Wednesday, April 24, 2013

10000 : Mungkinkah N.Sembilan Milik Pakatan?

Kumpulan jentera BN di Seremban yang membantah pemilihan Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai sebagai calon mereka dilihat mula beralah apabila bahan kempen pilihan raya parti itu mula dikesan di bandar tersebut sejak dua hari lalu.

Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut.

Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP.

NONEAntara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke.

Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008.

NONENamun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas.

Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut.

Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan.

Seramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu.

Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai.

Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.

"Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban,” katanya dalam ceramah tersebut.

NONEPakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008.

Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi.

Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah. -MK
xxx2

Komen Anda

41 Responses to " 10000 : Mungkinkah N.Sembilan Milik Pakatan? "
Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:12 PM

Percaturan dalam politik tidak lari dari kepada sebarang kemungkinan. Mungkin kah BN atau mungkin kah PAKATAN. Bilangan yang hadir belum menjanjikan apa-apa. Tunggu 5.5.2013.


pengaitzzzzzz said...
April 25, 2013 at 9:10 AM

pada masakini, amat sukar untuk mengumpul masyarakat setempat sebegitu ramai dgn relahati mereka...kini utk mengumpulkan org begitu ramai perlu guna duit kerana sekarang byk ayat ini yg kedengaran>>>'ada duit tambang kah kena bagi??'...ada duit kena bagi ka??..ada mkn free ka??..ada artis ka??...bla bla bla..
Tapi jika pakatan atau parti lain yang datang, kelihatan rakyat/masyarakat sendiri tidak kisah guna perbelanjaan sendiri untuk datang, dengan perut lapar, bawa air sendiri atau makananan sendiri dengan keadaan tempat yg tidak selesa, dengan cuaca hujan ka atau panas..itu tidak menghalang mereka datang...itu la senario yg sya lihat skrg ni...walaubgaimanapn kita akan tunggu 5.5.2013 nnt..


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:12 AM

Harap-harap PR akan menang,beri peluang memerintah


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:37 AM

setelah melihat senarai pencalonan itu, apa yang boleh dikatakan, melainkan 2 kerusi, BN ada peluang untuk menang majoriti lebih besar berbanding tahun 2008. Tentang calon pula, hampir kesemuanya adalah calon-calon yang menepati janji Perdana Menteri, boleh menang.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:37 AM

Cuma dari senarai itu, agak sedih juga melihat sekurang-kurangnya 4 calon cina dari MCA dan Gerakan yang bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kerana mereka hampir pasti kalah akibat isu perkauman yang dimainkan DAP.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:38 AM

Nasib baik jumlah kerusi terlibat tidak banyak, berbanding 7 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan. Berbalik pada 2 kerusi yang dikatakan bermasalah itu, kedua-duanya berada dalam Parlimen Seremban dan kedua-duanya juga adalah kerusi yang diwakili pembangkang.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:38 AM

Macam biasa, kebanyakkan masalah mengenai calon yang dibangkitkan oleh pihak yang tidak berpuas hati itu, adalah berkaitan dengan asal usul calon dan latar belakang sebelum menjadi calon. Itu sahaja. Lagipun mereka yang kecewa ini ada 24 jam untuk merajuk, lepas itu eloklah.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:38 AM

Dengan kerja keras dan kempen yang berkesan, penulis yakin diakhirnya nanti, calon-calon yang dianggap pemimpin parti setempat sebagai bermasalah ini, boleh diterima masyarakat.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:39 AM

Tambahan pulak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sedang hebat bergolak. PKR masih tidak boleh putuskan siapa calon disemua kerusi yang diserahkan kepada mereka untuk ditandingi.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:39 AM

Atas sebab yang sama (pergolakan dalaman), sesiapa yang berkunjung ke Seremban hari ini boleh lihat betapa pudarnya kempen pembangkang, berbanding pada tahun 2008. Penyokong yang kecewa terpaksa pasang bendera parti pada kenderaan masing-masing kerana hampir keseluruhan bandar Seremban sehingga ceruk pendalaman rantau, dihampar dengan bendera biru BN.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:01 PM

Makin Caca Merba… Pemimpin Pakatan Perlekeh Calon Parti Pakatan Sendiri

Sehingga tamat proses penamaan calon pada 20 April 2013, terdapat sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN & Parlimen yang menyaksikan pertindihan calon membabitkan PAS dan PKR.

Pertindihan yang berlaku ini melibatkan satu kawasan Parlimen dan 6 DUN di beberapa negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Selangor, menyebabkan ramai penyokong PR pening memikirkan puncanya.

Kebanyakan kerusi yang bertindih calon ini secara umumnya kuota untuk PKR tetapi dipertikaikan oleh PAS kerana merasakan jenteranya lebih kuat di kawasan terlibat.

Namun menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula, pertindihan ini sengaja dilakukan kononnya untuk menghalang kemasukan syaitan sambil mengaitkan peristiwa kejatuhan PR di Perak pada awal 2009.

Katanya, “inilah sebabnya bertindak bertanding itu…nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejap pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.”


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:02 PM

Makin Caca Merba… Pemimpin Pakatan Perlekeh Calon Parti Pakatan Sendiri

“PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihan raya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya syaitan-syaitan tidak boleh masuk Pakatan Rakyat.”

Bijak alasan spin yang diberikan Hadi apabila mengaitkannya dengan isu kejatuhan PR di Perak kemudian disabitkan pula syaitan semata-mata untuk meredakan keresahan yang sedang membuak-buak di kalangan penyokong PR khususnya PKR tika ini.

Tapi sedar tak sedar, Hadi sebenarnya meluahkan keraguan PAS terhadap calon-calon PKR, dengan kata lain, penjelasan yang dibuatnya itu mengesahkan lagi betapa selama ini PAS memang tidak percaya dengan kesetiaan pemimpin PKR.

Sesebuah pakatan andainya tidak wujud kepercayaan sesama rakan sepakatan, itu tanda tiada nilai kerjasama utuh di kalangan mereka. Pakatan sedemikian takkan bertahan lama, tiba masanya masing-masing akan bercakaran.

Apa yang berlaku ini memberi gambaran jelas betapa tidak sepakatnya PR untuk menghadapi PRU-13, gabungan rapuh sebegini mustahil untuk mendapat kepercayaan rakyat apatah lagi untuk diberi tanggungjawab menerajui negara.

Justeru itu, tak usahlah PR berangan lagi untuk menang pada PRU-13, sebaliknya lebih baik masing-masing bersiap siaga untuk menghadapi perang sesama sendiri yang dijangkakan berlaku selepas PRU ini kelak.

SEJARAH 2008 AKAN SEKALI BERULANG DENGAN MENDAPATKAN KEMBALI SEMULA NEGERI-NEGERI DI BAWAH PEMBANGKANG


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:10 PM

biasa la tu..mcm laaaa BN pn tidak penah menghadapi situasi begitu...di kalangan MCA dan MIC pun penah jgkk...


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:18 PM

negeri sembilan akan tetap menjadi milik BN.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:35 PM

Jelebu Umno deputy chief Jalaluddin Alias today bashed the opposition for claiming that Negeri Sembilan government will be led by the opposition pact after the 13th general election (GE13), saying that the state will continue to be governed by Umno and Barisan Nasional (BN).


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:35 PM

He said this was because Negeri Sembilan Umno and BN had many leaders and stalwarts who were fully prepared to face the GE13 and ensure big victory to the existing government, including Menteri Besar Mohamad Hasan, who is also Negeri Sembilan Umno chairman, who will lead Negeri Sembilan Umno election machinery in the GE13.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:36 PM

“Just wait and see. When these leaders and stalwarts make their moves in the GE13, there’s no doubt that Umno and BN will retain power in Negeri Sembilan with a much bigger majority,” he said when debating the motion on president’s policy speech at the 2012 Umno General Assembly here today.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:36 PM

Jalaluddin also expressed confidence that the young voters in the state would support Umno despite the opposition’s efforts to lure them to demand for irrelevant changes and emulate the uprising in Egypt. Just like other speakers, Jalaluddin also rapped PAS, which supposedly represented the Malays and Islam, for refusing to make peace with Umno for the sake of the Muslims.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:37 PM

“PAS labels Umno as apostate and cruel to the people. Is it cruel to bring development, create jobs and give aid to the people? “PAS leaders have done nothing but talk. If Umno, like Israel, kills, rapes and steals from over 1.5 million Palestinians in Gaza, then they can say it’s cruel,” he added.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:12 PM

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor semakin lemah, dengan anggota dari kaum India kesal kerana dipinggirkan oleh pengerusi negeri itu, Datuk Dr Chua Jui Meng dan timbalan setiausaha Steven Choong.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:12 PM

Mereka berkata Chua dan Choong gagal memenuhi hasrat anggota akar umbi parti dalam memilih anggota kaum India sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:13 PM

Pemangku penolong ketua bahagian Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Tebrau A. Prasad, mempersoalkan kesetiaan Chua terhadap PKR dan pemimpin tertinggi parti itu.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:13 PM

"Kami mahu tahu mengapa tiada seorang pun pemimpin India parti itu, terutama ketua bahagian Tebrau, K. Selvakumaran dipinggirkan sebagai calon bagi semua kerusi parlimen di negeri itu, kata Prasad.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:14 PM

Beliau berkata tidak seperti Chua, Selvakumaran tidak menghilang atau kecewa dan sebaliknya menasihatkan kami supaya bersabar dan menyokong mana-mana calon PKR pada pilihan raya ini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:15 PM

Anggota India parti itu juga berang terhadap kepimpinan negeri itu apabila PAS mengumumkan ketua sayap wanita Kongres Penyokong PAS, R. Kumutha Raman dipilih sebagai calon kerusi negeri Tiram baru-baru ini sedangkan PKR tidak menurunkan calon daripada kaum itu.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:15 PM

Prasad berkata Choong tidak sepatutnya dicalonkan untuk kerusi parlimen Tebrau memandangkan beliau ialah pengarah pilihan raya.

"Kami bekerja keras untuk jentera PKR Tebrau sejak lima tahun lepas bagi menyokong Selvakumaran sebagai calon parlimen Tebrau," katanya


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:16 PM

Beliau berkata Chua dan Choong wajar bertanggungjawab jika PKR kalah pada pilihan raya ini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:16 PM

Ketua cawangan PKR Taman Daya S. Yogeswaran yang turut hadir, berkata anggota India parti itu akan mengadakan demonstrasi sebagai protes terhadap Chua dan Choong dalam tempoh terdekat jika mereka tidak menurunkan calon India.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:17 PM

"Kami juga akan menutup 10 bilik gerakan Tebrau dan berhenti berkempen sebagai protes pencalonan Choong di kawasan itu memandangkan beliau tidak berbuat apa-apa pun untuk penduduk di situ," katanya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:48 PM

CARA PENGOMEN YANG MENGGUNAKAN COPY AND PASTE ADALAH UPAHAN UNTUK MENGALIH PANDANGAN ANDA TERHADAP BN. TANPA MEREKA SEDARI, PERBUATAN MEREKA MENIMBULKAN LEBIH TEBAL KEBENCIAN TERHADAP BN. TERUSKAN USAHA MERUNTUH BN SECARA IMPLOSION.

TENTERA UPAHAN BN ANGGAP PEMBACA BODOH ATAU MUDAH DIPERBODOHKAN. ADAKAH SEKALIAN PEMBACA BEGITU BODOH.......NAHI, NAHI......NAHEEEE.

SOKONGAN DAN UNDIAN TERHADAP PAKATAN MAKIN BERTAMBAH DI LUAR SANA.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:42 PM

Dimana saja UMNOBN menang dari segi jumlah poster....kerana mereka dapat dana dari sumber seperti Michael Chia...tpi bila ceramah umum..UMNOBN berhadapan realiti...ceramah PR dihadiri puluhan ribu rakyat sehingga tidak ada ruang terbatas.. sedangkan ceramah BNUMNO dipulaukan rakyat hingga ada warga bangla diberi t-shirt dan makan percuma semata utk memenuhi kerusi pendengar...


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:46 PM

Inikalilah Islam, Melayu, cina, india dan kaum-kaum lain berpakat untuk satu misi saja iaitu *TUMBANGKAN UMNO/BN DI PRU 13*>>> KEBANGKITAN RAKYAT*.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:46 PM

Kita bersatu sebagai rakyat Malaysia yg cintakan keamanan...Tumbangkan perompak dan penyamun BN.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:48 PM

Darii segi poster, memang tidak dinafikan pakatan kalah teruk.Sebaliknya kehadiran pd ceramah pakatan, Be end hanya hantu beberapa ekor shj.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 8:49 PM

ini petanda kuasa di tangan rakyat . rakyat keseluruhan bangun bangkit untuk menentang kerajaan yang zalim . kini rakyat menunjukan kemarahan terhadap parti umno/bn yang rasuah merompak harta negara memperkaya kroni dalam umno/bn . bagi pengikut orang bn sedarlah parti umno/bn di ambang kehancuran . kemajuan negara untuk anak cucu kita yang akan datang .............................amin


Anonymous said...
April 25, 2013 at 10:21 PM

mesti ada pencacai umporno/be end di sini. untuk berita copy/paste camtu kita nda perlukan disini. itu sebab saya tidak
beli akbar utusan... so paham2 sajalah pencacai macai umporno/be end ni....


Anonymous said...
April 26, 2013 at 9:50 PM

headhunter..kesian tak cukup sifat..tu sebab otak dah masuk air..! otak copy paste kalau bodoh pun jangan bagi nampak kat sini...


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:08 PM

Re-gazettement of previously logged forest (secondary forest) into Class I Protection Forest Reserve by the state forestry department recently, has swung in favour of the orang utans living within totally protected areas (TPA) in Sabah.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:08 PM

Ancrenaz said, seven years after the results of Sabah』s first statewide orang utan census was published, the percentage of orang utans living within TPA had increased from 38 per cent to 60 per cent, due to the additions.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:09 PM

However, the biggest issue for orang utan conservation in Sabah remains the same, namely, isolation and fragmentation of TPAs, according to primatologist Dr Isabelle Lackman and Ancrenaz.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:09 PM

She stressed that all planned and future conversions of even small forest patches needed to be stopped to ensure the viability of the long-term survival of the orang utan population in lower Kinabatangan


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx