletePKR tidak akan mendapat sokongan rakyat biar siapa pun calon yang di letakkan oleh mereka.
ReplyDeleteMungkin beliau tidak relevan lagi.
ReplyDeletemengaku ja mmg nk lobi calon.
ReplyDeleteTindakan bersifat segera untuk menyingkirkan mana-mana anggota BN yang mensabotaj calon parti pada pilihan raya umum akan datang adalah dialu-alukan bagi membentuk perikatan yang kukuh pada masa depan.
ReplyDeletePegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata ini kerana pada siri-siri pilihan raya umum lepas, BN dilihat tidak mengambil tindakan menyeluruh selain parti komponen tidak mempraktikkannya
ReplyDeletejadi kadang-kadang mudah ahli parti dan pemimpin sabotaj calon. Kalau dibiarkan, ia boleh menjejaskan BN pada masa akan datang
ReplyDeleteamaran bahawa anggota atau pemimpin Umno yang didapati mensabotaj calon parti akan disingkir daripada parti
ReplyDeletetindakan segera perlu diambil apabila terdapat bukti mencukupi berlakunya sabotaj.
ReplyDeleteTindakan sedemikian bersesuaian dengan transformasi Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menunjukkan ia sebagai tindakan yang praktik dan proaktif oleh pucuk pimpinan parti
ReplyDeleteSudah tiba masa perkara sabotaj tidak berlaku, sebaliknya ahli boleh menumpukan untuk menguatkan parti dan memenangkan calon yang dipilih parti Umno dan seluruh komponennya
ReplyDeleteHishammuddin Tun Hussein pula mahu tindakan penyingkiran turut diperluas kepada anggota parti komponen lain
ReplyDeleteBN berpegang kepada prinsip hanya calon daripada parti komponen BN akan bertanding dan bukan sebaliknya
ReplyDeleteSetakat ini BN masih berpegang kepada prinsip bahawa calon-calon adalah datang daripada parti-parti yang ada dalam komponen BN
ReplyDeleteWho is this douglas?? Sorry never heard of his name or seen his face before. Heard of salleh and his long list of wrong doings, corruptions and scandals tho. So this guy must be similar or worst than HARRIS! Bet your ex-master Harris taught u well huh? What a joke if PR wants to put him there!!!???
ReplyDeletePIGIIIIIII LAHHH DOUGLAS LINNNNN....MUKA PUN MACAM ADA LAGI BAU BAU UMNO!! MIMANG AMBIL KESEMPATAN MAU JUAL MUKA SAMA KAMI ORG MURUT!!
ReplyDelete