Tuesday, April 23, 2013

Ramai tanding bebas bukti BN bermasalah

Tindakan lebih 60 orang ahli Umno melawan calon mereka sendiri sebagai calon bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ini merupakan suasana paling teruk berlaku dalam sejarah pilihan raya Umno BN dan ianya menunjukkan Umno BN kini hanya 'retak menanti belah'.

“Tindakan mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam.

Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.

Menurut Dr Nuri, di Perak sahaja, tujuh daripada 15 calon yang bertanding bebas adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tindakan bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat tidak menghormati suara ahli parti.

“Ramai pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan.

“Tindakan ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap keputusan yang dibuat.

Ini kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk kepentingan tertentu.

“Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini.

“PAS Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli Umno kerana berani membuat tindakan drastik demi memperjuangkan suara akar umbi,” jelasnya. -DD
xxx2

Komen Anda

59 Responses to " Ramai tanding bebas bukti BN bermasalah "
Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:49 AM

yes kembalikan Perak kepada rayat sebab pemerintah yang lalu rampas paksa so hari rayat akan beri pengajaran kepada mereka.Tolak BN.


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:30 AM

pertembungan PKR dengan PAS di 7 kerusi macam mana pula?? tidak bermasalah???


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:33 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Dun Bakar Bata pada Pru kali ini bakal menyaksikan pertembungan antara ketiga tiga calon dari Pakatan sendiri.. Seperti mana sedia maklum Pkr mengunakan taktik kotor iaitu mengumumkan Eekmal Ahmad Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di Dun Bakar Bata tanpa persetujuan gabungan pakatan..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:34 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Dalam masa yang sama Dap membantah dan berkeras mahu meletakkan calon melayunya iaitu Syed Araniri ketua Dap Melayu cawangan Taman Wira bertanding. Perkara ini diakui sendiri oleh Dap pusat bahawa kesediaan mereka berdepan sekutunya dalam pakatan pembangkang apabila bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:35 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Pas pula dilihat cuba menaikkan Ketua Pemuda Pas Alor Star Pak Tam @ Azam Awang merupakan salah seorang penulis blog Pas Kedah yang selama ini bekerja keras untuk dapatkan kredit mudah untuk tercalon di Dun Bakar Bata..Namun Pak Tam dikatakan kecewa dengan tindakkan Pkr yang mengumumkan Eekmal sebagai calon Dun Bakar Bata..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:36 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Mengikut maklumat yang diterima, pada saat saat akhir nanti Pas dan Dap tetap akan letakkan calon mereka di Dun Bakar Bata kerana bagi mereka jentera PKR Alor Star sangat lumpuh sehingga kempen suai kenal calon Pkr bersama penduduk dalam Parlimen Alor Star terpaksa gunakan khidmat Pak Tam dan jentera Pemuda Pas..Lihat saja pada gambar dibawah, langsung tiada kelibat jentera Pkr membantu menaikkan calon mereka.


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:36 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Ada juga rakan rakan yang berjawatan dalam Pas dan Pkr Alor Star beritahu, ramai diantara mereka mengeluh dengan tindakkan Pkr Pusat meletakkan Eekmal Ahmad di Dun Bakar Bata.. Bagi mereka , Eekmal perlu banyak belajar selok belok Politik dan hubungan kemasyarakatan..Setakat baru jadi setiausaha akhbar Anwar belum tentu layak kalahkan kekuatan BN di Bakar Bata..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:36 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Kerusi Dun Bakar Bata cukup diminati kesemua parti dalam pakatan.. Sebolehnya masing masing tidak mahu mengalah untuk mendapatkan kerusi panas itu walaupun terpaksa berdepan sesama sendiri..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:36 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Semalam pula ISMA telah mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Alor Star, kemungkinan persaingan sengit akan berlaku disitu.. BN pula lebih kepada prinsip toleransi dan muafakatan.. Sesiapa saja winnable candidate yang dipilih oleh pucuk pimpinan, semua ahli akan memastikan calon itu menang..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:37 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Itulah jadinya bila gabungan parti yang tiada kesepakatan..Sebab itu sampai sekarang mereka tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan kerana masing masing mempunyai ideologi berbeza dalam perjuangan parti..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:37 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Pakatan di Kedah bukannya satu gabungan parti yang kuat, kalau tak salah mereka menang hanya majoriti 1340 undi sahaja pada PRU2008 itu pun dikira nasib atas faktor protes dari penyokong BN sendiri..


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:37 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Anwar dan Pakatan Rakyat terpaksa menelan hakikat tak mampu menghalang PAS dari lawan calon PKR di 7 kawasan parlimen dan DUN. Kata berpakat, Pakatan haram jadah apa macam ini? Anwar cerita dan cakap banyak sampai nak tercabut anak tekak, rupanya nak elak pertandingan sesama sendiri pun Anwar tak mampu lakukan!


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:38 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Bukan itu sahaja masalahnya, penentangan itu membawa kepada penggunaan kekerasan fizikal. Di Sungai Acheh contohnya, calonnya PKR Badrulhisam Shaharin ditumbuk oleh pemuda PAS sendiri semasa proses penamaan calon!!! Apa sudah jadi?


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:38 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Rakyat perlu lihat kejadian ini sebaik-baiknya. Anwar hanya ada auta, bluff, temberang dan cakap besar. Cakap bolehlah, buat dah JELAS tak mampu nak saingi Najib.


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:38 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Tidak hairan kenapa kepimpinannya yang macam diktator (tidak boleh dicabar) dalam PKR sebagai Ketua Umum ditolak ramai orang. Anwar tak mampu nak berlaku adil kepada ahli-ahli dia sendiri pun, nak berlaku adil dengan rakyat macam mana?


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:38 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Ada Ketua Cabang yang bertahun-tahun buat kerja di kawasan terbabit, tidak dicalonkan dalam pilihanraya, orang lain pulak yang diutamakan dulu. Ada di antara mereka ni masuk PKR takde 2 bulan pun, tapi Anwar dah angkat jadi calon, macam bekas Panglima Tentera Darat, En Hashim Hussein. Dia baru masuk PKR bulan Mac, jadi calon bulan 4, senang betul.


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:39 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Macam ini ke contoh kepimpinan yang baik? Sendiri mau ingatlah kepimpinan baik apa macam ini. Kalau Johor Bahru tidak ada Cabang tidak apa, tapi ssemua cukup, ranting, akar, benih pokok apa segala. Akhirnya, calon yang baru masuk bulan sudah jugak yang diangkat bertanding.


headhunter said...
April 24, 2013 at 11:39 AM

PAS - DAP - PKR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, BUKTI TIADA PAKATAN DALAM PUAK PEMBANGKANG

Ini baru satu, ada banyak lagi yang boleh kita persoalkan tentang Anwar ni, macam masalah moralnya yang tak abis-abis. Kalau DAP boleh suruh rakyat tolak calon BN yang kelulusannya diragui, apa kita tak boleh tolak orang macam Anwar yang disahkan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 terlibat dengan kegiatan homoseksual?


mantera said...
April 24, 2013 at 1:17 PM

Krisis dalaman dan perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang semakin parah sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan sesama sendiri pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:18 PM


Malah pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS turut berhadapan dengan pertelingkahan berpunca daripada ketiadaan sikap bersatu hati, tamak, serta keghairahan bertanding.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:18 PM

Tanpa memikirkan risiko serta masa depan, parti pembangkang yang selalu melaungkan kononnya mereka mempunyai persefahaman kukuh, perbalahan berterusan ini sudah pasti akan menjejaskan jumlah undi serta peluang untuk menawan kerusi yang ditandingi.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:19 PM

Laporan media mengenai konflik di kalangan parti komponen pakatan pembangkang sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh pimpinan-pimpinan mereka, sekali gus menggambarkan kesemua ahli pakatan pembangkang bersifat gila kuasa.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:19 PM

Pertembungan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor, melibatkan calon BN Halimathon Saadiah Bohan, dan dua calon pakatan pembangkang iaitu calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim dan Ridzuah Ismail (PAS), dan tiga calon Bebas.


Forest said...
April 24, 2013 at 1:19 PM

PKR-DAP-PAS

Wahai penyokong parti-parti pembangkang, lihatlah dan bukalah mata, parti-parti pembangkang juga ada kepincangannya. Jika tidak kenapa...

April 18, sebanyak 246 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) setelah tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman

Apa yang mereka utarkan adalah mereka berasa begitu menyesal menyokong pembangkang sejak setahun lalu selepas terpengaruh dengan janji palsu mereka kerana golongan ini jelas hanya berjuang untuk diri sendiri.

Malah mereka menyambut baik dan memuji tindakan dan bantuan daripada BN ini adalah kerana sehingga kini tiada satu pun daripada janji mereka ditunaikan, malah kemajuan dan kemudahan yang ada di kampung kami juga adalah atas usaha kerajaan BN
Ahli-ahli yang bertindak keluar itu menyatakan demi masa depan anak-anak mereka dan sekaligus memilih kerajaan yang mampu menyediakan terbaik untuk rakyat dan anak-anak muda.

Selain itu juga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil di sini dibubarkan selepas 143 anggotanya bertindak keluar parti. Antara sebabnya adalah mereka tidak yakin lagi dengan perjuangan perti tersebut. Jelas disini, bukan di Sabah sahaja ahli-ahli PKR di Melaka pun merasa tidak yakin dengan parti itu. Walaupun tidak menyertai BN, mereka berikrar di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13. UMNO Melaka bersedia menerima mereka pada bila-bila masa.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka keluar berramai-ramai dari parti itu adalah kerana sudah sedar PKR bukan sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya Umno dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:20 PM

Di Parlimen Labuan pula, berlaku pertembungan tiga penjuru di kerusi melibatkan calon muka baharu BN, Rosman Isli dan dua calon pakatan pembangkang iaitu calon PKR Tan Sri Ibrahim Menudin dan Hadnan Mohamad (PAS).


mantera said...
April 24, 2013 at 1:20 PM

Sementara empat lagi DUN iaitu Panti (Johor); Sungai Acheh (Pulau Pinang); Bukit Besi dan Kota Putera (Terengganu), juga terlibat dalam pertandingan tiga penjuru melibatkan dua parti pembangkang.


mantera said...
April 24, 2013 at 1:20 PM

adaan yang sama dapat dilihat di DUN Bukit Besi, menyaksikan Roslan Ismail (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) bertarung dengan calon BN Roslee Daud, sementara kerusi DUN Kota Putera pula melihat pertandingan tiga penjuru antara Mohd Mahdi Musa (BN), Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)


Forest said...
April 24, 2013 at 1:24 PM

PKR-DAP-PAS

Ini pula kisah di Permatang Pauh, kira-kira 100 ahli PKR dan PAS di Permantnag Pauh bertindak keluar parti pada 134 April 2013.

Kali ini sebab mereka keluar parti adalah kerana mereka semuanya serik dengan kegagalan ahli parlimen kawasan itu membawa perubahan yang dijanjikan.

Walaupun bertindak keluar parti mereka bagaimanapun tidak menyertai parti lain sebaliknya menzahirkan sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 dengan harapan ahli parlimen baharu nanti mampu mengubah nasib masyarakat di Permatang Pauh.


Forest said...
April 24, 2013 at 1:26 PM

PKR-DAP-PAS

Keesokan harinya pula pada 14 April 2013, lagi lebih 200 ahli PKR Parlimen Lembah pantai keluar parti.

Lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lembah Pantai bertindak keluar daripada parti itu semalam untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan perjuangan sia-sia dalam parti pembangkang itu selama ini.

Seorang aktivis PKR, Norleha Ghani, 58, berkata, penyertaan dia dan rakan-rakannya ke dalam parti UMNO dibuat selepas mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar."Kami pada hari ini mengumumkan untuk keluar daripada parti PKR kerana ketidakpuasan kami kepada wakil rakyat yang kami sendiri pilih tapi sayangnya bila sudah menang dia jadi kacang lupakan kulit, lupa kepada pengundi di sini.

"Janji untuk memberi bantuan untuk suri rumah sebanyak RM50, bantuan untuk orang kurang upaya, anak-anak yatim dan ibu tunggal semuanya hanya tinggal janji, tidak pernah ditunaikan," katanya pada sidang akhbar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini semalam.

Dalam pada itu, Norleha yang telah menyertai PKR sejak tahun 1999 turut menyeru kepada pengundi terutamanya di Parlimen Lembah Pantai supaya memberi mandat kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional yang lebih berwibawa dalam mentadbir negara.


Forest said...
April 24, 2013 at 1:36 PM

Semua ahli-ahli yang bertindak keluar dari parti mereka adalah kerana sudah muak dengan janji kosong pemimpin mereka. Tiada perubahan yang mereka dapat lihat, maka dengan itu jelas lah disini parti pembangkang hanya pandai menabur janji jauh sekali untuk bertindak dan menunaikannya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:06 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan terhadap mana-mana calon pilihan raya yang didakwa terpalit dengan kes jenayah termasuk menjual pil kuda.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:06 PM

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah menjadi tanggungjawab dan kebijaksanaan pengundi untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:07 PM

Isu calon terlibat dengan jenayah tidak ada kena mengena dengan SPR, itu soal peribadi calon dan hal dalaman parti.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:08 PM

Semua pendedahan pada tempoh berkempen perlu dinilai oleh rakyat sebab mereka yang akan pilih calon yang akan memberi perkhidmatan," katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:08 PM

Menurut Wan Ahmad, tugas SPR hanya menyediakan gelanggang untuk semua parti terlibat bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tidak akan masuk campur isu peribadi calon.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:09 PM

Sementara itu, Wan Ahmad turut menasihatkan semua calon yang bertanding menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli parti yang bercadang untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lantaran tidak tersenarai sebagai calon parti akan dipecat keahlian sepanjang hayat secara automatik.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Justeru beliau menasihatkan agar bantahan terhadap calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan tidak mengakibatkan mereka membuat keputusan mengikut emosi.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Tegas beliau, individu tersebut perlu menilai peluang untuk menang terlebih dahulu dan bukan sekadar hanya ingin menimbulkan masalah.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Beliau turut menasihatkan agar ahli yang kecewa tidak bertindak membantu jentera parti pembangkang sebagai menunjukkan tanda bantahan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Jika seseorang ahli parti yang memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas mereka akan secara sendiri akan tergugur sebagai ahli sepanjang hayat.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Dinasihatkan agar mereka berfikir panjang sebelum membuat keputusan yang akan merugikan diri sendiri


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Mereka ingin menunjukkan rasa kecewa dan ingin bertanding tapi mereka perlu nilai peluang untuk menang.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Mereka jangan hanya mahu menimbulkan masalah dan bertujuan memecahkan undi semata-mata


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:27 PM

"Perkara ini memang menjadi lumrah biasanya mereka yang tidak terpilih mengkin kecewa dalam dua atau tiga hari dan akan kembali membantu parti.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:27 PM

Diharap mereka dapat berfikir dengan rasional sebelum membuat keputusan yang menimbulkan masalah


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:51 PM

SEMOGA SEMUA CALON BEBAS MENANG.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:21 PM

Tindakan beberapa calon Bebas yang mengambil keputusan untuk memihak kepada parti tertentu jelas membuka pekung sebenar calon-calon terbabit. Kepada pemimpin-pemimpin sedemikian, keinginan untuk menjadi seorang calon Bebas tidak lain daripada meraih faedah dan habuan yang selama ini tidak pernah dinikmatinya. Pendek kata, siapa yang dapat menawarkan faedah terbaik, pihak itulah yang disokongnya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:22 PM

Ini adalah prinsip perjuangan murahan yang wajar ditolak oleh semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja tindakan tersebut menipu dan mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat Malaysia, tetapi juga memalukan prinsip perjuangan calon Bebas. Definisi Bebas kini sudah dicemar dan mungkin tidak boleh dipercayai lagi.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:22 PM

Usahlah berselindung di belakang perjuangan Bebas semata-mata untuk mengaut habuan berlipat ganda. Umum mengetahui peluang untuk calon Bebas memenangi PRU bukan mudah. Tiada jentera parti, tiada duit dan tiada platform.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:23 PM

Tetapi itu tidak bermakna maruah dan kredibiliti mereka perlu digadaikan. Itu sebabnya calon-calon Bebas jarang mendapat sambutan dalam kalangan pengundi. Kalau ada yang menang pun, mungkin kerana calon itu merupakan calon heavyweight dan popular.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:23 PM

Oleh itu, kepada mana-mana individu yang berhasrat menjadi seorang calon Bebas, berjuanglah secara jujur dan ikhlas. Jika anda bertanding sebagai calon Bebas, maka tunjukkanlah sikap “Bebas” yang dilaung-laungkan itu.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:24 PM

Tiada gunanya jika semangat serta jiwa adalah Bebas tetapi tingkah-laku dan tutur kata menggambarkan perkara yang sebaliknya? Jangan juga menjadi kata politik. Wajarkah pengundi terus percaya kepada calon-calon sebegini?


Foris said...
April 26, 2013 at 11:50 AM

Ini cuma strategy BN untuk pecahkan undi.


Wan siM said...
April 26, 2013 at 11:51 AM

Walau bagaimanapun, BN masih kuat.


Prince said...
April 26, 2013 at 11:51 AM

UMNO memang ego.


Eddyie said...
April 26, 2013 at 11:53 AM

Calon bebas menang, lepas tu join BN.


Dima said...
April 26, 2013 at 11:55 AM

Undilah dengan bijak. Siapakah sebenarnya calon bebas ini.


Anonymous said...
November 14, 2013 at 10:25 AM

Most of the world’s energy demands have been met through the use of fossil fuels which are cheap, cost effective and used to be abundant in supply.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx