Monday, April 22, 2013

Artis Malaysia Sokong PM Terima Kecaman Di Internet

Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.

Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.

Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.

Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.

Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.

Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.

Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.

Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Faebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.

Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.

Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.

Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara. -jalanpulang
xxx2

Komen Anda

33 Responses to " Artis Malaysia Sokong PM Terima Kecaman Di Internet "
Anonymous said...
April 23, 2013 at 12:02 PM

Datuk Michelle Yeoh tahu apa yang baik untuk Malaysia. Sebab itu dia berusaha menaikkan nama Malaysia melalui bidang lakonan. Sokongan beliu kepada DS Najib wajar kerana beliau dapat membezakan antara pemimpin yang boleh dipercayai dengan pemimpin yang hanya berjuang untuk menjadi PM semata-mata. Syabas Datuk Michelle.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:30 PM

kenapa nak kecak mereka kerana mereka bero sokongan kepada PM, mmg kerajaan BN selama ini byk membawa pembangunan kepada negara. ia tidak dpt dinafikan.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:45 PM

Penyokong-penyokong PAKATAN dengki sebab tiada actress terkenal yang sokong Anuar Ibrahim. Kalau Rock Hudson ada mungkin dia akan sokong Anuar.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:32 PM

Actress Michelle Yeoh has defended her decision to openly support Malaysian Prime Minister Najib.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:32 PM

The actress has been heavily criticised since she announced that she would be attending a banquet held for the prime minister by the Chinese association in Selangor.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:38 PM

A Facebook page supporting the Malaysian opposition drew more than one thousand comments condemning the actress as a traitor and a government stooge.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:38 PM

However Yeoh has urged netizens and her fans not to judge her negatively.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:39 PM

She said: “This is a democratic country. We're all free to voice our opinions. I think people shouldn't be personal. I think all of us want to do good for our own country. And I believe they want to do the same thing.”


Anonymous said...
April 23, 2013 at 3:19 PM

Tolak semua calon2 PR! PAKATAN RASIS!!
Tolak semua calon2 `Manifesto Bukan Janji`!!
Tolak semua calon2 parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calon2 parti yang sanggup gadaikan kalimaH Allah s.w.t!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!


Anonymous said...
April 23, 2013 at 3:21 PM

Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.


zaini zai said...
April 23, 2013 at 4:36 PM

are you ready for BN???? Noooo.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:39 PM

kalau nak selamatkn Malaysia....mknanyer tombangkn UMNO . Baru ngam mbah itu..


Anonymous said...
April 23, 2013 at 5:06 PM

BETUL TU TUMBANGKAN bn BARU NGAM BAH ITU .TABIK YOU


Anonymous said...
April 23, 2013 at 10:50 PM

Penyokong PAKATAN marah bila actress terkenal Datuk Mechelle Yeoh memberi sokongan kepada BN. Tapi bila artis seperti Abby, Aisyah, Dayangku Intan dll menyokong PAKATAN semua senyap. Ada kah ini amalan demokrasi?


Carol said...
April 25, 2013 at 9:56 AM

Masing-masing ada pilihan sendiri.


Tian said...
April 25, 2013 at 9:58 AM

Hebat juga BN membuat promosi. Artis juga digunakan untuk tujuan politik.


Pai said...
April 25, 2013 at 10:00 AM

Artis banyak dikritik dan menjejaskan imejnya.


Loius said...
April 25, 2013 at 10:01 AM

I think she do well to bring Malaysia to International level too.


LLS said...
April 25, 2013 at 10:02 AM

Sudah pasti banyak suara negatif terhadap beliau.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:13 PM

Tolak semua calon2 BE END! BARISAN RASIS!!BARISAN NAJIS!!!!
Tolak semua calon2 `Manifesto Janji Ditepati`!!PENIPU!!!!
Tolak semua calon2 parti sokong kaum sesat LGBT!!!BE END LA TU!!!
Tolak semua calon2 parti yang sanggup gadaikan kalimaH Allah s.w.t!!BE END JUGA TU!!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!DARI BE END!!!!!!


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:57 PM

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak urged Malaysians to be wary of the Opposition's three main "weapons" which were condemning, instigating and making all sorts of promises in trying woo the people.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:57 PM

"They must condemn (the government), they must knock you (government) down. After that, they must instigate (the people) and then they will promise.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:58 PM

Like I said, they'll promise the sun, the moon, and even the galaxy," he said when opening Gerakan's 41st National Delegates Conference here.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:01 PM

Najib, who is also Barisan Nasional (BN) chairman, said the people should ponder about the sweet promises made by the Pakatan opposition coalition which in the end were actually nothing more than venomous poison for them.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:01 PM

Is it really something good for the people or will it lead to some catastrophic outcome for the nation.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

This is something the people must think about, because to become the opposition, the arsenal is three things -- condemn, instigate, promise.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

The prime minister pointed out BN had been using a common symbol, with electoral candidates contesting under the BN banner. "We go and face the people as BN, but the opposition will go to the people with different faces.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:04 PM

"Symbol not the same ...we are not sure whether they will table a common manifesto ," he said, noting that squabbles over (the implementation of) hudud (Syariah laws) among the opposition pact had been conducted openly.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:05 PM

Najib said this demonstrated that they did not have a common position and common policy on how this country was going to be administered.He also took a swipe at the opposition's failure in unveiling its 'shadow cabinet'.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 4:16 PM

The Palm Oil Industry Cluster (POIC) Sabah’s strategies will focus on promoting downstream activities to assist Small Medium Enterprises (SMEs).


Anonymous said...
November 13, 2013 at 4:17 PM

Its Chief Executive Officer, Datuk Dr Pang Teck Wai, said there are a lot of opportunities for downstream industries through diversification into the food, phytonutrient, oleochemical, biomass and biofuel sectors, among others.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 4:18 PM

more opportunities should be opened up for the SMEs, as the focus shifts towards downstream development.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 4:19 PM

Pang said there is a need for strong promotions to encourage investments in the related industries and enhancing links between them, while moving products up the value chain. He emphasised the importance of improving links with other downstream manufacturing activities to attract end users.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx