Tuesday, April 23, 2013

Muka Baru vs Kerajaan Baru?

WALAUPUN telah membubarkan Parlimen dan mengumumkan calon BN untuk PRU13 (masing-masing pada 3 dan 16 April), Najib Razak masih tidak faham bahawa rakyat menolak kerajaan Umno-BN.

Bagi Najib, rakyat tidak perlu mengubah kerajaan hanya kerana mahukan perubahan. Menurutnya, kerajaan Umno-BN telah membawa pelbagai perubahan besar sejak 2009. Umno-BN, tambahnya, mampu usahakan perubahan sedemikian jika rakyat mahu tanpa menukar kerajaan.

Ertinya, yang penting ialah rakyat mengecapi perubahan yang kerajaan Umno-BN mampu laksanakan. Tegas Najib, rakyat perlu bijak menilai pembangkang yang didakwanya mahu membuat perubahan, sedangkan pemimpin mereka bertelagah.

Tambahnya, rakyat harus mempertikai kemampuan Pakatan Rakyat membawa perubahan. Beliau mendakwa mustahil perubahan boleh dibawa jika dalam Pakatan ada tiga nakhoda. Oleh itu, Najib meminta rakyat menilai rekod prestasi Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam kerajaan, terutama semasa berdepan krisis.

Apabila mengumumkan BN mengemukakan 33 peratus calon Parlimen dan 49 peratus calon Dun adalah muka baru, Najib “perasan” perubahan seperti itulah yang dikehendaki rakyat. Beliau begitu yakin BN akan terus berkuasa dan memacu perubahan yang dikehendaki rakyat!

Katanya, proses memilih calon yang dianggap terbaik mengambil masa panjang. Patutlah Najib sukar membubarkan Parlimen kerana khuatir BN akan kalah. Kalau mengadakan PRU setelah yakin menang, maka sehingga kiamatlah berkuasa. Ibarat sesebuah pasukan bola sepak yang enggan bertanding kalau berasa akan kalah!

Meneliti calon BN, terasa geli hati kerana Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin dipilih di Shah Alam. Inikah antara calon ulama “boleh menang” dan transformasi BN yang Najib canangkan?


Ada pula bantahan daripada ahli yang mengidam jadi calon! Antaranya, Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, Kamilia Ibrahim yang kecewa BN tidak memilihnya di Parlimen tersebut. Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak mengiktiraf pemimpin dalam kedudukan tertinggi organisasi wanitanya sendiri.

Di Pulau Pinang, Penyelaras Gerakan Batu Uban, A Mohan; bekas ahli Parlimen Tasik Gelugor, Shariff Omar, dan penyandang Dun Sungai Dua, Jasmin Mohammed mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih.

BN juga mencipta sejarah apabila ketua beberapa parti komponennya enggan (baca: takut)bertanding. Antaranya ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon; Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil; Presiden SUPP, Peter Chin Fah Kui, dan Presiden PPP, M Kayveas. Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen juga menarik diri.

Cuma Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan Parlimen Rembau dan Presiden MIC, G Palanivel di Cameron Highlands.


Najib terus membalas budi Isa Samad apabila mengangkat Pengerusi Felda itu dari Dun Bagan Pinang ke Parlimen Jempol. Transformasi Najib hanya kosong kerana muka-muka baru yang dipilihnya tidak berwibawa. Pengarah Strategi DAP, Ong Kian Ming mendakwa lima calon BN Selangor memiliki ijazah palsu.

Dalam bertransformasi itu juga, Najib terpaksa memanggil semula otai Othman Abdul untuk menentang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Pendang.

Najib tidak boleh lagi menyekat hasrat rakyat yang mahu melakukan perubahan. Memilih kerajaan baru adalah langkah terbaik bagi memastikan perubahan menyeluruh.

Najib meremehkan perubahan menyeluruh idaman rakyat. Baginya, mengubah kerajaan seperti dunia sudah kiamat, sedangkan tindakan itu normal bagi mana-mana negara. Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah berkembang maju walaupun kerap mengalami perubahan kerajaan.

Setiap kerajaan baru pasti akan melakukan pelbagai usaha bagi menjamin kebajikan dan kehendak rakyat terbela. Jika Umno-BN mampu membawa perubahan besar untuk kesejahteraan rakyat, ia sepatutnya telah lama dilakukan.

Kenapa baru kini Najib mahu menurunkan harga kereta, kadar tol, tarif air dan eletrik, serta memberi pendidikan percuma, permit teksi individu dan lain-lain? Beliau boleh melaksanakan semua itu jika mahu tanpa perlu menunggu mandat baru.

Rakyat memerlukan kerajaan baharu bagi memastikan struktur dan sistem negara terus kukuh terjamin. Umno-BN gagal mentadbir negara walaupun telah hampir enam dekad merdeka.

Buktinya, jurang di antara miskin dengan kaya melebar, rasuah semakin parah, pemimpinhanya mementingkan diri dan keluarga, amalan kronisme kian membarah, golongan miskin semakin bertambah terutama di bandar-bandar, serta rakyat ditekan dengan pelbagai cukai, dan kenaikan harga barangan. -DD
xxx2

Komen Anda

48 Responses to " Muka Baru vs Kerajaan Baru? "
Anonymous said...
April 23, 2013 at 9:31 AM

Sangat setuju..nampak sangat UMNO/BN perasan dan buat2 tak faham kerana khuatir kekayaan dan kuasa yang dimiliki jatuh kepada barisan pemimpin yang amanah dan jujur...wallahualam...just wait n see...


Anonymous said...
April 23, 2013 at 12:19 PM

Satu analisis tempang disebabkan oleh buta mata dan buta hati lantaran taksub dengan pemimpin yang hanya lantang bersuara tapi ibarat tin milo yang kosong. Bunyi saja lebih tapi habuk pun tak da.
Ternyata PAKATAN semakin terdesak dengan kebangkitan gelombang bi


Anonymous said...
April 23, 2013 at 12:20 PM

Ternyata PAKATAN semakin terdesak dengan kebangkitan gelombang biru.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:34 PM

THE nation's destiny is once again in the hands of the silent majority. As Malaysians, we are proud of what the nation has achieved in the past 55 years.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:34 PM

It has been a success story known all over the world. This does not happen by chance, but based on solid intellectual input and meticulous planning.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:35 PM

Life has never been better since the last three decades for everyone across the board -- the Malays, Chinese, Indians and other ethnic groups.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:35 PM

Social mobility is on the rise. The majority of the people now enjoy a quality of life beyond the expectations of the pre-independent generations. Many developing countries do not achieve as much.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:35 PM

Thanks are due to the leadership of the country for its untiring efforts in forging a stable, progressive and prosperous nation, based on the sound principles of nation-building.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:36 PM

We can all be proud that the economic and political foundations of Malaysia are on a strong footing. Opportunities abound for all to find gainful employment and live dignified lives.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:36 PM

In a nutshell, what has been achieved is a nation at peace with itself and the rest of the world, and has efficient diplomatic links across the globe.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:36 PM

It is a progressive country recognised as a model of success by many others. As a nation, we are on the fast track to looking at the world as our oyster.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:37 PM

Among the things that have made this possible are:

DECISIONS made that are based on negotiations among multiracial leaders, who have the nation's interests at heart;

CONFIDENCE-BUILDING among a multiracial population for the maintenance of peace and political stability;

LEADERS who put the nation's interest above all else to ensure the country's progress; and,

CITIZENS who enjoy freedom within the scope of democratic practices.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:37 PM

All these provide the drive, energy and synergy that make Malaysia what it is today. We are a nation rooted in principles of moderation, be it through deeds, words or thoughts. We are committed and dedicated to the upkeep of the rule of law and democratic practices.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:38 PM

Our leaders are understanding and caring of the needs of the people. Our policies and strategies enable the harnessing of human capital and natural resources for greater wealth creation and equitable distribution.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:38 PM

The silent majority has a responsibility to ensure a glorious future for the nation. We, the silent majority, must exercise our voting rights. The destiny of the nation is in our hands.


Peter Sabahan said...
April 23, 2013 at 12:38 PM

Vote wisely to put into power responsible leaders who will safeguard our interests and the interests of future generations.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:57 PM

rakyat kena buat pilihan terbaik, jgn silap memilih kerajaan.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:25 PM

Tulisan yg baik & berkualiti untuk renungan marhain & parti2 yg bertanding. Jalankanlah amanah dengan seadil2nya dgn sepenuh daya upaya sehingga dapat menyentuh hati & perasaan marhain. Pilihlah yg terbaik untuk mendapat khidmat yg terbaik. Hanya jauhari mengenal manikam. Gunakanlah akal & hati yg celik ketika membuat pemilihan. Yg ada trek rekod kita tgk samada trek rekod yg baik lebih byk dr yg tdk baik atau sebaliknya. Bg yg belum ada trek rekod..kita kaji tawarannya kpd marhain.. 56 tahun VS 5 tahun mendatang.. fkir2kanlh..selamat mengundi


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:37 PM

Pergi ke tamu mencari mangga. Banyakknya mangga harum manis yg dijual. Ada 2 bahagian mngga2..hmmm..penjual kata 'cik..ni harumanis 56 thn sdh petik. belilah..sdp ni. harum manis la katakan. Kemudian penjual promo lg..'cik..ni harumanis baru petik kelmarin..fresh lg' .. Mana 1 mau beli ni haaa!? Keliru jg. Dua2 harum manis.. Dua2 Sdp. Ish..klu harum manis yg lama ni msti dh byk jangkitan. x bgus utk ksihatan. Klu beli yg fresh ni lg best..blm ada trek rekod kena jangkitan kuman. Bgus utk kesihatan. Klu bisuk2 ada kuman.. Kita tukar dia 5 thun lg. Tp klu hrum manis yg fresh ni di jaga dgn baik. Sre lg sdp. Yg hrum manis lama ni..macamna mau jga pn xdpt sdh..buat jeruk mngga pn sdh terlambat utk kekalkan kesegaraan nya.. Haaa..tau sdh mana 1 mau beli ..yeeeeeeehhaaaaaaaaaaa:-)


Anonymous said...
April 23, 2013 at 3:12 PM

Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang kakitangan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 3:20 PM

Persoalan untuk direnungkan bersama:-
1. Di negara mana di dunia ini yang tidak wujud jurang antara yang miskin dengan yang kaya?
2. Di negara mana di dunia ini yang tidak wujud gejala rasuah?
3. Di negara mana di dunia ini yang tidak ada kemiskinan?
4. Parti apa yang mentadbir Malaysia dari zaman merdeka sehingga kini yang telah membawa kemajuan Malaysia sehingga dijadikan negara contoh oleh kebanyakan negara membangun?
5. Di negara mana di dunia ini harga barang yang tidak pernah naik?
6. Di negara mana di dunia ini yang tidak mengenakan cukai langsung atau secara tidak langsung?
7. Di negara mana di dunia ini yang pemerintahnya tidak mengamalkan kronisme?

JIka penulis artikal ini atau sesiapa saja yang dapat memberikan jawapan dengan fakta yang sahih kepada persoalan di atas, saya dan seluruh kaum kerabat/keluarga saya akan mengundi pembangkang.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 3:31 PM

7 persoalan di atas di ajukan berasaskan kenyataan dalam perenggan kedua akhir dan akhir dalam artikal di atas.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 3:48 PM

7 soalan di atas ada logiknya. Mimang betul. Samalah macam soalan 'Manusia mana yg paling sempurna?.. Sudah tentu tdk ada sb manusia itu sentiasa membuat kesilapan. Bg Muslim antivirus bg kesalahan & kesilapan ialah iman&taqwa. Tp soalan2 ini bukanlah alasan utk kita mendapat sesuatu yg lebih baik & memperbaiki segala kelemahan & kesilapan. Kalau kita ada kereta lama.. serba serbi kompenannya bermasalah. Sentiasa perlukan maintainance & kos maintainace sgt tnggi. Bgus kita beli kereta baru.. Alahii..kereta baru tiada trek rekod la. Mimang la tiada trek rekod sb kita blm guna lg. So fikirlah.. kereta lama yg byk kali modified & byk klmhan dlm sistem.. or kereta baru yg serba canggih yg sdh tentunnya ada kelancaran n keseronokan n keselesaan pemanduan dgn sistem yg masih asli n baru. Pandu kereta baru pun org buat dgn cermat n berhati2. Ada sistem menghadkan kelajuan lg supsya tdk langgar undng2.. Fikir2lah kan.. Org kg pun bulih fikir ni barang..hehe


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:39 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu memilih parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan yang kuat, dan yang mampu membawa kejayaan kepada negara.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:39 PM

Perdana Menteri berkata untuk itu, rakyat harus kembali kepada objektif utama pilihan raya umum yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:39 PM

Najib yang juga Pengerusi BN berkata apa yang penting adalah untuk parti menggerakkan jentera pilihan raya dan mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 ini, dan soal calon tidak lagi sepatutnya berbangkit kerana keputusan sudah dibuat oleh pucuk pimpinan parti.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:40 PM

Mengenai pentadbiran di negeri Selangor, beliau berkata kerajaan pusat dipimpin oleh BN dan negeri dipimpin pakatan pembangkang tidak mewujudkan satu keadaan yang membolehkan kelicinan pentadbiran.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:40 PM

Mengulas mengenai lawatannya ke Selangor hari ini, Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya suasana di kawasan tersebut sama ada di peringkat jentera pilihan raya parti mahupun sambutan pengundi, adalah baik.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:40 PM

Ketika ditanya mengenai ada calon Bebas yang didakwa akan menjaja nama BN ketika berkempen, Pengerusi BN itu berkata apa yang penting sekali adalah parti dan bukannya individu atau calon.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:55 PM

kepada pemimpin BN khas nya di sabah.sekira nya para datuk datuk semua yang kaya raya datang ke daerah sandakan khas nya sila lah perhatikan jalan raya terutama dari TELUPID SAMPAI BATU 32.DAN SETERUS NYA SAMPAI BATU 8 SANDAKAN DAN DARI BATU 32 TERUS KE KINABATANGAN.MUNGKIN BARU PARA DATUK DATUK PAHAM KESANGSARAAN PARA PEMANDU TERUTAMA JENIS KERETA KECIL.DIMANA JALAN RAYA TERLALU TERUK/ROSAK.MENGAKIBATKAN KEMALANGAN DAN KEROSAKAN MUNGKIN SETELAH 50 TAHUN INI YANG DIKATAKAN RAKYAT DI DAHULUKAN.JAGAN LAH PANDAI BERKATA KATA SAHAJA SEKALI KALI DATANG LAH PAKAI KERETA JGN PAKAI KAPAL TERBANG.INGAT DAH 50 TAHUN JALAN MASIH MCM ITU JUGA.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 5:47 PM

-hEEHHEEH INI KALI LAH KITA TUKAR BN KE PR MAKLUMAT KEPUTUSAN 5 MEI PASTI BANYAK YANG SAKIT NANTI .


Anonymous said...
April 23, 2013 at 6:14 PM

Jawapan org BN yg takut kalah. Sedarlah diri siapa anda.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 6:20 PM

TO ANONYMOUS APRI,23 2013 AT 4.40PM- KERETA LAMA IBARAT BARANG ANTIK. SEMAKIN LAMA SEMAKIN BERHARGA. KERETA BARU TAK TAHAN LAMA. MUDAH BERKARAT. APA LAGI KALAU DIPANDU OLEH PEMANDU YANG BERKARAT YANG TELAH TERBUKTI GAGAL DALAM UJIAN SEMASA MENJADI TPM DAN MENTERI KEWANGANGAN SELAMA 17 TAHUN.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 6:25 PM

PEMBETULAN:-YANG DIMAKSUDKAN ANONYMOUS APRIL 23 2013 AT 3.48PM


Anonymous said...
April 23, 2013 at 6:55 PM

Tidak salah memilih "kereta baru" asalkn kereta itu dipandu oleh pemandu yang berkhemah dan patuh kepada peraturan dan undang-undang. Ternyata dalam senario politk sekarang ini, yang diibaratkan "kereta baru" itu juga merupakan "kereta lama" yang semakin pudar warnanya dan masih dipandu oleh pemandu(Pemimpin) yang hanya nampak kelemahan "kereta lama" sedangkan "kereta baru" mereka ini baru diuji pandu di sekitar negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan P. Pinang
tayarnya dah pancit,breknya dah rosak,exos paip nya berasap dan steeringnya pun longgar sebab kehabisan minyak kahkahkahkah


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:41 PM

Ahli Barisan Nasional (BN) perlu bersatu bagi memastikan kemenangan besar parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini dan tidak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat berhubung calon yang diturunkan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:42 PM

Najib berkata, bagi memastikan BN memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya kali ini, jentera parti komponen perlu ampuh dalam melaksanakan tugas, selain menjalankan tugas untuk meraih undi sebagai sebuah keluarga.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:43 PM

"Sekarang bukan masanya kita beri pandangan mengenai calon. Masa untuk beri pandangan dan membincangkan soal ini sudah berlalu.

"Mulai hari ini, tutup buku mengenai calon dan tumpu sepenuh perhatian kepada pilihan raya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:44 PM

Menurut Najib, mereka yang tidak terpilih menjadi calon bukan bererti dunia menjadi gelap.Jelas beliau, BN perlu berkuasa kerana banyak perkara dapat dibuat bagi membantu rakyat.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 6:33 PM

Ini Kali lah!!! Ubah!!!

Rakyat Malaysia mesti bersatu jatuhkan KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi).


Anonymous said...
April 24, 2013 at 6:35 PM

Isu pokok PRU ini ialah menubuhkan kerajaan yang baik dan kerajaan yang baik tentulah dibina oleh pemimpin yang baik. Kerajaan yang baik itu apa dan bagaimana?

Yang pertama yang kita perlukan ialah kumpulan pemimpin yang terbaik- yakni yang mempunyai komitment, disiplin, integrity, kebolehan dan kekuatan mental bila berdepan dengan tekanan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:39 PM

Bguslah ada pnglman teruji 17 tahun. Slpas itu teruji lg 15 tahun. Sgt2 tahu n fhm kehendak & denyut nadi rakyat yg sebenar. Sb e2 berjuang tnpa henti..tahu n sgt tahu kelemahn sistem yg ada. Bukan calang2 org yg dpt hadapi perjuangan ini. Tambahan pula padang permainan yg tdk sama rata. Tiada fakta yg mengatakan 17 thun gagal sbgai TPM. Sb selama tempoh e2 yg dpt nama hnya PM ketika e2. Senang cerita mcm main bola la kan.. pling popular Super Mokh.. Tp mlysia berjaya bkn sb arwah 1org ja. 22 org pemain ada dlm sekuad. Tp knpa super mokh ja yg dikatakan pling berjaya.. Adakah rkn2 seperjuangn yg ln gagal selama itu.. Jwpnnya adlh tdk. E2 kerja sepasukan tetapi super mokh dpt mencuri perhatin ramai.. Bulih fikir ba kan.. Gunalah kebijaksanaan masing2. jgn hnya brgantung dgn ckp2 politik shja..


Shinia said...
April 25, 2013 at 10:25 AM

Muka baru, kerajaan baru dan azam baru. Apa salahnya?


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:22 PM

The State government pledges to continue championing the rights of the people with the assurance that it will honour all its promises. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said with sincerity, political commitment and full support of the people, the government will be able to fulfil its promise to bring greater development.

He said the theme for the Merdeka Month this year, “1Malaysia, 55 Years of Independence, Promises Fulfilled”, was a celebration of 55 years of development which the government had promised 55 years ago.He was speaking at the launch of the State-level Merdeka Month and Raise the Flag Campaign at the City Square last night.

Minister of Rural & Regional Development Datuk Shafie Apdal was present on behalf of the Federal government.The Chief Minister therefore urged all Malaysians in Sabah to proudly display the Jalur Gemilang in residential areas, business premises, offices and even on their vehicles during the Merdeka Month.

“I ask the public and private sectors as well as the nongovernment organisations to raise the national flag to show their love and loyalty to our country,” he said.Musa also reminded Malaysians to reflect on the significance of Merdeka and to be appreciative that as a multiracial society, Malaysia remains peaceful and the people live in harmony.

In Sabah, he said the State had enjoyed various development programmes since achieving independence through the formation of Malaysia on September 16, 1963.He said it was the State government’s objective to carry out holistic and continuous development to enable people from all corners to gain benefit.

We are committed to these efforts under the Halatuju Master Plan on the Progress & Development of Sabah, Sabah Development Corridor and transformation programmes inspired by the Prime Minister.“However, our struggles require strong teamwork between the State and Federal governments,” he added.

Musa said as a result of that healthy relationship, Sabah had gained and continued to benefit from large allocations for development given by the Federal government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Among many others, these included Gagasan 1Malaysia, the 1Malaysia Clinic, 1Malaysia People’s Assistance and Kedai Rakyat 1Malaysia.

The strong relationship Sabah shares with the Federal Government is one of the reasons why there is consistent and continued progress in the state, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said. Sabah, he added, is fully committed to ealizing Federal Government led plans and policies such as the Government Transformation Programme 2.0, Economic Transformation Programme and the National Key Result Areas are successfully carried out, for the benefit of the people.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:44 PM

Sabah is ready to play its role as a global halal hub for Malaysia by 2020 as stated in the country’s Industrial Master Plan III, said Minister in the Chief Minister’s Department Dato’ Sri Nasir Sakaran.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:45 PM

He said the state government was currently developing a 184-hectare land within the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) in Sepanggar as a halal industrial cluster.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:45 PM

The minister added that Sabah was also working to have the federal government set up a Halal Industry Development Corporation in Sabah to help in exposing and assisting entrepreneurs in the state on matters related to the industry, through activities such as seminars and training courses.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:45 PM

He said the potential in both domestic and international markets was huge, especially with the global Muslim population growing at an estimated rate of 2.2 per cent annually to reach 8.3 billion by 2030.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx