Sunday, April 28, 2013

Karam Singh Waliya Hantar SMS Ugutan Seksual?

Calon KEADILAN Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini.

Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden KEADILAN itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara ‘buruk’ mengenainya.

Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya.

“Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli.

“Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah.

“Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan,” katanya.

Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi menggunakan nombor 019-3314898 yang kemudian didapatinya sama dengan kad media tertera nama Karam Singh Waliya tetapi beliau masih membuat semakan lanjut untuk pengesahan.

Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup.

Ketika dihubungi, Fuziah sedang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu jam 11.40 pagi tadi ditemani beberapa penyokong dan suami.

Beliau berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya -KD.
xxx2

Komen Anda

9 Responses to " Karam Singh Waliya Hantar SMS Ugutan Seksual? "
Anonymous said...
April 28, 2013 at 12:42 AM

Sebenarnya Singh Karam ni memang makan kiri kanan. Semasa isu sampah di Bukit Katil suatu masa dahulu penduduk buat aduan kepada Singh Karam ni mahukan sekian-sekian wang tetapi apabila penduduk tak beri amaun sebanyak yang diminta maka syarikat sampah tersebut mengambil kesempatan untuk menyogok beliau, maka macam anjing simpan ekor lah beliau pulang ke Sri Pentas dalam keadaan perut kenyang suka hati. UMNO memang suka ada Singh "Murtad" seperti Singh karam ini untuk mengkaramkan rakyat......


Anonymous said...
April 28, 2013 at 2:02 AM

Satu cerita lagi tentang Jabatan Agama Pahang (Kuantan) pula yang seperti lembu kenyang. Aku tengok dah lama (hampir 2 tahun) seorang lelaki muda berlebai menipu mengutip derma untuk sekolah Selatan Thailand di setiap pasar malam (Indera Mahkota 1) dan sekarang di hadapan Tunas Manja Bt.3 Kuantan dari pagi hingga malam, siap pakai Proton Perdana Putih lagi. Alahai JAIP.....tak kan itu pun nak tunggu report? Makan gaji buta kah? Malu sikit lah kat Jabatan Agama Kristian dan Jabatan Agama Buddha kat Pahang ni....


Anonymous said...
April 28, 2013 at 5:23 PM

JAWAPAN YANG TERBAIK UNTUK KEDUA DUA ISU INI IALAH TUKAR TUKAR DAN TUKAR


Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:36 PM

Kita tukar dulu Anuar Ibrahim dengan orang lain sebagai Ketua PKR.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:16 PM

Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:36 PM..kita cadang biar bapa mu pulak..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:18 PM

WOI KARAMMMM....LU JGN LANGSI SGT BOHHH...PANTANG ANAK MELAYU MAIN DGN CARA LU TU....LU BANYAK MAKAN TAIK HIDUNG TU PASAL LU JADI BANGSAT UMNONOK....JADAH LU KARAMMMM...KI MAK LUUUU...JGN SAMPAI MULUT LU JEJAK TANAH NANTI BOHHHH....LU BOLEH MAIN UGUT UGUT PULAK....KI MAK LUUU KARAMMMM...NANTI ORANG LAIN MAKAN IKUT LUBANG MULUT ATAS...LU PULAK MAKAN IKUT LUBANG MULUT BAWAH PULAK...JADAH LU KARAMMMM


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:19 PM

Kalau kucing tidak bergigi
(angkat tangan)
tikus berani melompat tinggi
(angkat tangan lagi)
Kalau halau Lynas pergi
(angkat tangan sekali lagi)
Fuziah Salleh aku sigi...
(Angkat kaki...)

Hidup Fuziah ;) Ahli Parlimen Kuantan pada 6 Mei 2013...


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:21 PM

Sejak bila si karam sing tu masuk UMNO?. apa nama melayu dia? heee dia tu kan kaki minum mungkin tgh mabuk kot dgn gang UMNo. TU YANG DIA HANTAR MSG CAM TU KOZ DIA HIDU BANYAK SANGAT BAHAN LYNAS.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 2:18 PM

ini mungkin kesan sampingan dr radioaktif yg dikluarkan dr projek lynas. manusia blh menjadi kurang waras, hilang pertimbangan dan juga keinginan seksual yg melampau.. bahaya lynas ni, baik tutup je...


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx