Sunday, April 28, 2013

Pengundi Profesional & Fitnah saat akhir

5 Mei 2013 semakin menghampiri. Anda semua dan saya ada beberapa hari sahaja lagi. Untuk menganalisa dan mengkaji. Untuk mengundi. Siapakah calon wakil rakyat pilihan hati. Natijah undian boleh membawa negara ke arah kemakmuran, tetapi kalau tersalah, merisikokan negara ke arah kerosakan yang berterusan. Justeru, jangan sekali ambil ringan, jangan sekali tersilap keputusan.

Nasihat saya ini khusus dituju kepada generasi muda. Juga buat mereka yang dikatakan atas pagar dan dari kalangan orang biasa yang tidak mendalam ilmu agama khusus dalam soal yang sedang dibicara.

Undilah kerana (mencari keredaan) Allah, yang maha berkuasa. Parti dan calon manakah yang diredai-Nya. Syaratnya! Syaratnya! Jadilah bijaksana supaya tidak mudah terpedaya. Hanya pilihan orang berilmu dan diberi hidayah akan membuat pilihan yang hak dan benar. Analisa dengan ilmu dan mohonlah hidayah untuk memilih ‘permata’ bukan ‘kaca’. Inilah pengundi professional yang berprinsipkan:-

”..dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah –al-Israa’ : 36) dan “ … yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikut yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah –al-Zumar : 18)

Logik mudah, orang Islam yang baik dan beriman perlu diundi berbanding orang Islam yang tidak baik dan tidak amanah. Faham,kan. Tapi pada perkara yang susah dan mengelirukan kita mesti mendapatkan pandangan dua atau lebih ilmuan yang dipercayai. Contoh dalam isu calon orang islam vs. calon bukan Islam, calon bukan Islam vs. calon bukan Islam. Contoh

(1) bagaimana kalau calon bukan Islam yang ada kerjasama dengan parti Islam yang baik vs. calon orang Islam dari parti yang kemungkarannya banyak diketahui dan kesungguhannya untuk Islam telah diragui.

(2) Calon bukan Islam yang bekerjasama dengan parti yang Islam tidak dicintai vs. calon bukan Islam yang bekerjasama dengan parti orang Islam yang Islam dicintai, yang al-Quran dan al-sunnah adalah perlembagaan parti. Begitu juga dalam isu-isu sensitif seperti isu kalimah Allah dan lain-lain. Sekiranya parti yang sekian lama beriltizam dengan Islam telah dipertikaikan oleh parti yang tidak serius dalam menegakkan Islam, menyebabkan anda terkeliru, maka anda perlu dapatkan penjelasan daripada ulama parti itu.

Contoh; rujuklah kepada penjelasan Dato Prof. Dr. Haron Din dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan keterangan dari ilmuan bersifat wasatiyah dan popular seperti Dr. Zaharuddin, Dr. Zahazan, Dr. Zulkifli al Bakri. Kredebiliti yang diketahui dan dikenali.

Ini dia nak cerita! Hari itu 24 April (Rabu) berlaku sesuatu yang mendesak saya untuk menulis perkara ini. Mengapa? Rumah bapa saya di sebuah kampung kecil di Melaka telah dicampakkan sebuah bungkusan. Ingatkan bungkusan hadiah, rupanya bungkusan fitnah. Saya percaya rumah-rumah orang kampung yang lain menerima bungkusan yang sama. Bukti, terdapat bungkusan yang sama (belum dikutip) didepan sebuah rumah kayu kecil yang serba kekurangan (bertutup-penghuni keluar).

Bungkusan ini mengandungi nota-nota layang dan 4 keping VCD yang tentulah tidak lain melainkan memburukkan pihak satu lagi. 1 VCD mengenai Mat Sabu pengkhianat negara. 1 VCD tentang ustaz Fathul Bari, 1 VCD pula pada gambar luarnya kelihatan berunsur lucah, apa tidaknya, ditulis juga ‘skandal seks’.

Mungkin fitnah berkaitan tokoh pembangkang. Hanya vcd ustaz UMNO ini yang saya berminat untuk bicarakan, yang lain lebih baik terus dibuang. Ustaz muda UMNO ini membicarakan tentang antaranya isu doa melaknat UMNO dan memberikan hujahnya dalam menafikan kewajaran doa itu.

Saya suka melihat beliau merujuk kepada ayat Quran, hadith serta kisah sahabat tetapi persoalannya kefahaman dia dan usaha mengaitkan dengan realiti semasa, kejujuran dan keadilan dia dalam memfokus masalah sebenar, itu yang menjadi isu dan pertikaian.

Manakala nota-nota layang pula kebanyakannya memburukkan DAP di kaca mata umat melayu, orang kampung. Biasalah tektik sebegini iaitu orang melayu ditakutkan dengan kecinaan, orang cina ditakutkan dengan kemelayuan. Sedangkan banyak kes kerugian projek berkaitan harta kerajaan (atau sebenarnya harta rakyat) bukankah menyaksikan adanya hubungan kerjasama antara kaum berbeza dalam politik, meniaga dan kuasa?

Saksikan juga video menarik di youtube (the banker who knew too much) tentang siasatan tragedi pembunuhan al-marhum Jalil Ibrahim dan skandal kerugian sgt besar berkaitan Bank Bumiputera, puluhan tahun yang lalu.

Pada pandangan saya, logik mudah ialah terdapat kemungkinan munasabah bahawa orang-orang biasa yang tidak jelas atau masih keliru dalam isu-isu tertentu boleh menjadi lebih terkeliru dan terpedaya lalu percaya. Ini kerana 3 sebab mudah,

(1) Isikandung nota dan VCD itu telah disunting , diadun dan direka bagi tujuan memburukkan pihak yang ditentang

(2) Pihak yang di’kenakan’ itu tidak berpeluang menjawab dan mempertahankan diri atau menyerang kembali

(3) boleh menyebabkan orang menjadi keliru, lalu terpedaya untuk membuat pilihan yang salah dan apabila kebenaran diperolehi, semuanya sudah terlambat. Kekallah apa yang tidak diingini. Sepenggal lagi. Jelas, orang-orang kampung cuba diperdaya dengan cara yang tidak adil dan saksama.

Sebenarnya dalam isu ini, untuk kita buat analisa tidaklah susah. Kalau kita relaks sekejap , dan benarkan otak kita berfungsi secara fitrah. Kita akan mendapat jawapannya dengan menggunakan kaedah ‘logik-mudah’. Logik mudah menyatakan :-

(1) Penyebaran mencampak bungkusan ini adalah tektik kotor dan hina. Cubaan mengelirukan dan memperdayakan manusia. Cara yang salah dan mengundang dosa.

(2) Kos buat ini berapa? Kalau kata orang satu VCD cetak rompak berharga RM5.00, kos printing bagi nota sebesar A4 size, bercetak depan belakang, berwarna, lebih 12 helaian. 1 bungkusan ada 2 buku nota ini. Kalau 1 bungkusan boleh mencapai kos RM30-00. Bayangkanlah kalau dibuat 500 bungkus. Sendiri kiralah.

(3) Sukar dikata manusia yang menyebarkan ini yang mengeluarkan kos melainkan mereka dipercayai dibayar. Maka, ada peruntukan atau pembiaya. Persoalannya adakah ia dilakukan dengan biayaan, dengan arahan, dengan kebenaran atau dengan keredaan calon tertentu berkenaan? Kalau dilakukan oleh pihak pembiaya yang kaya , untuk apa, untuk siapa, untuk manfaat bagaimana? Semua boleh menjawab dengan mudah dengan kaedah logik mudah. Just let your brain work in its natural course, all will be crystal clear.

(4) Satu kesilapan besar yang memakan diri dalam penyebaran bungkusan fitnah ini ialah bila mereka mencampuradukkan dan menyatukan antara VCD berunsur agama (yang ada nas alQuran dan al-Sunnah/hadis nabi) oleh ustaz mereka dengan VCD yang bersifat fitnah dan VCD yang berunsur lucah. Tidakkah ia suatu kejahilan, kekotoran dan kebatilan yang telah digaulkan bersekali dengan perkara agama? Asal boleh punya kerja.

(5) Manakala bagi isu agama yang dibangkitkan oleh ustaz muda itu biarlah para ilmuan yang menjawab. Saya percaya mereka telah menjawab. Dapatkan jawapan berkualiti, berhujah nas dan dalil al- Quran dan al-sunnah daripada ilmuan-ilmuan Islam yang lain. Rujuklah ‘professor’ Google dan carilah di youtube.

Cuma satu lagi sahaja. Hairannya kini banyak kepelikan dan kekeliruan dalam isu-isu agama dibangkitkan termasuk oleh beberapa manusia yang dipanggil ‘ustaz’. Isu Islam ditindas, isu kalimah Allah tidak diperjuangkan, isu murtad yang berleluasa, isu keruntuhan akhlak generasi muda, isu hukum hudud yang dilupa dan tidak dilaksana.

Hairannya, hairannya, hairannya kesalahan ditujukan kepada pihak yang tidak memerintah atau yang tidak memegang kuasa. Saya nak tanya satu sahaja, ni semua, semua-semua ini, (isu-isu agama di atas) -

Ini semua, semua ini berlaku dalam zaman siapa? Zaman pemerintahan siapa? Siapa yang ambil tampuk kuasa dari penjajah dan diberi amanah sehingga kini untuk memerintah? Tak cukup lama kah? Jadi kegagalan ini, kegagalan siapa? Sebenarnya?

(6) Kini, setelah sekian lama. Salahkah seseorang itu, kalau dirinya yang telah lama kecewa, dengan layanan yang diberi kepada agama kecintaannya, seperti merasa benar terhadap apa yang kini begitu popular dikata.

….Cukuplah! Ini kali lah! Kerana-Nya, ini kali-lah!

-hisham-ahmad.blogspot.com
xxx2

Komen Anda

53 Responses to " Pengundi Profesional & Fitnah saat akhir "
Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:22 PM

Lain kali lah tukar ke PR okey. Belum sampai masanya lagi utk PR.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:43 AM

"Krisis identiti PAS semakin meruncing... untuk mengelak kerisauan mereka bila konar baring berkaitan isu kalimah 'ALLAH', juga prejudis bukan Islam berkaitan saloon rambut unisex & sambutan tahun baru di Kedah PAS cuba menembus tembok konvensi dengan keputusan yang sungguh ironik -Calon BUKAN ISLAM untuksebuah PARTI ISLAM!" Maya deJendela


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:44 AM

Pada Jan 26, 2013 ketua penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). DHPP mempunyai keahlian seramai 25,000 ornag dikalangan bikan Melayu dan bukan Islam

Pada April 13, 2013 Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

Pengumuman tersebut telah diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik mat di Johor Bahru.

Pada PRU-12 tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS tetapi di bawah tiket PKR.

Calon bukan Islam dapat bertanding atas tiket PAS disebabkan Pas telah meminda perlembagaan parti itu untuk menaiktaraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.


Kenapa PAS bersungguh-sungguh dan berusaha meletakkan calon bukan ISlam di Johor? Ini adalah kerana Pakatan Rakyat inigin merampas Johor dari UMNO. Umno merupakan kubu kuat UMNO. Pada thun 2008 BN memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen dan 50 daripada 56 kerusi negeri di Johor


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:52 AM

Kenapa harus bermain politik kotor? Sejak PRU-12 jelas menunjukkan politik yang negatif yang ditunjukkan berlarutan kepada PRU-13. Malahan semakin menjadi-jadi.


Ini Kalilah!! Tukar! said...
April 29, 2013 at 9:01 AM

sudah terang lagi bersuluh atas fakta yang dikeluarkan oleh artikel tu, dan ko masih lagi ingin berada d takluk yang lama~ sebab org cm ko ni la, Sabah masi berada dlm kemunduran dan ketakutan~

55 tahun be end memerintah, dan apa yg mereka bangga2 kan adalah jalan raya yang sempit di kawasan perkampungan dan pemasangan paip~~ benda2 cm ni pun ko dah puas ati?? ahahah~ anda sgt baik~~

sy inginkan perubahan, and i would say, screw it all, and i'll vote for PR for sure!!!


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:19 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Setelah lebih 4 tahun berlangsung pilhanraya umum bagi negara Malaysia yang melihatkan beberapa buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kini pilhanraya umum ke 14sudah berada di ambang pintu, hanya menunggu masa untuk di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:20 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Pelbagai perkara telah terjadi sepanjang tempoh 4 tahun ini yang mana kita semua melihat kejatuhan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak yang di pimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan di monopoli oleh kepimpinan DAP.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:20 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Pakatan Rakyat mengatakan bahawa kejatuhan ini adalah disebabkan oleh penggulingan Barisan Nasional walaupun pada hakikatnya kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tidak lagi mendapat kepercayaan dari beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seterusnya keluar dari parti dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:20 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Kita juga melihat baru-baru ini, dimana Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor dan ahli PAS, ini semua kerana kepimpinan DAP serta PKR tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali menguatkuasakan undang-undang islam di negeri tersebut.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:20 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Kita juga dikejutkan dengan kes EXCO kerajaan negeri Kedah yang tidak dilantik semula oleh Menteri Besar hingga mengheret PAS Pusat untuk membuat keputusan dengan mewujudkan jawatankuasa bertindak untuk menyelesaikan krisis tersebut.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:21 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Pulau Pinang pula kita semua dapat lihat bahawa kerajaan negeri telah bertindak zalim terhadap orang-orang melayu terutamanya peniaga-peniaga yang merasakan diri meraka sentiasa ditindas dan ditekan oleh kerajaan negeri.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:21 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Itu semua adalah kes-kes dimana melibatkan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat. Ini belum lagi termasuk dengan kes pemberian daripada sebuah syarikat kepada Mursyidul Am PAS berupa pakej haji bernilai lebih dari setengah juta ringgit.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:21 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Begitu juga dengan kes Ellizabeth Wong yang gambar bogelnya tersiar di dalam laman-laman web, belum lagi kisah khalwat yang melibatkan ADUN PAS dan yang terbaru kes khalwat yang melibatkan Dr Badrulamin baru-baru ini di Pahang.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:21 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Kes yang melibatkan menantu kepada Mursyidul Am PAS yang memegang jawatan tinggi dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan. Kes pasir di Selangor, Pemberian kontrak secara runding terus oleh kerajaan negeri Selangor dan banyak lagi.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:22 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Semua kes-kes ini dipandang sepi oleh pihak Pakatan Rakyat dan mereka masih lagi mengatakan kes-kes tersebut semuanya adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:22 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Shaiful Bukhari dan kemudian dibebaskan kerana masalah teknikal dan kes video seks beliau yang didedahkan oleh Datuk Eskay.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:22 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Ini semua jelas mnunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu dan tidak layak untuk memerintah sebuah negara, mana mungkin mereka layk untuk memerintah, sedangkan belum lagi memerintah negara sudah bermacam-macam kisah yang dilakukan oleh pihak Pakatan ini.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:22 AM

Kalau lain kali, lambat lagi. Sempat lagi melahap Buaya2 Negara. Trankroni masih berleluasa. Kata keramat dari kami INIKALILAH.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:22 AM

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA

Jadi untuk PRU13 nanti, marilah sama-sama kita memberikan semula kepercayaan yang telah diberikan oleh datuk dan nenek kita dulu kepada UMNO dan Barisan Nasional.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:51 AM

BE END SUDAH TIDAK LAYAK LAGI MEMERINTAH?

Teknik menggunakan wang untuk meraih undi pada masa ini sudah tidak relevan lagi. Media pencacai ini memberi pandangan yang tidak seimbang, yang menyebabkan kreadibiliti mereka akan di persendakan pada masa akan datang. Ketirisan wang rakyat untuk tujuan peribadi dan keluarga tidak akan dapat dimaafkan oleh Rakyat Merhain. Pemerintahan yang masih mengamalkan cara lama dan kekurangan idea untuk mentadbir dalam bentuk paling efektif untuk rakyat dan Negara yang dicintai.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:56 AM

Arab jahilliah dulu tidak mahu menukar kepercayaan hanya kerana amalan nenek moyang mereka. Jadi untuk PRU 13 kita tukar ke PKR atas dasar perjuangan yang sejati iaitu menjatuhkan rejim kroni UMNO.


Taufik_abadi said...
April 29, 2013 at 11:53 AM

UMNO Be End belum bersedia menjadi parti pembangkang di Parlimen. Lagi pun UMNO dah lama bersedap jadi khalifah selama 55 tahun memerintah bersama rakan rakan dlm BN. Kalau kalah dalam PRU13 akan jadi satu masalah besar, hilang kuasa, hilang hak keistimewaan, hilang pangkat, hilang projek, hilang komisyen yang kesemuanya adalah lubuk keseronokan dalam kerjaya politik mereka. Jadi mereka berhempas pulas untuk mempertahankan dalam persaingan yang sengit ini dengan berbagai bagai agenda untuk melumpuhkan pihak lawan. sama sama fikirkan.....


Anonymous said...
April 29, 2013 at 1:17 PM

mengundilah dgn bijak dan berkempen dgn adil dan aman


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:19 PM

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi memastikan proses pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah 100 peratus rahsia, telus lagi adil.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:20 PM

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata perkara itu dapat dizahirkan selepas pihaknya setuju melaksanakan sebahagian besar daripada 32 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sebelum ini.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:20 PM

Katanya, antara pembaharuan akan dilaksanakan SPR adalah perubahan susun atur dan kedudukan wakil calon dalam bilik pengundian pada hari membuang undi.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:22 PM

“Tujuannya, supaya wakil calon atau wakil parti boleh melihat dengan lebih jelas dan mengenal pasti wajah setiap pengundi yang masuk ke situ sebelum mereka mengundi. Ini adalah antara 10 pembaharuan diusulkan PSC kepada SPR,” katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:22 PM

“Jika dulu, tempat duduk wakil calon atau wakil parti diletak bersebelahan pintu masuk ke bilik mengundi, tetapi sekarang mereka akan ditempatkan menghadap pintu masuk.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:24 PM

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat khas kepada wakil media berhubung tatacara proses pengundian, selain demonstrasi susun atur bilik mengundi dan penggunaan dakwat kekal di Ibu Pejabat SPR, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Aziz berkata SPR akan melantik empat Kerani Pengundian yang mempunyai tugas berbeza bagi memastikan proses dan tatacara pengundian di tempat mengundi pada PRU-13 adalah benar-benar rahsia, telus dan adil.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:24 PM

Katanya, kerani pengundian pertama wajib melaungkan nombor muka surat, nombor siri, nombor MyKad dan nama setiap pengundi bagi membolehkan wakil calon atau wakil parti menyemak kesahihan identiti serta maklumat berdasarkan salinan daftar pemilih yang ada pada mereka.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:25 PM

“Pengundi kemudian diwajibkan pergi ke meja Kerani Pengundian Kedua untuk jari telunjuk kiri atau mana-mana bahagian badan seperti ditetapkan mengikut undang-undang, dicalit dakwat kekal.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:26 PM

“Sekiranya pengundi berkenaan tidak mempunyai jari telunjuk kiri, kita boleh mencalit dakwat kekal berkenaan pada mana-mana jari di tangan kiri. “Jika ada pengundi tidak mempunyai jari sebelah kiri, maka kita benarkan dakwat kekal dicalit pada jari telunjuk tangan kanan atau mana-mana bahagian anggota badan lain sebelum mendapat pengesahan di meja Kerani Pengundian Ketiga,” katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:26 PM

Sementara itu, bagi mengelak tohmahan, SPR tidak akan membenarkan Kerani Pengundian Ketiga menggunakan sebarang alat tulis, termasuk pen atau pensil. Pada masa sama, nombor siri pada penjuru kiri kertas undi yang sebelum ini akan kekal dalam buku undi apabila setiap kertas dikoyak untuk diserah kepada pengundi, kini tidak akan wujud lagi.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:31 PM

LAIN KALI LAH PR OKEY.
LAIN KALI SAJA OKEY.
BELUM SAMPAI MASA LAGI. LAIN KALI LAH OKEY.
KITA TOLONG DULU ANUAR UNTUK MENJADI PENSYARAH UNIVERSITI DI UK. ITU LAH CITA-CITA DIA.

BYE,BYE PR. LAIN KALI LAH OKEY.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:51 PM

YANG LAYAK MENJADI PM HEADHUNTER AJE LAE KAKAKAKA.LAIN KALI LAH BN OKEY SAMPAI MASA UDA KAU JADI PEMBANGKANG KEMANA MAHU LARI HA


Anonymous said...
April 29, 2013 at 7:17 PM

"Tengok bulan pangkah bulan, tengok mata pangkah mata, tengok roket pangkah roket, Selamatkan Malaysia," kata kenyataan itu.
DN4BN = the end for bn.


manbai said...
April 29, 2013 at 8:19 PM

BN
# MEMERINTAH = 55 TAHUN + 5 TAHUN JIKA MENANG LAGI = 60 TAHUN (KEBAL DAN MERBAHAYA)
# TERDIRI DARI LEBIH 20 KOMPONEN- UMNO, MIC,MCA, GERAKAN, PPP, PBS, LDP, PERKASA DLL. MASING2 ADA “KEINGINAN TINGGI”
# TIDAK DINAFIKAN PEMBANGUNAN YANG DIBAWA TETAPI TIDAK DINAFIKAN JUGA PENIPUAN DAN KESENGSARAAN KEPADA RAKYAT YANG DIBUAT.
# RAHMAN (PM MALAYSIA) – CUKUP DAN UBAH SEKARANG.
# KUASA RAKYAT AKAN TERGUGAT JIKA BN TERUS MEMERINTAH UNTUK 60 TAHUN.
# PEMIMPIN DLM BN SEMAKIN KAYA-RAYA, RAKYAT DI DAHULUKAN SEMAKIN MISKIN.
# RAKYAT AKAN MEMBAYAR KEMEWAHAN KEMPEN BN BILA TERUS DIBERIKAN KUASA…CONTOH TERBAIK 1 BULAN LEPAS PRU 12 MINYAK NAIK DAN BARANG2 LAIN TERUS NAIK..PRU13 MENUNGGU MINYAK..GST..AES DAN LAIN2
# GAYA PEMERINTAHAN BN (4 + 1) 4 TAHUN SEKSA RAKYAT DAN 1 TAHUN SAHAJA PUJUK RAKYAT…JANGAN CEPAT LUPA

PR
# MEMERINTAH = 0 TAHUN + 5 TAHUN = 5 TAHUN
# TERDIRI DARI HANYA 3 KOMPONEN UTAMA..DAYA SURVIVAL YANG TINGGI
# BARISAN KEPEMIMPINAN YANG JUJUR , SERING MENDAPAT TEKANAN DAN DITINDAS OLEH BN
# TELAH TERBUKTI DI KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KELANTAN WALAUPUN HANYA BERDASARKAN 35% PENDAPATAN NEGERI (65% PENDAPATAN NEGERI HAK KERAJAAN PERSEKUTUAN BN)

KUASA RAKYAT
KITA BERIKAN PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN JIKA MEREKA GAGAL KITA KUBURKAN MEREKA DAN GANTI SEMULA DENGAN BN. KITA PATUT CONTOHI INDONESIA, JEPUN, KOREA DIMANA PEMERINTAH YANG DIPILIH TIDAK KEBAL DENGAN KUASA RAKYAT. TIDAK SALAH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN, KITA TELAH BERIKAN PELUANG BN UNTUK 55 TAHUN. ADIL UNTUK KUASA RAKYAT NAFIKAN DAN BUKTIKAN


Anonymous said...
April 30, 2013 at 12:28 AM

BARISAN KEPIMPINAN YANG JUJUR? CUMA KETUA NYA SAJA YANG TIDAK JUJUR. SEBAB ITU DIA DIPENJARA SELAMA ENAM(6) TAHUN KERANA KESALAHAN RASUAH(MENYALAHGUNAKAN KUASA).

LAIN KALI SAJA LAH PR.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:01 PM

aku, mewakili silent majority berbincang dan buat analogi. check prestasi..mmg akan mengutamakan dacing!!!


tatap dacing!!!!!!!!!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:17 PM

Rakyat Malaysia perlu menolak politik fitnah, lucah , perkauman dan politik samseng yang bertujuan memecah-belahkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam negara.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:19 PM

Perbuatan tidak berintegriti ini dilihat menjadi trend dari kalangan orang2 politik/penyokong ekstrimis sesebuah parti yang tidak bermoral bagi mempengaruhi rakyat dalam survival politik mereka. Itu adalah politik cara lapuk yang harus ditinggalkan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:20 PM

Seharusnya mereka perlu membawa politik hikmah atau bijaksana serta lebih menerangkan agenda dan gagasan yang dibawa. Diharap ketelusan pihak SPR pada pilihanraya kali ini terus dikekalkan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:22 PM

Bimbang dengan budaya keji yang semakin subur dalam politik di Malaysia, sekumpulan ilmuan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat menubuhkan Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera).


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:23 PM

Gatera dari Bahasa Sanskrit yang bermaksud sudut pandangan bertujuan menyedarkan masyarakat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:23 PM

Pengerusinya, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, Gatera akan bergerak ke lapangan masyarakat untuk mengajak mereka menolak segala budaya kotor yang diamalkan dalam politik.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:24 PM

"Kami melihat persekitaran politik malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:24 PM

"Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yag diamalkan oleh masyarakat bertamadun," tegasnya.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:25 PM

Beliau juga berkata, Gatera akan bergerak secara aktif sepanjang tempoh kempen PRU13 ini untuk menyatakan pendirian mereka.

"Budaya kotor dalam politik inilah yang emnjadi pemangkin kepada kami untuk menubuhkan Gatera ini.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:25 PM

"Jadi kami akan turun ke masyarakat dalam memberikan penerangan mengenai kesan budaya politik kotor ini dan mungkin juga akan duduk sepentas denan ahli politik untuk menyatakan pandangan kami sekiraya dijemput," katanya.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:51 AM

The Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) promotion offices in the United States have been closely monitoring the economic developments, keeping a close eye on the unemployment levels which continued to remain high even though the recession had, technically speaking, ended in summer 2009.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:51 AM

Rising employment also means more cash for the average American family which, usually, engages in purchases that can be easily transacted through the credit card facility. But in the last three years, many American families went through a nightmarish situation as their homes and properties were seized by banks to recover their loans as more and more Americans failed to pay their mortgages in the quagmire of what infamously became known as the subprime crisis.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:51 AM

The strength of hiring in the last four weeks of 2011 even surprised some pessimists.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:51 AM

According to Kevin Logan, an economist with the HSBC in New York, the Labor Bureau’s report suggested that many industries were catching up on hiring which had been delayed for much of 2011.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx