Thursday, April 25, 2013

Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak

PAS Perak telah mengesan banyak pengundi yang diragui berada di negeri ini.Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri (gambar) berkata, sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak.

Katanya, di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan.

“PAS Perak hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain,” katanya kepada Harakahdaily.

Ustaz Nuri menjelaskan, ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini.

PAS, katanya merasakan pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN.

Ini bermakna katanya, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara.

“Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.

“Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?” soal beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

“Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini.

“PAS sangat kesal dengan tindakan ini namun kami yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini,” tegasnya lagi. -HD
xxx2

Komen Anda

69 Responses to " Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak "
arafat said...
April 25, 2013 at 11:48 PM

Jgn kesal jer yopp...buat le ssuatu atau himpun sgala bukti dn prepare utk petisyen nnti. Jgn kena tipu hidup2 dgn umngok.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 12:17 AM

hidup arafat.... ini kalilah.... cuma aku heran tetiba je janji ditepati.... aku tak pernah dengarlah najib tu berjanji sebelum nih.... janji tentang ic tu kot?


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:57 AM

Kata Mahathir pada 2020 penduduk malaysia 70 juta


Anonymous said...
April 26, 2013 at 7:13 AM

Bukan baru ba ic palsu di sabah ni lama sudah ba..
tapi malas ba sudah urg sabah mau kasi tau banyak kali sudah ba..mau mengadu sama siapa?
kalau ada bukti pun saksi akan menjadi sasaran dan ancaman bunuh oleh pti..jadi macam mana?

Bohong lah kalau umno nda ada terlibat dalam projek ic,yg mana telah mendapat ic palsu itu lah menjadi saksi utama mereka, salah satu tempat membuat ic segera di kawasan penangah sabah,kawasan beluran,kawasan telupit,kawasan paitan dan kawasan yg jau pendalaman sabah..

Macam mana mau di benteras sedangkan ketua-ketua kerajaan di sabah di bawah naungan umno/bn dan mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa,sebab jika mengambil tindakan secara betul maka pegawai-pegawai yg terlibat akan di pindah di kawasan yg jau dari tempat kerja dan jau dari suatu daerah,
Sebab itu la kebanyakan pegawai-pegawai di seluruh sabah hanya tutup mulut dan diam membisu agar tidak di ambil tindakkan secara rahsia oleh bn yg telah menguasai sabah sejak berpuluh tahun..

Di media-media melaporkan penangkapan ic palsu adalah gimik dan provok untuk membohongi terus rakyat sabah yg mengatakan bn prihatian terhadap ic palsu dalam masa yg sama mereka juga melepaskan berpuluh ribu ic palsu yg si berikan secara rahsia melalui pintu utama semporna..

Ini kali la...


Anonymous said...
April 26, 2013 at 10:25 AM



Dari Anas:Nabi saw bersabda, "Tiada seorang pun daripada anda mempunyai iman sehingga dia berhasrat untuk saudaranya (Islam) apa yang dia suka untuk dirinya sendiri."
Sahih Bukhari

Volume 1, Book 2, Number 12

Kalau PAS tak suka org pakistan jadi rakyat malaysia mereka tidak sempurna iman


Anonymous said...
April 26, 2013 at 10:57 AM

masih ada lagi keraguan pengundi


Anonymous said...
April 26, 2013 at 10:57 AM

SPR kena pastikan tiada masalah dalam senarai pengundi


Anonymous said...
April 26, 2013 at 11:49 AM

Anonymous April 26, 2013 at 10:25 AM
Ambillah semua PATI yang dapat IC itu tinggal di rumahmu atau tanahmu!


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:02 PM

Anwar Ibrahim: Malaysia’s DESTROYER

Anwar is never a fair political player by any standard, he may be able to fool some of the people in Malaysia some of the time, but he definitely cannot fool all the people in Malaysia all of the time.

To the discerning eyes, his political games are very obvious but to many, his deceptions are flawless. This is the shrewd political game that he played against Yong Teck Lee as the President of Sabah Progressive Party (SAPP) and Datu Dr Jeffrey Kitingan right from 1994 until today.

It is just unfortunate the less politically exposed Yong and Jeffrey cannot see through these deceits, and still they willingly come back for more. How persons like these can lead Sabah? We may as well stick it out with BN with all their idiosyncrasies; at least we know BN are bunch of idiots and not claiming to be otherwise. Unlike the PAKATAN and local oppositions who claim their struggle are for the people in Sabah, yet they are inconsistent and most time do not really understand what they are saying.

It is obvious that the ‘negotiation’ between Yong from SAPP and Anwar from Pakatan is doomed to failure right from the word GO. Whatever people may label Anwar to be does not matter, it all boils down to Anwar is a “Malay Bigot”. He cannot help it; this is how he was raised. Where ever he goes Malays and Muslims are his powerbase, not the multi-racial Malaysia that he claims to represent. The Indians, Chinese, Kadazans, Ibans and even the Malay kampong folks are just his tools that he can use to achieve his single overriding ambition, to sit at Putrajaya and lord over Malaysia.

The Western Coast of Malaya is where Anwar’s political strength resides specifically the urban areas - Not the East Coast of Malaya, Not Sarawak and obviously Not Sabah. Democratic Action Party (DAP) will complement and supplement the Urban Malay votes through Pakatan. In order to ascertain his Malay powerbase, he use PAS through Pakatan which servers a convenient vehicle to pull in the Malay votes especially the rural Malays.

What does Anwar bring to the table to realize his ambition? The Buku Jingga? Buku Jingga Sabah? Kuching Declaration? Pakatan Manifestoes? And the latest the Sabah Pakatan Manifestoes? Actually Anwar brings nothing to the table other than the injustice on him from the establishment that he was once part of and celebrated in, which he cunningly cloaked under the guise of injustice of the establishment over the people. Therefore, it was never the injustice over the people, who are marginalized, disenfranchised, left behind and overlooked in the main-stream development of this country – in short, it was never about the people or the country – it has always been and will always be, about himself.

He utilizes Orwellian Double Speak to fool some of the people, he talks about good governance and transparency; he talks about nepotism and cronyism when he himself and the party he led is shrouded deep in secrecy, intrigues and conspiracies. Obviously this fits right into the chauvinistic ideals of DAP and the religious zealots and mullahs in PAS. What they have not yet realized is that they are being led a person who is willing to destroy the country as long as he achieves his selfish ambition and to lord over Malaysia.

It is an open secret that he is willing to sell cheap to the International Monetary Fund (IMF) and the World Bank when Malaysia was in dire financial crisis. Therefore, it is not unbelievable conspiracy that he is willing to negotiate with terrorist, the likes of Nur Misuari and the Kirams which resulted in the death of our security forces. To achieve his personal ambition, whatever happened to Malaysia is just collateral damage and probably he may feel “deep collateral guilt”.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:20 PM

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) melaporkan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan pada Feb 15, 2012


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:21 PM

Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi dan merupakan pusat R&D ynag dimilik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:21 PM

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:22 PM

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama. Tempat-tempat berkenaan termasuk kem-kem tentera.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:22 PM

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh"


Forest said...
April 26, 2013 at 1:23 PM

Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:42 PM

Kewujudan 'pemberian warganegara untuk undi' kepada pendatang tanpa izin disedari oleh pemimpin BN Sabah dan mereka berjkata maslah pendatnag tanpa izin di negeri tersebut dapat diselesaikan, sambil mengenepikan tuduhan dari parti pembangkang mengenai projek kontroversi "Projek IC" pada sekitar 1980an.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:43 PM

Penubuhan RCI dikatakan salah satu bukti keikhlasan Datuk Seri Najib Razak dan kejujuran BN untuk mengakhiri masalah selama empat dekad ini. Selepas bertahun-tahun parti-parti BN Sabah, pembangkang dan kumpulan badan bukan kerajaan melobi, akhirnya perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan inkuiri Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyelesaikan masalah itu.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:44 PM

Inkuiri diberitahu kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberikan kepada pendatang di Sabah, yang juga diberi resit JPN, iaitu dokumen sementara untuk membenarkan mereka mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:44 PM

Setiausaha agung BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menyeru semua pihak tidak “terus terburu-buru” dan menunggu keputusan panel RCI sehingga proses tersebut selesai dan menanti cadangan mereka.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:44 PM

Dua orang warga asing Pakistan dan India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing mengakui mereka mendapat kad pengenalan biru kurang dari 10 tahun selepas tiba di Sabah pada tahun 1980an.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:45 PM

“Dalam kenyataan kamu kepada pegawai penyiasat suruhanjaya ini, kamu kata kamu bekerja di Tawau pada tahun 1988, seorang warga Pakistan dan beberapa rakyat Malaysia bertanya adakah kamu mahukan pasport Malaysia, dan memberitahu syaratnya jika kamu mahu tinggal di Malaysia, tolong kerajaan dengan mengundi,” kata pegawai Jamil Aripin di RCI hari ini.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:45 PM

Statistik terkini pada bancian 2010 menunjukkan populasi penduduk Sabah meningkat 390 peratus dari 636,431 penduduk pada 1970 kepada 3,120,040 pada 2010 -- lebih dua kali ganda dari pertambahan penduduk negara iaitu 164 peratus.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:45 PM

Dari 3.12 juta rakyat Sabah hari ini, laporan menunjukkan 27 peratus adalah pendatang asing.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:53 PM

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kini tersepit selepas gagal memainkan isu pengundi hantu di Lembah Pantai. 50 orang “pengundi hantu” yang dicanang oleh Nurul Izzah tampil membuat kenyataan membidas beliau kerana menafikan hak mereka untuk mengundi dalam PRU13.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:54 PM

Kejahilan Izzah tentang sejarah Lembah Pantai kini telah makan diri. Dulu banyak kawasan setinggan di Lembah Pantai dan “pengundi-pengundi hantu” ini yang duduk di situ telah menggunakan alamat lama untuk mendaftar mengundi.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:55 PM

Hasil kerja keras kerajaan Barisan Nasional, Lembah Pantai kini telah pesat membangun dan tiada lagi pengundi yang duduk di setinggan. Mereka telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan yang lebih selesa.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:55 PM

Mereka ini telah lama menetap, bekerja dan lahir di sini. Ada juga “pengundi hantu” yang sudah mengundi sebelum Izzah lahir lagi. Tindakan melabelkan mereka sebagai “pengundi hantu” ini adalah sebahagian taktik politik keji Izzah untuk managih simpati.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:55 PM

Memandangkan Izzah cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi, 4,637 orang pengundi di Parlimen Lembah Pantai akan pastikan Nurul Izzah tersungkur pada PRU kali ini. Sebelum itu permohonan Semakan Kehakiman Nurul Izzah untuk membatalkan 4,000 nama pengundi di Lembah Pantai telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:55 PM

Setelah gagal dengan isu pengundi hantu, Nurul Izzah mula politik kotor dengan serang peribadi keluarga Raja Nong Chik. Politik sebegini tidak akan membantu Izzah untuk menang pilihan raya. Bagi penduduk Lembah Pantai yang miskin, Nong Chik adalah menteri mereka. Nong telah banyak membantu mereka dan sebagai Menteri Wilayah, terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:55 PM

Sebaik sahaja Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil kalah pada 2008, Nong Chik yang baru dilantik sebagai Menteri Wilayah ketika itu terus mengeluarkan surat tawaran kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan harga RM35000 seunit di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:56 PM

Itu baru bab rumah. Belum masuk lagi bab jalan yang ditar dan banyak lagi projek-projek pembangunan di Lembah Pantai. Mungkin Izzah adalah pendengar yang baik tetapi setakat mendengar, menjanjikan pelbagai perkara yang sekadar manis dibibir tidak akan mampu memberi sesuatu yang bermakna kepada rakyat.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:56 PM

Dalam sibuk Izzah berkempen memburuk-burukkan kerajaan, Izzah terlupa isu kehidupan lebih penting kepada orang miskin daripada isu hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi yang penting bagi pengundi golongan pertengahan dan elit. Walaupun beliau hebat berkempen dimedia massa, hakikatnya pengundi tempatan sahaja yang mengetahui sama ada segala dakwaan Izzah itu betul atau tidak.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:56 PM

Izzah juga buat kerja tapi tidak sebanyak Nong Chik. Izzah bekerja untuk pilihan raya tetapi Nong Chik bekerja sepanjang masa demi rakyat. Rumah PPR yang suatu ketika dulu, penduduk kena sewa dengan DBKL tapi kini tidak lagi. Usaha dan kerja keras Nong Chik membuahkan hasil apabila kementerian kewangan bersetuju untuk menjual rumah PPR yang disewa selama ini kepada golongan miskin yang memerlukan.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 1:56 PM

Berbeza dengan Shahrizat sebelum ini yang jarang turun padang, Nong Chik sering dilihat bersama penduduk dan memperjuangkan isu seperti perumahan dan setinggan.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:13 PM

Kementerian Dalam Negeri menafikan pihaknya memberi taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing termasuk 2,000 pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagu menyokong BN sebagaimana didedahkan PKR semalam.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:14 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Liong berkata, kementeriannya tidak akan memberi langsung kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:16 PM

“Hal ini tidak akan berlaku. Satu kelulusan pun saya tidak akan bagi apatah lagi 2,000 kelulusan kepada warga Indonesia,” kata beliau kepada pemberita selepas taklimat media di kementerian itu di sini, hari ini.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:17 PM

Semalam, ada kenyataan daripada PKR yang mendedahkan senjata kotor kononnya Umno mahu mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2,000 pemegang status pemastautin tetap, sekali gus dijadikan pengundi baru.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:18 PM

Dalam suratnya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Umno Hulu Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar didakwa memohon kelulusan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi penduduk pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2,000 orang telah dipilih, kata Zuraida semalam.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:19 PM

Zuraida turut menyifatkan Umno khususnya di Selangor sudah terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan cara itu. Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan BN dalam pilihan raya umum.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:20 PM

Selain itu, Lee menambah, untuk mendapatkan kerakyatan bukan senang.Warga asing perlu menjalani prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:22 PM

“Mereka (yang ingin mendapatkan kerakyatan Malaysia) perlu ada dokumen-dokumen sah dan memenuhi syarat, baru kami akan proses kerakyatan yang dipohon. Tetapi itu juga mengambil masa yang lama,” ujarnya lagi.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:23 PM

Beliau juga menegaskan, bukan setiap warga asing ada hak memohon kerakyatan. “Hanya orang tertentu sahaja layak mendapatnya.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 3:24 PM

“Jika warga asing itu berkahwin dengan pasangan dari warganegara Malaysia, barulah mereka layak memohon kerakyatan itupun tertakluk kepada Perlembagaan dan bukan dalam tempoh masa terdekat,” katanya lagi. Saya juga tidak akan sembarangan memberi kerakyatan kepada warga asing dalam meraih undi pada pilihan raya umum ke-13,” katanya.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:53 PM

Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan komited terhadap usaha mengukuhkan proses pilihan raya di negara ini dan memberi jaminan akan melakukan apa saja bagi memastikan objektif itu tercapai.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:53 PM

Perdana menteri berkata, buat pertama kalinya kerajaan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara turut dibenarkan menyertai proses pilihan raya di negara dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi pada PRU-13.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:55 PM

Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan suara rakyat dapat dinilai secara adil.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:55 PM

Perdana Menteri merujuk tiga inisiatif yang dilaksanakan suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:55 PM

Inisiatif terbabit ialah memastikan daftar pemilih tepat dan terkini, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara serta penggunaan dakwat kekal.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:56 PM

Menerusi entri bertajuk 'Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil' di laman blog 1Malaysia beliau, Najib berkata daftar pemilih yang tepat dan terkini bertujuan mencegah penipuan serta pengundi hantu.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:56 PM

"Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam daftar pemilih yang sudah diwartakan," katanya.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:57 PM

Beliau berkata, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara seperti Australia, United Kingdom, China dan Qatar pula memberikan mereka hak untuk mengundi.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:57 PM

"Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal," katanya.
Najib berkata, langkah mewajibkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi mengenal pasti mereka yang sudah mengundi.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 4:58 PM

"Kesemua inisiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


Anonymous said...
April 26, 2013 at 8:45 PM

Masalah in terlalu rumit so tukar je Bn/uMno di PRU 13 nie baru ada cerita baru hal PTI ber IC biru nie,Jom ubah ini kali lah.


Luna said...
April 27, 2013 at 9:27 AM

Isu PATI masih tidak terkawal. Mereka tidak berhak untuk mengundi.


Cloe said...
April 27, 2013 at 9:28 AM

“Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.

Rakyat tidak beryakin dengan JPN dan EC yang memeberi ic dengan sewenang-wenangnya.


Jun said...
April 27, 2013 at 9:29 AM

We urge for 100% democracy.


Dol said...
April 27, 2013 at 9:30 AM

Senarai pengundi harus dikemas kini.


Yusri said...
April 27, 2013 at 9:31 AM

SPR harus berusaha memastikan PRu dijalan dengan lancar dan terbaik.


Wilson said...
April 27, 2013 at 1:59 PM

SPR tidak dapat menjamin senarai pengundi yang bersih.


Kumanan said...
April 27, 2013 at 1:59 PM

PATI masih bertaburan merata-rata di seluruh Malaysia.


daya said...
April 27, 2013 at 2:00 PM

Demokrasi di Malaysia masih tidak menyakinkan.


Suresh said...
April 27, 2013 at 2:01 PM

PATI mendapat kerakyatan melalui pintu belakang.


Teck Hin said...
April 27, 2013 at 2:01 PM

They can do anything inclusive to give fake ic to remain in power.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 10:58 AM

The government’s Economic Transformation Programme (ETP) has wrapped up its second year by announcing approximately RM20.6 billion in realised investments as at third quarter 2012.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 10:58 AM


The figure constituted 71 per cent of some RM29 billion in investments committed for the first two years of implementation, said Minister in the Prime Minister’s Department and Performance Management and Delivery Unit chief executive officer, Datuk Seri Idris Jala.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 10:58 AM

The projects are progressing well. Of the 152 EPPs, 93 per cent are already under way, with 36 per cent currently operational


Anonymous said...
November 13, 2013 at 10:58 AM

Private investment achieved robust growth again to reach a record RM112.2 billion as of September 2012, up 25.5 per cent from the same period last year.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx