Friday, April 26, 2013

Murid Sekolah Diperalat Untuk Kempen BN

Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

“Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

“SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

“Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar ‘taklimat’ tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis. “Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan ‘taklimat’ kepada guru,” kata Abbas.
xxx2

Komen Anda

38 Responses to " Murid Sekolah Diperalat Untuk Kempen BN "
Anonymous said...
April 27, 2013 at 9:00 AM

Ini tak patut..


Anonymous said...
April 27, 2013 at 10:23 AM

There must be explanation behind this event. Someone must explain


Anonymous said...
April 27, 2013 at 11:52 AM

DrMAZA.com
..air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:49 AM

Salah guna kuasa


Anonymous said...
April 28, 2013 at 9:50 AM

Helikopter kerajaan pun najib boleh buat kempen, stakat murid sekolah ni...hish.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:34 PM

Mungkin hal ini patut diberi perhatian oleh BN supaya tidak menimbulkan andaian negatif pula.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:36 PM

Jangan sampai ramai yang anggap BN salah guna kuasa pula. Cukuplah dengan berita TV3 yang asyik 'warna biru' saja. huhu


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:37 PM

Budak-budak ni cuti atau diarahkan keluar semata-mata nak sambut calon BN Baram?


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:39 PM

Harap perkara ini tidak berlaku lagi. Sekarang ini pun sudah banyak isu jadi jangan lagi tamabh isu pasal ini.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:40 PM

Taib yakin BN Sarawak menang 2/3 kerusi parlimen

KUCHING: Barisan Nasional (BN) negeri dijangka masih lagi mampu menang lebih 2/3 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib berkata, beliau mempunyai naluri yang baik berhubung kemenangan itu meskipun mendapat tentangan hebat daripada pembangkang di kerusi parlimen yang didominasikan masyarakat Cina.
“Untuk keseluruhan kawasan Sarawak, kita boleh menang majoriti lebih 2/3. Itu adalah pasti,” katanya kepada pemberita setelah selesainya taklimat persiapan PRU ke-13 bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Menurut Setiausaha Agung BN negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom pula, kemenangan yang diyakini lebih daripada 2/3 itu adalah jawapan sebenar kepada dakwaan kononnya wujud keretakan jentera dalam parti BN sehingga kononnya mula goyah.
“Ketika pilihan raya, dakwaan-dakwaan ini sangat normal tetapi kita di peringkat akar umbi lebih tahu di mana anggota-anggota BN berpegang. Tidak ada maknanya untuk kita mempercayai dakwaan-dakwaan itu,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, di sebalik keyakinan itu BN negeri bagaimanapun masih kurang lagi yakin untuk menyerlah di kawasan-kawasan bandar oleh kerana ditakluki pembangkang ketika kini.
“Saya rasa anda (wartawan) lebih tahu sebabnya berbanding kita (BN) sendiri. Kita nampaknya sangat kritikal di kawasan ini kerana majoriti pengundi ialah masyarakat Cina,” tambahnya.
Terdahulu, Muhyiddin yang berada di sini selama tiga hari untuk lawatan kerja dikatakan berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan BN negeri menghadapi pilihan raya umum kelak.
“Beliau telah melahirkan rasa sangat gembira walaupun tidak membincangkan tentang calon-calon yang bakal bertanding. Ianya bagi kami masih lagi rahsia dan tidak perlu diumumkan sehingga Perdana Menteri berbuat demikian,” ujar Rundi.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:43 PM

Muhyiddin berkata,, pakatan pembangkang hanya memasukkan janji manis dalam manifestonya tanpa melakukan kajian sama ada boleh dilaksanakan dan ia hanya gimik politik meraih populariti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:43 PM

“Siapa tak suka hapuskan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), turunkan harga minyak, tetapi ia akan menyebabkan negara muflis,” katanya


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:44 PM

Katanya, kadar defisit belanjawan negara juga akan meningkat sehingga 11 peratus jika manifesto pakatan pembangkang itu dilaksanakan, berbanding hanya sekitar 4.5 peratus ketika ini yang mana ia akan menyebabkan penarafan ekonomi negara jatuh dan kesannya pelabur akan lari.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:44 PM

Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan betapa pentingnya kestabilan politik, keamanan dan perpaduan kaum yang dinikmati di negara ini dikekalkan.


Anonymous said...
April 28, 2013 at 11:45 PM

ini bagi membolehkan negara terus dibangunkan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:44 AM

Semua parti politik perlu memastikan bahan kempen mereka tidak diletakkan di lokasi yang boleh menjejaskan pandangan pengguna jalan raya termasuk di papan tanda keselamatan, lampu jalan mahupun lampu isyarat.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:45 AM

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdiansah Abdul Karim berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati terdapat beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu yang dipasang bendera dalam keadaan tidak kukuh dan ia mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:45 AM

Beliau mahu insiden seorang penunggang motosikal yang maut di Terengganu akibat terbelit tali bendera sebuah parti dijadikan iktibar agar perkara sama tidak berulang.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:47 AM

Sebelum ini, Sabah Electricity Sdn Bhd turut memohon kerjasama semua parti politik agar tidak memasang bahan kempen berhampiran pepasangan elektrik dan tiang elektrik bagi mengelak sebarang gangguan bekalan selain boleh mengakibatkan kecederaan atau maut kepada petugas kempen dan orang awam.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:54 AM

Kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan pengundi terjamin sepanjang proses demokrasi itu berlangsung sehingga hari kemuncaknya pada 5 Mei ini.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:54 AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PDRM telah menerima pelbagai maklumat dan bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan supaya pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:55 AM

Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar) telah menyatakan persiapan PDRM untuk memastikan gembar-gembur mereka yang mahu menimbulkan kekecohan semasa berkempen bukan saja akan dipantau, malah akan dibendung dengan bantuan badan-badan beruniform lain.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:55 AM

Pengundi jangan takut untuk keluar tunaikan tanggungjawab kerana saya yakin dengan bilik-bilik operasi yang telah diwujudkan segalanya akan berjalan lancar," katanya.



Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:56 AM

Dalam pada itu, Hishammuddin turut meminta rakyat di seluruh negara supaya tidak mempercayai perkara tidak berasas yang cuba ditimbulkan menerusi khabar angin.



Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:56 AM

Berkempen perlu mengikuti etika, elakkan kekecohan.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 9:57 AM

pandailah menilai sendiri


Yang said...
April 29, 2013 at 11:37 AM

Murid tidak harus dikaitkan dengan aktiviti politik.


Eugene said...
April 29, 2013 at 11:37 AM

Khabar angin harus dikenal pasti terlebih dahulu.


Huat said...
April 29, 2013 at 11:39 AM

Kempen harus biarlah rakyat sendiri untuk menentukan sama ada sertai atau tidak.


June said...
April 29, 2013 at 11:43 AM

Mungkin BN harus memberi penjelasan agar tidak disalah fahamkan?


Lan said...
April 29, 2013 at 11:45 AM

Harus dikenal pastikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan akhir.


Surene said...
April 29, 2013 at 11:46 AM

The teacher also compulsory to attend the campaign.


Nathan said...
April 29, 2013 at 1:34 PM

Student should out from the case.


Fredi said...
April 29, 2013 at 1:35 PM

Adakah guru pun takut nak undi pembangkang? Takut nanti hilang kerja? Hilang bonus? Hilang kenaikan gaji?


Ameerul said...
April 29, 2013 at 1:37 PM

Parti tidak harus mengaitkan isu politik di sekolah. Ini akan menjejas pembelajaran masing-masing.


Shuji said...
April 29, 2013 at 1:38 PM

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

Kempen BN tidak harus sampai ke sekolah khas budak kecil lagi.


Don said...
April 29, 2013 at 1:39 PM

Guru-guru berhak membuat undian sendiri, tidak harus dikawal juga.


pirit said...
April 29, 2013 at 3:29 PM

agensi mana yg x dimanipulasi BN/UMNgOk???


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx