Friday, April 26, 2013

Nik Aziz Huru-harakan Masjid Putrajaya

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali. -omakkau











xxx2

Komen Anda

48 Responses to " Nik Aziz Huru-harakan Masjid Putrajaya "
Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:34 AM

ALLAH MAHA BESAR TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH MELAINKAN DIA.YA ALLAH YA TUHAN KAMI BUKAKAN LAH HATI DAN JIWA SELURUH RAKYAT MALAYSIA PADA PERUBAHAN BERSAMA ISLAM


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:48 AM

DrMAZA.com
..air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:23 PM

Tidak Sepakat Soal Hudud Bukti Pakatan Pembangkang Gagal

KLANG, 25 April – Ketidaksepakatan dan perbalahan di kalangan parti-parti gabungan pembangkang berhubung soal pelaksanaan hukum hudud, jelas membuktikan kegagalan gabungan itu untuk sepakat dalam soal mentadbir sebuah kerajaan.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata isu itu memberi peluang terbaik kepada rakyat untuk melihat dan menilai kegagalan mereka dan membantu mereka membuat keputusan menolak pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohan, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, berkata pendirian dan ideologi berbeza antara mereka jelas membuktikkan bahawa mereka tidak mampu untuk mentadbir negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

“Ideologi mereka berbeza, tak boleh sepakat. Sejak lima tahun ini mereka asyik bergaduh, tak setuju itu, tak setuju ini, sesama mereka. Kalau dalam isu ini pun (hudud) mereka tak boleh bersatu, tak boleh berpendirian teguh, macam mana boleh tadbir negara ini?.

“Kita di BN (Barisan Nasional) sentiasa bersatu, ikut kata pemimpin tertinggi (Perdana Menteri). Tetapi dalam PR, masing-masing anggap diri mereka sebagai kepala utama,” katanya kepada Bernama, di sini, Khamis.

Kataya dalam BN, masalah seumpama itu tidak timbul kerana segala keputusan diambil secara bersama, dengan mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan dan keharmonian rakyat negara ini.

Perbalahan tentang hudud antara para pemimpin parti pembangkang menjadi hangat kebelakangan ini apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum itu khusus untuk orang Islam di negara ini, jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Sebaliknya Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan hasrat PAS itu tidak munasabah dan boleh menimbulkan krisis perundangan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR berkata pelaksanaan hukum hudud di Malaysia bukan satu kemestian dan tidak boleh dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan semua pihak.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:38 PM

bn pun tak sepakat.cuma kerna banyak wang rakyat di tangan mereka.siapa saja yang bersuara berlainan pendapa,bn akan sumbat mulut mereka dengan jutaan ringgit.


arafat said...
April 27, 2013 at 1:04 PM

Di S.Alam nun, lepas Indian tu kucup cium si Zul Katak Puru, lari keluar MIC org kanan parti tu brsama 100 pngikut. Walau tak join PR tapi yg pasti lari keluar MIC yg semamngnya dah takde ahli pun MIC tu. Mngkin trpaksa dikutip Bangla kat Sel utk masuk MIC.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 1:38 PM

prabooooo tok guru....


Anonymous said...
April 27, 2013 at 1:40 PM

inilah gambaran sebenar putrajaya,,,, video ini amaran untk najib ke?


Anonymous said...
April 27, 2013 at 2:07 PM

Renungan: Org Islam Malaysia keseluruhannya yg gagal dlm perkara hudud ni. Tp masih tdk berfikir secara objektif lg Muslim Malaysia ni.. Alahaiii... Hudud: Non-muslim bantah tanpa kira dia parti politik apa..itz normal. Tp yg pelik & tdk normal Muslims sndri yg berbantah ttg hudud.. Jgn sampai kemurkaan Allah turun barulah mo sedar.. Malaysia adlh negara Islam. Dats fact. Hanya Islam yg dpt mmbawa keadilan bkn shja di Malaysia tp di dunia. Tdk prcya? Bacalah sejarah dunia! Tgk buku Mchl Haart (non-muslim) spa dia ltk tokoh pling hbt di dunia.. Tdk ln tdk bukan pembawa agama Islam iaitu Muhammad SAW. Tgklh data perangkaan negara berkaitan peratus muslim & no di malaysia. Negara2 ln semua menindas golongn minoriti agma. Malaysia ngara Islam tdk sma sekali. Jgn smpi bala turun kat Malaysia bru mau sedar rahmat yg Allah bg selama ni. Tym bala sampai nt semua bertempiaran lari pigi masjid tdk kira apa agama..


Anonymous said...
April 27, 2013 at 6:06 PM

Bila mana Allah berkehendak untuk merubah sesuatu kerajaan yang zalim dan korup tiada satu kuasa lain pun dapat menghalang, Tergerak dihati rakyat tanpa disedari tak kira bangsa, agama,kecil muda maupun tua dan darjat untuk bersama dan bersatu menentang kezaliman dan kerosakan atas muka bumi ini. Sesungguhnya Dia lah Maha Perancang, Maha Pelindung dan Maha Penentu segala. Subhanallah...


Anonymous said...
April 27, 2013 at 6:08 PM

Sambutan terhadap kedatangan TGNA ini amat mempersonakan banyak pihak kerana TGNA sesungguhnya seorang yang sangat dihormati oleh semua masyarakat yang berbilang kaum ini. Seorang pemimpin yang tidak berubah budaya dan cara hidupnya kepada gaya hidup ‘glamour’ walaupun beliau seorang yang disanjung dan dihormati ramai.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 6:09 PM

Kedatangan TGNA itu tentu sekali memberikan banyak sokongan tambahan kepada Husam Musa dan tidak terkejut jika Husam akan memenangi kerusi Putrajaya dalam pilihanraya nanti. Itu bermakna Tengku Adnan akan menghadapi kekalahan dan niat beliau untuk menghilangkan ‘deposit’ Husam itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:50 PM

KEHADIRAN RAMAI DI MASJID PUTRAJAYA MENUNJUKKAN RAMAINYA ORANG ISLAM BERSEMBAHYANG (SOLAT) SECARA BERJEMAAH BUKAN UNTUK MENYEMBAH NIK AJIS. MEREKA BERTAKBIR SAMBIL MENDOAKAN KESIHATAN NIK AJIS.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:24 PM

Pilihan ada ditangan rakyat jadi kita doakan saja yang terbaik buat masa depan generasi kita.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:26 PM

Pilih secara matang dan bukan pilih berdasarkan emosi. Lima tahun tu lama juga tau mahu tunggu in case tersalah pilih.


Tulip said...
April 28, 2013 at 10:27 PM

Najib cakap beri kepercayaan BN untuk mencapai status negara maju 2020 nanti :)


Tulip said...
April 28, 2013 at 10:29 PM

Veteran tentera sokong Najib

KEPALA BATAS: Seramai 125,000 anggota Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan memberi mandat besar kepadanya untuk terus mentabdir negara.


Presiden PVTTB Mohd Sabri Abdul Malek berkata anggota persatuannya percaya hanya Barisan Nasional (BN) mampu menjaga kebajikan mereka dan mentadbir negara menjadi sebuah negara yang maju.

"Kami berdiri di belakang BN dan menyokong penuh perdana menteri kerana selama ini kerajaan tidak pernah lupa jasa PVTTB dan sentiasa menjaga kebajikan veteran tentera," katanya semasa berucap pada majlis Ekspedisi Nostalgia Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini.


Majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi itu dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Sementara itu, Mohd Sabri mengingatkan anggota PVTTB agar tidak terpengaruh atau percaya dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa bekas pegawai tinggi ATM yang kini menyertai kem pembangkang.

Jangan sesekali percaya tuduhan mereka terutama berkaitan pembelian aset negara, itu semua fitnah dan mereka bukanlah pegawai tentera sebenar kerana telah mendedahkan rahsia kerajaan, katanya.

"Mereka juga sebenarnya orang-orang yang kecewa kerana cita-cita untuk menjadi calon BN tidak kesampaian dan bertindak sedemikian bagi memburukkan negara terutama ATM," katanya.

Mohd Sabri turut memaklumkan program ekspedisi itu akan diteruskan di seluruh negara bagi menemui anggota PVTTB dan menyalurkan bantuan kepada anggotanya yang dalam kesusahan.

"Ini juga peluang untuk kita membantu anggota yang memerlukan dan menerangkan kepada mereka apa manfaat yang telah diberikan oleh kerajaan kepada anggota PVTTB," katanya.


Tulip said...
April 28, 2013 at 10:31 PM

PRU13: Siswa4U Umum Sokong Najib, BN

KUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Siswa4U, sebuah pertubuhan yang terdiri daripada lebih 500 pemimpin mahasiswa berbilang kaum daripada semua institusi pengajian tinggi (IPT) turut berjanji akan membantu Najib dalam meyakinkan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada beliau dan barisan pimpinannya.

Pengerusinya, Mohd. Hafiz Ariffin berkata, pertubuhan tersebut akan menganjurkan pelbagai program dalam usaha mendekati golongan mahasiswa yang merupakan kuasa pemilih utama pada pilihan raya umum kali ini.

"Selepas meneliti pelbagai aspek, Siswa4U berpandangan kami mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Perdana Menteri dan calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13.

"Siswa4U akan terlibat sepenuhnya sebagai jentera dan jika ada ruangan yang sesuai, kami berharap dapat diberikan peranan yang signifikan dalam membantu kempen pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hafiz, agenda transformasi yang dijalankan Najib menunjukkan iltizam pemimpin nombor satu negara itu dalam melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap negara, kerajaan dan parti sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan.
-Utusan-


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:38 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat negara ini tidak mudah tertipu dengan manifesto pakatan pembangkang yang hanya nampak menarik di atas kertas, tetapi tidak praktikal untuk dilaksanakan.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:38 PM

Timbalan Perdana Menteri berkata, segala janji yang dibuat pembangkang melalui manifestonya tidak boleh dilaksanakan kerana boleh menyebabkan negara muflis.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:39 PM

Sebagai contoh, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui janji pakatan untuk menghapuskan tol tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan menyebabkan beban kewangan yang besar kepada negara sehingga mengakibatkan ekonomi muflis.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:39 PM

“Manifesto pakatan pembangkang jika kita tengok sekali lalu macam menarik, tetapi jika dikaji dengan teliti dan objektif ia tidak boleh dilaksanakan.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:40 PM

“Pakar kewangan yang dibentuk melalui Kabinet yang diketuai Menteri Kewangan Kedua (Datuk Ahmad Husni Hanadzlah) sudah membuat kajian terperinci dan menunjukkan ia tidak boleh dilaksanakan, sekali pandang nampak okey.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:01 AM

ini bukan bermakna PAs akan menang


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:10 AM

Hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Merdeka Centre ‘For Opinion Research’ baru-baru ini menunjukkan kerajaan negeri Kedah berkemungkinan besar akan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umu yang akan datang.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:11 AM

Ia ekoran dari kembalinya sokongan pengundi Melayu dan Cina sebanyak 6 peratus kepada BN.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:13 AM

Walaupun ramai yang berpendapat ia mungkin disebabkan oleh perpecahan yang sedang melanda kepimpinan Pas negeri, namun secara hakikatnya ia adalah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Pas Kedah dalam mengurus tadbir negeri jelapang padi itu.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:15 AM

Maka atas faktor itu, telah mengembalikan semula keyakinan rayat untuk menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri kepada BN.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:15 AM

Malah Pas Kedah di bawah, Menteri Besar, Azizan Razak dilihat seolah-olah telah tahu akan kelemahan sendiri apabila melihat gelombang kebangkitan rakyat yang telah mula menunjukkan semula sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:16 AM

Seorang pemimpin PAS Kedah dilaporkan berkata, kemungkinan punca kemerosotan sokongan Cina itu disebabkan kedudukan kesihatan Azizan yang menurutnya menambah tanggapan masyarakat bahawa kerajaan negeri tidak stabil.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:16 AM

Malah dia turut mengatakan, sokongan pengundi Melayu terhadap pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga tidak berapa kukuh. Ia berdasarkan kepada kemenangan tipis parti komponen seperti Pas, DAP dan PKR semasa pilihan raya lepas.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:16 AM

“Sebagai contoh, di kerusi negeri Tanjung Dawai, kami hanya menang seratus undi,” kata pemimpin Pas itu yang enggan namanya disiarkan.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:17 AM

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggariskan tiga faktor yang mungkin menyebabkan kekalahan kerajaan PR Kedah.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:17 AM

Faktornya,pembayaran tunai RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, terdapatnya isu dalaman dalam kerajaan negeri, seperti penyampaian perkhidmatan.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:18 AM

Seterusnya pendekatan yang diguna pakai oleh Datuk Seri Najib untuk menurunkan calon baru dilihat mula menarik balik kepercayaan pengundi.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:18 AM

Walaupun gendang pilihan raya telah dipalu, kerajaan negeri pimpinan Azizan dilihat begitu lembap dan menyusun kembali jentera di peringkat akar umbi, malah sehingga kini, Pas Kedah masih gagal mengeluarkan manifesto.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:19 AM

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan Azizan telah terlalu tua dan uzur untuk terus mengetuai kerajaan negeri, malah ekoran masalah kesihatan dia juga dikatakan selalu sakit sehingga dilihat gagal memberikan sepenuh tumpuan untuk memajukan Kedah.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:19 AM

Lebih membanggakan, BN Kedah pula ketika ini dlihat berada di tahap persediaan tertinggi dalam misi untuk merampas kembali negeri tersebut. Unsur masalah dalaman dan sabotaj seperti yang berlaku dalam pilihan raya lalu dilihat telah berjaya diselesaikan.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:20 AM

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.


Hordy said...
April 29, 2013 at 11:48 AM

Too much money involve in PRu13.


Foris said...
April 29, 2013 at 11:49 AM

BR1M bertujuan apa sebenarnya? Andaian negatif bertaburan merata-rata.


Wendy said...
April 29, 2013 at 11:51 AM

Lets vote wisely for the better future.


Nish said...
April 29, 2013 at 11:52 AM

Adakah rakyat sudah yakin dengan BN dan sanggup kembalikan PutraJaya kepada BN?


Awar said...
April 29, 2013 at 11:54 AM

They have chance of 50-50 to win.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 4:45 PM

Sepatutnya ayat itu begini "Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat negara ini mudah tertipu dengan dengan pengumumannya konon satu kerusi di menangi Bn tanpa bertanding di Johor!"


Anonymous said...
November 11, 2013 at 11:50 AM

the State Government in 2010 formed a special purpose company, the Sipitang Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) to spearhead and oversee the development of the oil and gas industry in Sabah.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 11:50 AM

The first initiative of SOGDC is to embark on the development of the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), an integrated industrial area specifically designated for petrochemical and chemical-based industries and other related initiatives through high-value adding industrial clustering.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 11:50 AM

Among the infrastructure that will be available in SOGIP are a single carriageway road which could be upgraded to a dual carriageway later on, electricity supply planned at 118 megawatts upon construction of a transmission line from Kimanis to SOGIP, a water treatment plant to generate 40 million litres per day and a jetty with a depth of 16 metres depth.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 11:50 AM

Upon completion and full development of this 4,065 acres site, SOGIP is expected to generate a total investment of about RM30.6 billion, and will create jobs for locals. The SOGDC has received inquiries and proposals from potential investors, a clear indication of interest in the setting up of oil and gas projects in SOGIP.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx