Sunday, April 28, 2013

PANAS!! 80% Pemimpin Umno Cabut Lari Ke Singapura?

Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) kian hari kian tenat walaupun baru seminggu tempoh berkempen serta disogokkan dengan projek haram penghantaran ribuan pendatang asing Bangladesh dan Nepal dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula sejak tiga hari lalu. Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam 5 petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di Singapura.

Menurut maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan laluan udara dari lapangan terbang di negeri masing-masing kerana kebiasaanya laluan trafik dari Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua dari Gelang Patah menuju Tuas di republik itu pada hari Ahad sangat sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua negara.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan apa saja keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN menang atau kalah, mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak masing-masing yang terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal sekiranya tewas teruk di kawasan masing-masing.

Kesemua mereka akan memperolehi keputusan pilihanraya dari republik itu berdasarkan maklumat sulit dari sumber polis dan tentera menggunakan 'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan di televisyen dan radio kawalan rejim mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya mereka dikatakan 'terlepas' dari 'tangkapan' yang kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sebaik sahaja jumlah kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi angka 112 sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sumber tersebut juga memberitahu kakitangan JPM diarahkan supaya tidak dibenarkan masuk pada hari pengundian iaitu Ahad, 5 Mei dan hari seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang tidak mustahak atau kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

Dipercayai beberapa kakitangan yang rapat dengan bekas perdana menteri, Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada hari itu termasuk membakar atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas cadangan projek untuk kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti penting kerajaan persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor apabila BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008.

Khir Toyo dan pegawai yang menjadi balacinya dikaitkan dengan pemusnahan puluhan dokumen penting kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor.

Berbalik kepada perkembangan pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke Temasek, sumber memberitahu suite eksklusif di beberapa hotel mewah seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel Singapore, Marina Bay Sands, Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis ditempah pada 5 dan 6 Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei lagi.

Walaupun pihak hotel terbabit tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia bertentangan dengan polisi dan kerahsiaan tetamu, ia mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk lari ke luar negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di negara ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat.

Hasil semakan dalam laman web beberapa hotel bertaraf lima bintang di republik itu mendapati beberapa bilik mewah sudah penuh ditempah walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir bulan depan.

Pihak kami di Singapura termasuk yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Seletar memaklumkan mereka sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat peribadi atau jet mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang tersebut dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui sesiapa.

Pada 21 Mac lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pemimpin BN supaya tidak cuba lari ke luar negara sebaik keputusan pilihanraya diumumkan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi,” tegas Setiausaha Agung DAP itu pada majlis perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong, Selangor.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya.

Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa turut membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti.

"Ketika itu, Najib dan Mahathir Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.

"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihanraya PAS di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas majlis tersebut selesai.



*apa kata ahli2 BN agaknya ya.....apa yang ahli2 biasa nie dapat?...bapak-bapak mereka dah siap sedia dh nak lari...klu tak lari dok dlm penjara tidak pun kena hukum gantung pasai bunuh org (kalu terbukti)...

-FORUM TKO
xxx2

Komen Anda

52 Responses to " PANAS!! 80% Pemimpin Umno Cabut Lari Ke Singapura? "
Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:59 PM

Kalau artikal seperti ini lah diharapkan boleh mempengeruhi pengundi, budak darjah enam pn pandai buat. Haaakktuuiiii!!!!


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:52 AM

Kita tungguh dalang Kes Lahad Datu ditangkap..Kaki huru hara ada pada PR..Kita tungguh selepas PRU13..


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:58 AM

Memang banyak masuk penjara atas kesalahan mereka lampau seprti rahsua yang di tutup mata oleh BN. Contoh porjek jalanraya Kalabakan-sepulut 3 kali sub. Kakakaaaa.....ynag kena penjara juga tukang fitnah Anwar kakaakaaa...habislah merasa di penjara...dihidang makan macam anjing kat DS Anwar kakaakaa...


Ini Kalilah!! Tukar! said...
April 29, 2013 at 8:53 AM

can't wait to see those crony's who keep on misusing Sabah's economy get arrested for it, justice will prevail, and we'll see who's the real boss after PRU-13 later on~

pls state your fact clearly with evidence before saying PR is the cause of Lahad Datu incident, your making yourself look dumb like that~


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:11 AM

Semoga pemimpin -pemimpin corruption dapat di adili nanti dan semoga PR juga akan menang dalam pilihanraya , tuhan kabulkan pemintaan ini, Amin


Anonymous said...
April 29, 2013 at 10:24 AM

Ha ha ini lucu dan tak masuk akal... tetapi mudah-mudahan akan berlaku... ha ha...


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:36 AM

Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal dua hari lepas seharusnya membuka mata semua, bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan ‘Malaysia Spring’ iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar. Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah, kini wajar memikirkan semula perkara ini.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:36 AM

Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat ‘Arab Spring’, malah seruan ke arah ‘Dataran Tahrir’ juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:37 AM

1. Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut, “’Malaysian Spring’ sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil”. Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:37 AM

2. Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata, “Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi, hak untuk membangkang dan hak kebebasan. Dalam hal ini, ‘Arab Spring’, khasnya, adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam. Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi.”


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:38 AM

3. Pada 15 April 2013, dalam satu wawancara dengan US Business Channel, CNBC, Anwar sekali lagi menyebut mengenai ‘Arab Spring’ namun dalam nada yang agak ‘ringan’, katanya, “Apa yang kita perlukan ialah pentadbiran yang baik bagi mengukuhkan institusi demokrasi. Peralihan dalam demokrasi adalah melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan dengan Timur Tengah atau ‘Arab Spring’”. Jelas, Anwar agak ‘cuak’ dan lebih berhati-hati akhir-akhir ini dalam memperkatakan semangat ‘Arab Spring’ yang sebelum ini begitu giat disemarakkannya di kalangan pengikut-pengikutnya.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:38 AM

Namun, menyaksikan keganasan yang berlaku di sana sini, pergaduhan sehingga ada yang membawa maut, penemuan berbagai jenis senjata di kalangan pekerja pilihanraya pembangkang di Pulau Pinang oleh polis, termasuk kejadian letupan bom membuktikan bahawa Anwar bukan berjenaka atau berkias.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:38 AM

Bukti juga boleh dilihat melalui siri demonstrasi-demonstrasi yang didalangi PR selama ini. Apa yang mengecewakan Anwar ialah ‘Malaysia Spring’ masih lagi gagal dilaksanakan kerana peserta tidak seramai yang dijangka, dan mereka-mereka yang sanggup mengganas pula tidaklah seramai mana.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:39 AM

Berdasarkan kenyataan Anwar sendiri serta rentetan demonstrasi yang didalanginya, maka tiada sebab bagi penyokong pembangkang untuk terus menafikan niat sebenar pemimpin mereka iaitu untuk melihat Malaysia bermandi darah dan hancur lebur. Tidak perlu menidakkan hakikat ini kerana seruan ‘Dataran Tahrir’ dan ‘Arab Spring’ itu sendiri sudah cukup menjelaskan senario yang diinginkan mereka.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:39 AM

Justeru, sebelum penyokong pembangkang membiarkan diri terbakar dek emosi bencikan kerajaan, wajarlah terlebih dahulu merenung nasib yang menimpa rakyat Mesir sesudah ‘Dataran Tahrir’. Dataran Tahrir bukan sahaja menyaksikan ramai yang terkorban, tercedera, hilang tempat tinggal, tempat kerja tetapi juga ekonomi negara terus merudum, pengangguran meningkat berkali ganda dan perniagaan lingkup. Rakyat Mesir kini secara terbuka menyatakan kekesalan apabila kerajaan baru ternyata lebih ‘tertutup’ dari yang sebelumnya malah sehingga ke hari ini masih belum mampu memulihkan keadaan.


headhunter said...
April 29, 2013 at 10:39 AM

Hakikatnya, tiada satu pun negara-negara Arab yang melalui ‘Arab Spring’ yang memperlihatkan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Maka, Malaysia tidak perlulah melalui nasib yang sama semata-mata untuk membantu Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 11:16 AM

DiKatakan perkasa adalah makhluk yang sudah lama memulakan provokasi ala arab. So kerja pencacai umngok sering sembunyi tangan lepas baling batu. BN TATAP KALAH.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 11:29 AM

Giler punya Umngok...dia kumpul sampahsarap trutama krtas lama, dbakarnye. Lepas tu panggil tv3suku buat laporn ceramah BN dbom. Hah hah hahhhh..


Anonymous said...
April 29, 2013 at 1:15 PM

inilah artikel paling mengarut. mcmlah pakatan pasti akan menang.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 2:10 PM

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya tindakan segelintir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bertukar arah kepada pihak pembangkang tidak menjejaskan persediaan BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 2:11 PM

Rakyat semestinya bijak menilai ketelusan dan keprihatinan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 2:12 PM

Pemimpin yang meninggalkan BN itu mempunyai agenda tersendiri yang tidak akan memberi kesan kepada usaha bagi memastikan kerajaan BN kekal menjadi pilihan rakyat di negara ini.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 2:13 PM

Menjadi tanggungjawab semua parti untuk pastikan PRU kali ni berjalan dengan baik dan lancar.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 2:22 PM

kerja2 sabotaj, bom membom, fitnah memfitnah, rasuah ni rasa2 semua urang tau sapa dalang...takpala........, ini kalilah kamu urang tinguk jak...semuga kebenaran dan keadilan manusia di sisi ALLAH termakbul dan dibuktikan kali ini...percayala...amin...


Anonymous said...
April 29, 2013 at 2:51 PM

mcm nilah semua,endak guna gaduh2 5mei kita keluar mengundi past 2 kita tengok siapa yang menang.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:08 PM

Pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) menegaskan jentera pilihan raya BN telah bersiap sedia sepenuhnya dan dalam 'gear akhir' bagi menggempur pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:09 PM

Beliau juga mengesahkan Pulau Pinang akan mengeluarkan manifestonya sendiri yang akan diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow dalam masa terdekat.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:10 PM

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula melahirkan keyakinan calon yang akan diletakkan BN pada PRU-13 mampu memberi impak besar dalam usaha membela nasib rakyat, selain mampu melaksanakan transformasi yang dilaksanakan Najib.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:10 PM

"BN ada banyak kelebihan dalam empat tahun ini di bawah Perdana Menteri (Najib) apabila semua janji kepada rakyat telah kita laksanakan. Kita akan teruskan perancangan untuk memastikan rakyat hidup sejahtera apabila kita dapat mandat lagi daripada rakyat," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:11 PM

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramanian menjelaskan, mesyuarat Dewan Tertinggi BN pagi ini bersetuju langkah dan pendekatan yang akan digunakan setiap parti komponen adalah selaras dengan keperluan semasa, bagi memastikan mesej diterima semua lapisan masyarakat.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:11 PM

Manakala Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan berpandangan, perubahan bersar akan berlaku dalam pemilihan calon bagi PRU-13 dan mahu semua anggota parti komponen BN menerimanya dengan hati terbuka. "Saya syak wujud trend dan corak baharu di kalangan orang muda dan saya fikir bukan sahaja dengan parti saya, parti-parti komponen juga mesti menerima realiti ini dan ini sesuatu yang perlu diberi perhatian," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:12 PM

Sokongan ini turut disahut Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok yang berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang dilakukan secara muafakat bersama parti komponen BN yang lain.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:13 PM

"Kami telah mengadakan banyak perbincangan dan keputusannya akan diumumkan perdana menteri dalam waktu terdekat. Kami akan menang semula di kerusi BN, tetapi agak bimbang di kerusi yang disandang mereka yang telah keluar BN, jadi kami perlu kajinya," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:14 PM

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menzahirkan keyakinan rakan-rakan komponen sebagai perintis kemenangan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Sabah.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 3:14 PM

"Bagi PBS, kami sudah bersedia dalam beberapa bulan ini dari segi jentera di semua peringkat, kita sedia bergerak sebaik sahaja penamaan calon (ditetapkan)," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 4:05 PM

SEMUA PARTI BN PERLU BEKERJA KERAS UNTUK MEMENANGI PRU13 ini. CARA TERBAIK IALAH DENGAN MEMBERI POLITIK WANG. NAMUN DIPERLIHATKAN DS MUSA AMAN DAN DS TAIB MAHMUD MASIH TIDAK DIJATUHKAN, MAKA MEREKA AKAN TERUS MENJADI LIABILITI UNTUK KEMENANGAN MUDAH BN DI SABAH. KINI NAJIB TENGAH PENING UNTUK MEMBERIKAN APA LAGI KEPADA RAKYAT. KERISAUAN TIMBUL AKIBAT DUA NEGERI INI YANG SEMAKIN BANGKIT UNTUK MEMBANTU PAKATAN KE PUTRAJAYA.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 4:10 PM

BN barang naik so kuburkan lah kita bina hidup baru sb rumah lama dah usang merbahaya kalu tinggal nanti runtuh so berali ke PRn ini kali lah.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 5:17 PM

knpa jg mau sibuk2 klu dorg lari..bkn kamu jg yg byr tiket kapal dgn pnginapan hotel dorg.biarla ba situ..


Anonymous said...
April 29, 2013 at 5:35 PM

BYE BYE PR. SEE U IN POLITICAL HELL. LAIN KALI SAJA LAH OKEY.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 6:47 PM

BYE BYE BN SEE U IN POLITICAL HELL LAIN KALI SAJA LAH


manbai said...
April 29, 2013 at 8:01 PM

BN
# MEMERINTAH = 55 TAHUN + 5 TAHUN JIKA MENANG LAGI = 60 TAHUN (KEBAL DAN MERBAHAYA)
# TERDIRI DARI LEBIH 20 KOMPONEN- UMNO, MIC,MCA, GERAKAN, PPP, PBS, LDP, PERKASA DLL. MASING2 ADA “KEINGINAN TINGGI”
# TIDAK DINAFIKAN PEMBANGUNAN YANG DIBAWA TETAPI TIDAK DINAFIKAN JUGA PENIPUAN DAN KESENGSARAAN KEPADA RAKYAT YANG DIBUAT.
# RAHMAN (PM MALAYSIA) – CUKUP DAN UBAH SEKARANG.
# KUASA RAKYAT AKAN TERGUGAT JIKA BN TERUS MEMERINTAH UNTUK 60 TAHUN.
# PEMIMPIN DLM BN SEMAKIN KAYA-RAYA, RAKYAT DI DAHULUKAN SEMAKIN MISKIN.
# RAKYAT AKAN MEMBAYAR KEMEWAHAN KEMPEN BN BILA TERUS DIBERIKAN KUASA…CONTOH TERBAIK 1 BULAN LEPAS PRU 12 MINYAK NAIK DAN BARANG2 LAIN TERUS NAIK..PRU13 MENUNGGU MINYAK..GST..AES DAN LAIN2
# GAYA PEMERINTAHAN BN (4 + 1) 4 TAHUN SEKSA RAKYAT DAN 1 TAHUN SAHAJA PUJUK RAKYAT…JANGAN CEPAT LUPA

PR
# MEMERINTAH = 0 TAHUN + 5 TAHUN = 5 TAHUN
# TERDIRI DARI HANYA 3 KOMPONEN UTAMA..DAYA SURVIVAL YANG TINGGI
# BARISAN KEPEMIMPINAN YANG JUJUR , SERING MENDAPAT TEKANAN DAN DITINDAS OLEH BN
# TELAH TERBUKTI DI KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KELANTAN WALAUPUN HANYA BERDASARKAN 35% PENDAPATAN NEGERI (65% PENDAPATAN NEGERI HAK KERAJAAN PERSEKUTUAN BN)

KUASA RAKYAT
KITA BERIKAN PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN JIKA MEREKA GAGAL KITA KUBURKAN MEREKA DAN GANTI SEMULA DENGAN BN. KITA PATUT CONTOHI INDONESIA, JEPUN, KOREA DIMANA PEMERINTAH YANG DIPILIH TIDAK KEBAL DENGAN KUASA RAKYAT. TIDAK SALAH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN, KITA TELAH BERIKAN PELUANG BN UNTUK 55 TAHUN. ADIL UNTUK KUASA RAKYAT NAFIKAN DAN BUKTIKAN


Anonymous said...
April 30, 2013 at 6:25 AM

Kenyataan bodoh dari sasaorang yg sememangnya bodoh. Ho hi


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:17 AM

Pastikan mereka yang malarian diri di tangkap Dan di hantar kembali dan di situ ajar mereka sampai mampus.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:11 AM

Manbai.., PR – membohong rakyat! Janji Manismu di Kelantan, Penang, Kedah, Selangor.. BN di bawah Najib & Musa – Mmg Menepati Janji.Sambil ketawa MB Khalid jawab Manifesto Bukan Janji..Itu belum dengan Nik Abdul Aziz yg berdendam, berhati busuk & sentiasa eksploit Islam baginya mendapat kuasa, duit & pencen (aku ada bukti..)

PR – menipu dalam IC pada rakyat Sabah..(analogi aje Buku Jingga Edisi Sabah & mgp SAPP keluar dari PR)

Kuasa Rakyat digula2 untuk memenangkan pihak PR sedangkan PR MMG NDAK MENEPATI JANJI!!!

Terlalu obsess dengan tilikan RAHMAN??

Kepimpinan Jujur ??(Skandal Anwar dari 28 Feb 1980……hinggalah 2 Mac 2013), Azmin Tandas? Badrul Kaunselor? Ronnie Pub & Rumah2 Urut? Khalid Gereja? Izzah yg sokong murtad? JUJUR..???!!?? kapala hotak kau!!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 3:43 PM

SOKONG PR=MENGHANCURKAN MALAYSIA..SO...LAIN KALIPUN XKN TUKAR..TATAP BN..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 7:21 PM

PR=PAKATAN RAPUH
PR=PENIPU RAKYAT

SETUJU DENGAN ANONYMOUS APRIL30,2013 AT 3:43PM-LAIN KALI PUN TAK AKAN TUKAR. BN:DULU,KINI % SELAMANYA.


arafat said...
May 1, 2013 at 10:00 AM

Memang YB Umngok akan brtempiaran lari bila time mcm nih. Mngkin ada yg trbayang Penjara Kajang, Sg Buloh atau Tawau dah tu. Rembat duit rakyat RM250 juta utk bela 30 ekor lembu..tapi duit buat beli 2 kondo mewah. Mcm mana tak bertempiaran. Duit tu juga buat bayar anak2 dan suami beratus ribu setiap bulan sbg Pengarah NFC..apa hel ? Mngharaple macai Umngok kat kampung utk tolong cover line..tak cukop,gengg!! Rakyat sekarang maklumat dihujung jari. Jika yg takde maklumat dihujung jari nye..itu le macai UMngok dan berapa ekor jer yg tinggal ??


Anonymous said...
May 1, 2013 at 1:56 PM


BN = BANKRAP NEGARA

ROMPAK RAKYAT,SUAP KRONI

INI KALI LAH JOM UBAH...


Anonymous said...
May 1, 2013 at 1:57 PM

BN membebankan rakyat, menyuap kroni hingga kenyang, Mahathir tak lena nak jaga Koperat


Anonymous said...
May 1, 2013 at 8:17 PM

Lepas korg tukar...pemimpin2 PR pula yg mnipu..rompak wang rakyat..sb klu da ada kuasa dalam tgn.matlamat asal pasti d lupakan.wang ringgit jadi keutamaan.slogan pn "INI KALILAH"..MAKSUDNYA INI KALILAH MAU ROMPAK DUIT RAKYAT..PR=PENIPU RAKYAT....HALUSSSSSS..


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:48 AM

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu.


Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.


"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual," katanya.


Bagaimanapun, kes ini tidak dipanjangkan oleh Singapura apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa PKR dan PAS bersama DAP bagi menewaskan BN.Singapura bersama negara tajaan USA amat menyokong Dan membiayai DAP / PKR


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:58 AM

Ingat BN- Ingat Barang Naik
Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
Ingat BN- Ingat Minyak Naik
Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
Ingat BN- Ingat video porno
Ingat BN- Ingat Lembu kondo
Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
Jadi Kita sokonglah BN


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx