Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah perhimpunan paling aman dalam sejarah negara, ibarat karnival keluarga, menurut Pemerhati Majlis Peguam.
“Sangat aman…Peserta himpunan mengikut arahan. Secara keseluruhan, tiada masalah,” kata Peguam Pemerhati Majlis Peguam, Wan Muhammad Hafiz.
“Saya rasa seperti di karnival keluarga. Paling aman dalam sejarah,” kata seorang lagi Peguam Pemerhati, Azira Aziz.
Beliau menterjemah demikian kepada Keadilan Daily sebaik kumpulan berjumlah 3,000 rakyat dari Kampung Baru tiba di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.
Peserta HKR dilepaskan dari lokasi tersebut diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard.
Perjalanan ke Stadium Merdeka sejauh lima kilometer mengambil masa kira-kira sejam setengah diiringi, sebuah jip 4WD dan van yang turut dipenuhi minuman dan kelengkapan perubatan untuk peserta.
Kumpulan ini bertepuk tangan dan menyanyi beramai-ramai lagu rock dari kumpulan One Buck Short berjudul ‘Kelibat Korupsi’ bagi menaikkan semangat peserta.
Mereka turut mengibarkan bendera besar SAMM, bersama puluhan bendera kecil lain menarik perhatian orang ramai dari dalam kedai dan pejabat untuk segera ke pinggir jalan mengambil gambar.
Manakala para pemandu kereta membunyikan hon dan menunjukkan isyarat bagus.
Beberapa wartawan media arus perdana dan online yang ditemui memberitahu, Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti ‘pesta jalanan’.
“Sangat menarik dan sangat bagus. Kita boleh ‘jual’ berita. Liputan membolehkan (jualan akhbar) laris,” kata seorang wartawan kanan yang ditemui. -KD
Wednesday, January 16, 2013
HKR 112 Paling Aman & Bersih Dalam Sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syukur alhamdulillah, PRU 13 PR ke Putrajaya
ReplyDeleteItulah yang kita inginkan sebenarnya daripada semua perhimpunan.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana menghormati semangat Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara
ReplyDeletePerhimpunan yang berlaku di Stadium Merdeka pada hari Sabtu yang lalu secara aman ialah testimoni kepada kemampuan semua pihak.
ReplyDeleteTahniah kepada sikap profesionalisme yang dipamerkan pihak berkuasa.
ReplyDeleteJauh berbeza dengan perhimpunan-perhimpunan yang dilaksanakan sebelum ni. syabas kerana mengikut peraturan dan syarat2 seperti yang terkandung dalam akta perhimpunan aman.
ReplyDeletePolis mendapati penganjur perhimpunan di Stadium Merdeka melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.
ReplyDeleteTiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.
ReplyDeletePolis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pelanggaran itu kerana syarat terbabit antara 27 yang dipersetujui mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
ReplyDeleteCuma terdapat insiden tolak menolak di pintu utama Stadium Merdeka dan dua warga emas pengsan kerana kesesakan dalam stadium dan dibawa ke hospital.
ReplyDeleteZainuddin berkata, kira-kira 200 anggota polis yang ditugaskan hari ini telah melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna seperti yang diamanatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
ReplyDeleteBeberapa pemimpin pembangkang telah memuji khidmat dan kerjasama pihak polis sepanjang perhimpunan itu.
ReplyDeleteKetua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu.
ReplyDeleteMengulas mengenai dakwaan penemuan bahan letupan di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), beliau berkata, pemeriksaan oleh unit bom mendapati tiada bahan letupan di situ.
ReplyDeletepimpinan utama DAP macam Lim Kit Siang tidak hadir pada himpunan kali ini dan ini menunjukkan beliau tidak serius dalam memperjuang hak rakyat seperti yang dituntut.
ReplyDeleteDalam acara besar sebegini penglibatan tokoh utama perlu agar dapat menaikkan moral dan sokongan dikalangan rakyat. Itulah berita yang sedang hangat diperkatakan dalam DAP sekarang ni. tapi LKS tidak menghadirkan diri
ReplyDeletePelbagai alasan boleh diberikan kononnya Himpunan Sokong Shamsidar itu adalah himpunan yang ikhlas, yang terbit dari nurani dan yang muncul daripada kesedaran. Namun suka atau tidak, akui atau sebaliknya, Himpunan Sokong Shamsidar itu sama seperti himpunan-himpunan yang lain, yang tidak menarik golongan atas pagar yang merupakan golongan pengundi majoriti, yang hanya dihadiri oleh para penyokong tegar semata-mata dan matlamat utamanya adalah untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteIndikasi mana yang digunakan oleh Azmin Ali untuk menyatakan 'kebangkitan rakyat'?
ReplyDeleteKebangkitan seperti yang dikatakannya dan diimani oleh para penyokong Pakatan, jauh lebih kecil berbanding BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 bahkan BERSIH 3.0. Jumlah yang hadir amat menurun sehinggakan Anwar Ibrahim hanya mampu berucap selama 23 minit kerana melihat lebih ramai yang beredar sebaik-baik sahaja dia berucap berbanding terpaku di tempat duduk dan bersemangat tinggi.
ReplyDeleteSelepas berkempen, berceramah, menjelajah dan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk berkempen bagi Himpunan Sokong Shamsidar, takkanlah hanya 40 ribu orang sahaja yang mampu hadir? Adakah 4.7 juta orang yang telah memilih Pakatan pada PRU12 lalu, bertambah menerusi Himpunan Sokong Shamsidar itu?
ReplyDeleteAtau 4.7 juta orang berkenaan, semakin mengecil bilangannya sehinggakan kempen yang dibuat berbulan-bulan dengan perbelanjaan besar, dan membabitkan semua peringkat golongan, termasuklah provokasi dan persepsi buruk terhadap pasukan polis, akhirnya hanya mampu mengumpulkan tidak lebih daripada 50 ribu orang sahaja?
ReplyDeleteAda dua isu yang sedang hangat diperkatakan oleh para pecacai Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menimbulkan keributan dan kekacauan di dalam negara. Isu pertama adalah NAJIB SEDANG SAKIT TENAT dan sedang dirawat di sebuah hospital. Kononnya NAJIB TELAH DISERANG STROKE ACUTE. Khabar-khabar angin seperti itu disebarluas menerusi blog, portal dan Facebook yang dikuasai oleh puak-puak Pakatan Rakyat. Salah satu kesan yang paling ketara daripada penyebaranu berita yang tidak bertanggungjawab itu ialah, kejatuhan pasaran saham dan pembelian panik oleh pengguna.
ReplyDeletekekalkan keamanan
ReplyDeleteThe prime minister today thanked federal opposition Pakatan Rakyat (PR) for respecting the spirit of the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 during their mega-rally.
ReplyDelete“The rally that took place peacefully in Stadium Merdeka last Saturday is a testimony to the ability of all, whether it’s the authorities or the organisers to obey the provisions and spirit of the existing Act.
ReplyDelete