Wednesday, April 24, 2013

Mampukah BN Sabah Bertahan?

Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak menepis tanggapan pihak tertentu yang mendakwa kononnya gelaran 'Fixed Deposit' Barisan Nasional (BN) di Sabah sudah cair; malah semakin bertambah kukuh ekoran kekuatan sokongan rakyat Sabah terhadap BN.

Senario ini semakin terbukti kerana beberapa majlis bertemu rakyat yang telah diadakan sebelum ini seperti di Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan Bongawan telah dibanjiri berpuluh ribu rakyat dari segenap lapisan kaum termasuk Kota Belud sekalipun beliau tidak dapat hadir kerana masalah cuaca.

“Bagaimana pun, saya difahamkan bahawa kira-kira 10,000 rakyat di sana (Kota Belud) sudah menunggu kedatangan saya, tetapi masalah cuaca menghalang kehadiran saya di situ,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Padang Pekan Tenom dekat sini pagi tadi.

Tambah Najib, "Siapa mahu rosakkan BN di Sabah? Penceroboh Sulu mahu mengganas dan menggugat kedaulatan Negara kita? Kita nyah dia...(adakah) pembangkang mahu ambil alih pemerintahan di Sabah? No way !...only one way,“ tegasnya lagi sambil disorak kira-kira 10,000 hadirin.

Perdana Menteri itu seterusnya menegaskan bahawa kerajaan BN harus terus dikekalkan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) demi untuk meneruskan arus pembangunan yang lebih pesat supaya rakyat akan terus menikmati penghidupan yang lebih selesa, suasana aman dan harmoni.

Katanya, rakyat telah pun kenal dengan jasa dan bakti BN kepada rakyatnya di mana berdasarkan itu kepimpinan BN telah membentangkan satu manifesto bertemakan “Menepati janji, Membangun Harapan” sebagai janji kepada rakyat.

“Kita telah menukarkan sebutan manifesto kepada 'Aku Janji' kerana janji yang ada terkandung dalam manifesto hendaklah ditepati; bukan macam di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat, mereka merosakkan objektif manifesto malah mereka sifatkannya bukan janji.

“Tetapi kita dalam BN buat manifesto mestilah dibuat secara serius untuk menepati janji itu, sebab itu, kita menukar sebutan manifesto kepada aku janji,” tegasnya.

Najib berkata, malahan Ketua Eksekutif IMF (International Monetary Fund) Christine Lagard menyifatkan transformasi pengurusan ekonomi Negara menampakkan perubahan lebih tinggi mengakibatkan IMF terpaksa revised lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini.

SEMANGAT....Dari kiri, Datuk Raime Unggi, Datuk Musa Aman, Dato'Seri Najib, Datuk Radin dan Senator Lucas Umbul.

“Trek rekod (pencapaian) kita selama 4 tahun sebelum ini sangat memuaskan dan rakyat tidak ada komen...bukan macam pembangkang janji kasi free itu dan ini; lagi pun, manifesto pembangkang yang merancang pembangunan Negara bercelaru dan jika dilaksanakan Negara akan bankrap di mana penaganilis daripada golongan profesional Negara akan mengalami defisit 11.5%.

“Kita bukan sekadar beri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Kita juga akan beri BR1M 2, BR1M 3 dan akan seterusnya bertambah berperingkat peringkat ke BR1M 4.

“Soal kadar kemiskinan kini sudah menurun kepada 8.1% setakat tahun 2012 dan dijangka dalam tempoh 5 tahun lagi akan terus menurun daripada 8.1% kepada 3%,” tegasnya lagi.
xxx2

Komen Anda

74 Responses to " Mampukah BN Sabah Bertahan? "
Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:57 AM

Bergantung sejauhmana kukuhnya "political foundation dan filing" yang BN tanamkan selama ini. Jurutera politik BN seharusnya sudah membuat ujikaji lebih awal. Serangan PKR dan parti-parti yang lain jangan dipandang ringan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 7:33 AM

kepada perdana menteri jgn memandang rendah dan slogankan SABAH INI SEBAGAI FIXED DEFOSIT HANYA ORANG SABAH YANG RENDAH MORAL NYA AKAN BERSAMA bn.sebalik nya jika rakyat sabah yang terbuka minda dan jiwa nya saya pasti mereka akan berfikir beribu kali untuk mengundi bn.Sebenar nya bn hanya Gah sebagai parti yang mengunakan wang bukan sebalik nya.moga ALLAH MEMBUKAKAN MINDA DAN JIWA RAKYAT SABAH AGAR BERSAMA BERUBAH DAN MENGUBAH.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:31 AM

Buat apa rakyat sabah undi UMNO yang telah bagi ic projek kepada PTI....... AKU BENCI UMNO........ INI KALI LAH..


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:34 AM

Semoga tuhan membuka minda rakyat sabah supaya tidak di panggil negeri FIXED DEPOSITE BN dan gila duit


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:55 AM

Pungutan suara mendapati ada pihak yang mahu KEKALKAN BN & ada pula pihak yang mahu TUKAR BN. Pelbagai asas dan alasan dalam menentukan pilihan. Tapi, persoalannya adakah pilihan itu tepat kerana ia akan memberikan risiko sama ada bertambah baik, kekal atau merosot prestasi sesebuah kerajaan yang dibentuk oleh kita? Pembangunan sesebuah negara mengambil masa yang lama, tidak dalam tempoh 5 tahun. Oleh itu, penilaian harus menjurus kepada soal keupayaan mengurus negara dengan baik terutamanya aspek ekonomi. Apabila ekonomi bertambah baik, maka kita berpeluang untuk mengambil bahagian seperti bidalan Inggeris; It's like a slice of cakes, where everyone got it. Soalnya tanya diri kita - adakah selama ini kita mengambil peluang tersebut? Jika ada, sejauhmana usaha kita? Kerajaan telah bantu dengan pelbagai skim bantuan dan perkhidmatan melalui agensi kerajaan atau pun swasta. kita saja yang asyik mengharapkan 'dihulur' bantuan. Justeru, atas sebab ini timbul perasaan tidak puas hati kerana kita rasa diri dizalimi, tanpa menyedari bahawa kita sendiri yang menjadikan diri mangsa. Oleh itu, kita diseru agar 'UNDI DENGAN BIJAK JAMIN KEMAKMURAN'. BN telah membuktikan keupayaan mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Asas petunjuk adalah Hak Pendidikan, Kebajikan, Kesihatan, kebebasan dan lain-lain dapat dinikmati oleh semua rakyat. Jika mahu lebih harus usaha gigih.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:27 AM

..hijrah telah menjadi lambang kejayaan dalam sejarah Islam..hijrah bermaksud berubah kepada sesuai yang lebih baik..manusia yang normal akan sentiasa berubah kepada yang lebih baik tanpa henti..ubah, ubah dan ubah sehingga mencapai kemuncak kebaikan..air yang bertakung akan rosak..kuasa yang terlalu lama bersarang akan menjadi penyakit yang merbahaya…kita tidak percaya penuh kepada mana-mana parti, tetapi kita percaya bahawa terus berubah dapat menjadikan kita memperolehi yang terbaik..ubah, ubah dan terus ubah sehingga dapat yang terbaik… – FB DrMaza


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:37 AM

Mari kita ubah ini kalilah kalau nda bila lagi PR fo all.


mantera said...
April 25, 2013 at 9:56 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meneruskan lawatan pada hari kedua ke beberapa daerah di negeri ini berkata Sabah masih menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN).


mantera said...
April 25, 2013 at 9:56 AM

Najib yang juga Pengerusi BN telah melawat Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan Bongawan semalam. Cuaca buruk menghalang beliau daripada terbang ke Kota Belud tetapi perkembangan teknologi menyelamatkan keadaan.


mantera said...
April 25, 2013 at 9:56 AM

Sabah tetap simpanan tetap BN. Anggota gabungan menerima sokongan menggalakkan termasuk daripada rakyat di kawasan pedalaman.


mantera said...
April 25, 2013 at 9:56 AM

Najib berkata kerajaan BN masih berupaya dan kukub untuk terus kuat dan mampu untuk terus memajukan Sabah bagi mengimbangi pembangunan antara negeri ini dan semenanjung.


mantera said...
April 25, 2013 at 9:58 AM

Sabah tetap simpanan tetap BN, kalau kita simpan simpanan tetap (wang) dalam bank sekali sekala kita kena tengok juga.


arafat said...
April 25, 2013 at 10:54 AM

kalu dlihat pd senario prtandingn pd PRU jelas advantage pd BN . Kenapa? Kan ramai calon yg trgiler2 nak jd YB..maka tnding le BEBAS. Tengok dDUN Merotai pd PRU lepas lepas. PAS no kedua trkyat rupanye hanya ramai juga calon BEBAS..maka kcundang juga phlawan PAS. Apa salah mereka ktepi hsrat nk jd YB dgn brsatu bwah PR? Nak jd YB tapi hidong tk mncung pp trsorong2. Itu mssalah sebenar politik Sabah.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:19 AM

Aku masih ingat Dtk Harris Salleh berucap di Tenom dulu puluhan ribu orang datang tapi bila keputusan pilihanraya diumumkan jkencundang ditangan Kadoh Agundong!


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:03 PM

Caretaker prime minister Datuk Seri Najib Razak, continuing his whirlwind tour of Sabah districts on the second day today, said Sabah was still the Barisan Nasional’s (BN) “fixed deposit”. Najib, who is also BN chairman, visited Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis and Bongawan yesterday.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:03 PM

Bad weather prevented him from flying to Kota Belud but technology saved the day.He spoke on his telephone to Kota Belud BN candidate Datuk Abdul Rahman Dahlan and his message was amplified for the benefit of the 10,000 people present there.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:04 PM

“Sabah is still the BN’s fixed deposit. The 13-member coalition receives overwhelming support, including from people in interior areas,” he said. Najib said the BN government was strong and has the capacity to propel Sabah to greater heights and to balance the development between the state and Peninsular Malaysia. “Sabah still remains as the BN’s fixed deposit. However, if we have a fixed deposit in a bank, once in a while we have to check.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:05 PM

“Yesterday, I went to many places, to Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis and Bongawan, but I could not make it to Kota Belud, but I was told 10,000 people were waiting for me there.Today I’m in Tenom. I was told our fixed deposit is still strong,” he told a “leader-with-the-people” gathering at the Tenom public field.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:06 PM

Also present were caretaker chief minister Datuk Seri Musa Aman and BN parliamentary candidate for Tenom Datuk Raimee Unggi, state seat contender Datuk Radin Malleh (Melalap) and Senator Dr Lucas Umbul. Refuting claims that the Sabah fixed deposit was weakening, Najib said the opposition would not be able to capture Sabah.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:51 PM

suka hati kau lah BE END mahu cakap apa,Mahu pilihanraya baru mahu lawat2,kalau tidak mana kau mahu datang.Jangan haraplah kami mahu Undi kamu,Ini kali lah tukar,kami tatap undi PKR


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:55 PM

sebenarnya dah lama rakyat malaysia bencikan bn kerana yb yg dipilih tak menjalankan kewajipan lepas diberikan mandat n ditipu beberapa kali janji yg bn taburkan tak ditunaikan tapi bila mandat tergugat berikan lg byk janji tapi bukan rakyat mahu. rakyat sabah mahu kewajipan selaku yb sebagai wakil n kebajikan rakyat sabah harus diberi pehatian yg sewajanya, bukan tunggu rakyat marah n merontak br mula ambil berat . rakyat mahu hak mrk dijaga n bukannya dikianati bn selama ini. kalau bn begitu yakin rakyat sabah masih sokong bn tak payahlah bn bising sana sini n guna pilitik kotor n tv3 tak payah laporkan berita palsu n tipu rakyat. bn nak kata apa lg? dulu rakyat tak ada pilihan tapi skrg lain sebab ada pkr yg mampu memeritah malaysia jadi bn tak diperlukan lg. bukan rakyat kianati bn tapi bn dulu yg kianati rakyatnya sebab mandat rakyat yg bagi n selebihnya bn beli guna wang rakyat. jadi rakyat sabah tak guna simpati pada bn yg zalim ini n kita bersatu tumbangkan bn pru13 nanti. amin.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:59 PM

Kerjasama, kesepakatan dan penunaian janji terhadap rakyat.inilah antara faktor yang penting bagi mereka terus bertahan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:04 PM

Para eksekutif pengiklanan dipetik sebagai berkata; BN kini menyalurkan dananya kepada ruang iklan dalam talian di laman-laman web dan portal berita popular di Malaysia, manakala lebih banyak video prokerajaan mulai timbul dalam laman perkongsian video seperti YouTube, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negara itu tidak lama lagi.

Terdapat 13 juta pengguna Facebook daripada 29 juta penduduk Malaysia, kata laman pemantau media sosial, Socialbakers.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:05 PM

Twitter antara medium komunikasi yang dijangka digunakan dengan meluas ketika kempen pilihan raya umum nanti. Adalah dijangkakan laman sosial popular itu juga akan menjadi medium paling banyak digunakan calon dan penyokong mereka ketika kempen kelak.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:07 PM

Ada beberapa fakta yang akan membantu BN untuk mencapai kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya ke 13 berasaskan pengalaman (seorang wartawan) dan juga sebagai orang dalam kerajaan:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad telah kembali menyokong Umno dengan membawa bersama berjuta penyokong yang turut “merajuk” bersamanya dalam langkah pembedahannya terhadap Umno.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:09 PM

2. Media BN sekata dalam menyokong BN. Ini berbanding dengan Pilihan Raya Ke 12, apabila akhbar dan media arus perdana; The Star, New Straits Times dan TV3 memainkan peranan menggambarkan kelemahan dan perpecahan dalam Umno dan kerajaan dengan menonjolkan isu-isu perkauman yang memperkecilkan Umno dan meninggalkan Utusan Malaysia bersendirian dalam sokongan kepada Umno.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:11 PM

Setitis Darah Seribu Makna anjuran Pemuda Barisan Nasional Sabah dan Puteri UMNO Sabah dilihat menjadi wadah terbaik memupuk kesedaran orang ramai mengenai pentingnya menderma darah.

Ketua Pemuda BN Sabah, Datuk Hj. Awang Kadin Tang (gambar) berkata, kempen yang melibatkan semua Pemuda BN dan Puteri UMNO seluruh Sabah bertujuan memberi kesedaran untuk menderma darah.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:11 PM

Pertembungan beberapa penjuru di seluruh Sabah dalam Pilihan Raya 2013 akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan yang pembangkang lemah,


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:18 PM

“Pertembungan beberapa penjuru akan mengurangkan peluang pembangkang untuk menang kerusi secara maksimum,” kata penganalisis politik dari Sabah, Dr Arnold Puyok


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:25 PM

Pertembungan beberapa penjuru berlaku di Sabah diantara BN, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR), parti pembangkang tempatan SAPP dan STAR dan sejumlah calon bebas pada Hari Penamaan Calon hari ini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:25 PM

Kerusi Keningau akan menyaksikan pertarungan diantara dua jaguh penyandang kerusi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari PBS dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang merupakan pengerusi STAR dan adiknya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:26 PM

Satu lagi pertembungan tiga penjuru akan berlaku di kerusi Parlimen Beaufort diantara penyandang Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggalkan Umno untuk menubuhkan PPS yang mesra PKR, Guan Dee Koh Hoi dari STAR dan Datuk Azizah Mohd Dun dari Umno.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:31 PM

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membawa pembangunan di daerah Kota Marudu, dan sebaliknya berkata “pembangkang buta hati” dan enggan menerima kenyataan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:36 PM

Kawasan Parlimen Kota Marudu sudah melalui perubahan besar menerusi pelbagai program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata Datuk Seri Maximus Ongkili


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:56 PM

3. Kemunculan berpuluh-puluh NGO dan juga kebangkitan mantan pegawai pegawai tinggi tentera dan polis menyokong Umno dan kerajaan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:58 PM

4. Bantuan kepada rakyat yang diberikan menerusi bahagian-bahagian Umno telah disalurkan langsung oleh Datuk Seri Najib Razak kepada berjuta-juta rakyat berbilang kaum menerusi saluran rasmi.


Forest said...
April 25, 2013 at 1:59 PM

BN Di Kota Marudu

Ahli parlimen P. 168 Kota Marudu dan juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili menmgatakan hampir setiap kampung di Kota Marudu menikmati infrastruktur asas yang disediakan oleh kerajaan menerusi inisiatif NKRA (bidang keberhasilan utama negara) terutama air graviti dan projek bekalan elektrik luar bandar.

Kini hanya 30 kampung di Kota Marudu yang belum dimasukkan dalam kemudahan grid, dan kami sedang berusaha untuk menangani masalah penduduk yang terlibat


Mengenai isu royalti minyak, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ia sudah jelas dalam manfesto BN bahawa dana khas daripada kerajaan persekutuan BN sudah melepasi 20 peratus royalti yang dijanjikan Pakatan Rakyat kepada Sabah jika berjaya mengambil alih Putrajaya

Mengenai isu tanah di Kota Marudu, Ongkili berkata BN Sabah memandang serius perkara itu dan memasukkannya dalam manifesto tambahan memandangkan “urusan tanah merupakan isu sensitif kepada penduduk pribumi”

Ongkili menjelaskan bahawa isu tanah di Kota Marudu, di Sabah adalah disebabkan idak cukup duit untuk kerja mengukur, dan kerajaan persekutuan memperakuinya dan memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan itu. Ongkili juga menegaskan bahawa BN sabah mempunyai bilangan pemimpin anak tempatan untuk memperjuangkan hak mereka.

Ongkili berkata selain itu kerajaan negeri juga menimbang meluluskan geran tanah adat kepada penduduk tempatan yang layak di Kota Marudu tidak lama lagi.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:59 PM

5. Blog dan media online yang dulunya bersifat menentang, sekarang telah beralih menjadi penyokong BN di samping kemunculan begitu banyak cybertroopers baru menyokong kerajaan, berbanding dengan pilihan raya lalu di mana media sosial dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:00 PM

6. Dalam pilihan raya ke 12 Manifesto BN tidak diedarkan, walaupun disambar cetak oleh NST dari Utusan Melayu, tetapi kali ini BN akan mengedarkan manifesto tepati janji untuk keadilan sosial dan kesejahteraan negara yang telah digubal dengan teliti, rapi meliputi semua aspek harapan rakyat.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:02 PM

7. Kerja keras, komitment dan dedikasi Najib yang dilihat rakyat siang dan malam meyakinkan rakyat terhadap kejujuran dan keikhlasan beliau.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:02 PM

8. PAS telah kehilangan identiti agamanya dan Anwar telah kehilangan semua rakan-rakan tegarnya yang selama ini mendukong idealisme termasuk tokoh-tokoh besar Ilmuan Islam dan masalah moralnya semakin diyakini rakyat. Beliau kelihatan keseorangan dalam kelompok asing yang masing-masing dengan kepentingan diri.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:15 PM

9. Najib berada di bawah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dari Kedah yang pernah menaungi pemerintahan bapanya Tun Abdul Razak dengan kedaulatan keagamaanya dan kelakuan terpuji dan Najib juga menghadapi pencerobohan asing di Lahad Datu seperti bapanya menghadapi konfrantasi Indonesia dengan mendapat sokongan penuh rakyat.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:29 PM

Dalam kegahirahan berkempen menjelang hari pengundian pada 5.5.2013, banyak hujjah-hujjah yang pro dan kons terhadap kepimpinan BN dan PAKATAN. Oleh kerana PAKATAN belum lg memerintah, maka tumpuan hujjah lebih kepada kerajaan BN. "Political marketing" diserikan dengan slogan "Ubah", "Ini Kalilah", "BN Kejam" dll. Di pihak yang pro BN, iklan politk mereka menjurus kepada "Akujanji" 'Mendahulukan Rakyat", "Masalah moral pemimpin pembangkang", "isu-isu perkauman" dll.

Senario ini melibatkn ramai penyokong yang Pro dan Anti BN dan PAKATAN. Penyokong ini boleh dkategorikan kpd PENYOKONG TEGAR, PENYOKONG BERMUSIM, PENYOKOING ATS PAGAR & PENYOKONG CARI MKN.

Penyokong tegar merupakan kumpulan yang tidak mudah tergugat iman politiknya trhdp sesbuah parti.
Penyokong bermusim pula merupakan penyokong yang imam politiknya berubah-berubah dan mengikut rentak dan muzik yang didendangkan oleh pemimpin politik. Ramai yang menjadi penyokong bermusim ini terdiri dari kalangan golongan muda. Jika pmimpin tu berlagak Rock maka penyokong yg jiwanya rock akn suka. Maksudnya...apa juga yg dibuat dn diperkatakn oleh pemimpin rock ini akn digilai dan disanjung.
Penyokong ats pagar pula merupakan penyokong yg membuat keputusan "last minute".
Penyokong cari makan pun ada juga. Kumpulan ini menjdikn pilihanraya utk mndptkn fulus cepat. Bgi fulus dia sokong. tapi sokongn mereka ini boleh berubah jika pihk satu lagi bgi fulus lbh banyk brbnding dg pemberi yg pertama.
Kewujudan penyokong-penyokong di ats sebahgian bsrnya jug menntukan mampu atau tidak BN brthn di Sabah. Wallahualam.






Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:54 PM

Saya gunakan copy and paste ini adalah untuk memberi ingatan kepada rakan pembaca yang memerlukan komen pembaca yang asli dan bukan komen copy and paste:

CARA PENGOMEN YANG MENGGUNAKAN COPY AND PASTE ADALAH UPAHAN UNTUK MENGALIH PANDANGAN ANDA TERHADAP BN. TANPA MEREKA SEDARI, PERBUATAN MEREKA MENIMBULKAN LEBIH TEBAL KEBENCIAN TERHADAP BN. TERUSKAN USAHA MERUNTUH BN SECARA IMPLOSION.

TENTERA UPAHAN BN ANGGAP PEMBACA BODOH ATAU MUDAH DIPERBODOHKAN. ADAKAH SEKALIAN PEMBACA BEGITU BODOH?.......NeHI, NeHI......NeHEEEE.

SOKONGAN DAN UNDIAN TERHADAP PAKATAN MAKIN BERTAMBAH DI LUAR SANA.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 6:14 PM

10,000 banyak tu.... semuanya di angkut dengan bas dan relapaksa.... 100,000 bersih datang dengan rela... ic palsu yang di berikan kepada pendatang d sabah menyebabkan rakyat sabah beralih kpd pakatan.... ini kalilah.... rakyat sabah mesti undi pakatan...


Anonymous said...
April 25, 2013 at 6:14 PM

Betul tu tuan...


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:18 PM

Benarkah Sabah maju hari ini?

Ya memang ada perubahan berlaku tapi hanya di sudut infrastrukturnya saja. Sistem perhubungan jalanrayanya semakin baik walau masih di tahap sederhana. Bangunan baru banyak dibina di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau. Projek perumahan rakyat ada dibangunkan oleh kerajaan. Begitu juga projek perumahan kos sederhana dan mewah oleh pihak swasta tumbuh macam cendawan lepas hujan tapi harga seunit amat menakutkan seolah-olah semua rakyat Sabah kaya-kaya belaka.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:20 PM

Persoalannya, apakah dengan menyediakan kemudahan jalinan jalanraya, bekalan air dan elektrik, pembinaan rumah rakyat miskin, sekolah dan hospital sudah cukup untuk kita menilai sesebuah kerajaan itu telah menunaikan tanggungjawabnya? Jika inilah penilaian kita, bermakna tahap mentaliti kita masih 'third-class' dan kesedaran politik masih jauh ketinggalan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:21 PM

Malangnya kita di Malaysia, khususnya di Sabah masih boleh diperbodohkan oleh UMNO BN dengan bahan kempen sedemikian. Kenapa boleh berlaku sedemikian rupa? Sebab kerajaan UBN sedar tahap mentaliti golongan Bumiputera dalam negara ini masih rendah.Justeru politik di Malaysia ini terkenal dengan jolokon "Politik sekolah, air, elektrik, jalanraya, kain batik dan duit." Betapa rendahnya maruah kita sebagai rakyat Malaysia yang boleh diperbodohkan oleh UMNO BN sedemikian rupa.Ayuh! kita lakukan perubahan dalam PRU13. Bumi Sabah ini kaya dengan hasilnya. Kita yang berhak menikmati kekayaan tersebut. Bukannya pemimpin UMNO BN yang selama ini sudah menipu dan merompak segala hak milik kita semua.


Faychan said...
April 25, 2013 at 9:16 PM

OMG~~ you sabahan people.. *facepalmed*
baru dpt br1m or bb1m sudah smngt mo undi bn~~

sgt pelik bila kita dpt balik peruntukan tyme dekat2 pru13~~
open your eyes people~~

those money won't last long~
what we need isn't a short term advantage.. but for a long term advantage period~

INI KALILAHH~~~ TUKARR!!!!


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:33 PM

INI KALI LAH....INI KALILAH...INI KALI LAH...

KUBURKAN PAKATAN. JGN BAGI CAN LANGSUNG. BIARKN ANUAR KEMPUNAN NAK KE PUTRAJAYA.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:56 PM

Hey Najib !....altantuya kamu sudah kongkek dan kemudian kamu kasi bom hingga berkecai.kenapa SDbala subramaniam Dan kenyataan deepak Langsung kamu tak nak cabar jika kamu Tidak terlibat dalam kes ini?pembunuh tidak layak jadi pm pada Kali ini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:16 PM

Ini kalilah.... kalau setakat brm1 sampai 4, kadar kemiskinan tak akan menurun.... pepatah mengatakan kalau mahu mengubah hidup berilah dia pancing, bukannya ikan.... hakikatnya brm itu adalah ikan.... pakatan akan sediakan pancing untuk rakyat miskin....


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:50 PM

1,000 persoalan!!!!
Kenapa ya enjin jet pejuang baru hilang tak disiasat?
Kes rahsuah kapal perang skorpen tak ada siasatan lengkap?
Kes antantuya, najib diam?
Aes diteruskan walaupun banyak tentangan?
Loji nadir lynas diteruskan walau ditentang rakyat?
Kes lembu negara tak jelas siasatan?
Projek PKFZ kerajaan rugi!!!! najib, mahathir dan badawi jadi saksi.... he he
Baaaaanyakkkkk lagi.... dah.... bosanlah pemimpin cam nih....


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:59 PM

kalau setakat brm1 sampai 4, kadar kemiskinan tak akan menurun.... pepatah mengatakan kalau mahu mengubah hidup berilah dia pancing, bukannya ikan.... hakikatnya brm itu adalah ikan.... pakatan akan sediakan pancing untuk rakyat miskin

Cara berfikir kita serupa, sy sokong!


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:02 PM

Najib gagal mematuhi Akujanji Pilihanraya yang ditandatanganinya sendiri dengan badan Transparency International sebelum ini. Antara pengumuman yang tidak menghormati prinsip demokrasi itu ialah pelaksanaan tiga projek tama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion pada 5 April lalu.
Tiga hari selepas itu Najib juga mengumumkan perluasan penerima kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card kepada 725,000 pesara kerajaan.
Pada 9 April pula, Najib mengumumkan cadangan pembinaan kompleks bernilai RM400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:05 PM

janji-jani pilihanraya yg terdesak


Yen said...
April 26, 2013 at 4:25 PM

“Kita bukan sekadar beri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Kita juga akan beri BR1M 2, BR1M 3 dan akan seterusnya bertambah berperingkat peringkat ke BR1M 4.

Tindakan ini cuma membawa negara ke arah muflis sahaja.


Oliver said...
April 26, 2013 at 4:26 PM

Minda rakyat berubah sekarang.


Sunny said...
April 26, 2013 at 4:27 PM

There is no such thing about deposit already. Let the people to decide.


Elena said...
April 26, 2013 at 4:27 PM

Adakah bantuan cash ini benar memanfaatkan negara?


Nathan said...
April 26, 2013 at 4:28 PM

BN sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 11:09 PM

Ayuh rakyat Sabah yg berfikiran waras. Kita TIBAI=TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANUAR IBRAHIM-Ketua PKR yg pernah dipenjarakan selama enam(6) tahun kerana kesalahan rasuah. Jangan gadaikan masa depan negara kita dan genarasi akn dtg dg pemimpin bekas banduan.
TIBAI
TIBAI
TIBAI
TIBAI


Anonymous said...
April 27, 2013 at 8:08 AM

Be End dan Umno SIAL...!!....PUKIMAK....!!!


Anonymous said...
April 27, 2013 at 2:47 PM

Jika Pakatan Rakyat Memerintah....

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan cas 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

"Cas 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 2:50 PM

Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).


Anonymous said...
April 27, 2013 at 4:50 PM

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Anonymous said...
April 27, 2013 at 6:59 PM

Kini setelah 50 lebih Merdeka, orang Melayu belum lagi dapat menguasai ekonomi negara Malaysia. Ekonomi negara dipegang oleh orang Cina. Salah siapa?. Kita dah merdeka selama 50 tahun lebih. Diperintah oleh orang Melayu. Tak pernah lagi ada Perdana Menteri bukan Melayu di Malaysia sehingga sekarang. Mengapa orang Melayu masih tidak mencapai kemajuan yang sepatutnya. Mengapa masih ada orang Melayu yang ‘memekik dan melalak’ menyalahkan orang lain yang menyebabkan dirinya papa kedana.

Yang anihnya orang Melayu yang ‘ memekik dan melalak ‘ ke sana ke mari itulah yang mengatakan negara ini akan terlepas kepada DAP ( Cina) sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13. Merekalah golongan yang menjalankan ‘proses pembodohan’ itu. Yang peliknya pulak ramai juga orang Melayu yang setuju dan akur dengan saranannya. Termasuklah golongan cerdik pandai yang mempunyai ijazah berjela dari luar negara.

Sebelum ini, dalam rencana sebelumnya aku memang malas betul membincangkan isu perkauman ni. Dah lapuk. Kita perlu bergerak kehadapan. Perlu maju. Perlu memupunyai semangat juang dan bersedia untuk ‘ bertanding’ dengan kaum-kaum lain dalam semua lapangan. Secara sihat. Untuk maju. Bukan untuk bergaduh………..


Anonymous said...
April 27, 2013 at 7:02 PM

'Perdana Menteri berkata jangan disebabkan 'hujan sehari, habis kemarau lima tahun', yang bermaksud segala kebaikan yang dilakukan kerajaan BN selama ini, dinafikan hanya kerana perkara remeh temeh.'
Kemarau dah 56 thn doh pokjib oii! Kami nak rasa hari hujan pulak lepas ni, dah x tahan dah, semakin hari semakin menjadi kemaraunya. Klau asyik kena kemarau, tumbuhan pun boleh mati, padi pun boleh jahanam, sgala2nya x menjadi. Sgala kebaikan dilakukan kerajaan bn? Klau setakat pembangunan prasarana & infrastruktur, semua negara buat (termasuk komunis). Krn itu adalah tanggungjwb negara. Yg benar2 kebaikan itu adalah, bagaimana utk membela rakyat dgn penuh telus & adil & mengutamakan mereka dlm sgala hal. Bn gagal lakukannya selama 56 thn. Krn yg nyatanya, rakyat miskin & sederhana x jauh berubah, smentara yg kaya terus menjadi kaya. & jurang antara mereka terus melebar...


Anonymous said...
April 27, 2013 at 7:05 PM

Adakah masalah hutang negara yg berbillion billon soal kecil..?? isu pencerobohan militant yg ada IC diSabah masalah kecil.. ?? korupsi tetap tertinggi yg menyebab wang rakyat hilang begitu saja.. pendedahan Global Witness yg Najib enggan ambil tindakan..jangan memperkecilkan tahap intelek rakyat.. era pemimpin BN boleh membuat apa saja dan rakyat membisu telah berlalu..kelemahan terbesar UMNO.. mereka melakukan kesilapan demi kesilapan tapi tidak belajar dari kesilapan....


Anonymous said...
April 27, 2013 at 7:08 PM

Sudah lama rakyat bersabar, tapi kerajaan BN yang memerintah masih menunjukkan sikap angkuh dengan rasuah yang berluasa dalam negara. Dijanjikan pembangunan tetapi disebalik pembangunan harta rakyat diagih2kan ke kroni dan keluarga. Ini kalilah ......UBAH agar menjadi pengajaran pada peminpin2 yang mempermainkan amanah yang diberikan. Asalkan PR, rakyat sokong ....


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:10 AM

Ini kali lah


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:12 AM

D Smnjung udah xpakai ini BN jgn nnti PR mmerintah Sabah jdi pmbangkang..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:26 PM

Sebentar tadi di Teluk Bahang, Penang. Tak Sampai 24 Jam Seorang Leftenan Jeneral Masuk PAS, 180 Ahli PKR Pula Masuk UMNO.

Fikirkan somebody yg ternama. dia sangat elegan + bergaya.. soalnya, boleyka dia yg tersendiri ini akan membantu rakyat bila di perlukan?

vote BN!!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx