Monday, April 29, 2013

Berang Kerana Berceramah Dihadapan ‘Kerusi Kosong’

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.

Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.

“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.

Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.

“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.

“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”

Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.

Selepas majlis selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.

“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”.

Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini. Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS.

Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan. -TMI
xxx2

Komen Anda

70 Responses to " Berang Kerana Berceramah Dihadapan ‘Kerusi Kosong’ "
Anonymous said...
April 30, 2013 at 12:01 AM

DALAM PRU 2008, DATUK SHARIR MENANG DENGAN MAJORITI 43143 UNDI.
BUKAN SENANG NAK KALAH TU.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 6:17 AM

SAPA KATA KALAU ALLAH NAK BAGI KALAH MAKA KALAH LAH TU.JGN TAKBUR OI KAWAN SEKARANG RAKYAT BETUL BETUL NAK BERUBAH INI SALAH SIAPA TANYA BN LAH


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:37 AM

EMAK SAYA YANG DAH TUA JUGA TAHU BAHAWA BN BANYAK MAIN SANDIWARA. SAYA TERKEJUT APABILA EMAK SAYA BERTANYAKAN BERBAGAI HAL TERMASUKLAH TANDUO. BELUM SEMPAT SAYA BERCAKAP, EMAK LANTAS BERKATA KERAJAAN SUKA MAIN SANDIWARA.

Saya kata, "Tak boleh cakap macam tu, mak."

Jawab mak, "Jika saya tak cakap pun, hati saya yang terasa macam sandiwara saja semua ini."

Satu-satunya sumber berita emak ialah tv. Bayangkanlah........


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:13 AM

Hahaha ini masa majlis belum mula lagi ini gambar yang diambil..hahaa


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:22 AM

inilah cabaran berkempen di tempat Cina! huhuhu


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:25 AM

insha Allah memang BN akan menang besar! tapi, Cina wajar juga dilayan sebagai IMIGRAN!!

drp pemerhati bebas


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:30 AM

Kedudukan pakatan pembangkang semakin tergugat apabila beberapa siri ceramahnya di seluruh negara gagal mendapat sambutan daripada orang ramai.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:30 AM

Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan calon parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam ceramah politik di Kluang, petang Selasa lalu gagal menarik minat orang ramai apabila tidak lebih 100 orang sahaja menghadirinya.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:30 AM

Timbalan Presiden Pas ini turut menerima nasib yang sama di Taman Cempaka, Tampoi Johor Bahru apabila hanya menerima kehadiran kecil pengikut setia Pas.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:30 AM

Antara yang menyebabkan mereka semakin hilang kepercayaan dan keyakinan adalah perebutan kawasan pilihan raya dan janji-janji manis yang diberikan kepada rakyat.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:31 AM

Nama-nama pemimpin pakatan pembangkang seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih gagal menarik minat masyarakat sekitar untuk ke ceramah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Idaman Pandamaran, Klang kelmarin.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:31 AM

Begitu juga, ceramah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang sebelum ini menghina anggota keselamatan negara dan rakyat dalam insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram apabila program yang dianjurkan di Kepong berlangsung hambar.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:31 AM

Ceramah calon PKR Parlimen Setiawangsa, Ibrahim Yaacob di Dataran Ayer Panas Setapak Jaya dan calon Pas Seri Serdang, Noor Hanim Ismail di Bandar Kinrara, Puchong juga hambar.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:31 AM

nampak gayanya impian anuar ibrahim nak jadi pm kena tunggu lain kalilah!! rakyat dah mula sedar siapa pakatan, cuma nak membangkitkan kesedaran kepada orang ramai mengambil masa sedikit! tetapi In shaa Allah, kebenaran akan datang juga


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:31 AM

Para pengundi di Parlimen Ampang sudah memberikan isyarat jelas kepada Zuraida Kamarudin bahawa dia tidak lagi diterima untuk mempertahankan kerusi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:31 AM

Buktinya, majlis pertemuan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi PKR di Ampang Hilir malam tadi bukan saja gagal mendapat sambutan malahan lebih menyedihkan hanya enam orang sahaja yang menghadirinya, termasuk petugas jentera parti.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:32 AM

Zuraida juga jelas tidak mempunyai pengikut setia di kawasan tersebut walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama lima tahun sejak memenanginya pada pilihan raya umum 2008.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:32 AM

Beliau yang akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib. Rozaidah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 tetapi tidak dicalonkan semula pada 2008.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:32 AM

Walaupun menyedari ucapannya tidak mahu didengari para pengundi Ampang, Zuraida tetap menabur pelbagai janji kosong jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13, termasuk pelbagai insentif dalam bentuk kewangan kepada rakyat.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:32 AM

Antaranya, pemberian saham kepada setiap rakyat di Selangor melalui penstrukturan semula syarikat bekalan air di negeri itu serta menyediakan caruman wanita Malaysia seperti mana manifesto pakatan pembangkang.


Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:32 AM

Namun, seperti diakui sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukan sebuah janji, maka segala tawaran yang ditaburkan Zuraida tidak lebih sebagai gula-gula untuk memancing undi. - UTUSAN ONLINE


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:18 AM

Hambar dan kurang menyengat mungkin gambaran sesetengah pemerhati yang tidak terlibat secara langsung dalam siri kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang sudah memasuki minggu terakhir.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:19 AM

Tidak boleh dinafikan, kempen ini bukan dibuat secara sembrono, sudah pasti ada strategi yang dirancang oleh parti-parti politik.

Tinggal lebih kurang empat hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi 5 Mei ini, kesibukan calon-calon ini tentunya di tahap maksimum.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:19 AM

Walaupun siri kempen disifatkan tidak panas oleh sesetengah pihak, namun kempen PRU13 ini menyaksikan beberapa insiden yang tidak diduga sehingga menimbulkan kebimbangan awam.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:24 AM

Polis menahan dua suspek bersabit insiden bom di belakang pentas Bilik Gerakan BN di Nibong Tebal.Bukan itu sahaja, beberapa insiden sama turut berlaku di beberapa lokasi lain.Insiden pergaduhan di lokasi ceramah, pergaduhan sesama jentera ketika memasang bendera dan macam-macam lagi.


Tidak kurang dengan itu, terdapat juga pendedahan video lucah membabitkan pemimpin tertinggi parti turut tersebar ketika siri kempen. Ia mungkin antara senario kurang sihat yang berlaku sepanjang tempoh kempen dan seketika menghangatkan suasana. Selain itu, pemimpin-pemimpin parti politik bagaimanapun lebih dilihat 'santai' daripada membangkitkan sebarang isu besar.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:24 AM

Ketua Penerangan Umno yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, jadual hariannya begitu padat dengan pelbagai aktiviti harian bersama masyarakat setempat. Hari ini (semalam) misalnya program beliau bermula jam 7.30 pagi dengan bersarapan bersama penduduk di Parit Haji Ariff Benut dan berakhir dengan ceramah di Parti Kudus jam 10.45 malam.Walaupun ada yang mengatakan siri kempen kali ini tidak panas, Ahmad berkata, "ia terus meningkat dalam masa enam hari lagi."


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:25 AM

Namun pandangan berbeza pula daripada calon BN di Dun Chempaka, Muhd Faizal Sufar, walaupun "suram dan muram" namun katanya, beliau dapat merasakan gelombang rakyat pada PRU kali ini. "Itu pandangan sesetengah pihak, program saya

"Majlis pengenalan calon dapat sambutan yang amat hangat, setiap kali saya hadir orang ramai luar daripada jangkaan saya, alhamdulillah itu satu impak gelombang yang dibuat oleh rakyat dalam kawasan Dun Chempaka," ujar beliau.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:25 AM

Sambutan pula nampaknya menggalakkan di kawasan Parlimen Pandan. Malah calon BN, Gary Lim Chin Wee berkata, adalah sesuatu yang tidak benar jika kita mengatakan kempen seminggu ini tidak panas.

"Tak benar, saya kerap turun padang ke Dun Teratai dan hari ini di Dun Chempaka banyak dan kerja dan walkabout yang kami sudah buat dan banyak ceramah dan perjumpaan dengan pengundi.

"Secara peribadi saya rasa saya banyak berusaha walaupun saya tengok dari segi pihak parti yang lain dari Bebas pun mungkin reaksi mereka suram dan tak panas sedikit tapi bagi saya, saudara Faizal dan Ben Liew, rakan seperjuangan saya di Parlimen Pandan, kami banyak turun padang," katanya.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:26 AM

Bagi pemerhati politik pula, mereka merasakan kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang mula rancak menjalankan kempen mengenengahkan isu manifesto untuk dihidangkan kepada pengundi.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, kedua-dua parti dilihat teruja dalam menjalankan kempen walaupun masih awal.

Menurutnya, calon-calon menggunakan waktu ini membangkitkan isu-isu yang dekat dengan rakyat bagi menawan hati mereka. Selain daripada isu-isu nasional yang dibawa, senjata utama mereka kini ialah manifesto masing-masing. "Pilihan raya kali ini lebih rancak lagi daripada sebelum ini, PRU sebelum ini tak nampak pemimpin 'excited' (teruja) seperti sekarang."Awal-awal lagi sudah rancak, masing-masing nak pertahan dan merampas kuasa kembali pada PRU ini," katanya.

Mengulas lanjut, Azizuddin juga berkata, BN dan PR menggunakan pendekatan berdasarkan pengalaman pada tsunami politik 2008. Katanya, BN memfokus kepada penggunaan media sosial dan baru, manakala PR lebih giat berkempen rumah ke rumah bagi menghadapi PRU13, 5 Mei ini.

"... cara berkempen tak banyak berubah, tetapi kita jelas lihat BN lebih banyak guna media sosial, dan PR turun padang dan masuk kampung lebih efektik untuk berkempen kepada kelompok sasaran. "... kedua-dua parti ini dilihat saling bertukar strategi antara satu sama lain," katanya.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:26 AM

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pensyarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat pula berkata, kempen kali ini pada pengamatannya lebih rancak berbanding 2008.

Beliau berkata, pembangkang menggunakan tempoh ini untuk menerangkan manifesto terutama dalam perkara yang dijanjikan percuma. Sementara BN pula katanya, menggunakan isu setempat untuk terus menarik pengundi.

"Situasi kali ini lebih rancak kerana pilihan raya kali paling sengit. "PR dan BN akan menggunakan pendekatan yang lebih kurang sama... PR sedaya upaya menyerang manifesto BN dan menggunakan manifesto yang menjadikan 'percuma' kepada pengundi," katanya. Manifesto PR dibentangkan awal iaitu pada 25 Februari lalu sementara BN pula pada bulan ini, beberapa hari sebelum penamaan calon.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:27 AM

Pengarah Pusat Kajian Koridor Utara (NCRC) Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Rohana Yusof memberitahu bahawa siri kempen atau ceramah ini hanya menjadi panas jika ia dihadiri pemimpin besar dalam parti-parti politik.

"Tokoh-tokoh utama itu termasuklah kehadiran Anwar ke Sungai Petani baru-baru ini. Tapi kita tak boleh terjemahkan jumlah kehadiran penonton kepada sokongan undi. "Bagi BN pula, dijangka menggunakan lima hari terakhir ini untuk agresif lagi," ujar beliau.


Vintage said...
April 30, 2013 at 11:27 AM

Pendapat sama turut diutarakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

"Dari pengamatan saya ceramah-ceramah tersebut hanya akan dihadiri ramai orang hanya dengan kehadiran Anwar, Hadi datang. Kalau calon-calon tempatan, ia tak dapat menarik sangat penduduk tempatan kerana mereka hanya nak lihat dan dengar sendiri orang-orang besar ini bercakap," katanya. Menurut Shamsul, beliau sudah mengikuti siri kempen lebih 18 siri kempen di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


"Ini strategi biasa PR dan diikuti yang lain seperti Rafizi dan lain-lain. "BN pula, misalnya di Johor, banyak kekalkan penyandang. Jadi penduduk sudah kenal, hanya sukar sikit bila Datuk Khaled Nordin, balik Johor dan tanding kawasan Dun, yang bukan merupakan kawasan beliau dulu," ujar beliau.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:30 AM

Sokongan dan kepercayaan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) tampak semakin kuat apabila parti gabungan itu terbukti membawa banyak pembangunan dan kesejahteraan kepada kaum berkenaan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:30 AM

Calon BN bagi Parlimen Batu, Dr Dominic Lau Hoe Chai berpendapat bahawa segala bantuan dan keprihatinan kerajaan BN untuk memastikan tidak ada rakyat terpinggir dalam pembangunan arus perdana telah menarik sokongan masyarakat Cina terhadap BN.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:31 AM

"Dulu apabila kita cuba promosikan skim dan bantuan kerajaan, biasanya orang Cina tak percaya, sebab bagi orang Cina, 'tak ada perkara seperti makan percuma di dunia ini," menurut Setiausaha-Agung Pemuda Gerakan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:31 AM

"Sebagai contoh, masa kita buat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang pertama dulu, ramai orang Cina tak mahu isi borang kerana mereka tak percaya boleh dapat (bantuan), tapi bila nampak ramai yang terima, baru mereka percaya.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:32 AM

"Komuniti Cina juga dah tukar konsep dan percaya bahawa ini (BN) adalah satu kerajaan yang prihatin terutama kepada orang tua," katanya.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:33 AM

"Daripada maklum balas yang saya terima daripada penduduk, ada banyak masalah dan isu tempatan yang dia (Tian Chua) tak dapat selesaikan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:33 AM

"Memang mereka tak puas hati yang Tian Chua pergi merata tempat buat ceramah ikut Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi tak turun padang ke kawasan sendiri," katanya.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:34 AM

Calon BN di Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng pula berkata mengikut pengamatan masyarakat kaum itu yang memerhatikan pencapaian kerajaan sejak lebih 50 tahun dahulu, BN tidak pernah mengabaikan hak-hak orang Cina.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:35 AM

"Pengalaman kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan inisiatif yang diambil kerajaan memberi kesan positif dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan sosial," kata Ketua Pemuda MCA Bandar Tun Razak


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:36 AM

pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah meningkatkan pendapatan rakyat serta melahirkan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat menjelang 2020.


Ini Kalilah!! Tukar! said...
April 30, 2013 at 12:44 PM

sah! hidup di sabah ni kaki ampu Bn~~ ahah~ lps tu pembaca setia utusan meloya plak tu!! kahkahkah!! patutla!! berita yg slalu menyebarkan fitnah, disaman balik2 pun x pandai mampus~~ xpa la, di dunia jak dy okay, di akhirat ni, kan kena juga tu, dgn org yg menyebar fitnah2 ni skali~

tajuk terang2 ckp psl ceramah Bn hambar, dy plak sbut pasal bnda lain~~ kahkahkah!

satu lg, korang ni jenis yg cpt puas ati ek, dpt Br1m tu?? ahah~ stakat rm500, itupun diberi ketika mo dkt2 pru-13, xkah ada agenda tersendiri?? stakat rm500 tu, klo byr saman pun x ckup~~ pffftt~~

mana korang dpt informasi2 ni? ketara copy paste~ hahah! hey korang! pls la pakai ayat sendiri, kaji dulu benar2, compare di antara manifesto2 yg dibentangkan, jgn main copy paste, jgn ikut secara membuta tuli jak, nmpk sgt xda pendirian~

tolong buka mata korang seluas2nya, jgn celik mata tapi buta hati~~

hidup di sabah, hentikan spamming ayat2 utusan meloya kat cni, org yg nak baca tu boleh jak p beli newspaper tu, xpun tgk on9~~ sbb ada sebahagian org x suka baca utusan meloya ni, dan itu termasuk ak~~ penuh ngn fitnah, dan dusta semata2~~


Anonymous said...
April 30, 2013 at 2:09 PM

kehadiran semasa ceramah tak melambangkang jumlah sokongan sebenar


Anonymous said...
April 30, 2013 at 2:19 PM

Yesssssssssssssssssssssssssssssss memang petanda BN jatuh!!!!!!!!!!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:04 PM

Kredibili Datuk Sharir tidak siapa yang dapat menafikan. Masa beliau bertanding calon BEBAS pn di masih boleh menang. PR bermimpi disiang hari.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:38 PM

Penggundi tahu kredibiliti Datuk Shahrir. Masa dia tanding sebagai calon BEBAS pn dia menang. Insya Allah kemenangan akn berpihak sekali lgi kepada Datuk Sharir Abdul Samad.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:40 PM

Hidup Di Sabah said...
April 30, 2013 at 10:30 AM

Kedudukan pakatan pembangkang semakin tergugat apabila beberapa siri ceramahnya di seluruh negara gagal mendapat sambutan daripada orang ramai
( Sumber berita dari nenek kau kah sdra?)


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:40 PM

jangan dilayan hidup di sabah dah menjadi-jadi otak dah masuk air..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:43 PM

Banyaknya budak Tadika sini meniru artikel orang lain macam Vintage dan Hidup di Sabah! Atau tiada otak untuk berfikir!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:16 PM

Memang betul durg di upah oleh umno untuk membalas serangan komen dari pihak yg amat bencikan umno sehingga keakhir hayat...

Kalau aku ludah saja puak umno kkeerrahhhkkk ptuiii..

Ini kali la....
BAYUMURNI....


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:29 PM

itu 2008 sekarang 2013.. nampak TIPIS sangat...peluang untuk menang.KESIAN HIDUP SABAH baru 1 atau 2 penggal mengundi.. yang aku ni dan 6 penggal mengundi tidak juga panik.. ketara mcm mengalabah udah kamu urang ni.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:35 PM

SABAH MESTI BERUBAH... INI KALI LAH..


zaini zai said...
April 30, 2013 at 11:36 PM

Kredibiliti Shahrir Samad tiada tandingnya? Alasan menang majoriti 43000 undi pd PRU ke 11 dn PRK bg Parlimen JB dulu. Itu dulu dan harus diingat yg Shahrir pon dah goyah dgn kehadiran ceramah lingkung 100-200 yg dianjurkn di JB sehari dua lepas. Secara peribadi,beliau memang disenangi rakyat Johor tetapi kena ingat,arus PERUBAHAN yg melanda sekaang tidak mngira Shahrir Samad atau Musa Hitam. Musa yg djadual turut serta bceramah BN jugak tak dtg. Sebab ? Dia sedar le tu... Di Tawau,ada billboard BN kata kalau PR nmmerintah negara, Msia akan bngkrap. Mana format yg dia ambil utk ukur garispanduan yg mmbangkrapkn negara jiak PR mmerintah. Setahu aku..mmbangkrapkn UMNO ada le..


Anonymous said...
May 1, 2013 at 7:34 AM

Sebetulnya kerusi itu ada orang duduk tapi tak nampak dalam kamera. Itu kerusi untuk pengundi POS dan pengundi hantu termasuk lah headhunter, hidup di sabah.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 7:35 AM

Ini bukan salah penganjur. Jgn la buat-buat tak tau pulak, seluruh negara dah tolak Be End. Kalu malu nak ceramah dengan kerusi duduk diam2 kat rumah atau yang lebih baik untuk orang dah tua macam dia tu lebih banyak ke surau atau masjid je.


arafat said...
May 1, 2013 at 9:54 AM

Yg pasti SPR dah kerja keras utk menangkn BN. Caranya? Mudah. Manipulate undi pos dan gerakkan semua hantu2 yg dikenalpasti oleh parti setan yg dkenali utk diagih kpd kerusi yg dmenangi oleh PR pd PRU lepas yg majoriti 1000 kebawah. Modus Operandi ni bukan sekarang ponn.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 10:26 AM

Vintage, Hidup di Sabah! dan headhunter otak mereka simpan di lutut sebab itu tak tahu untuk berfiikir maka tahu copy dan paste sahaja!


Anonymous said...
May 1, 2013 at 2:05 PM

Vintage, Hidup di Sabah! dan headhunter..kesian copy paste sahaja itu kamurang bangga jadi penjilat buntut bos mu...he...he baik kamurang kerja pasang poster dapat juga hasil...


Anonymous said...
May 1, 2013 at 2:06 PM

DAP lebih baik dari UMNO kerana kerana, Melayu Kelantan pun ditindas UMNO bukan DAP


Anonymous said...
May 1, 2013 at 2:08 PM

Doa rakyat yg dzalimi, dtindas,d ugut,dfitnah, dtngkap, d pnjara dn khinati sngt2 d makbul kn dn tiada hijab dsisi ALLAH..wrga PAKATAN RAKYAT bragama ISLAM mri lah sma2 bdoa..YA ALLAH KMI MGADU KPD MU YA ALLAH, PERMUDAH KN LAH KMENANGAN KPD PKATAN RAKYAT, SMUA PNYOKONG2 UMNO BN BRSIMPATI DI BILIK UNDI DGN MEMILEH PAS PKR DN DAP, YA ALLAH ENGKAU GERAK KN LAH STIAP TNGAN2 YG MEMANGKAH UNDI SUPAYA UNDI PKATAN RAKYAT TMSUK PENGUNDI HANTU..YA ALLAH HANCUR KN LAH TNGAN2 JHAT YG MENGHALANG HRPN RAKYAT TMSUK (SPR)..TUMBANG KN LAH UMNO DN BRISAN NSIONAL DGN BELAS KASEHAN MU YA ALLAH..


Shinia said...
May 3, 2013 at 7:49 AM

Kemenangan Datul Sharir di PRU12 adalah cemerlang, tidak membuktikan beliau akan terus menang sebab rakyat sudah sedar.


Khairul said...
May 3, 2013 at 7:52 AM

Inilah masa untuk memberi UMNO satu pengajaran.


Iman A said...
May 3, 2013 at 7:59 AM

This is the best time to change.


Peng Sen said...
May 3, 2013 at 7:59 AM

Inilah rakyat sudah tidak puas hati dengan UMNO.


Amrul said...
May 3, 2013 at 8:03 AM

Berubah harus bermula dari tiket undian terlebih dahulu.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:25 AM

While Foreign Direct Investments (FDIs) still play a very important role, having brought a lot of developments into the country the past few decades, there has been a shift of ratio between foreign and domestic investments, said Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:25 AM

Going into the future, Malaysia has to work harder to stimulate domestic investments as well, the minister said after delivering his keynote address and launching the United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students’ (UKEC) annual summit, Projek Amanat Negara 2012 here.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:25 AM

The time frame includes obtaining approvals beyond the jurisdiction of the Malaysian Investment Development Authority, among others land acquisition, building plan approval, certificate of fitness, machinery installation and in some ventures, clearance by the Department of Environment.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:25 AM

Although not all of these investments are implemented, the ministry has managed to see to at least 75 per cent to 85 per cent implementation


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx