Monday, April 22, 2013

PRU 13: Panas, celaru dan sesak

Pilihan Raya Umum ke-13 ini ialah yang pertama dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bagi Barisan Nasional, dan kali pertama Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya umum bersama selepas ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Selesai penamaan calon pada 20 April lalu, pilihan raya kali ini mencatat sejarah dengan jumlah 579 calon merebut 222 kerusi Parlimen, dan 1,321 bersaing di 505 kerusi negeri, dan tiada satu pun kerusi dimenangi tanpa bertanding.

Pilihan raya umum kali ini muncul menjadi pilihan raya yang dikuasai isu-isu panas sehingga menyentuh pelbagai hal sensitif, bercelaru dengan parti-parti pemerintah dan pembangkang menyaksikan jumlah besar ahli bertanding bebas dan pada masa sama gagal mencapai persefahaman asas bertanding satu lawan satu menentang BN, dan jumlah calon yang banyak hingga berlaku persaingan sehingga tujuh penjuru.

Barisan Nasional

Kebimbangan menghadapi tentangan ahli menjadi realiti apabila lebih 20 ahli bertanding bebas tanpa mandat parti, dan menghadapi tindakan pecat. Ini berlaku selepas proses panjang pemilihan calon, yang dilihat mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan pengundi muda dan mengemukakan imej baharu yang lebih segar kepada pengundi, selepas bencana Pilihan Raya Umum ke-12. Paling berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Muka-muka baharu yang ramai dicalonkan memungkinkan tindakan protes daripada orang lama yang tidak berpuas hati. BN walau bagaimanapun kelihatan mempunyai keyakinan baharu untuk menhadapi pilihan raya kali ini.

Pakatan Rakyat

Persetujuan paling asas dalam pilihan raya, satu lawan satu menentang BN gagal dilaksanakan, apabila bertembung sesama sendiri di tujuh kerusi; satu persekutuan dan enam negeri, melibatkan PKR dan PAS. PKR dan DAP juga menghadapi ahli bertanding bebas ekoran tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan utama parti. Isu pertembungan sesama sendiri menjadi berita panas dalam kalangan PR seminggu sebelum penamaan calon. Perkembangan ini jauh sekali daripada kegembiraan selepas pilihan raya 2008, dan semangat yang diperhatikan sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, kempen PR kali ini muncul sebagai kempen paling yakin dalam usaha menggantikan BN sebagai kerajaan di peringkat persekutuan.

Kerusi marginal

Kerusi-kerusi dimenangi dengan majoriti tipis menjadi perhatian dalam setiap pilihan raya, dan dalam persaingan yang dijangka sengit kali ini, kedua-dua BN dan PR berharap dapat merampas kerusi-kerusi panas ini, seperti PAS yang mensasarkan Arau dan BN mensasarkan Kuala Selangor. Sejumlah 14 kerusi Parlimen di seluruh negara dimenangi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kurang 1,000 undi. Negeri-negeri medan persaingan utama Selangor, Terengganu, Perak, Kedah dan Kelantan kesemuanya mempunyai jumlah kerusi marginal yang agak banyak. Daripada 32 kerusi negeri di Terengganu, 12 dimenangi dengan majoriti bawah 1,000 undi.

Parti-parti kecil

Parti yang melalui laluan sukar sejak penubuhan, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, bertanding di dua kerusi persekutuan dan 11 negeri. Parti Berjasa kembali bersaing, mengambil kesempatan daripada sentimen negatif terhadap PAS, dengan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan lima kerusi negeri. Pilihan raya kali ini akan menjadi medan ujian kepada parti-parti kecil terbabit, mengukur sejauh mana kemampuan dan populariti mereka.

"Malaysian spring"

Jangkaan tentang protes massa besar-besaran pada Pilihan Raya Umum ke-13 sentiasa menjadi topik yang diperdebatkan antara dua gabungan utama BN dan PR, dengan masing-masing menuduh pihak lawan akan mencetuskan kekacauan sekiranya tewas. Pelbagai petunjuk memberi gambaran kecenderungan sesetengah pihak dalam kalangan penentang BN untuk mencetuskan protes massa "Malaysian spring," sekiranya tidak berpuas hati dengan tahap integriti pilihan raya kali ini.

Politik berasakan kaum

Sekuat mana pun retorik disuarakan kedua-dua belah pihak sama ada BN mahupun PR, politik berasakan kaum masih menjadi senjata penting kempen politik di negara ini. Pemilihan kerusi untuk ditandingi tidak dapat mengabaikan komposisi pengundi, isu ketuanan Melayu masih menjadi bahan kempen Umno, sebahagainnya digunakan untuk menafikan beban sejarahnya sendiri yang penuh dengan pencabulan amanah, dan kebimbangan terhadap dasar dan peraturan bersumberkan Islam masih dimomokkan kepada pengundi Cina.

Ketiadaan debat ideologi

Hampir semua isu kedua-dua kumpulan utama, BN dan PR berasaskan kepada isu, dengan kedua-dua menaburkan janji-janji populis. Pemerhatian terhadap ideologi parti-parti bertanding kebanyakannya disembunyikan dengan petikan-petikan kenyataan ringkas dan pelbagai imej dan simbol pop. Kebangkitan liberal dan reaksi konservatif kurang dinilai dengan lebih mendalam di media. Sentimen kelihatan menguasai hampir sepenuhnya pilihan raya kali ini. -SiasaDaily
xxx2

Komen Anda

38 Responses to " PRU 13: Panas, celaru dan sesak "
mantera said...
April 23, 2013 at 1:36 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan pelbagai kemungkinan termasuk kekecohan atau proses perjalanan pilihan raya terganggu di pusat penamaan calon dan pengundian pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


mantera said...
April 23, 2013 at 1:36 PM

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata cabaran mengurus pilihan raya kali ini berbeza kerana banyak perkara baharu akan dilaksanakan tambahan pula pilihan raya umum ini dilabel sebagai ‘ibu segala pilihan raya’, ‘pilihan raya paling panas’ dan ‘pilihan raya paling sengit’.


mantera said...
April 23, 2013 at 1:36 PM

“Banyak perkara baharu yang diperkenalkan akan dilaksanakan SPR pada pilihan raya kali ini yang merupakan ‘pilot project’ seperti pengunaan dakwat kekal,”


mantera said...
April 23, 2013 at 1:36 PM

Beliau berkata kekecohan atau proses pengundian boleh terganggu berhubung penggunaan dakwat kekal sekiranya pemilih tidak mematuhi peraturan atau undang-undang pilihan raya.


mantera said...
April 23, 2013 at 1:37 PM

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pemilih tidak akan diberi kertas undi antaranya tidak mahu menunjukkan jari untuk diperiksa, tidak membenarkan jari dicalit (dengan dakwat kekal) dan jari telah dicalit dengan dakwat kekal,


mantera said...
April 23, 2013 at 1:37 PM

Wan Ahmad berkata elemen penggunaan dakwat kekal adalah wajib dan merupakan antara perkara penting yang perlu difahami semua parti politik dan rakyat.


mantera said...
April 23, 2013 at 1:37 PM

Beliau berkata sesiapa yang mengganggu kelancaran proses pilihan raya atau mencetuskan kekecohan serta menghalang proses itu di tempat pengundiaan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) iaitu didenda RM1,000 dan dipenjara.


mantera said...
April 23, 2013 at 1:37 PM

“Jangan dengar ajaran songsang yang berfikiran mahu melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat keadaan di tempat pengundian. Hak kita sebagai pengundi mesti dilaksanakan dengan masuk ke tempat mengundi, mengundi dan lepas itu keluar dari situ. Matlamat SPR adalah untuk mewujudkan proses pengundian yang lancar dan aman,” katanya.


mantera said...
April 23, 2013 at 1:38 PM

Beliau berkata banyak penambahbaikan yang dilakukan SPR dalam usaha mewujudkan pilihan raya bersih, lancar dan aman antaranya penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen lebih 11 hari serta pelantikan pemerhati bebas pilihan raya yang mempunyai akses ke tempat pengundian dan memantau aktiviti kempen.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 2:34 PM

Pergi ke tamu mencari mangga. Banyakknya mangga harum manis yg dijual. Ada 2 bahagian mngga2..hmmm..penjual kata 'cik..ni harumanis 56 thn sdh petik. belilah..sdp ni. harum manis la katakan. Kemudian penjual promo lg..'cik..ni harumanis baru petik kelmarin..fresh lg' .. Mana 1 mau beli ni haaa!? Keliru jg. Dua2 harum manis.. Dua2 Sdp. Ish..klu harum manis yg lama ni msti dh byk jangkitan. x bgus utk ksihatan. Klu beli yg fresh ni lg best..blm ada trek rekod kena jangkitan kuman. Bgus utk kesihatan. Klu bisuk2 ada kuman.. Kita tukar dia 5 thun lg. Tp klu hrum manis yg fresh ni di jaga dgn baik. Sre lg sdp. Yg hrum manis lama ni..macamna mau jga pn xdpt sdh..buat jeruk mngga pn sdh terlambat utk kekalkan kesegaraan nya.. Haaa..tau sdh mana 1 mau beli ..yeeeeeeehhaaaaaaaaaaa:-)


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:45 PM

Tukar kepada PR tidak baik kembali pada BN senang saja, wahai pengundi.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:50 PM

Wahai pengundi, kita cuba nasib PR kalau tidak memuas kita kembali pada BN/UMNO 5 tahun saja.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:53 PM

Calon-calon Barisan Nasional yang dianggap sebagai ‘pasukan transformasi’ memperlihatkan kesungguhannya dalam membawa perubahan dan kemajuan dalam masyarakat dengan mengetengahkan pelbagai latarbelakang untuk masa hadapan.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:53 PM

Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Rahman Shaari melihat bahawa pelantikan ramai golongan profesional termasuk ahli akademik, golongan ulama, dan pelbagai badan lain sebagai calon secara tidak langsung telah menolak persepsi pembangkang sebelum ini.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:53 PM

Dalam berdepan PRU-13, BN membariskan 33 peratus muka baru untuk kerusi Parlimen dengan 91 peratus daripadanya mempunyai pendidikan tinggi yang terlibat dalam penjawatan awam, badan bukan kerajaan dan swasta dengan 31 peratus adalah golongan profesional, sementara bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terdapat 49 peratus muka baru.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:53 PM

Ujarnya, dalam hasrat untuk menjadi negara maju maka tentunya golongan profesional dan masyarakat secara amnya dapat menilai dan membezakan agenda yang mana akan membawa perubahan dan pembangunan berterusan kepada negara.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:54 PM

Kalangan calon profesional ini terdiri daripada ahli akademik, peguam, jurutera, akauntan dan ahli perniagaan yang antaranya ialah doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid, 35, yang bertanding di Parlimen Kuala Kedah; Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia, Syamsul Anuar Ismail, 37, (Parlimen Sungai Petani) dan Pengarah Urusan Melaka Biotech Holdings, Datin Norsabrina Mohd. Noor, 34, (DUN Bandar Baharu).Turut dicalonkan ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Prof. Ismail Daut, 56, yang bertanding di Parlimen Merbok.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:54 PM

Ini termasuklah di DUN Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, 41, yang juga peguam syarie; DUN Bertam, Shariful Azhar Othman, 45, yang juga peguam; DUN Port Dickson, Dr P Thanaletchumy, 53, yang bertugas sebagai doktor gigi; ahli perniagaan yang juga calon DUN Chuah, Datuk Seri Dr Lim Chin Fui, 34; Charles Pang Su Pin, 49, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting yang juga lulusan City University, Seattle, Amerika Syarikat dan kini penganalisis kewangan; DUN Likas, Chin Shu Yin, 48, yang bertugas sebagai perunding kejuruteraan.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:54 PM

Pemimpin FUCKATAN kata Manifesto FUCKATAN bukan janji. Kalau dah bukan janji jadi apa? Ternyata pemimpin FUCKATAN menipu rakyat.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 5:00 PM

ANONYMOUS APRIL 23/2013 AT 4.54 MEMANG PATUT PUN KO NI KENA GELAR OTAK CACAT.BODOH SOMBONG.POLITIK NEGETIF.TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN


Anonymous said...
April 23, 2013 at 5:02 PM

Mengundi nasib dengan bersandarkan kepada PR sama seperti membeli nombor ekor yang probability kena hanya 0.0000000000000000001%.
Kalau mengundi BN sama seperti melabur dalam saham ASB.. Terbaiiiiik untuk rakyat. BN dulu,kini dan selamanya.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 5:07 PM

Anonymous April,23 2013 at 5.00 - Sebenarnya orang yang BODOH BIN TOLOL saja yang percaya dengan janji FUCKATAN kerana mudah percaya dengan janji manis terbukti tidak tertunai seperti yang berlaku di Selangor.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 5:17 PM

ANONYMOUS APRIL,23 2013 AT 5.00PM - THE SAME SALUTATION GOES TO YOU. ONLY IDIOT BELIEVES THE LEADERS WHO CANNOT FULFILL THEIR PROMISES. ONCE FAIL FOREVER FAIL.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:47 PM

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengundian dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah penentu keamanan rakyat di negara ini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:48 PM

semua pihak tanpa mengira penyokong parti mana hendaklah jangan bermusuh-musuhan sepanjang tempoh berkempen.

"Jangan ada yang cuba melakukan provokasi antara satu sama lain bagi menimbulkan kemarahan sehingga membawa kepada kekecohan.

"Jangan jadikan sepanjang tempoh berkempen untuk saling bermusuhan," katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:48 PM

Menurut Khalid, setakat ini, beliau berpuas hati dengan persiapan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghadapi sebarang insiden yang mungkin berlaku di luar jangkaan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:49 PM

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha meningkatkan kawalan untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 3:50 PM

PRU-13 dikatakan merupakan ibu kepada semua pilihan raya.memang sengit dan mendebarkan pertandingan di antara parti2 di negara ni.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 5:23 PM

Berita terkini dari Berita Jam 5 TV1.. Sebiji BOM meletup di kawasan khemah Barisan Nasioanl (BN). Seorang penyokong BN cedera. Angkara siapa????


Anonymous said...
April 24, 2013 at 6:02 PM

Rakyat Malaysia hanya akan Bayar cukai setiap hari dia hidup dalam pentabiran UMNO-BN-PBS melalui Barang Naik.

Hanya Orang Bodoh dan tak erti Barang Naik adalah sejenis cukai kalau pendapatan harian tak Boleh bayar Kos Barang Naik - BN.

Tak kira bangsa, agama, budaya, ....Barang Naik adalah Sumpah/Curse UMNO-BN kepada rakyat Malaysia.

Hanya satu hari Untuk Hapuskan Sumpahan UMNO-BN ini. Pada 5 Mei....jangan lupa setitik dakwa hitam kat kawasan Dacing, dengan sekeras SUARA Kata Nak Kertas UNDI BARU!!


Anonymous said...
April 24, 2013 at 6:03 PM

Ini Kali lah!!! Ubah!!!

Rakyat Malaysia mesti bersatu jatuhkan KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi).


Herrie said...
April 25, 2013 at 10:14 AM

Unsur yang menjejas ketenteraman dan mengancam pelaksanaan PRu harus dikenakan tindakan.


Jasmin said...
April 25, 2013 at 10:15 AM

Rakyat harus membuat penilaian dan undian yang bijak.


Tasha said...
April 25, 2013 at 10:18 AM

Muka baru yang dikemukakan harus membuktikan pilihan rakyat adalah tepat.


Muhd said...
April 25, 2013 at 10:20 AM

Parti yang bercorak keagamaan tidak mendapat sambutan yang baik.


Reno said...
April 25, 2013 at 10:23 AM

PATI tidak harus menjadi senjata untuk menang. Tindakan ini seperti mengkhianat juga.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:52 PM

According to unofficial figures, the value for Halal food industry currently stood at RM2.3 trillion, and it is estimated that the domestic market alone was worth RM190 billion a year.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:55 PM

He also urged existing Bumiputera halal product entrepreneurs to contribute towards the development of the industry, especially in grooming new Bumiputera operators.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx