Friday, April 26, 2013

Nombor Siri Kertas Undi Untuk Apa?

Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi - meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah.

NONECalon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil  calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.

Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos.

Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka.

"Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Di kawasan Parlimen Tanjong Piai, calon DAP, Mahdzir Ibrahim juga menerima satu aduan yang sama daripada pegawai rendah SPR yang telah memohon untuk menjadi pengundi pos.

Beliau berkata nombor enam angka yang dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk mengembalikan undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang hendak dihantar kepada pengundi.

Beliau berkata nombor enam angka juga dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk menghantar kembali undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang akan diposkan kepada pengundi.
"Seorang pengundi memberitahu saya bahawa undinya akan dikesan, oleh itu, dia akan memangkah undi rosak," kata Mahdzir kepada Malaysiakini.

NONE"Kita tahu bahawa sampul surat akan dipisahkan daripada kertas undi semasa proses pengiraan, dan kotak undi akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya. Tetapi jika pegawai SPR membuka kotak  undi, mereka akan dapat mengesan pengundi. Isu sekarang ialah integriti SPR. "

Cheo dan pasukan kempennya juga mengesan nama seorang lagi
pengundi pos yang muncul dalam kedua-dua senarai 'pegawai SPR' dan senarai 'pengamal media'.

"Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, "kata calon berusia 29 tahun.

Kakitangan SPR dan wartawan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian, dibenarkan mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum ini. -MK
xxx2

Komen Anda

35 Responses to " Nombor Siri Kertas Undi Untuk Apa? "
Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:53 AM

DrMAZA.com
..air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..


Anonymous said...
April 27, 2013 at 12:43 PM

SPR jamin undi rahsia '100 peratus'

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.

"Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya, ketua penguatkuasa SPR dan ketua polis daerah di Perak, di sini semalam.

Beliau menjelaskan, apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi.

"Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan.

"Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja," katanya.

Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain.

"Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain," katanya.

Oleh itu, katanya tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi.

"Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang. Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh 'match' (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi)," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar 'ajaran sesat' kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan. - Bernama


arafat said...
April 27, 2013 at 1:06 PM

No siri pd kertas undi tu untk siasat mana2 peg kerajaan yg undi PR kot.


Anonymous said...
April 27, 2013 at 5:06 PM

Hai...SPR nih takhabis-habis dengan kerja tipu dorang...! Kalau rakyat sudah bangkit...Apa lu mau buat.....Memang siallllllll........!


Anonymous said...
April 27, 2013 at 5:08 PM

Tak tahulah nak cakap macam mana lagi . . . . lapur pada POLIS, senyap dan sepi, sebab, POLIS DIRAJA UMNO. Lapur pada SPRM membisu sejuta kata, sebab, SPRM KELDAI UMNO . . . . . nak LAPUR pada DYMM Yang DiPertuan Agung dikata tak ikut PERLEMBAGAAN . . . AYUH RAKYAT BANGKIT . . . KITA TOLAK BN HABIS-HABISAN . . . . .


Anonymous said...
April 27, 2013 at 5:12 PM

KENAPA BN AKAN KALAH WALAUPUNG PENYOKONG DAN PEMIMPIN BN CUBA SEDAYA UPAYA MEREKA! KAH KAH KAH...

Sifir kekalahan UMNO.

Hari pembubaran Parlimen : RABU.

R = Rakyat.
A = Akan.
B = Buang.
U = UMNO.

Hari penamaan calon : SABTU.

S = Semua.
A = Akan.
B = Bersatu.
T = Tolak.
U = UMNO.

Hari mengundi : AHAD.

A = Adalah.
H = Hari.
A = Akhir.
D = Datuk NAJIB.

Tarikh mengundi : 5.5.2013.

55 tahun UMNO memerintah, 2013 tahun terakhir...........

R - RAHMAN.
A - ABDUL RAZAK.
H - HUSSEIN ONN.
M - MAHATHIR.
A - ABDULLAH BADAWI.
N - NAJIB.

THE END OF BN ! KAH KAH KAH...

MESTI ADA MACAI YANG MENGELUPUR KAH KAH KAH...


Anonymous said...
April 27, 2013 at 5:14 PM

spatutnya dari dulu lagi spr dan sprm di.letakan di bwah Yg.Di prtuan Agong.bukan di bwah kabinet.ini lah jadinya .klau di letakan di bwah krajaan yg memrintah.ia akan di jadikan kuda tunggangan.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 12:30 AM

RAMALAN AHLI NUJUM NEGARA KERAJAAN BERINGIN RENDANG MENGENAI PROSES PILIHAN RAYA KE 13.

SIFIR KEMENANGAN UMNO

HARI PEMBUBARAN PARLIMEN:RABU

R -RAKYAT
A -AKAN
B -BUANG
U -UNDI

HARI PENAMAAN CALON:SABTU

S -SEMUA
A -AKAN
B -BERSATU
T -TERIMA
U -UMNO

HARI MENGUNDI:AHAD

A - ADALAH
H - HARI
A - AKHIR
D - DATUK SERI ANUAR IBRAHIM

SELEPAS PRU13 UMNO AKAN MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PEMERINTAHAN BERASASKAN TEORI RAHMAN:

R - RAHMAN (PM PERTAMA)
A - ABDUL RAZAK (PM KEDUA)
H - HUSSEIN ONN (PM KETIGA)
M - MAHATHIR (PM KEEMPAT)
A - ABDULLAH BADAWI (PM KELIMA)-SEPATUTNYA ANUAR TAPI KENA PECAT.
N - NAJIB PM KE ENAM DAN SETERUSNYA.

UNTUK KEMBALI KEPADA HURUF "A",DALAM TEORI RAHMAN, PELUANG ANUAR SUDAH TIDAK ADA LAGI ATAS FAKTOR UMUR.

BN, DULU, KINI DAN SELAMANYA.






zaini zai said...
April 28, 2013 at 11:49 AM

Hari ni masih berlaku lagi manipulasi undi pos apalagi undi awal,sama jer. Apa yg brlaku pd undi pos? Kalau zaman aku dulu seorg kopral askar jer yg diarah undi BN,sekarang undi mcm tu brlaku lagi dan ditambah pula dgn askar yg wajib mngundi sendiri tetapi kena UNDI BN..sebab?? No siri pd kertas undi penentu segala. Nahas jika ddapti undi PR,jika kertas undi dibuka balik. Tetapi jngn terpedaya,mngkin SPR atau BN sebenarnya tak boleh buat apa jika askar polis tu tetap undi PR. Hanya individu tu jer yg malas fikir panjang dan takpe le undi BN lg.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:31 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:31 AM

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:31 AM

"Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:32 AM

Beliau menjelaskan, apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:32 AM

"Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:32 AM

"Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:33 AM

Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:34 AM

"Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:34 AM

Oleh itu, katanya tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:34 AM

"Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang. Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh 'match' (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi)," katanya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:35 AM

Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar 'ajaran sesat' kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:58 AM

SPR akan pasti pengundian yang telus


Stanley said...
April 29, 2013 at 11:30 AM

SPR harus memastikan PRU yang bersihd an amanah.


Wendy said...
April 29, 2013 at 11:32 AM

It is for tracking purposes.


Ahmad said...
April 29, 2013 at 11:32 AM

SPR tidak menyakinkan rakyat.


Abas said...
April 29, 2013 at 11:34 AM

Senarai pengundi masih diragui khas PATI yang tidak langsung berkelayakan.


Chuma said...
April 29, 2013 at 11:35 AM

They will afraid they might be caught into trouble for not make a right election.


Nora said...
April 29, 2013 at 1:23 PM

Ini akan membuat mereka lebih takur untuk mengundi khas penjawat kerajaan.


Vali said...
April 29, 2013 at 1:24 PM

SPR jangan merosakkan keyakinan yang rakyat berikan.


Ric said...
April 29, 2013 at 1:25 PM

Tiada pihak berhak ketahui siapakah yang undi mana-mana parti.


Oliver said...
April 29, 2013 at 1:32 PM

Kod itu tidak diperlukan.


Maju said...
April 29, 2013 at 1:32 PM

Nanti sudah kesan memberi undi kepada pembangkang, akan mengugat pula kerjanya.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:15 PM

The Sabah Government also places great emphasis on human capital development. Apart from tertiary institutes, there are various industrial and skill training and research centres that focus on meeting Sabah’s specific human resource needs, including for the oil and gas sector.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:15 PM

Sabah is strategically located between two major economic regions. One is the affluent markets of North Asia including Japan, South Korea, Taiwan, Hong Kong and China and the other is the high growth developing markets in the economic grouping of the Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines – East Asean Growth Area (BIMP-EAGA).


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:16 PM

There are many opportunities within both economic regions, where oil and gas will play a leading role in stimulating growth for Sabah.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 2:16 PM

Musa also stressed that the Sabah Government practises responsible industrialisation by placing great emphasis on environmental and health safeguards as part of its commitment towards sustainable development.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx