Tuesday, April 23, 2013

Konflik UMNO : Ada protes dalam diam?

Peluang BN mengekalkan DUN Lenggeng di Negeri Sembilan dengan mempertaruhkan panglima perang Umno negeri, Datuk Ishak Ismail kini semakin kurang jelas.

Ia kerana wujud penolakan daripada akar umbi Umno setempat di Lenggeng terhadap pencalonan ketua Umno bahagian Seremban itu.

Perkara itu mula dikesan sejak beberapa hari sebelum penamaan calon apabila ahli Umno Lenggeng sebelum ini dilaporkan mengugut akan meletakkan calon Bebas sekiranya Ishak diamanahkan BN negeri untuk bertanding di situ.

Ia menjadi kenyataan apabila ketua penerangan cawangan, Zulkifli Abdullah disahkan sebagai sebagai calon Bebas menentang Ishak dan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

NONEPenyandang kerusi berkenaan ialah Mustafa Salim, yang baru dibebaskan oleh mahkamah pada Mac lalu daripada sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM20,000 atas satu tuduhan menerima rasuah.

Zulkifli pula, yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas, adalah di antara nama-nama yang sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikan Mustafa di kerusi tersebut.

Selain Zulkifli, satu lagi nama yang disebut-sebut sebelum ini adalah ketua penerangan Umno cawangan Panchor, Syamsul Amri Ismail.

Satu sumber yang rapat dengan Syamsul sewaktu dihubungi Malaysiakini melahirkan rasa hairannya apabila Ishak menerima pencalonan itu.

"Datuk Ishak dalam ucapannya sebelum ini, sebelum nama beliau dicalonkan, pernah menegaskan yang beliau tidak mahu menjadi calon walau pun ditawarkan mana-mana kerusi oleh menteri besar," kata sumber tersebut yang enggan dinamakan.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Ishak, beliau berpendapat sesetengah calon Umno kali ini tidak menepati kriteria boleh menang yang digariskan perdana menteri – orang muda, berpendidikan tinggi dan diterima orang ramai.

Beliau yang bertugas sebagai penjawat awam berkata, kalangan ahli Umno di kawasan itu mungkin tidak menunjukkan bantahan mereka secara terang-terangan.

Bagaimanapun, kalangan ahli Umno di Lenggeng itu tetap membantah dalam diam dan mungkin menzahirkannya di kertas undi kelak, katanya.
"Yang saya nampak jentera (Umno Lenggeng) kini 'tenang' sahaja," kata sumber tersebut.

Situasi yang sama turut dihadapi calon parlimen Seremban, Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai yang dilaporkan menerima bantahan daripada kira-kira 50 ahli MCA bahagian tersebut.

Namun, situasi Yeow dilihat lebih baik berbanding Ishak kerana ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei yang mengetuai kumpulan penentang tersebut kini membawa diri ke luar negara.

Peter sewaktu dihubungi Malaysiakini semalam berkata beliau berada di satu lokasi di luar negara dan menjelaskan beliau dan orang-orangnya hanya menolak pencalonan Yeow tetapi mereka tidak memboikot kempen beliau.

Seorang wakil Yeow, Datuk Leong Teong Chwee diketika dihubungi turut menjelaskan bahawa kempen Yeow kini tetap berjalan lancar dengan dukungan seluruh jentera BN Seremban.

Yeow yang pernah menjadi ADUN Lukut selama hampir 20 tahun sebelum ini merupakan senator Dewan Negara dan mengasaskan Pusat Dialisis Mawar di Negeri Sembilan.

Beliau bakal berhadapan saingan sengit dengan bekas ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dalam pertandingan lima penjuru melibatkan DAP, BERJASA dan dua lagi calon Bebas.

Selain Lenggeng, tujuh lagi kerusi DUN Negeri Sembilan ditandingi calon Bebas – Jeram Padang, Nilai, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Senawang, Port Dickson, dan Repah.

Dua lagi kerusi parlimen juga turut menarik tumpuan calon Bebas ialah Rembau dan Teluk Kemang.-MK
xxx2

Komen Anda

52 Responses to " Konflik UMNO : Ada protes dalam diam? "
mantera said...
April 24, 2013 at 1:32 PM

Karpal Singh mengakui beberapa isu yang timbul dalam Pakatan Rakyat menyebabkan wujudnya percanggahan pendapat di antara ketiga-tga parti dalam pakatan pembangkang.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:32 PM

“Tidak ada keraguan ada lebih banyak isu untuk ditangani oleh Pakatan


Anonymous said...
April 24, 2013 at 1:36 PM

BN tetap kukuh dan tiada masalah


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:19 PM

Setiap parti pasti ada kepincangannya, memang tidak dinafikan tetapi yang pastinya satu matlamat yang sama untuk kemenangan PRU-13 ini adalah impian semua ahli dan juga calon yang bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini. Teruskan usaha BN!


Forest said...
April 24, 2013 at 2:20 PM

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.



Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:23 PM

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan PAS akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:41 PM

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan PAS akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:41 PM

PKR adalah parti yang bersifat kebencian kerana idea tercetus menubuhkan parti ini untuk menundukan kuasa BN. Tidak hairanlah keunukan parti ini kerana selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:42 PM

Sekiranya BN melakukan perkara yang sama yang mengetengahkan pemimpin tertinggi dari kalangan keluarga sudah pastinya pelbagai tomohan dan cemuhan yang akan delemparkan oleh pembangkang.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:46 PM

Kejayaan PKR untuk bersekutu dengan parti PAS adalah satu pencapaian bagi parti itu. Sebelum ini parti PAS telah mengutuk dan mencemoh UMNO kerana telah bekerjasama dengan MCA dan juga MIC.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:47 PM

Aneh bukan pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:50 PM

Kepada anonymous, April 24 2013 at 2:20pm

Saya setuju dengan pandangan itu.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:36 PM

Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan seseorang calon juga dinilai dan dibincangkan antara semua pimpinan parti komponen BN bagi memastikan calon tersebut adalah yang terbaik dan mampu menang di kawasan tersebut.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:36 PM

"Semua nama-nama yang dikemukakan di peringkat bahagian dan parti komponen melalui proses saringan ini dan pimpinan atasan telah memilih calon terbaik untuk membawa kemenangan kepada BN pada PRU13.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:37 PM

"Oleh itu, mari kita rapatkan barisan kerana yang penting nanti ialah kita mesti pastikan BN menang walaupun mungkin ada yang terkilan dan tidak berpuas hati tetapi demi parti kita, marilah kita bersama untuk pastikan kemenangan BN," katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:38 PM

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata gabungan calon yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan merupakan gabungan terbaik yang terdiri daripada pelbagai golongan lapisan masyarakat.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:38 PM

"Calon kita terdiri daripada golongan profesional, aktivis masyarakat dan belia yang melambangkan kepelbagaian dan ini merupakan satu pasukan yang amat baik di Negeri Sembilan," katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:39 PM

Beliau turut mengingatkan mana-mana anggota parti yang tidak dicalon atau digugurkan untuk bersama-sama berganding bahu membantu memastikan kemenangan kepada semua calon BN.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:07 PM

Jentera pilihan raya parti komponen Barisan Nasional dinasihat tidak mensabotaj calon parti pada pilihan raya umum ke-13 ini berikutan pemimpin pilihan mereka tidak terpilih menjadi calon.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:08 PM

Pilihan raya bukan sahaja sebagai tempat untuk kita memilih kerajaan tetapi sebagai ukuran sejauh mana kita bekerjasama sebagai satu pasukan...rapatkan barisan dan jangan sabotaj kawan dan jangan menyebabkan kekalahan parti atau mengurangkan majoriti kemenangan parti.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:08 PM

Apa yang paling penting perlu dilakukan ialah menerima keputusan pemimpin tertinggi BN kerana keputusan itu dibuat berdasarkan perspektif sangat luas.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:08 PM

Kita faham setiap kali pilihan raya ada sahaja pihak menawarkan diri menjadi calon dan mereka ini juga calon 'winnable'...sudah pasti ada antara yang diputuskan (calon) itu tidak memuaskan hati pihak-pihak tertentu tetapi saya yakin majoriti rakyat akan memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:08 PM

Jentera pilihan raya BN seharusnya melipat-gandakan usaha untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini dengan melupakan seketika sebarang persengketaan ataupun rasa tidak puas hati sebelum ini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:08 PM

Pengundi dinasihatkan supaya membuat pilihan bijak dan menolak pembangkang yang jelas rapuh dan tiada kesepakatan apabila meletakkan calon masing-masing untuk bertanding di kawasan sama.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:08 PM

Saya sifatkan mereka ini bukan parti pakatan tetapi parti kerapuhan kerana tidak menunjukkan sebarang kesepakatan dalam meletakkan calon-calon mereka.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:09 PM

Langkah BN yang hanya meletakkan seorang calon bertanding di setiap kawasan jelas menunjukkan perpaduan dan kesepakatan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:36 PM

DAP fights against DAP, PAS fights Parti Keadilan Rakyat. So, this is a warning to the people if we back Pakatan Rakyat and they rule both at the state and federal levels.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:44 PM

The opposition parties are in quagmire for they have failed to reach consensus on many issues, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyddin Yassin.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:52 PM

the tussle for the post of the prime minister post between the PKR and DAP was getting more intense as the polling day got closer amid overlapping candidates


Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:54 PM

The overlapping of candidates between PKR and PAS shows that their cohesion is fragile


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:17 PM

Datuk Seri Najib Razak said voters needed to choose a political party that could form a strong government and bring success to the nation.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:22 PM

The power of the state government often clashed with the federal government’s interests, including over the water issue and approval for valid development projects.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:25 PM

Experience has shown us that even well-known names contesting as independents have always not succeeded at the polls


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:45 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin is happy with the acceptance of Barisan Nasional (BN) candidates and want them to double efforts to reach out to the people.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:51 PM

Response from the public and the voters towards BN candidates is encouraging and beyond expectation


Anonymous said...
April 24, 2013 at 11:05 PM

Some even stated their support for BN openly.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 11:06 PM

BN election machinery was moving smoothly and problems faced by the candidates had been resolved.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:00 PM

Launching the state-level 2013 Youth Day celebration at the Likas Sports Complex , Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said the commitment has been proven when the government allocated RM14.46 million to the Ministry of Youth and Sports this year to implement youth development programmes like leadership development, entrepreneurial and skills development, networking and social development.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:00 PM

Additionally, he said the government allocated RM240.68 million for the implementation of various youth programmes this year to be carried out by the Ministry of Resource Development and IT, Human Resource Development Department, Agriculture Department and other agencies.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:01 PM

“The government emphasises on development of quality human capital to ensure the development of the state.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:01 PM

“As such, it has also allocated RM261.27 million to conduct training programmes, especially for the young people,” the Chief Minister added.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:02 PM


Musa also urged the youth to give their full commitment to work together to support national policies and development programmes in Sabah.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:02 PM

This, he said, is important because they are the future leaders who would ensure the country’s continued progress and development.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:02 PM

“The young people are a valuable asset and we need to harness their skills and expertise to enable them to preserve and maintain political stability, economic progress and prosperity that we enjoy today,” Musa said.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:03 PM

And, he also said that in line with the theme of the celebration – Youth Inspiration of the Nation – he said it is also crucial for them to understand their role in promoting unity and patriotism.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:03 PM

Meanwhile, he said the social media is popular among the youth “and I believe if used wisely, the social media could bring about positive impact through interactions as well as provide opportunities for them to give their ideas.”


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:04 PM

“However it is also important that they must be able to detect incorrect information, lies and slander.”


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:04 PM

In conjunction with the celebration yesterday, two youth associations and another organisation which have been actively involved in voluntary work were given recognition by the government in the form of trophies and cash.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:05 PM

Twenty-eight-year-old Alex Dennis from the Scouts Association of Malaysia, Sabah branch received the state-level Perdana Belia Negara Award 2012 for the men’s category, while 40-year-old Halimah Abdul Rahman from Pergerakan Puteri Islam Malaysia (Sabah) won in the women’s category.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:05 PM


Alex is from Tawau while Halimah is from Kampung Laut Kimanis, Papar. Halimah has been active in voluntary work since she was 12.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:05 PM

The Young Malaysian Movement (YMM) Sandakan branch set up 20 years ago won in the youth association’s category. The Chief Minister presented the awards to all the winners.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:06 PM


Also present were Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin, Youth and Sports Minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan and Sabah Youth Council president Kevin Lim.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx