Tuesday, April 23, 2013

Fitnah: Kain Rentang Untuk Takutkan Pengundi Cina & Melayu

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari kesal dengan pemasangan kain rentang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah PAS.

"PAS Melaka menafi sekeras-kerasnya bahawa kami memasang kain-kain rentang,” ujarnya pada sidang akhbar di Pusat Media Pakatan Rakyat Melaka di Pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan di sini hari ini.

Jelasnya, PAS tidak pernah mencetak dan memasang kain rentang seperti ini, ianya merupakan provokasi pihak musuh yang sengaja ingin mengelirukan pengundi terutama pengundi Cina.

"PAS yakin ini adalah kerja-kerja musuh politik kita yang sengaja memfitnah dan jumpa mengelirukan rakyat supaya memandang serong kepada PAS," tambah Adly yang bertanding di N.09 Durian Tunggal.

Calon PAS N.17 Bukit Baru, Dr Khalid Kassim juga kesal kerana Dun Bukit Baru menjadi sasaran utama pemasangan kain-kain rentang provokasi tersebut.

"Petugas-petugas kita menjumpai lebih dari 10 kain rentang seumpama ini dipasang di dalam Dun Bukit Baru.

"Jelas lawan kita semakin terdesak sehingga sanggup memasang kain rentang yang memfitnah PAS,"ujar beliau.

Dr Khalid berkata beliau dan jentera Majlis Tindakan Dun Bukit Baru tidak sedikit pun gentar dan takut dengan tindakan provokasi seumpama itu.

"Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan. Rakyat semakin hari semakin menerima PAS di Dun Bukit Baru dan kita yakin satu kejutan akan berlaku di sini," tambahnya. -GB











Kredit gambar: Ismail Ahmad 

xxx2

Komen Anda

53 Responses to " Fitnah: Kain Rentang Untuk Takutkan Pengundi Cina & Melayu "
Anonymous said...
April 24, 2013 at 8:29 AM

Ya benar kristian juga boleh mengguna kalima allah seperti di negara-negara arab, allah adalah perkataan Hebrew


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:40 AM

Mereka mengetahui maha esa Allh tapi mereka mendustainya dan kufur nikmat dan mengakui Allah dilidah tapi mereka berpaling dan menyembah yang lain pada hal mereka mengketahuinya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 1:27 PM

PAS tuuh siapa pula pasang banner tu?


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:52 PM

Krisis dalaman dan perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang semakin parah sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan sesama sendiri pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:53 PM

Malah pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS turut berhadapan dengan pertelingkahan berpunca daripada ketiadaan sikap bersatu hati, tamak, serta keghairahan bertanding.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:54 PM

Tanpa memikirkan risiko serta masa depan, parti pembangkang yang selalu melaungkan kononnya mereka mempunyai persefahaman kukuh, perbalahan berterusan ini sudah pasti akan menjejaskan jumlah undi serta peluang untuk menawan kerusi yang ditandingi.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:55 PM

Laporan media mengenai konflik di kalangan parti komponen pakatan pembangkang sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh pimpinan-pimpinan mereka, sekali gus menggambarkan kesemua ahli pakatan pembangkang bersifat gila kuasa.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 2:58 PM

Pertembungan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor, melibatkan calon BN Halimathon Saadiah Bohan, dan dua calon pakatan pembangkang iaitu calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim dan Ridzuah Ismail (PAS), dan tiga calon Bebas.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:14 PM

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) menuntut semua rakyat tidak kira penyokong mana-mana ideologi politik supaya tidak bertolak ansur dan melancarkan perang habis-habisan terhadap politik fitnah dan politik lucah .


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:14 PM

Seperti yang telah diungkapkan bahawa PRU ke 13 ini adalah “ibu segala pilihanraya” tanda politik kotor untuk melancarkan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan sesebuah parti nampaknya menjadi realiti.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:14 PM

Serangan terbaru dengan menghasilkan dan mengedar video lucah kini adalah serangkai lagi strategi politik kotor yang berada dalam simpanan mereka yang menjadi tentera upahan untuk mencelar peribadi seorang pemimpin parti lawan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Untuk kali ini strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan untuk menanam kesangsian dikalangan rakyat kepada seseorang pemimpin. Kami percaya dalang yang sama juga telah melakukan asasinasi peribadi yang telah dilancar sebelum inj.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Yang pasti semada masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif untuk menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Tindakan mahkamah tidak digeruni kerana objektif utama ialah menimbulkan kecurigaan . Cukup orang awam dimanipulasi untuk menanam syak kepada seorang musuh politik. Dalang itu tidak mengambilkira proses undang-undang kerana tujuan asal sudah dicapai.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Kelonggaran undang-undang sivil inilah yang sedang diesploitasi. Oleh kerana enakmen jenayah syariah mengenai qazaf tidak dikuatkuasakan maka siapa sahaja boleh melakukan jenayah menyebarkan fitnah zina dan liwat.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Politik murahan dan tidak bertamadun ini sepatutnya diperangi sehingga ke akar umbinya. Akan tetapi jelas pihak berkuasa maseh menunjukkan sikap tidak mengendahkan gejala ini. Sebab itu , nampaknya jenayah qazaf terus dilakukan tanpa khuatir kerana mereka terlepas dari didakwa.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Rakyat disarankan bangkit untuk memberi mesej jelas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan gejala jijik ini dan mendedahkan golongan ini kepada khalayak ramai .


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Jika politik fitnah dan lucah ini yang bermula sejak 1998 tidak dibenteras , budaya ini akan dilihat sebagai wajah politik Malaysia yang sangat memalukan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:15 PM

Hanya dengan mengguna pendekatan pengemblengan rakyat, gejala ini akan dapat dihapuskan. Keputusan rakyat merubah penguasa dalam PRU ke 13 sahaja yang dapat memberi jawapan muktamad untuk menghentikan politik murahan seperti ini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:23 PM

“Kaum Cina kini lebih mementingkan isu negara seperti perkembangan ekonomi, pembasmian rasuah, ketelusan dan kehakiman yang adil.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:24 PM

“Kaum Cina mahu pemimpin yang boleh membantu pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup kaum itu,”


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:25 PM

Chinese have been granted certain rights, including the right to participate in the democratic process of a country. This right to participate must be balanced with the responsibility of exercising that right, and doing so wisely.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

“Parti yang disukai adalah parti yang layak mewakili Malaysia dan mempertahankan ketelusan serta keadilan di negara ini. Ini antara ciri-ciri yang tidak ada pada MCA,”


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:26 PM

Voting ensures that every Malaysian citizen participates in bringing about a more just and equitable Malaysia for succeeding generations to come.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:31 PM

Presiden Southern Kolej, Thock Kiah Wah berkata, kaum Cina hilang keyakinan terhadap MCA kerana parti itu gagal menyelesaikan masalah masyarakat Cina dengan baik. Akan tetapi pastinya salam masa 5 tahun ioni BN dan MCA berusaha untuk mengambil hati kaum cina. Seperti baru-baru ini di Penang, jemputan Psy penyanyi yang popular dengan "Gangnam Style" semata-mata mengambil hati rakyat dikawasan tersebut yang majoritinya adalah kaum cina.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:32 PM

Perdana menteri Najib pada tahun baru Cina 2013 beliau menunjukan kemesraaan beliau, selain daripada memakai baju Tang yang mampu terkedukan perasaan orang-orang Cina, beliau juga dapat memalu gendang Cina dalam skrip tayangan filem pendek. Walaupun apa yang dilakukan itu tidak membawa maksud ataupun sesuatu tujuan yang lain, jika dibandingkan dengan pemimpin PKR Anwar Ibrahim dan pemimpin Pas Hadi Awang, sekurang-kurangnya Najib berani tampil, dan tidak risaukan apakah perasaan orang-orang Melayu terhadap beliau.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:33 PM

Buat masa ini bilangan penduduk Cina sebanyak 23 peratus, di bawah parti-parti orang Melayu sedang berbalah pada waktu ini, kita masih dapat merebut sesuatu keuntungan di antara celah-celah mereka apabila mereka sedang bersengketa, tetapi dijangka pada 20 tahun lagi bilangan penduduk kaum Cina akan berkurangan kepada 15 peratus, bermakna kekuatan yang perlu dikumpulkan akan semakin merosot, sebab itu apa yang kita dapat pada hari ini perlu dipegang sebaik-baiknya jangan dipandang ringan walaupun sedikit.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:35 PM

Tidak kira sama ada MCA berdepan dengan UMNO, ataupun DAP berdepan dengan Pas dan PKR, di penghujungnya nanti pasti bukan suatu perkara yang menggembirakan kita. Sebab itu jika masyarakat Cina mahu hidup tenteram dan aman, perlu sebaik-baiknya pegang kepada penghujungnya kekuatan 23 peratus bilangan penduduk ini untuk pertahankan sesuatu, kepada polisi-polisi yang tidak memihak kepada masyarakat Cina itu perlu diperbetulkan, pastikan budaya asal dan adat asal dan tuntut rayu itu dapat dikekalkan dalam polisi, jika tidak, keturunan dan anak cucu kita akan diperkotak katikan dengan sewenang-wenangnya yang amat menggerunkan, pasti semua kejadian akan menjadi kenyataan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:36 PM

Paling menjejaskan nyawa Pakatan Rakyat ialah mereka masih terkunci dalam mempertikaikan perbezaan agama dan kaum dengan perberbezaan pendapat, mereka kekurangan bersatu padu untuk berdiri di atas satu barisan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:36 PM

Jika benar Pakatan Rakyat memerintah, keputusan Anwar Ibrahim jadi perdana menteri itu jika dilambat-lambatkan dan jika tidak dapat diputuskan dengan segera, walaupun DAP sokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri tetapi masyarakat Cina pula khuatir apabila Pas lebih berkuasa besar, mereka akan dapat percepatkan untuk mengwujudkan negara Islam. Sebaliknya hari ini struktur organisasi Pas lebih lengkap daripada PKR, jika Anwar mahu berkuasa, pastinya Anwar juga perlu ikut cakap Pas, pada masa itu Pas akan masukkan unsur-unsur Islam dalam polisi pentadbiran mereka.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:37 PM

Bagi saya, yang masih menyokong umno/bn adalah :-

1- kontraktor yang bergayut di bawah ketiak umno/bn

2- golongan veteran yang terlalu bernostalgia

3- mereka yang kurang terdedah dengan politik massa/ kurang terdedah dengan keburukan pemimpin umno/bn

4- mereka yang merasa selesa kerana mendapat pekerjaan yang baik. jenis ini akan TAKUT dengan bayang-bayang. Contohnya, kalau PR perintah, negara akan kucar kacir dan kehidupan mereka akan terjejas. Jenis ini lebih pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain dan mereka lupa bahawa yang beri rezeki adalah ALLAH, bukannya umno/bn

5- golongan yang suka menerima/ meminta-minta dan suka pada keuntungan segera. contohnya penduduk kampung yang masih hidup susah. mereka akan terlalu menyanjungi pemimpin yang memberikan bantuan 100/500 ringgit, atap zink, tandas boleh alih, enjin bot, tangki air dan lain-lain bantuan segera yang lain. Lepas pilihanraya, apabila mereka dilupakan, mereka akan melabun sesama mereka dan mengeluh. Datang pilihanraya, mereka dapat lagi bantuan segera, mereka LUPA penderitaan ketika dipinggirkan. Ianya berterusan selagi minda mereka terkepung dan takut untuk berubah.

6- Mereka kaki lobi dan kaki bodek yang mendapat habuan tanpa bekerja keras, tetapi cukup dengan kenal pemimpin atasan untuk di lobi. Golongan ini memang tak boleh pakai dan dengan mudah akan bertukar 'kiblat'. tidak hairan jika PR memerintah, mereka akan terlalu baik dengan pemimpin PR. Inilah conman.

So, mereka yang masih sokong umno, di mana anda punya kedudukan.

Jika alasan anda menyokong umno kerana agenda melayu, apa alasan anda apabila melihat tanah rizab melayu yang digadaikan oleh umno, mengurangkan kuasa raja2 dan 'menyerang' institusi raja tetapi kini sibuk mempertahankan (kononnya) institusi sama yang diserang dulu? Siap suruh siasat harta sultan dan masuk muka depan paper lagi. Di mana kedudukan melayu sekarang setelah lebih 50tahun umno tadbir malaysia? Ketahuilah bahawa agenda melayu hanya untuk menghalalkan apa yang mereka buat, sedangkan yang diberi banyak keistimewaan adalah kaum lain yang mana banyak memberi dana kepada mereka.

FIKIR-FIKIRLAH


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:38 PM

Kesombongan Pas terhadap DAP, boleh dilihat dari keputusan yang dibuat oleh majlis syura Pas yang melarang orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” yang menjadi kontrovesi sekarang ini, kelihatan semarak Islam semakin kuat dan bukannya semakin merosot, dimana DAP menjadi bahan penghinaan dan seperti diperlekehkan, sedangkan DAP tidak boleh berbuat apa-apa.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:38 PM

Dalam pendidikan Cina masyarakat Cina memang dahagakan supaya sijil sekolah menengah Cina Swasta itu diiktiraf oleh pihak kerajaan, walaupun DAP mendakwa mendapat lebih 80 peratus sokongan dari masyarakat Cina, tetapi tiada kedudukan dan kuasa dalam pola pemerintahan Pakatan Rakyat, dan kurang yakin dapat pertahankan janji-janji mereka kepada masyarakat Cina. Sebaliknya pengerusi PKR Wan Azizah yang mengutarakan mahu iktiraf sijil sekolah menengah Cina dan tambah bilangan sekolah rendah Cina, bukankan mereka yang menentukan hak masyarakat Cina, dimana kedudukan DAP hanya sebagai penyokong pandangan itu.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:40 PM

Dan kata-kata Wan Azizah itu berapakah kekuatan dan pengaruh yang Wan Azizah akan dapat untuk jadikan isu itu sebagai polisi Pakatan Rakyat, adakah dapat melepasi pintu halangan Pas. Ini satu persoalan, ini perlu minta cagarkan dulu pilihan raya, selepas menang tidak kira banyak ataupun sedikit baru boleh dibawa berbincang.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:43 PM

tepat sekali list penyokong tegar umno yg saudara beri...penyokong tua yg terlalu bernostalgia hanyalah menyokong umno yg mati sebelum dihidupkan kembali oleh TDM..

fitnah2 umno tentang cauvinisme menyebabkan golongan ke-4 dalam list tersebut muncul...takut hilang kuasa..hilang mata pencarian..negara kucar kacir...lantas lupa Yang Maha Memberi Rezeki dan MAha Merancang...mereka ini lagaknya seperti tukang tilik yg boleh menilik masa hadapan..

sepanjang berbicara dengan penyokong tegar umno..yg saya dapat hanyalah cacimaki sahaja...bila ditegur maka balasan mereka adalah cacian, digelar anjing dll...hinanya kita sebagai penasihat atau tukang tegur..tetap tiada perubahan...maka teguran ini harus diubah dalam bentuk undian kepada ABU..


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:49 PM

Ingat lagi pembongkaran tingkat 2 Blok 4 Putrajaya tu...inilah hasil kreativiti cucu cicit syaiton tu. Selamat menfitnah, semoga anda dan seterusnya anak cucu anda akan Allah balas dengan seburuk buruk pembalasan. Ingatlah Allah Maha Pembalas... terima kasih kepada pereka cipta tu... lupakan Allah kerana anda tidak akan mati... buat jangan tak buat... amin


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:53 PM

Lawan tetap lawan. Membujur lalu melintang patah. Ini kali lah. Tukar mesti tukar. Memfitnah, merakam dan mengedar video lucah itu suatu kewajiban pd parti kerajaan ini. Apatah lagi, kalau para pemimpin nya bersekongkul dgn bekas polis yg mempunya masaalah disiplin dan rasuah yg kini kita kenal sebagai papagomo. Umum nya, rakyat dah tahu semua ini. Rakyat pun dah jelak dan muak dgn pendekatan sebegini yg di ambil oleh parti kerajaan ini.Semakin mendalam hasrat mereka ini meneruskan kempen aktiviti aktiviti sebegini, semakin lingkat lah peluang parti kerajaan ini utk meraih undi rakyat yg kini mahukan perubahan, pertukaran dan kembalikan hak rakyat kpd rakyat.Ayuh, kita laksanakan pembaharuan pd 05.05.2013 ini agar dapat kita semua terlepas dari belenggu pembohongan dan pengnindasan kerajaan yg ada sekarang. Bertaubatlah sementara pintu taubat itu maseh terbuka dlm jangka hayat di dunia kini, sebelum terlambat.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:02 PM

Jika baner ini kerja BN... saya amat setuju.... sebab Pakatan akan memerintah selepas ini..... Tetapi pakatan dan pas jelas bukan mereka yang buat baner ini, sebab mereka tahu mereka pemenang PRU13....


Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:04 PM

he he setuju... lepas nih Pakatan akan menawan putrajaya jadi kenyataan melalui baner ini....


Anonymous said...
April 25, 2013 at 10:09 AM

BN punya cara masih ketinggalan zaman sekarang remaja dah berpendidikan dan bakal jadi pemimpin dan orang tua bakal berkubur jadi kalu BN nak menang kena mula kembali semai untuk remaja tertarik kepada BN tapi pemimpin BN kenalah jadi room modal yang baik tetapi bukan pemimpi BN sekarang dah tak boleh percaya/rasuah/pembodek/cakap sombong/perkauman/tidak ikhlas.


Eddy said...
April 26, 2013 at 11:59 AM

Kain rentang juga dibertikaikan.


Lina said...
April 26, 2013 at 12:01 PM

Ini mainan politik. Harus terima je.


Regen said...
April 26, 2013 at 12:02 PM

Isu agama tidak harus dimain yang berkemungkinan mengungkit ketidak puas hati semua golongan.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:32 PM

Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said that the Kaamatan is not only a symbol of thanksgiving for the paddy harvest but also act as a contributor in helping the government to realise its economic vision.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:33 PM

He said that the Kaamatan is celebrated annually in Sabah and its focus is mainly on handicrafts, agriculture and tourism.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:33 PM


“In every Kaamatan celebration, the people would not only display their agricultural products but also their handicrafts and others,” he said when launching the Tambunan Kaamatan celebration at the Pisompuruan Square here yesterday.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:34 PM

Pairin who is also Minister of Infrastructure Development-cum-Tambunan Assemblyman said that the Kaamatan is also a time when people of various races and ethnicity in Sabah come together to mix and mingle as they celebrate the festivity of the Kadazandusun and Murut communities.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:34 PM

“In fact we even have people from all over the world who gather in our State as visitors and tourists to celebrate Kaamatan with us,” he said.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:35 PM


Pairin said that the convergence of these people appropriately reflects the theme of Kaamatan this year which is “Sustain Goodwill & Understanding through Kaamatan”.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:35 PM

He also said that the celebration can instill a spirit of patriotism amongst the people in Sabah especially the Kadazandusun and Murut communities.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:35 PM

Pairin urged everyone especially those in this district to ensure that the existing goodwill and understanding prevail as they celebrate this festival so that the Kaamatan continues to be relevant.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 11:36 PM


Also present were Energy, Green Technology & Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Kiulu Assemblyman Datuk Joniston Bangkuai, PBS Wanita chief Datuk Jamilah Sulaiman, Tambunan KDCA organising chairman Datuk Daniel Kinsik, Tambunan assistant district officer Robert Stidi, heads of departments and community leaders.


Anonymous said...
November 14, 2013 at 10:15 AM

Tai and Hoe said some marginal increase during the high crop season could not be ruled out but they believed ending inventory will remain sharply below the end-CY12 level of 2.628 million tonnes.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx