Sunday, April 28, 2013

Putrajaya Sudah Ditakluk...

Dalam tempoh 12 jam semalam dan malam tadi Putrajaya diserang dan ditakluki oleh Pakatan Rakyat apabila belasan ribuan rakyat bermukim di situ untuk mengikuti ceramah perdana Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekaligus menzahirkan sokongan dan simpati kepada calon Pakatan Rakyat, Husam Musa.

Ledakan orang ramai malam tadi adalah kesenimbungan keghairahan komuniti Putrajaya termasuk kakitangan kerajaan untuk bersolat Jumaat bersama Tokguru Nik Aziz di Masjid Sultan Mizan yang juga dikenali dengan nama masjid Besi belah tengah harinya.

Sebaran gambar dan video kehangatan sambutan kepada Tokguru di masjid itu di wall Fb telah menarik perhatian dan minat orang ramai untuk mengikuti ceramahnya di sebalah malam. Sejak awal-awal sebaik lepas Maghrib lagi orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke lokasi ceramah di Prinsit 3, di belakang kompleks bangunan mahkamah. Seluurh kawasan melimpah dengan orang ramai yang kebanyakannya kaum remaja.

Kebetulan semalam adalah hujung minggu, memberi masa dan ruang kepada warga kota untuk bersantai sambil mengikut aktiviti kempen pilihan raya. Menyaksikan belasan ribuan yang hadir ia menandakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari sehari ke sehari. Malam ini seleberiti dakwah Azhar Idrus pula akan turun ke Putrajaya.

Boleh dikatakan separuh yang hadir malam tadi adalah anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Kelang. Kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan memberi petunjuk, semangat anak Kelantan untuk membela negerinya menerusi PAS begitu tinggi sekali. Mereka hadir juga atas dasar semangat Kelantanis, untuk menyatakan sokongan dan mendorong calon PAS di Putrajaya Husam Musa agar tidak gugah berdepan dengan Teuku Adnan Teuku Mansor.

Suasana semalam memberi gambaran rakyat Kelantan yang berada di luar akan kembali mengundi di Kelantan. Keadaan ini sudah tentu lebih 80% dari 160,000 pengundi luar akan berpihak kepada PAS. Seharusnya Umno merasa cemas dengan apa yang berlaku semalam. Sambutan diberikan itu sudah dapat dibayangkan setiap mereka yang hadir semalam akan mengundi bulan.

Kandati Umno Kelantan kini dikata mendapat sokongan, tetapi kepulangan perantau dengan niat membela Kelantan akan meranapkan harapan Umno untuk memerintah. Sekali lagi fenomena tahun 1999 dan 2008 akan berulang. Seandainya fenomena ini benar-benar berulang besar kemungkinan Umno akan gagal untuk meraih satu kerusi dan enam kerusi Negeri dan dua parlimen yang dimiliki sekarang juga akan terlepas.

Apakah sejarah 1990 akan berulang?

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang dirakam wakil saya, MEMS malam tadi;



Lautan manusia.
Berhimpit mendekati skrin untuk melihat wajah Tokguru.
Semua sudut sendak.
Laksana di Padang Arafah.
Putrajaya penuh sesak dengan kereta.
Hampir separuh yang hadir rakyat Kelantan.
Semua jalan penuh dengan kenderaan.
xxx2

Komen Anda

11 Responses to " Putrajaya Sudah Ditakluk... "
Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:32 AM

TGNA sesungguhnya seorang pemimpin semua kaum walaupun beliau selalu dicerca oleh pihak UMNO dan BN dengan berbagai cercaan. Tetapi dalam cercaan yang datang bertalu-talu itu TGNA tetap tenang dan menghadapi kesusahan tanpa merasa kepayahan apa-apa bagi dirinya. Sememangnya seorang yang berjiwa tenang tidak mudah dikalahkan oleh pihak musuh lebih-lebih lagi dalam keadaan musuh itu berada di dalam situasi panik yang teramat sangat itu. Orang yang tenang dan berjiwa luhur akhirnya mendapat kemenangan kerana segala kemenangan itu datangnya dari Allah swt semata-mata.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:36 AM

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:38 AM

CIRI PEMIMPIN PADA HUSAM MEMENUHI PAKEJ. AGAMA..INTEGRITI...KREDIBLELITI..KARISMA.SESUAI UNTUK ORG PUTRA JAYA


zaini zai said...
April 28, 2013 at 12:03 PM

Pd PRU ke 11 ,calon PAS iaitu Tn Hj Abdullah hilang wang deposit tetapi pd PRU ke 12,undi yg dikutip mningkat mndadak dan wang deposit tidak hilang. Walau tiada poster,banner PAS di sekitar Putrajaya kecuali pondok kecil di Presint 9..undi PAS naik mndadak. Kini, Presint 3 lokasi ceramah hebat TG N.Aziz dn Datuk Husam Musa serta mlm seterusnya Ust Azhar Idrus di Presint berdekatan..senario spt Padang Arafah. Masya Allah mnggambarkn PAS akan tawan Putrajaya dan tadbir Malayisa.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 12:13 PM

Pengundi kristian akan berpihak kepada pas.... jangan bimbang walaupun mereka memperjuangkan agama islam tetapi ada toleransi dalam hal keagamaan...


Anonymous said...
April 28, 2013 at 8:13 PM

Aku yakin rakyat hidup lbh baik dn lbh selesah serta mrasa lbh aman berbanding Kerajaan dalm pimpinan UMNO/BN. Jiwa dan hati sy sgt terharu dg smbutan rakyat yg smkin hebat dn bertmbah hebat dalm PAKATAN krna PAKATAN untk semua tnpa memilih suku-sakat dn tiada perkauman tdk sprti yg diamalkn UMNO/BN hnya mghasut kaun untk tdk terima kaum yg lain. Coretan dari JOM TUKAR.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:57 PM

Jika dah ketaksuban mengusai minda,botol kicap disangka cuka.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:01 PM

Kalau benar hampir separuh yang hadir rakyat kelantan, HUsam pasti kalah dlm PRU13 sebab daripada separuh rakyat kelantan yang hadir tu bukan mengundi di Putrajaya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 5:50 PM

mood kebangkitan rakyat yg mahukan perubahan tk dpt dibendung lg...ibarat ombak yg menghempas pantai...


Anonymous said...
April 29, 2013 at 5:52 PM

tsunami perubahan sedang melanda negara kita..BN tolong jgn halang lagi..


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:47 PM

kebangkitan orang Sabah....

http://www.youtube.com/watch?v=DIuELpX1Lxk


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx