Saturday, April 27, 2013

SPR Sudah Rancang Untuk Memenangkan BN?

Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan, Pahang.



Menurut tinjauan gua ke wall FB dia.. beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar.

Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya.

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tanpa ada pemerhati dari SPR,hanya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. Suasana macam funfair!!

Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu..

Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati.

Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa... sedih.. -kingofgoblok
xxx2

Komen Anda

69 Responses to " SPR Sudah Rancang Untuk Memenangkan BN? "
Anonymous said...
April 27, 2013 at 3:21 AM

Ya,tapi adilla juga sebab SPR rancang 4 kemenangan di 4 buah negeri smasa PRU 12 dulu. Terima kasih SPR.
SEKURANG KURANGNYA SPR BAGI CAN JUGA PEMBANGKANG MENANG DI EMPAT NEGERI,KALAU DIA RANCANG BN MENANG SEMUA NEGERI, TAK KE HARU!


landir lambir said...
April 27, 2013 at 8:38 AM

test


Anonymous said...
April 27, 2013 at 8:41 AM

rasanya yg 4 negeri tu undi solid susah nak cover..


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:02 AM

Ambillah tindakan undang2.... wahai anuar.... kesian pengundi....


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:26 PM

tak payah nak emosional..kita bincang2 tukar2 pendpt..ini amalan insan yg di cipta ole sang pencipta..cerita pro kontra adalah amalan nabi saw.. buat apa fitnah org klu x ada bukti.. tuntutlah diri sendiri utk meminta pencerahan minda ke arah insan yg tawaduk dan berwawasan.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:46 PM

Hentikan taktik perkecilkan SPR untuk meraih undi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan taktik pihak tertentu yang sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap badan itu hanya berdasarkan kepada dakwaan yang tidak berasas.

Justeru, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meminta para pengundi supaya berhati-hati dengan taktik itu yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan kemarahan pengundi terhadap kewibawaan SPR.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata terdapat pihak-pihak yang cuba menyalahkan SPR seperti dalam isu penarikan diri calon, sedangkan perkara itu telah ditetapkan dalam peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) (No.2) 2012, yang berkuat kuasa 27 April 2012.

"Dalam peraturan itu jelas sebut mana-mana calon yang pegawai pengurus pilihan raya sudah umumkan mereka bertanding tidak boleh menarik diri selepas proses penamaan calon tamat.

"Undang-undang ini dibuat di Parlimen dan takkan SPR nak langgar undang-undang," katanya.

Beliau mengulas laporan media pakatan pembangkang yang semakin giat menyalahkan SPR khususnya dalam soal penarikan diri calon selepas hari penamaan 20 April lepas, yang kekal dianggap bertanding dan nama calon itu tetap dicetak pada kertas undi dan undi yang diperolehnya dikira.

Pakatan pembangkang memainkan isu proses baru pilihan raya yang tidak mempunyai tempoh bantahan itu dan tiada istilah menang tanpa bertanding selepas proses penamaan calon tamat sebagai instrumen untuk meraih simpati pengundi dalam berkempen.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta mana-mana parti politik agar menghentikan perbuatan mereka itu yang jelas mengelirukan rakyat serta boleh menimbulkan kekacauan.

Beliau merasakan motif parti politik tersebut, yang membuat tuduhan tidak berasas adalah untuk memburukkan agensi itu kerana mereka kekurangan modal politik dan mengharapkan tuduhan sebegitu dapat menaikkan kemarahan rakyat untuk mengundi mereka.

Mengenai tuduhan kononnya ada warga asing dari Sabah dan Sarawak masuk ke semenanjung dengan pesawat khas seperti yang didakwa Pas, Wan Ahmad berkata: "Walaupun ada yang muka Pakistan, India, China, Bangladesh, jika mereka menetap lebih 20 tahun, dan memohon untuk mendapat kerakyatan, hanya Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara yang layak memberi kerakyatan." - Bernama


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:59 PM

Kan SPR tu Suruhanjaya Penipu Rakyat...


Anonymous said...
April 27, 2013 at 2:54 PM

Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).


Anonymous said...
April 28, 2013 at 8:21 AM

kalo setakat menafikan tp x ada bukti, sapa pun bole cakap, spr ni mmg penipu besar, dah sah2 pengerusi spr tu ahli mumuno, apa lg mau cakap, apa2 pun pemimpin PR kena ambil berat kes ni kalo mau pilihanraya yg bersih dan telus....


zaini zai said...
April 28, 2013 at 11:55 AM

Mcm2 kerja giler UMNO/BN dlm mngekalkn kemenangn tipu dlm PRU mereka dr dulu hingga sekarang. Agensi mereka tidak lain ialah KEMAS, KDN spt PDRM, JPN. Ianya lebih kronik dgn pnglibatan PPD dn beberapa jabatan lagi. Walau kegiatan BN tu spt mnggadai maruah dn kedaulatan kpd warga asing..itu trpaksa diketepikn. Perkara yg paling giler sekali ialah tragihnya ic2 palsu ( warganegara segera ) dn ianya secara tak langsung polarisasi kaum di Malaysia bertambah kpd bberapa kump etnik lagi utk masa depan. Takkan Nepal dan Bangla boleh dimasukkan sbg Melayu walau dah ada ic dan sebenarnya inilah MALAPETAKA yg bakal mnimpa negara setelah 56 tahun di'jajah' oleh UMNO.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 2:33 PM

Don't think it is fair to say like that


Anonymous said...
April 28, 2013 at 2:39 PM

Pembangkang turut terkena tempias juga


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:05 PM

Pembangkang sengaja cetuskan pergaduhan


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:11 PM

This is going to eat them alive


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:58 PM

Undi adalah rahsia dan suci


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:02 PM

Walau apa pun terjadi kita harus sedar dengan tanggungjawab kita


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:05 PM

Penjelasan demi penjelasan diberi


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:16 PM

It is not fair to say like this.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:21 PM

Apa pun yang berlaku jangan libatkan orang yang tidak berkaitan.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:24 PM

We believe the thing will get better


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:53 PM

Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) perlu mencermin diri sebelum mengisytiharkan mana-mana-mana calon sebagai melakukan keganasan politik.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:54 PM

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman, berkata tindakan BERSIH menyenarai hitam dirinya di atas dakwaan beliau mengasari calon PKR Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, langsung tidak munasabah jika melihat rekod mereka sendiri.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:54 PM

“Siapa mereka dan apa kuasa BERSIH untuk menyenaraihitamkan calon? Setahu saya yang mewujudkan keganasan selama ini adalah pertubuhan itu sendiri,” katanya


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:55 PM

Hamidah yang juga calon dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat diminta mengulas kenyataan Irene Fernandez yang mengetuai jawatankuasa pemantau BERSIH dalam sebuah portal berita bahawa pertubuhan itu menyenaraikan Hamidah sebagai seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju Boon Chye.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:55 PM

Hamidah bagaimanapun menafikan perkara itu dan turut membuat laporan polis.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 7:58 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah membuat persiapan rapi untuk memenuhi tanggungjawabnya melaksanakan pilihan raya yang bebas dan telus. Memang ia satu tugas yang berat buat SPR. Paling mencabar bagi SPR ialah memastikan para pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab dengan selesa dan tenang.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 7:59 AM

Usaha pihak tertentu yang cuba mempertikaikan ketelusan SPR memang memberi tekanan kepada SPR. Namun, ini tidak mematahkan semangat SPR.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 7:59 AM

Badan itu terus berusaha mengemaskinikan daftar pemilih pula walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan ke atasnya menyentuh tentang ketirisan pengurusan daftar pemilih, walhal SPR sudah menyediakan saluran yang sah untuk pemilih mengemaskinikan butiran maklumat mereka.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:00 AM

Usaha menambah baik kualiti daftar pemilih ini mendapat sambutan rakyat begitu memberangsangkan, terutama dalam pemilih yang sudah berdaftar. Ramai yang tampil untuk membantu SPR mengemaskinikan butiran maklumat, termasuk memaklumkan maklumat hilang kelayakan waris mereka.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:01 AM

Hasil daripada tindakan agresif SPR itu, sebanyak 1,319,077 pemilih telah disahkan. Daripada jumlah itu sebanyak 1,042,218 adalah pengundi baru, manakala 271,859 orang mendaftar bagi menukar alamat pusat mengundi. Daftar pemilih induk yang diwartakan pada 27 November 2012 mencatatkan sebanyak 13,105,407 orang pemilih yang berdaftar.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:01 AM

Persidangan Dewan Negara pada April tahun lalu diberitahu seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011. Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang, diikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang).


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:01 AM

Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang)Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang).


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:02 AM

SPR juga memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan mewujudkan pelbagai aplikasi baru bagi menambah baik kualiti pengurusan pilihan raya. Antara aplikasi yang dibangunkan adalah Sistem Semakan Isi Rumah, Sistem Semakan Mengikut Status Pendaftaran dan Sistem Pengemaskinian Maklumat Alamat Pengundi Luar Negara.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:02 AM

SPR juga membangunkan aplikasi bagi Sistem Penjumlahan Rasmi Undi, Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum, Sistem Peratusan Keluar Mengundi dan Sistem Paparan Peta Keputusan Pilihan Raya. SPR juga akan membangunkan portal khas Pilihan Raya Umum Ke-13.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:03 AM

Untuk memastikan pengundi menunaikan tanggungjawab dengan selesa dan lancar, SPR dijangka akan menyediakan sebanyak lebih 8,000 premis dan ia akan diwartakan sebagai Pusat Mengundi. Selain itu, lokaliti bagi setiap Daerah Mengundi turut dikemaskinikan dengan bantuan daripada sistem berkomputer dikenali sebagai Electoral Geographical Information System (EGIS).


Anonymous said...
April 29, 2013 at 8:03 AM

SPR juga melakukan transformasi dalam memantapkan lagi proses dan perjalanan sistem pilihan raya di negara ini. Justeru, beberapa pembaharuan dilakukan oleh SPR atas cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Antaranya penggunaan dakwat kekal, pengundian awal, pengundian pos bagi orang yang tidak dapat mengundi awal, OKU dibenarkan membawa orang yang dipercayai untuk membantu dalam proses pengundian dan pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:08 AM

Majoriti rakyat negara ini yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu mengurus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dengan telus, adil dan bersih.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:12 AM

Ini berdasarkan kajian mengenai 'Pandangan Masyarakat Terhadap SPR' yang dilakukan Majlis Profesor Negara (MPN) membabitkan 3,756 responden di seluruh negara.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:12 AM

Kajian turut mendapati sebanyak 71.3 peratus kaum Melayu, 59.2 peratus (Cina), 67.4 peratus (India), Bumiputera Sabah (78.6 peratus) dan Bumiputera Sarawak (58.8 peratus) berpendapat badan itu bebas daripada kerajaan," Prof Dr Mansor Mohd Noor, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa


mantera said...
April 29, 2013 at 8:13 AM

Ia sekali gus menolak tanggapan terutama pakatan pembangkang bahawa SPR tidak telus terutama membabitkan pembersihan daftar pengundi.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:13 AM

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata lebih 70 peratus responden berpendapat SPR berjaya mengurus pilihan raya sebelum ini dengan baik.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:13 AM

Beliau berkata, sebanyak 76.2 peratus kaum Melayu yakin PRU-13 akan telus, Cina (59.3 peratus), India (82.5 peratus), Bumiputera Sabah (81.9 peratus) dan Bumiputera Sarawak (71.1 peratus).


mantera said...
April 29, 2013 at 8:13 AM

Mengenai pembaharuan SPR, beliau berkata, majoriti responden menyambut baik penggunaan kotak undi lut sinar dan penggunaan dakwat kekal.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:14 AM

Kajian turut mendapati sebanyak 71.3 peratus kaum Melayu, 59.2 peratus (Cina), 67.4 peratus (India), Bumiputera Sabah (78.6 peratus) dan Bumiputera Sarawak (58.8 peratus) berpendapat badan itu bebas daripada kerajaan," katanya.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:14 AM

majoriti responden akan akur dengan keputusan PRU yang diisytiharkan SPR iaitu Melayu (87.9 peratus), Cina (75.7 peratus), India (85.1 peratus), Bumiputera Sabah (92.2 peratus) dan Bumiputera Sarawak (85.1 peratus).


mantera said...
April 29, 2013 at 8:14 AM

Katanya, bagi penambahbaikan SPR, responden mencadangkan pindaan peraturan bagi membolehkan pendaftaran automatik mereka berusia 21 tahun ke atas mulai tahun depan.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:14 AM

Selain itu, mereka juga mahu SPR memotong nama yang tidak mengundi sebanyak tiga kali serta melakukan pendaftaran pengundi mengikut format alamat yang disokong dengan dokumen seperti bil air," katanya.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:15 AM

PRU-12 mula menunjukkan kematangan politik rakyat di negara ini berikutan dasar keterbukaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:15 AM

Sesetengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia hanya berlegar mengenai daftar pemilih dan institusi SPR sedangkan literasi politik perlu lebih kepada perkembangan idea politik daripada mempromosi pengetahuan mengenai institusi politik


mantera said...
April 29, 2013 at 8:15 AM

SPR memberi jaminan bahawa PRU-13 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat menjadi pilihan raya terbaik pernah diadakan.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:16 AM

ia berikutan banyak penambahbaikan termasuk memperkenalkan dakwat kekal, undian awal dan pemerhati tempatan dan luar negara dalam pilihan raya kali ini.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:16 AM

dakwaan pihak tertentu bahawa PRU-13 adalah paling kotor hanya bertujuan menimbulkan situasi yang akan memberi faedah kepada kepentingan mereka.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:17 AM

Jika penambahbaikan paling banyak dalam sejarah (SPR), takkan PRU-13 jadi begitu kotor. Ia adalah kenyataan yang sangat berat sebelah dan mahu mencipta tanggapan tidak berasas,” katanya.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:17 AM

tanggapan bahawa PRU-13 adalah pilihan raya paling sengit dan panas perlu dilihat daripada aspek positif kerana ia menunjukkan amalan demokrasi yang menjadi asas negara ini.


mantera said...
April 29, 2013 at 8:17 AM

Pertandingan dan persaingan antara calon atau parti politik tidak menjadi masalah dengan syarat ia dilakukan mengikut undang-undang dan arahan SPR dan polis," katanya.


Josh said...
April 29, 2013 at 11:16 AM

Serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat saisatan.


Wani said...
April 29, 2013 at 11:17 AM

Adakah mereka cuba manipulasikan keputusan rakyat?


Shahmi said...
April 29, 2013 at 11:17 AM

Dakwaan harus bersama dengan bukti yang sah.


Heng said...
April 29, 2013 at 11:19 AM

Senarai nama pengundi juga tidak bersih, dah tentu PRu13 tidak bersih juga.


Haziq said...
April 29, 2013 at 11:21 AM

Jika tuduhan ini adalah benar, tindakan undang-undang harus diambil.


Rosli said...
April 29, 2013 at 1:16 PM

Itulah rakyat pun tidak yakin dengan SPR.


Wilson said...
April 29, 2013 at 1:17 PM

Tiada bukti, seolah fitnah sebenarnya.


Zhung Yi said...
April 29, 2013 at 1:18 PM

Sainganlah dengan cara lebih amanah.


Asyraf said...
April 29, 2013 at 1:19 PM

Tiada siapa berhak menentukan kerajaan selain rakyat sendiri.


Elena said...
April 29, 2013 at 1:20 PM

Pengundi yang tidak sah harus dilucutkan dari senarai mengundi.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:40 PM

The Prime Minister also said fully guaranteed security and confidence of the people to return to normal life were very important elements which have to be addressed by the government and security forces.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:41 PM

According to him, the measures did not require a review of the immigration laws because the existing regulations were adequate to implement the outlined strategies.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:41 PM

Najib added that the decision to set up ESSCOM was made in only 24 hours and this reflected the sincerity of the government to ensure that the safety of the people was always at its best.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:41 PM

The Prime Minister said the launch of ESSCOM in just about a month after its establishment was announced, also showed that the government was really serious about implementing it.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx