Wednesday, April 24, 2013

Johor Tumbang: Antara Pakatan Rakyat dan BN

Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit SiangCalon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang amat kecewa dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Ghani Othman kerana masih bermain dengan politik perkauman.

Katanya, ia tidak patut berlaku kerana Abdul Ghani selaku bekas Menteri Besar Johor yang memegang jawatan itu selama empat penggal berturut-turut, sepatutnya bersikap sederhana, baik budi dan lebih bersopan.

Mengikut laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Abdul Ghani ketika berceramah kepada majoriti masyarakat Cina di Johor, bahawa “Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM”.

“Semua orang tahu ini cara propaganda MCA. Mengapa Abdul Ghani juga terikut-ikut dengan cara itu? Apakah Abdul Ghani juga rasa orang Cina mudah ditakutkan dengan propaganda zaman lama itu?

“Taktik kotor MCA yang ditiru Abdul Ghani sudah ketinggalan zaman. Mereka kata kalau orang Cina undi DAP, ia bererti mengundi PAS.

“Jadi saya ingin bertanya kepada MCA dan Abdul Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, PKR dan DAP?,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut Kit Siang, apa salahnya jika rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami dan itulah yang amat ditakuti BN kerana ia akan menamatkan riwayat politik kaum dan politik perkauman di negara ini.

Malah, katanya, beliau kecewa dengan tindakan itu kerana sebelum ini juga Ghani dilaporkan berkata bahawa Pakatan Rakyat membawa agenda perkauman.

“Tidak masuk akal sama sekali kerana semua orang tahu BN yang menjadikan pemimpin ultra kaum Perkasa sebagai calon mereka pada pilihan raya umum ini.

“Tuduhan Ghani juga tidak masuk akal kerana penyokong BN yang sering melakukan perbuatan yang menimbulkan kebencian kaum lain.

“Bagaimanapun telah terbukti bahawa pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tetap bertenang. Kami kekal bertenang sejak lima tahun lalu walaupun dikenakan tekanan provokasi perkauman yang melampau oleh penyokong UMNO serta cybertroopers mereka,” katanya.

Kit Siang berkata, sekarang jelas Pakatan Rakyat membawa era baru politik bersih, sedangkan UMNO/BN membawa era kolot dengan politik perkauman.

Katanya, ini terbukti dengan kenyataan pemimpin BN yang terus memainkan sentimen kaum yang sudah tidak lagi diterima rakyat Malaysia.

“Jelas perbezaan antara Pakatan Rakyat dan BN. Bagi kami, Pakatan Rakyat adalah era baru yang membawa politik berprinsip, bermaruah dan bersih. Manakala BN mencerminkan era lama yang kekal dengan politik kotor yang penuh dengan unsur perkauman dan fitnah.

“Dengan itu, pengundi, terutamanya orang Melayu, sudah jelas bahawa masa depan kita yang cemerlang, bersih dan adil akan diterajui Pakatan Rakyat. Era kolot perkauman BN sudah tidak relevan lagi,” tambahnya."

-TKO
xxx2

Komen Anda

55 Responses to " Johor Tumbang: Antara Pakatan Rakyat dan BN "
Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:41 PM

Yang terucap dan tersirat dari mulut Lim KIt Siang hanya dia sahaja yang tahu.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:43 PM

Pergi ke tamu mencari mangga. Banyakknya mangga harum manis yg dijual. Ada 2 bahagian mngga2..hmmm..penjual kata 'cik..ni harumanis 56 thn sdh petik. belilah..sdp ni. harum manis la katakan. Kemudian penjual promo lg..'cik..ni harumanis baru petik kelmarin..fresh lg' .. Mana 1 mau beli ni haaa!? Keliru jg. Dua2 harum manis.. Dua2 Sdp. Ish..klu harum manis yg lama ni msti dh byk jangkitan. x bgus utk ksihatan. Klu beli yg fresh ni lg best..blm ada trek rekod kena jangkitan kuman. Bgus utk kesihatan. Klu bisuk2 ada kuman.. Kita tukar dia 5 thun lg. Tp klu hrum manis yg fresh ni di jaga dgn baik. Sre lg sdp. Yg hrum manis lama ni..macamna mau jga pn xdpt sdh..buat jeruk mngga pn sdh terlambat utk kekalkan kesegaraan nya.. Haaa..tau sdh mana 1 mau beli ..yeeeeeeehhaaaaaaaaaaa:-)


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:35 AM

Daripada mangga baik bambangan. boleh buat jeruk buat cacah ambuyat hehehehehehehe


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:40 AM

YANG KURIK ITU KUNDI,
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG MENARIK ITU UNDI,
YANG MEWAH ITU KUASA.

JANGAN GILA KUASA SUDAHLAH.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:05 AM

Cuba kita rasa makanan PR sebab makanan BN sudah lama kita rasa


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:28 AM

..hijrah telah menjadi lambang kejayaan dalam sejarah Islam..hijrah bermaksud berubah kepada sesuai yang lebih baik..manusia yang normal akan sentiasa berubah kepada yang lebih baik tanpa henti..ubah, ubah dan ubah sehingga mencapai kemuncak kebaikan..air yang bertakung akan rosak..kuasa yang terlalu lama bersarang akan menjadi penyakit yang merbahaya…kita tidak percaya penuh kepada mana-mana parti, tetapi kita percaya bahawa terus berubah dapat menjadikan kita memperolehi yang terbaik..ubah, ubah dan terus ubah sehingga dapat yang terbaik… – FB DrMaza


arafat said...
April 25, 2013 at 9:49 AM

BN rupenya masih brtahan dgn taktik lame...api perkauman. PR suda dpt jurulatih professional yg bakal mnyerang brbagai posisi, rupenya tim BN masih taktik lame. Piala penyandang tu jwbnye beralih tgn ler.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:42 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:43 AM

Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:43 AM

"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.

"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:43 AM

Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah. Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:44 AM

"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:35 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat Johor menolak "anasir luar" yang akan menghancurkan hubungan akrab masyarakat berbilang kaum di negeri berkenaan yang disifatkan seperti "hubungan abang dan adik."


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:43 AM

Timbalan Perdana Menteri sementara itu menegaskan, masyarakat Johor seharusnya menolak anasir asing itu kerana mereka bakal menghancurkan hubungan berkenaan yang telah terbina sejak sekian lama. "Jangan kita terima anasir asing yang cuba nak bawa perubahan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:45 AM

"Orang Johor tidak akan terima. Di Johor, masyakat Melayu, Cina, dan India hidup sebagai abang dan adik," katanya dihadapan 500 penduduk ketika berucap dalam Majlis Himpunan Rakyat dan penawaran rumah mampu milik kepada bekas penduduk rumah rakyat Tampoi dan Senai Permai di sini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:46 AM

Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan anasir asing yang dimaksudkannya itu.Beliau juga menegaskan dengan kepesatan ekonomi Johor sebagai kesan daripada pembangunan ekonomi Wilayah Iskandar, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tertarik untuk memasuki negeri kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:47 AM

"Johor pun dah maju di bawah pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman, dan kini menjadi paksi Selatan tanah air. Negeri ini menjadi pusat pertumbuhan utama negara, sebab itu ada pemimpin pembangkang cuba-cuba nak masuk," katanya yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Paloh.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:48 AM

Muhyiddin turut menegaskan hanya dengan pemerintahan BN sahaja rakyat Johor akan mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah memandangkan pakatan kerajaan itu telah menjanjikan sejuta unit rumah mampu milik akan dibina jika diberi mandat selama lima tahun untuk mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU 13) akan datang.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:49 AM

"Kalau nak rumah lebih lagi, sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang ... di Johor tiada pilihan terbaik selain pilih BN, dan bagi Pusat tiada pilihan selain memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:50 AM

"Boleh saudara?" soalnya dan dijawab dengan tepukan gemuruh dan sahutan "Boleh .." oleh penduduk yang hadir. Alhamdulillah, selesai tugas saya ..." kata Muhyiddin.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:51 AM

Johor menjadi negeri paling panas dalam PRU 13 pada 5 Mei depan apabila PR meletakkan Lim Kit Siang untuk mengetuai pembangkang menembusi tembok BN di Johor di kerusi Parlimen Gelang Patah.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:51 AM

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga diturunkan ke Johor apabila bertanding menentang Datuk Nur Jazlan Mohamed di Parlimen Pulai, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:52 AM

Pembangkang Mula Guna Taktik Keganasan Dalam Kempen PRU13

Pakatan Haram , keganasan dan penjenayah sentiasa berjalan seiring. Sebenarnya kita tidak hairan apabila kejadian keganasan melampau yang berlaku baru-baru ini. Mereka telah menyatakan pendirian secara terbuka dengan penglibatan secara langsung dengan kes-kes yang melibatkan jenayah. Penulis ingin mengimbas semula antara kes yang melibatkan penjenayah dan pakatan haram.

Kugan Ananthan merupakan tahanan polis yang mati dalam lokap pada 20 Januari 2009 di Balai Polis USJ 8 (Balai Polis Taipan), Subang Jaya. Dia berusia 22 tahun dan disyakki anggota kumpulan samun. Pada 22 Januari 2009 , Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis masih menyiasat punca kematian tahanan A Kugan di lokap. Laporan bedah siasat doktor menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair dan bukan akibat penderaan . Keluarga mengesyaki Kugan didera semasa di dalam lokap kerana banyak kesan calar balar di belakang, pergelangan tangan dan lehernya.

Kes kematian AMINUL RASHID BIN HAMZAH yang ditembak mati oleh anggota Polis di seksyen 7 Shah Alam pada 26/04/2010 , telah membawa pertikaian mengenai maklumat media massa dan juga tindakan anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kes tersebut. Selain daripada tindakan melepaskan tembakan ke arah pemandu bawah umur sehingga menemui maut, tindakan membelasah remaja tanpa usul periksa merupakan perlanggaran disiplin anggota terbabit dalam menjalankan tugas.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:54 AM

Pembangkang Mula Guna Taktik Keganasan Dalam Kempen PRU13

Teoh Beng Hock (1979–16 Julai 2009) merupakan seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor,Ean Yong Hian Wan. Teo merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Haram.
Chang, yang mati dalam lokap di Balai Polis USJ8, Subang Jaya pada Isnin, ditahan 10 Januari lepas bersama tiga rakannya kerana disyaki anggota geng samun bersenjata api.Bagaimanapun, isteri Chang, Lim Wei Ni, 27, membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh kerana tidak berpuas hati serta mendakwa terdapat kesan luka pada mayat suaminya, iaitu pada tangan dan kaki.
Kesemua kes di atas mendapat pembelaan yang cukup kuat dari pakatan haram. Maka insiden terbaru yang mengakibatkan kecederaan terhadap petugas Barisan Nasional apabila letupan di Nibong Tebal telah membuktikan pembangkang mula menggunakan taktik-taktik berunsur keganasan untuk menumbangkan BN.
Tambahan pula seorang jurukamera RTM pula telah dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia
Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.
Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan.
Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Rakyat dapat meneka dalam kesamaran bahawa pakatan haram memang terlibat dalam insiden letupan tersebut terutama insiden yang mengakibatkan kecederaan seperti letupan dan kematian seperti pencerobohan Lahad Datu.
Demi kesejahteraan dan kemakmuran negara kita mahukan Barisan Nasional terus meneraju negara kita.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:20 PM

BN mempunyai stategi tertentu untuk mengekalkan slogan Johor negeri biru walaupun pembangkang cuba mengasak kubu kuat BN dan Umno itu dengan meletakkan pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang bertanding di Johor.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:21 PM

Walaupun kempen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dilihat umpama “rockstar” di kawasan majoriti Cina di Johor, respon kurang memberangsangkan daripada kawasan kejiranan Melayu menunjukkan pembangkang masih lagi mempunyai laluan yang sukar untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:28 PM

kesian tgk calon bn sebab ceramah tak dpt sambutan hingga semua blog penyokong pr digunakan sebagai tempat bn ceramah n kritik pr n penyokongnya. mana kekuatan n kuasa bn yg diwawakan, sunguh memalukan n cuma guna wang sebagai beli undi yg membuktikan bn tak mampu lg sebagai pemeritah negara ini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:21 PM

Barisan Nasional (BN) sedia berdepan 'calon payung terjun' daripada pembangkang yang dilaporkan meletak orang kuat mereka untuk bertanding di Johor, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:21 PM

Beliau berkata strategi pembangkang untuk meletak calonnya di Johor, dengan harapan memenangi lebih banyak kerusi, tidak akan dapat menipu pengundi kerana mereka (pengundi) menyedari sumbangan besar BN kepada negeri tersebut.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:22 PM

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata pengundi di Johor tahu benar bahawa mereka boleh menikmati pertumbuhan dan kemakmuran yang amat banyak, hanya di bawah kepimpinan BN.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:23 PM

"Sudah menjadi satu budaya bagi pembangkang untuk melompat dari satu tempat ke tempat lain. Pengundi tahu apa yang kami telah laksanakan bagi negeri itu," katanya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:44 PM

Kepada anonymous april,25 at 9.05am
Kami dah tanya kat orang selangor macam mana rasa makan PR. Diorang kata makanan PR tidak sedap sebab tidak cukup air untuk memsk.
Sebab itu ramai rakyat Selangor kembali mencari makanan BN.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:49 PM

AWAS!!!! orang Sabah. Kalau ingin membeli mangga harum manis pastikn mangga itu tidak dibawa dari filipina oleh dalang pencerobohan di Kg Tonduo. Lgi pn mangga harumas dr filipina diperam dengan KEBAIT. Cantik diluar tpi bila di makan pasti terkena kanser.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:59 PM

Manifesto Pakatan Rakyat Johor yang dilancarkan kelmarin oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama pemimpin tertinggi PR menyaksikan beberapa perkara dijanjikan untuk rakyat Johor. Terdapat 15 perkara pokok dalam manifesto berkenaan yang kebanyakan besarnya diadaptasi daripada manifesto Selangor yang sehingga hari ini masih lagi tidak tertunai.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:59 PM

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah janji PR untuk menghadkan jawatan Menteri Besar selama dua penggal, yang mana mencacatkan manifesto berkenaan dan boleh dianggap “gagal sebelum dilaksanakan”.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:00 PM

Hal ini kerana, fakta nyata di hadapan mata rakyat Johor adalah Nik Aziz, yang telah menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990 sehingga kini masih lagi menjadi menteri besar sekaligus menyatakan kebenaran bahawa mustahil PR akan melaksanakan janji-janji manifesto mereka.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:00 PM

Contoh nyata itu sekaligus menjawab persoalan rakyat, bolehkah PR dipercayai? sudah tentu sekali mustahil! Nik Aziz telah menjadi menteri besar Kelantan sejak 20 tahun lalu. Ini bermakna telah 5 penggal beliau berkhidmat.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:03 PM

Walaupun jika dilihat dari segi fizikalnya, Nik Aziz sudah sepatutnya mencontohi Tun Dr mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan perdana menteri, dan bersara.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:03 PM

Berbalik kepada soal manifesto PR di Johor, ironinya, ia dilancarkan Nik Aziz sendiri … lucu, seorang yang telah mentadbir Kelantan sejak sekian lama sebagai menteri besar, melancarkan manifesto PR yang mengandungi janji menteri besar PR hanya akan berkhidmat selama dua penggal.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:03 PM

Pelik, amatlah pelik dan nyata tidak masuk akal. Boleh dipercayai? sikit pun tak boleh. Manifesto yang gagal. Itu baru disentuh satu perkara dalam manifesto negeri yang ingin ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:04 PM

Bagaimana kita mahu mempercayai tawaran manifesto Pusat PR? Lagi banyak contoh kegagalan yang dapat dilihat dan mewujudkan keraguan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:05 PM

Bukan setakat manifesto Pusat tidak menyatakan tindakan PR untuk menambah sumber pendapatan negara sebaliknya menghabiskan wang negara, manifesto negeri juga gagal menunjukkan perkara sama.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 6:30 PM

Pakatan akan menambah tempat simpanan wangnya selepas menang sebab berbilion wang dapat dijimatkannn dalam pemerintahan berhemat... menifesto pr adalah asli dan boleh di capai.... ini kalilah...


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:39 AM

Timbalan Perdana Menteri menegaskan Iskandar Malaysia melimpahkan faedah dalam bentuk langsung dan tidak langsung kepada penduduk negeri ini.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:39 AM

Menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan pembangunan Iskandar Malaysia tidak memberi manfaat kepada rakyat Johor, Muhyiddin berkata, pembangunan wilayah itu menjana pelbagai peluang ekonomi dan pekerjaan selain meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitarnya.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:39 AM

"Kawasan limpahan yang lain sudah bertambah maju, waktu dulu mungkin nilai tanah setakat RM20,000 hingga RM30,000 tetapi kini mencapai RM1 juta sehingga RM2 juta.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:40 AM

"Kita juga mahu Iskandar Malaysia tarik pelaburan besar dari luar negara. Mungkin pengurusan Iskandar Malaysia (Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar) boleh jawab dengan lebih jelas menerusi statistik hasil pembangunan.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:40 AM

"Saya yakin statistik itu akan menjawab tohmahan Anwar yang mengatakan Iskandar Malaysia menguntungkan pihak lain dan tidak menguntungkan rakyat Johor," katanya.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 2:25 PM

Aku orang Melayu Singapura. Walau apa pun aku masih mahu melihat malaysia di bawah kerajaan Melayu. Jangan beri peluang dengan DAP. Jika mereka menang, Melayu Johor akan hilang sebagaimana hilangnya Melayu Singapura. PAP dan DAP punya ikatan yang kuat. Bangkitlah Melayu Johor. Anwar Ibrahim adalah petualang yang mesti dikuburkan pada PRU13 ini. Hidup Melayu...!!!! Hidup UMNO....!!!!! Hidup BN.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 2:29 PM

Nik Aziz adalah ulamak politik bukan ulamak Islam. Jika dibuka serban dikepalanya, maka akan terlihatlah tanduk dikepalanya. Ini bermakna Nik Aziz adalah Ulamak Politik jelmaan syaitan.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 2:41 PM

Kehadiran Lim Kiat Siang ke Johor sudah dirancang kerana pembangunan Iskandar Johor. Sama ada rakyat Johor sedar atau tidak, Singapura merupakan pelabur terbesar disana. Haha....!!! kamu fikirkanlah kalau DAP mula bertapak di Johor. Melayu mesti bangkit bersatu, berdiri tegu bersama UMNO dan Barisan Nasional. Bangkit,bangkit dan terus bangkit bersatu. Jangan jadi macam kueh bangkit sudah lah...Rapuh, mudah di kunyah dan ditelan dan hilang sekelip mata.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 1:32 PM

In the competition, standards and liberalisation Strategic Reform Initiatives (SRI), a total of 15 out of the 17 sub-sectors announced during the Budget 2012 were now liberalised.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 1:33 PM

Within the public finance SRI, we have collected RM1.59 billion between January and October 2012, in additional taxes through improved efficiency in tax administration and compliance.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 1:34 PM

Our deficit in 2011 was at 4.8 per cent of gross domestic product, beating estimates of 5.4 per cent.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 1:34 PM

I am confident we will achieve our budget deficit goal of 4.5 per cent this year


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx