Sunday, April 21, 2013

Pakar khas diupah buat video fitnah

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.

“Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

“Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu daripada internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu,” katanya

Beliau mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.

Beliau yakin rakyat kini mu ak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang PRU13.

“Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik,” katanya. -DD
xxx2

Komen Anda

25 Responses to " Pakar khas diupah buat video fitnah "
Anonymous said...
April 21, 2013 at 2:00 PM

Apalah bodohnya dengan di Abdul Kadir ni. Kalau betul video itu fitnah, kenapa tak lapor polis dan suruh siasat. Memang lah jijik sebab orang yang mirip dengan wajah Stopa Ali-S/U Agung PAS kan berzina. Berani buat berani tanggunglah. Yang si Abdul Kadir menyibuk apa hal pulak!


Anonymous said...
April 21, 2013 at 2:27 PM

Kepada :
Anonymous said...
April 21, 2013 at 2:00 PM

Cuba tengok kes video upahan Datuk Trio dah repot polis ada polis buat apa.... Denda seciput saja itulah polis double standard...
Mungkin Musa Hasan boleh jawab kot....


Anonymous said...
April 21, 2013 at 2:30 PM

Sama juga Video sah Presiden MCA tak ada apa-apa tindakan pun malah diredhoi oleh MCA/BN termasuk UMNO/BN...

Memang dari jenis yang sama lucah lucah lucah tak dapat dipisahkan dari BN (MCA + UMNO = LUCAH)


Anonymous said...
April 21, 2013 at 3:36 PM

Polis tidak akan mengambil tindakan jika orang yang terlibat dalam video itu sendiri tidak membuat laporan polis. Soalnya kenapa mereka yang difitnah itu tidak mahu melapor kepada polis atau menyaman blogger yang menyiarkan video tersebut? Adakah mereka takut akan terbongkar realiti cerita sebenar? Kalau benar mereka terlibat, kenapa takut mengaku seperti yang ditunjukkan oleh Presiden MCA. Sekurang-kurangnya Presiden MCA bersifat gentlement dengan mengaku perbuatan beliau.

Rasanya tidak adil untuk menyalahkan UMNO/BN dalam kes seperti ini kerana tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan UMNO/BN terlibat. Apa yang berlaku hanya andaian sahaja.
Cuba fikir tentang video Presiden MCA. Bukan kah MCA rakan BN? Wajarkah UMNO/BN yang menyiarkan video itu sedangkan tindakan itu boleh merugikan BN dan menguntukan Pembangkang.

Demikian juga dengan kes fitnah video yang melibatkan pelaku dalam video itu mirip pemimpin PAS. Apa buktinya yang UMNO/BN terlibat? Membuat tuduhan memang mudah tetapi tuduhan perlu disokong dengan bukti-bukti yang nyata.

Kalau benar ada orang dalam UMNO/BN atau ada orang yang diupah oleh UMNO/BN untuk membuat video tersebut, kenapa video seperti itu hanya melibatkan seorang yang mirip pemimpin PAS sahaja. Kenapa tidak ada video yang seperti tu di buat yang melibatkan orang yang mirip seperti NIK Ajis atau Hadi Awang atau Lim GUang Eng atau Karpal Singh atau LIm KIt Siang dan pemimpin pembangkang yang lain?

Dalam perkembangan teknologi masa kini, apakah orang UMNO/BN sahaja yang pandai membuat video seperti itu? Rasanya tidak mustahil ramai orang-orang yang menyokong Pembangkang yang arif atau pandai membuat video seperti itu. Soalnya kenapa tidak ada video seperti itu yang melibatkan pemimpin UMNO/BN atau siapa-siapa sahaja pemimpin parti komponen BN. Jawapan nya mudah. Sebab mereka tidak dapat mengesan apa-apa perbuatan negatif yang membabitkan pemimpin UMNO/BN atau mungkin langsung tidak ada yang terlibat dengan perlakuan jijik itu. Renung dan fikirkan lah.


Anonymous said...
April 21, 2013 at 3:59 PM

Orang kampung pun boleh cakap macm Tan Sri Abdul Kadir cakap itu.
Kalau dah Tan Sri mengaku mendapat maklumat ada pasukan khas yang membuat video itu, KENAPA tak bagi tau sahaja nama-nama orang yang terlibat dalam pasukan khas itu. BUkan kah maklumat itu amat berguna untuk menjahanamkan peluang UMNO/BN untuk menang?


Anonymous said...
April 21, 2013 at 10:21 PM

Penyokong UMNO/BN MEMANG hnya tahu sokong-menyokong kerja2 BODOH yg tdk berakal!! Manusia yg ada agama dn takut DOSA dn HUKUM TUHAN tdk akan berbuat demikian jijik dn kerja2 lgsungvhnya mmbgkitkan kbencian rakyat pd umno/bn. Hanya org BODOH dn tdk berakal sahaja yg percaaaya dn sekongkol dg kerja2 DOSA dn laknatullah yg dbenci org.


Anonymous said...
April 21, 2013 at 10:47 PM

WAHAI PEMITNAH INSAALLAH KAMU AKAN DAPAT PEMBALASAN SETIMPAL DGN FITNAH KAMU MUNGKIN SUATU HARI NANTI ANAK ISTERI KAMU SENDIRI KAMU RAKAM DASAR OTAK KOTOR TIDAK TAKUT MATI KAH


Anonymous said...
April 21, 2013 at 11:19 PM

Dalam soal video ini tidak timbul soal menyokong UMNO/BN atau tidak. Yang kita mahu adalah KEBENARAN. Sebagai pengundi tentunya kita mahu pemimpin yang kita pilih itu seorang pemimpin yang bersih, berwibawa dan bermaruah. Presiden PAS pernah berkata membuka aib seseorang itu dibolehkan asalkan bertujuan untuk kebaikan. Lebih-lebih lagi dalam soal memilih pemimpin kerana pemimpin lah yang akan menetukan hala tuju sesebuah negara. Memilih pemimpin yang tidak bermaruah sama juga seperti bersubahat. Sekiranya mereka yang di katakan difitnah merasakan dirinya tidak bersalah banyak cara yang mereka boleh laku untuk membersihkan nama mereka. Antaranya mereka boleh menyaman blogger yang menyiarkan fitnah terseebut. Bagi orang islam mereka boleh bersumpah mengikut kaedah hukum islam. Berdiam diri bukan satu pembelaan.


headhunter said...
April 22, 2013 at 10:41 AM

Sebenarnya saya kesihan pada TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Veteran tua hampir senja yang cuba kembali ke dalam politik tetapi beliau seperti tidak diendahkan dan tidak diberi publisiti yang hangat di dalam media perdana dan alternatif, pembangkang dan pro-BN.


headhunter said...
April 22, 2013 at 10:42 AM

Mungkin di permulaan kontroversi beliau mengutuk parti UMNO dan kerajaan BN yang telah memberi beliau tugas sampai ke tahap Menteri sebelum ini tetapi selepas itu, veteran tua ini tenggelam dek pemimpin-pemimpin lain yang lebih kontroversi dan diikuti oleh rakyat.


headhunter said...
April 22, 2013 at 10:42 AM

Kadir Sheikh Fadzir di dakwa tenggelam terus setelah beliau merepek di dalam satu ceramah pada bulan September 2012. Dek kenyataan beliau itu, ramai pihak yang menegur beliau dan meminta bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera.


headhunter said...
April 22, 2013 at 10:43 AM

Di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini. Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS. Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.


headhunter said...
April 22, 2013 at 10:43 AM

tidak pasti sama ada Kadir Sheikh Fadzir sudah bertaubat atau belum tetapi perkara ini adalah di antara beliau dan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama, beliau sepatutnya mendedahkan kepada umum kerana ucapan merepek beliau di depan orang ramai.


headhunter said...
April 22, 2013 at 10:43 AM

Tiba-tiba Kadir Sheikh Fadzir yang disarankan supaya bertaubat itu buat satu kenyataan mempertahankan pemimpin PAS yang didakwa terlibat dalam video terlarang! Yang kesihannya, beliau sendiri yang memberi kenyataan kepada Harakah Daily bukannya sebaliknya! Apa pun, bolehkah kita percaya kepada seseorang yang 'mendengar suara Allah SWT' dan disarankan untuk bertaubat? Seriously, bolehkah?


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:54 AM

Only fool believes this type of leader.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 11:35 AM

ada bukti ke?


Anonymous said...
April 22, 2013 at 8:26 PM

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir... SAYA UCAPKAN TAHNIAH... PERMULAAN YANG BAIK BAGI PKR.... SELEPAS INI HARAP ADA PIHAK YANG DITANGKAP KERANA BUAT VIDEO PALSU.... SEMUANYA BOLEH DIBUAT ZAMAN INI... TAK MUSTAHIL DATUK.... KAN BAGUS KALAU PARTI IKATAN DATUK NIH BERGABUNG DENGAN PKR..... OOOO TAK TAHU PULA KALAU DAH GABUNG....


Anonymous said...
April 22, 2013 at 8:27 PM

SEMUA BERSABAR JIKA DATUK INI BENAR.... MAKA SIASATAN AKAN DIJALANKAN...


Anonymous said...
April 22, 2013 at 8:28 PM

menjijikkan fideo fitnah... nih...


Anonymous said...
April 23, 2013 at 6:14 AM

Sedapkan tunggang yang muda...ttg video tu,nampak mcm benar tetapi mungkin tidak,hanya Allah saja yg maha mengetahui...Jk Stopa tak melakukan apa nak ditakutkan....Didunia Allah akan tunjukkan jk seseorg itu bertopengkan parti agama tetapi menyeleweng...


headhunter said...
May 7, 2013 at 4:09 PM

carilah mana-mana pakar di dunia yang boleh buat video seks sebiji macam mustafa ali dan anwar ibrahim..


Anonymous said...
November 15, 2013 at 2:34 PM

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has announced a new definition of small medium enterprises (SMEs) which is expected to see an increase in the number of such firms, and will facilitate the country’s transformation into a high income nation.


Anonymous said...
November 15, 2013 at 2:34 PM

National SME Development Council at its meeting yesterday approved the proposal to enhance the qualifying threshold for annual turnover and number of workers, for all SME sectors.


Anonymous said...
November 15, 2013 at 2:34 PM

For the manufacturing sector, he said SMEs are classified as companies with an annual turnover not exceeding RM50 million (less than RM25 million at present) or having workers not exceeding 200 (less than the 150 now).


Anonymous said...
November 15, 2013 at 2:34 PM

For the services sector, he said the value threshold was also raised, with SMEs defined as firms with annual sales not exceeding RM20 million (less than RM5 million at present) or not more than 75 workers (less than 50 currently).


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx