Sunday, April 21, 2013

Pembelot Dan Bebas Warnai Penamaan Calon PRU13

Pembelot Dan Calon Bebas Warnai Hari Penamaan Calon PRU13Proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini berjalan lancar, namun parti pemerintah dan pembangkang terpaksa berdepan dengan segelintir pembelot dalam kalangan anggotanya yang bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak berpuas hati tentang pemilihan calon.

Perpecahan dalam pakatan pembangkang nampaknya semakin teruk apabila PAS dan PKR meletakkan calon masing-masing di enam kawasan, termasuk bagi kerusi Parlimen Labuan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak para pemimpin dan anggota parti komponennya melupakan tentang pemilihan calon dan sebaliknya bekerjasama rapat sebagai sebuah keluarga untuk memastikan BN mencapai kemenangan cemerlang pada 5 Mei ini.

Najib, yang memimpin BN untuk menghadapi pilihan raya umum untuk julung kalinya setelah menjadi perdana menteri, melonjakkan semangat jentera pilihan raya Gelombang Biru BN apabila beliau menyerahkan kertas pencalonan bagi mempertahankan kubu kuatnya, kerusi Parlimen Pekan.

"Inilah masanya untuk kita meneruskan apa yang telah kita rancang sejak lima tahun lepas. Inilah juga kemuncaknya. Janganlah sekali-kali kita mempersia-siakan segala yang telah kita capai. Aku janji yang dibuat kepada rakyat dan manifesto BN merupakan komitmen kita kepada pengundi dan seluruh rakyat Malaysia," kata Najib yang memakai baju Melayu berwarna biru, sebagai lambang BN.

Umno secara automatik memecat enam anggotanya iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar, bekas anggota Exco Kedah Fadzil Hanafi dan anggota jawatankuasa Umno Gua Musang Abdul Aziz Mohamed kerana bertanding sebagai calon Bebas serta Abdullah Mamat yang menjadi pencadang dan Husin Omar, yang menyokong pencalonan Abdul Aziz. DAP pula memecat dua anggotanya, penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan Jenice Lee, kerana bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Teratai di Selangor.

Proses penamaan calon selama sejam dari 9 pagi bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri yang dipertandingkan pada pilihan raya umum paling sengit dalam sejarah Malaysia ini berjalan lancar, walaupun melibatkan kehadiran ramai calon serta penyokong masing-masing.

DAP, yang sedang disiasat Pendaftar Pertubuhan berhubung penyelewengan dalam pemilihan parti itu Disember lepas, tidak menghadapi masalah apabila calonnya dibenar menggunakan simbol parti itu bagi tujuan penamaan calon.

Sebanyak 132 kerusi Parlimen akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.

Sebanyak 320 kerusi negeri pula melibatkan pertandingan satu lawan satu, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.

BN bertanding di 221 kerusi Parlimen, kurang satu daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan berikutan satu kejadian ganjil yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila calonnya Che Johan Che Pa tidak mengemukakan kertas pencalonan.

Kejadian itu memberi laluan kepada penyandang kerusi berkenaan, yang juga presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, untuk bertanding satu lawan satu dengan calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, anak kepada Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi kerusi Parlimen, PAS meletakkan calonnya di 73 kerusi, DAP 51 dan PKR 99, dengan calon PKR dan PAS bertembung di Labuan untuk mewujudkan pertandingan tiga penjuru dengan calon BN.

Bagi pertandingan untuk 12 Dewan Undangan Negeri (DUN), BN meletakkan calonnya di kesemua 505 kerusi, manakala PAS bertanding di 236 kerusi, DAP 102 dan PKR 172.

PAS dan PKR sekali lagi akan bertembung di lima kerusi negeri iaitu Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor), Sungai Acheh (Pulau Pinang) dan Kota Putera serta Bukit Besi di Terengganu.

Kebanyakan calon BN Melayu, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, memakai baju Melayu berwarna biru ketika berada di pusat penamaan calon, dengan diiringi penyokong masing-masing yang mengebarkan bendera parti.

Najib, yang mengekalkan kerusi Pekan dengan 26,464 undi majoriti pada 2008, sekali lagi dicabar calon PKR dan kali ini, Fariz Musa, anggota majlis pusat parti itu.

Muhyiddin pula sekali lagi ditentang Mohd Rozali Jamil, yang beliau kalahkan pada pilihan raya umum lepas ketika mempertahankan kerusi parlimen Pagoh.

Pertandingan di Gelang Patah, yang disifatkan sebagai "ibu segala pertandingan" pada pilihan raya umum kali ini, akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menguasai kawasan majoriti kaum Cina itu, berikutan penarikan diri calon bebas.

Ini merupakan pertandingan pertama bagi Abdul Ghani untuk merebut kerusi parlimen sejak beliau menjadi menteri besar pada 1995, manakala Lim pula pertama kali melangkah untuk bertanding di Johor, dengan memilih kerusi Gelang Patah, yang dimenangi calon MCA pada 2008.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, yang kembali bertanding setelah kalah di Hulu Selangor pada 2008, terpaksa berdepan dengan ramai calon lain dalam usahanya memenangi kerusi parlimen Cameron Highlands.

Beliau terlibat dalam pertandingan lima penjuru bersama calon DAP M. Manogaran iaitu bekas anggota Parlimen Teluk Intan, Mohd Shokri Mahmood (Berjasa) serta dua calon bebas N. P. Kisho Kumar dan T. Alagu.

Di Pulau Pinang, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi pertandingan tiga penjuru apabila ditentang calon BN Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin bagi kerusi parlimen Permatang Pauh.

Pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding satu lawan satu menentang calon BN Teh Beng di Bukit Gelugor, manakala setiausaha agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menghadapi dua calon muka baharu Chua Teik Siang dariada BN dan Lim Kim Chu daripada Parti Cinta Malaysia dalam usahanya mempertahankan kerusi parlimen Bagan dan berdepan dengan clon BN Tan Ken Keong bagi mempertahankan kerusi DUN Air Puteh, yang dimenanginya pada pilihan raya umum lepas.

Nik Abdul Aziz, 82, akan ditentang calon BN Wan Razman Wan Abd Razak di kerusi DUN Chempaka.

Di Terengganu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga terlibat dalam pertandingan satu lawan satu menentang bekas ADUN Pengkalan Berangan daripada BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan menentang calon BN Nik Dir Nik Wan Ku bagi kerusi DUN Rhu Rendang.

-- BERNAMA
xxx2

Komen Anda

50 Responses to " Pembelot Dan Bebas Warnai Penamaan Calon PRU13 "
Anonymous said...
April 21, 2013 at 5:20 PM

Bagi individu yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik dan bertanding sebagai calon bebas dikira wajar bagi menyuburkan sistem demokrasi yang Malaysia amalkan. Namun bagi individu yang menjadi ahli mana-mana parti politik dan bertanding sebagai calon bebas merupakan individu yang tidak mempunyai semangat perjuangan yang tulin. Mereka mengambil kesempatan dalam kesempitan parti mereka. Walau pun itu hak mereka, tetapi tindakan seperti itu boleh disifatkan sebagai pengkhiatan terhadap parti. Pejuangan sebenar bukan terletak kepada menjadi calon semata-semata tetapi kesetiaan kepada perjuangan parti yang seharusnya diutamakan. Dalam sejarah politik Malaysia amat sedikit calon bebas yang memenangi pilihanraya. Justeru, kehadiran calon bebas terutamanya calon yang pernah menganggotai parti politik sedikit sebanyak menggugat peluang parti yang pernah mereka anggotai.


Anonymous said...
April 21, 2013 at 6:32 PM

UMNO BAKAL KECUNDUNG SEBAGAIMANA BERJAYA, PBS DAN USNO... KINI MASA UMNO YANG DIPEGANG OLEH ORANG KAYA-KAYA PROJEK DAN MEREKA YANG KUNUNNYA INDA PANDAI KALAH BAKAL KALAH DAN SEDARLAH KEBONGKAKAN ORANG KAYA-KAYA PROJEK INI ALLAH SWT AKAN TAMATKAN DENGAN KUASA RAKYAT...AYOH RAKYAT SABAH MARI TUMBANGKAN PARTI ORANG KAYA-KAYA PROJEK INI...JANGAN TAKUT UNDI DI TANGAN ANDA JIKA MEREKA MAHU MENIPU SEKALI PUN TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH SWT...TAKBIR INI KALI LAH TUKAR...UNDILAH PAKATAN RAKYAT YANG TERDIRI DARI PKR, DAP, PAS, PPPS DAN APS... DOA KAMI TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT AAMIIN YA ROBBAL AL AAMIIN


Anonymous said...
April 21, 2013 at 8:47 PM

MARI TUKAR UMNO DENGAN PAKATAN RAKYAT KERANA SABAH NEGERI BANYAK SUMBER DIPEGANG OLEH ORANG KAYA-KAYA PROJEK...TETAPI NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA SEBAB KEKAYAANNYA TELAH DIBAHAGIKAN DENGAN SESAMA KRONINYA...

UNDI PAKATAN RAKYAT ANDA AKAN DAPAT

HARGA MINYAK DITURUNKAN 7 MEI (SELEPAS PILIHANRAYA)
SAMAN PERANGKAP LAJU AES DIBATALKAN
PTPTN PINJAMAN ANAK-ANAK ANDA AKAN DIHAPUSKAN (TIADA HUTANG LAGI)
ROYALTI MINYAK DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT SABAH
GAJI GURU-GURU KAFA DINAIKKAN KE RM1200
GAJI PEKERJAAN ANAK-ANAK ANDA DI SWASTA DINAIKKAN SEHINGGA RM1100
DAN BANYAK LAGI BAKAL DIUMUMKAN OLEH BAKAL PERDANA MENTERI KITA INSYALLAH

JIKA ANDA MENGUNDI UMNO ....

HARGA MINYAK AKAN TERUS NAIK (BEBAN KEPADA RAKYAT)
SAMAN PERANGKAP LAJU AES BERKUATKUASA (BEBAN KEPADA RAKYAT)
GST AKAN BERKUATKUASA SERTA MERTA (BEBAN KEPADA RAKYAT)
HUTANG PTPTN AKAN DITERUSKAN (BEBAN KEPADA RAKYAT)
NEGARA SEMAKIN BERHUTANG (BEBAN KEPADA RAKYAT)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM MAKA DENGAN ITU UNDILAH PAKATAN RAKYAT YANG
TERDIRI DARIPADA PKR, PAS, DAP, PPPS DAN APS DEMI UNTUK MASA DEPAN
ANAK-ANAK TUAN DAN GENERASI AKAN DATANG...AAMIIN


Anonymous said...
April 21, 2013 at 9:20 PM

KERANA IRI HATI DENGAN KEKAYAAN ORANG UMNO SEMUA ORANG BERMATI-MATIAN MAHU MENJATUHKAN UMNO. TUJUANNYA APA? SAMA JUGA UNTUK KAYA. YANG KAYA ITU PEMIMPIN DAN KRONINYA SAJA. RAKYAT MASIH JUGA JADI PETANI,NELAYAN,PENEROKA FELDA,PENIAGA KECIL-KECILAN DLL. APAN PUN MAJORITI RAKYAT MASIH DAPAT TEMPIAS KEKAYAAN ITU MELALUI PROGRAM TRANSFORMASI.


K Amran Suhaibul said...
April 21, 2013 at 10:04 PM This comment has been removed by the author.

Anonymous said...
April 21, 2013 at 10:38 PM

HAE MUSA AMAN MANA PERGI KAMI PUNYA WANG AMANAH RAKYAT SABAH TOLONG JELAS KAN JANGAN KO BUAT DE AJA.


Anonymous said...
April 21, 2013 at 11:31 PM

Apa kena mengena wang Amanah Rakyat Sabah dengan Musa Aman? Kau tanya lah kepada Ketua Menteri Kerajaan Berjaya dulu. Setahu saya Amanah Rakyat Sabah sudah tidak di bayar selepas PARTI berjaya memerintah.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:12 AM

Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan lalu, bekas pemimpin pembangkang dan calon Bebas mesra BN yang berpotensi menang turut dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:13 AM

Beliau berkata, pertimbangan paling baik untuk memilih seseorang calon adalah menilai aspek keperibadian dan penerimaan di kawasan masing-masing.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:13 AM

“Kita juga mengambil kira faktor keseimbangan adil antara parti komponen BN dan sayap parti. Mereka kemukakan banyak permintaan dan cadangan,” katanya pada sidang media selepas taklimat kepada Pengerusi BN negeri dan pemimpin bahagian di sini, semalam.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:14 AM

Ditanya mengenai beberapa bekas pemimpin pembangkang serta Ahli Parlimen Bebas mesra kerajaan yang mungkin dipilih bertanding atas tiket BN, beliau berkata, ia berkait faktor penerimaan di sesuatu kawasan.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:15 AM

“Sesetengahnya ada memihak kepada BN tetapi tiada kawasan. Jika kita fikir ada ruang boleh diterima, kita terima. Jika sesuai, kita pertimbangan tetapi calon Bebas mesti guna lambang BN. Cuma, bilangan agak kecil sebab tak ada pertambahan kerusi baru seperti 2008 dan kita ada ramai calon (BN) menunggu,” katanya sambil menegaskan senarai calon BN belum muktamad.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:15 AM

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Idris Haron melihat kemunculan ramai calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini sebagai bukti keyakinan rakyat kepada ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:15 AM

Beliau juga yakin kehadiran calon Bebas itu tidak begitu menjejaskan peluang BN untuk menang kerana pengundi yang bijak tidak akan memberi sokongan kepada pihak yang belum terbukti keupayaannya sebagai wakil rakyat dan pemimpin negara.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:15 AM

Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang. Bagi parti-parti politik, proses penamaan calon memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui sikap sebenar para anggota parti yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti dalam perjuangan membela nasib dan masa depan rakyat.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:16 AM

Keadaan itu juga berlaku di Terengganu yang menyaksikan PAS meletakkancalonnya Zakaria Dagang dan Ahmad Nazri Mohd Yusof dari PKR bertanding menentangcalon BN Datuk Ahmad Razif Abd Rahman di kerusi DUN Seberang Takir manakala bagi DUN Kota Putera, PAS meletakkan calonnya Adam Mat Said dan PKR pula diwakili Mohamed Abdul Ghani Ibrahim menentang Mohd Mahdi Musa (BN).


Hidup Di Sabah said...
April 22, 2013 at 10:16 AM

Di kerusi DUN Bukit Besi, PAS meletakkan calonnya Roslan Ismail manakala Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR bertanding menentang calon BN Roslee Daud dikerusi DUN Bukit Besi.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:17 AM

Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dipetik dalam satu laman sesawang sebagai berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:17 AM

Barisan Nasional (BN) juga tidak terlepas menerima kejutan berikutan tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar (Perak) menentang Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).


Anonymous said...
April 22, 2013 at 11:35 AM

22 orang ahli UMNO bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket bebas adalah disifatkan mementingkan diri sendiri. Mereka sesungguhnya mendahulukan kepentingan diri sendiri dan membelakangi kepentingan parti sendiri. Sikap ini dilihat amatlah negatif dan menyebabkan kepincangan dalam parti tersebut.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 11:45 AM

pemblot dan bebas takkan menang


Anonymous said...
April 22, 2013 at 11:51 AM

Dalam menghadapi pilihanraya ramai yang melihat kehadiran calon bebas dari sudut negatif berbanding dari sudut positif khususnya bagi calon-calon bebas yang tidak berparti. Dari sudut negatif, orang melihat dan menilai calon bebas tidak membawa apa-apa makna jika mereka ini menang dalam pilihanraya. Persipsi seperti ini seringkali dikaitkan dengan kemampuan calon bebas untuk membawa pembangunan di kawasan yang mereka wakili.Lebih parah lagi, kemenangan calon bebas akan mengakibatkan kawasan terlibat di abaikankan daripada pembangunan yang sepatutnya mereka terima jika mereka diwakili oleh calon parti yang memerintah. Hal demikian banyak mendorong kepada calon bebas menyertai parti yang memerintah. Inilah senario yang mewarnai politik di Malaysia ketika ini.
Kalau dilihat dari sudut positif,calon bebas, jika memenangi pilihanraya masih boleh memainkan peranan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih tanpa perlu menyertai parti memerintah dengan syarat perjuangan mereka ini harus berlandaskan kepada perjuangan yang membina dan bukan berjuang untuk kepentingan diri. Maksudnya mereka ini hendaklah menyokong dasar-dasar pembangunan kerajaan yang menguntungkan rakyat dan mengkritik kerajaan sekiranya dasar itu dilihat sebagai dasar yang merugikan rakyat setelah membuat analisis tentang buruk baiknya sesuatu dasar itu. Di pihak kerajaan pula, kerajaan seharusnya tidak menghukum kawasan yang di wakili oleh wakil rakyat bebas berlandaskan kepada prinsip dan amalan demokrasi yang memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil yang mereka suka. Maknanya, selepas pilihanraya,kerajaan yang memerintah hendaklah bersikap adil dalam membangunkan semua kawasan termasuk kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat bebas bukan dengan cara menghukum dan mengabaikan pembangunan dikawasan yang terlibat. Peranan wakil rakyat bebas dalam konteks ini ialah memikir, merancang apa yang baik untuk kawasan yang diwakilinya dan menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah untuk tujuan pelaksanaan dan tugas kerajaan ialah untuk melaksanakan perancangan itu (sekiranya viable).

Dari sudut positif yang lain, calon bebas tdak terikat dengan peraturan parti berbanding dengan wakil rakyat yang mewakili parti. Maknanya mereka boleh memberikan kritik yang membila "without fear and favour". Wakil rakyat yang mewakili parti biasanya di batasi oleh peraturan dan disiplin parti. Disebabkn hal demikian, mereka akan bertindak sebagai "yes man" sahaja.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 11:54 AM

Perbuatan pembelot dan calon yang dinamakan yang enggan bertanding amat dikesali.


Summer gag said...
April 22, 2013 at 11:54 AM

Penamaan calon pada 20 April, sabtu lalu menyaksikan kedua-dua parti memerintah dan pembangkang masing-masing ada pengkhianat dalam parti. Sesungguhnya sikap ahli-ahli parti ini telah menyebabakan mereka di label sebagai seorang yang mementingkan diri dan membangkitkan kemarahan pucuk pimpinan parti. Seperti UMNO, mereka cepat bertindak dengan memecat ahli-ahli yang bertindak sedemikian contohnya Datuk Kamilia yang bertanding secara bebas di Kuala kangsar. Bagi parti-parti yang bertanding, proses penamaan calon merupakan peluang untuk menilai sejauh mana kesetiaan ahli-ahlinya terhadap parti. Nampaknya taring sudah terkeluar kerana ada di kalangan ahli-ahli parti seperti UMNO yang bertanding atas tiket bebas.


Summer gag said...
April 22, 2013 at 11:54 AM

Calon yang bertindak kerluar parti dan bertanding bebas sebenarnya meletakkan kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan dalam parti. Pergolakan dalaman parti juga dapat dilihat apabila rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dikatakan tidak mencapai kata sepakat kerana PAS dan PKR meletakkan calon maing-masing untuk merebut kerusi yang ditawarkan. Salah-satunya adalah bagi kerusi Parlimen Labuan apabila PAS meletakkan Hadnan Mohamad dan PKR mencalonkanTan Sri Ibrahim Menudin menentang calon BN, Rozman Isli. Perjuangan pembangkang ynag diragukan boleh mengakibatkan kekalahan parti. Seharusnya kata sepakat mesti dicapai untuk mengelakkan undian terbahagi antara dua parti. Para pengundi pasti mempunyai keraguan dalam hal ini dan akan mempertikaikan keputusan pemimpin parti masing-masing.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 12:02 PM

Mereka yang dinamakan patut berasa bangga kerana kebolehan mereka dipandang tinggi.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 12:03 PM

Perdana Menteri kita melantik calon-calon bagi semua kawasan secara teliti, tetapi calon yang dinamakan itu langsung tidak menghargainya.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 12:05 PM

Aku rasa kecewa betul dengan mereka yang enggan bertanding walaupun sudah dilantik.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 12:06 PM

Saya rasa mereka yang menjadi pembelot dalam PRU-13 kali ini patut disenarai hitam dan tidak dibenarkan bertanding pada PRU seterusnya.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:12 PM

Abdul Wahab (independent candidate 1955) comment that most who chose to stand as independents today did so after becoming disgruntled with their own party or because they were not given seat by the party. While for him when he contested in general election in year 1955, he said that fighting for a noble cause, their motivations for contesting as an independent are different with the present candidate intention.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:50 PM

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:50 PM

Beliau berkata Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-13 berlangsung.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:50 PM

“Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:50 PM

“Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan,” katanya


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:50 PM

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan. Ahmad Zahid berkata sukar bagi UMNO untuk menerima anggota yang mensabotaj parti.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:50 PM

Beliau mengingatkan semua bekas wakil rakyat dan pemimpin parti supaya menggotakan janji mereka untuk akur dan bersetuju menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan mewakili BN.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:51 PM

“Oleh yang demikian, jika ada yang tidak terpilih, jangan merajuk, jangan sabotaj parti dan jangan keluar parti. Perlu utamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi,” katanya.


Anonymous said...
April 22, 2013 at 2:51 PM

“Utamakan maruah parti berbanding dengan maruah diri sendiri. Inilah semangat kepartian yang harus ada kepada setiap pemimpin dalam parti komponen BN,” katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:30 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati semua wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya berpegang teguh dengan ikrar dan janji setia yang telah dibuat dengan pucuk pimpinan BN sebelum ini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:31 PM

Timbalan Perdana Menteri itu berkata pemimpin parti komponen BN telah berjanji akan menerima apa sahaja keputusan pemilihan calon dengan hati terbuka dan berkerja keras bagi memastikan kemenangan besar BN pada PRU13, 5 Mei ini.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:31 PM

Beliau berkata apa sahaja isu berhubung pemilihan calon perlu diselesaikan dan semua anggota dan pendukung gabungan BN perlu merapatkan barisan dan mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya nanti.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:31 PM

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata pemimpin parti komponen BN di semua peringkat perlu menunjukkan kesetiaan terhadap keputusan pemilihan calon dengan memberi sokongan penuh kepada calon yang ditetapkan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:32 PM

Menurutnya, beliau tahu ada pemimpin yang kecewa kerana tidak tercalon tetapi dalam masa yang sama ramai juga pemimpin yang dengan rela undur diri untuk memberi laluan kepada muka baharu.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:32 PM

“Untuk mereka yang tidak tercalon, ini bukan penghujung dalam perjuangan mereka sebagai ahli politik.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:33 PM

“Kita ucap terima kasih kepada pengorbanan mereka selama ini dan hargai jasa yang telah mereka sumbangkan kepada rakyat dan harap mereka tidak berhenti memberi sokongan,” katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:33 PM

Beliau berkata sokongan padu amat penting kerana dalam tempoh dua minggu akan datang jika tidak ditunjukkan semangat kerjasama ia akan menjadi halangan kepada usaha parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya nanti.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:55 PM

Mengulas sikap segelintir pemimpin yang mengugut untuk menjadi calon bebas kerana tidak tercalon, Muhyiddin berkata jika benar perkara itu berlaku secara automatik keahlian mereka akan digugurkan atau dipecat.


Anonymous said...
November 15, 2013 at 10:18 AM

Malaysia and Japan will continue the Look East Policy (LEP) – Second Wave which will be adjusted to suit the economic structure and priorities of both countries.


Anonymous said...
November 15, 2013 at 10:18 AM

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who received a visit from his Japanese counterpart Shinzo Abe today, said the LPE should be more progressive with better focus and more economic-oriented.


Anonymous said...
November 15, 2013 at 10:18 AM

We have agreed that after 30 years of successful collaboration on the LEP, the next phase needs to be tailored for the economic transformation of both countries.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx