Saturday, April 27, 2013

1000 Pengganas Serbu Sabah Selepas PRU13?

MENURUT Jurucakap Kiram III, Idjirani, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.
Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13. (SINAR)
xxx2

Komen Anda

47 Responses to " 1000 Pengganas Serbu Sabah Selepas PRU13? "
Anonymous said...
April 27, 2013 at 8:57 AM

tahi palat kau lah sultan sulu phui phui phui


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:22 AM

Bekas Pengasas dan Presiden Transperancy International-Malaysia yang juga merupakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz mendakwa sememangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai rancangan sulit untuk mencipta huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Tunku Aziz berkata, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:22 AM

Sesi latihan telah diadakan terhadap Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/barung, secara ringkasnya dikenali sebagai PACABA, oleh suatu NGO dipanggil Tindak Malaysia. Salah satu aspek khas sesi latihan seumpama ini adalah berkaitan dengan pengajaran kepada pengundi bagaimana untuk mengawal kesulitan undinya,” kata Tunku Aziz.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Selain itu, dakwa Tunku Aziz, PKR juga turut memilih beberapa individu yang akan mengambil bahagian menguruskan hari mengundi nanti dengan memberikan latihan terperinci supaya dapat membuatkan suasana hari mengundi menjadi tegang di beberapa kawasan terpilih. Latihan terperinci telah diberikan kepada individu yang terlibat di negeri pentadbiran pembangkang sendiri.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Orang yang menghadiri latihan seumpama ini adalah digalakkan untuk menjadi vokal dan mencabar kerani pilihan raya yang bertugas begitu juga dengan pegawai pengerusi atau Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melakukan kesalahan pilihan raya jika mereka enggan mengeluarkan satu undi rawak kepada pengundi. Sesi latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat, di tempat milikan negeri tertentu di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR dan juga di beberapa gereja, katanya.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Secara tidak langsung, kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi. Justeru, Tunku Aziz berkata, menerbitkan rasa benci dan tidak percaya kepada SPR untuk menguruskan PRU13 akan dicapai oleh PKR selepas rancangan mencipta huru-hara itu berjaya dilaksanakan nanti.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Semua ini adalah direka untuk mencipta satu pandangan negatif terhadap SPR, mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap SPR dengan itu membawa ia ke dalam penghinaan, terang Tunku Aziz lagi.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Mengulas lanjut mengenai rancangan PKR itu, Tunku Aziz juga turut mengaitkan nama Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dalam rancangan bersama Tindak Malaysia mencipta huru-hara semasa PRU13. Beliau berkata, sekiranya Ambiga benar-benar mahukan proses pilihan raya berlaku dalam keadaan bersih dan adil, Ambiga seharusnya tampil ke hadapan menghalang rancangan licik PKR ini.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Tindak Malaysia sendiri mengaku bekerjasama dengan Bersih dan Bersih juga dikenali umum mempunyai hubungan sangat erat dengan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik yang menubuhkan pakatan longgar, Pakatan rakyat.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

Adakah Bersih membiarkan sesi-sesi latihan seumpama itu yang berkeraskan perawakan kertas undi oleh Tindak Malaysia yang bekerjasama dengan mereka dalam reformasi pilihan raya? Jika ya, adakah Bersih pernah menjadikan ini sebagai salah satu seruan mereka (rawakan kertas undi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya? Jika tidak, kenapa tidak? Adakah wujudnya suatu agenda berselindung?,” kata Tunku Aziz.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:24 AM

Satu surat bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar mendedahkan dokumen sulit dari PKR itu menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari mengundi.


headhunter said...
April 27, 2013 at 10:24 AM

Pendedahan Tunku Aziz mengenai institusi Tindak Malaysia yang menjadi pertubuhan utama mencipta huru-hara dalam PRU13 secara tidak langsung membenarkan kenyataan terperinci bahawasanya PKR sememangnya mempunyai rancangan jahat.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 10:47 AM

Lakonan semat...


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:20 AM

Penubuhan kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah, akan dapat mengekalkan keselamatan di Sabah.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:21 AM

Kedua-dua strategi jangka pendek dan jangka panjang itu dapat menyekat kemasukan pengganas yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan Sabah pada masa-masa akan datang.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:23 AM

Memang tidak jara2 penceroboh sulu ni.Korban akan makin bertambah jika ia akan diteruskan.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:26 AM

Geramlah dengan pengganas ni.memang tidak pandai faham2 Sabah ni bukan milik mereka.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:32 AM

headhunter.cakap pandai lah yang berperang bukan kau tapi pasukan keselamatan juga.aku sayangkan pasukan keselamatan moga allah lindungi mereka dari ancaman syatan kiram


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:56 AM

Jika anda mengundi PAKATAN RAKYAT....

DGA41 KE BAWAH TIDAK PERLU MEMBAYAR CUKAI KERANA CUKAI INI ADALAH UNTUK ORANG KAYA SAHAJA

4% INTEREST PINJAMAN PERUMAHAN ATAU KERETA UNTUK KAKITANGAN AWAM AKAN DIMANSUHKAN


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:34 PM

headhunter ni pencacai umno.pihak pembangkang tak pernah pun jumpa sultan sulu.umno yang selalu jumpa sulu ni.sultan sulu ni kawan umno.mereka nak tuntut janji umno niiaitu janji tanah di lahadatu.ramai antara mereka kecewa kerna tidak di pilih peserta felda sahabat.merek ada ic.ic mamak kutty yang bagi intuk menang kan bn.spt kata najib i tolong u,u tolong.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 1:43 PM

Bangsat punya pengganas!! Memalukan agama Islam ja.. Fuhh..dasar pecah & perintah penjajah eropah jahanam sgt memberi kesan negatif kepada umat Islam nusantara.. Fhman nasionalis penjajah adalah senjata utk memastikan ummah tdk mampu utk bersatu.. Tp janji Allah pasti akan berlaku jg..golongan2 yg memusuhi & cuba menjahanamkan Islam akan hancur lebur & lari lintang pukang ke seluruh pelusuk dunia apabila Islam kembali menegakkan keadilan atas muka bumi Allah ini.. Ikut sdp mulut ja ckp mau berperang.. Najis betul mulut pengganas2 ni.. Mudah2an tempat pengganas2 ni akan di landa tsunami hbt drpd Allah shngga jd pdang jarak padang tekukur.. aamiiiiiiinnn


Anonymous said...
April 27, 2013 at 2:43 PM

Manusia tanpa iman suka menentang hukum-hukum Allah dan
suka menghina ulama dan orang-orang mukmin.
Ingatlah bahawa setiap dosa dan kemungkaran yang dibuat oleh manusia di dunia ini akan mendapat balasannya daripada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya .Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya." (Surah az-Zalzalah ayat 7-8)


Anonymous said...
April 27, 2013 at 2:52 PM

Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).


Anonymous said...
April 27, 2013 at 4:46 PM

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Anonymous said...
April 27, 2013 at 6:07 PM

ngamlah tu sultan kiram.kami rakyat sabah pun berupaya membunuh kaum kamu di mukabumi ini.tengoklah nanti...


Anonymous said...
April 27, 2013 at 7:18 PM

Membujur lalu melintang patah. Berpantang maut seblum ajal. Agi idup agi ngalaban. Dengan nama Allah Tidak akan menimpa bahaya dibumi mau pun dilangit Malaysia melainkan ats kehendak Allah. Kepada Allah jua kami berserah dan bertawakal.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 7:48 PM

Rakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.

Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!


Anonymous said...
April 27, 2013 at 8:26 PM

UMNO BN dan kerajaan memberi amaran agar jangan mengaitkan tragedi itu dengan politik, malangnya mereka sendiri turut galak cuba meraih keuntungan politik daripadanya. Najib dan media arus perdana ternampak cuba menjadikan tragedi ini sebagai medan menyalahkan pihak lain melalui maklumat yang belum dipastikan kesahihannya. Najib sendiri nampaknya lebih serius dan bersemangat memberi ulasan berkaitan dakwaan penglibatan pemimpin pembangkang dalam insiden itu.

Selain cuba membesar-besarkan komen yang diberikan oleh Tian Chua dan mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Kesultanan Sulu, isu kelemahan pimpinan dalam mentadbir negara, bagaimana sempadan kita begitu longgar, di mana kelengkapan tentera kita yang canggih, bot laju, kapal marin, kapal selam Scorpene, maklumat perisikan yang kurang lengkap dan sebagainya cuba ditutup dengan keghairahan menuding jari kepada pihak lain.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 8:51 PM

Nak percayakan dia ,kalau tak cukup tahinya habis kau makan ,Kenapalah kau jilat juburnya sehingga tiada sisa najis tertinggal tiada siapa peduli pun.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 9:34 PM

temberang saja ba si idjirani ni saja mau cari publisiti murahan


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:29 PM

SEBENARNYA PENYOKONG PR TERSILAP TAIP. AYAT SEBENARNYA IALAH
1000 PENYOKONG PR AKAN KELUAR PARTI PKR DAN MENYOKONG BN DI SABAH MENJELANG HARI MENGUNDI PADA 5.5.2013.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:06 AM

Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:29 PM....ayat ko ni macam anjing tersepit...he..he spin la lagi,


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:49 PM

idjirani is way too desperate to make statement like this. He wants BR1m I guess


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:51 PM

WAH ADA KUASA BOMOH RUPANYA DIA NI. HAH, MEMANG NAK KENA PENAMPOR NI. NAK CAKAP BODOH TAK LA JUGA TAPI KELIHATAN MEMANG ORANG BANGANG BODOH


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:59 PM

ADA KHELAS LOL!


Anonymous said...
April 29, 2013 at 12:05 AM

the group has been conducting free workshops nationwide to educate the public about the electoral process and the importance of participating in our elections to preserve the country's democracy.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:57 AM

perbuatan mereka nak serbu hanya sia-sia, ia hnya akan mengorbankan lebih byk nyawa


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:59 AM

sulu tak ada hak lagi ke atas Sabah, hentikanlah tuntutan tersebut.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:09 AM

headhunter...u better make your own blog or website!!! copy paste dari orang saja...sampah!!!


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:20 AM

Headhunter mari kita bertaruh di P182 pensiangan , saya pasang PKR


Ryus said...
April 29, 2013 at 10:24 AM

Tuntutan Sulu tidak munasabah.


Shinia said...
April 29, 2013 at 10:25 AM

Dalang isu Sulu masih belum diselesaikan.


Hilmi said...
April 29, 2013 at 10:27 AM

Tuntutan melalui pembunuhan adalah amat mengecewakan.


Adam said...
April 29, 2013 at 10:29 AM

Hukuman kuat harus dikenakan terhadap mereka yang salah gunakan kebebasan dan membunuh secara tidak berkemanusiaan.


Allan said...
April 29, 2013 at 10:30 AM

Pengganas ini sudah ditangkap kesemuanya?


Anonymous said...
April 29, 2013 at 4:51 PM

Headhunter itu tiada otak untuk berfikir sebab itu asyik copy dan paste sahaja!


Anonymous said...
May 1, 2013 at 3:20 PM

ADMIN sepatutnya membuang komen yang bersifat copy paste dan tiada kena mengena dengan isu dibincangkan seperti halnya yang dibuat HEADHUNTER. HEADHUNTER adalah penjilat upahan, hanya mengganggu yang lain menghasilkan buah fikiran sendiri.

APAPUN, PAKATAN RAKYAT ADALAH PILIHAN SEMUA.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx