Wednesday, April 24, 2013

PRU 13 : Selamatkan Malaysia daripada hutang

PRU13 dijangka pelbagai pihak menjadi pilihan raya paling sengit dalam sejarah di negara ini, apabila sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dari sehari ke sehari, sehingga menyebabkan BN begitu cemas untuk menghadapinya.

Lebih mencemaskan rakyat, negara dilihat berada dalam keadaan yang cukup bahaya, apabila hutang negara semakin meningkat dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi setelah berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Hutang Malaysia sekarang RM547 bilion, dengan kadar faedah sebanyak 4 peratus.

Malaysia sebenarnya terpaksa membayar sejumlah faedah sekitar RM21.88 bilion.

Untuk dua tahun terakhir, Kerajaan Umno-BN telah meminjam sejumlah lebih RM100 bilion. Satu angka yang agak besar.

Dengan kedudukan hutang yang sebegitu tinggi, tidak hairanlah jika pakar-pakar ekonomi meramalkan, hutang Malaysia menjelang tahun 2020, dengan kadar faedah sebanyak 4 peratus, boleh mencecah sehingga RM1.21 trilion.

Jika begitulah kedudukan hutang negara di luar negara atau dengan Bank Dunia, apa akan jadi kepada negara dan rakyat Malaysia pada masa akan datang?

Sedangkan hutang yang mula dilakukan oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya berada pada kadar RM286 bilion sahaja, berdasarkan data hutang negara pada 2008.

Lima tahun lalu, rakyat Malaysia pernah melahirkan kerisauan menjelang PRU12 pada tahun 2008, mengenai kemungkinan Kerajaan Malaysia bakal menaikkan harga minyak selepas pilihan raya.

Rakyat Malaysia telah bertanya sendiri kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran kalangan rakyat Malaysia.

Dua minggu sebelum pilihan raya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka untuk seketika, apabila Najib yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu menafikan harga minyak petrol akan naik selepas pilihanraya.

Bagaimanapun, kerisauan rakyat Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya mengenai dasar yang akan diambil kerajaan Malaysia, selepas terdengar khabar yang bertiup kencang yang mengatakan kemungkinan kenaikan harga minyak dunia akan berlaku.

Setelah BN menang dan terus memegang tampuk pemerintahan, walaupun kehilangan majiroti 2/3 kerusi Parlimen buat pertama kalinya, kerisauan rakyat Malaysia menjadi kenyataan.

Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya. Bukan 10 sen atau 20, tetapi 78 sen kenaikan harga minyak petrol pada ketika itu.

Keadaan itu ditambah lagi dengan kenaikan tarif elektrik. Bagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan semula. Pada hal, hakikatnya sama sahaja maksudnya.

Malah, kenaikan harga minyak petrol, diesel dan tol tidak hanya terhenti di situ sahaja, apabila kenaikan tol pula yang mengambil gilirannya.

Pada hal ketika itu, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab, keuntungan Lebuhraya Utara Selatan sahaja sudah mencecah RM18.3 bilion yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin, pemilik syarikat Hati Budi Sdn. Bhd.

Persoalan yang bermain di minda rakyat sekarang, adakah selepas PRU13, harga minyak, harga barangan keperluan utama, tarif elektrik dan tol tidak akan dinaikkan lagi jika BN terus menang?

Ternyata, janji dan jaminan pemimpin Umno-BN untuk tidak menaikkan harga minyak, harga barangan, tarif elektrik dan tol sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh rakyat.

Jadi, tidak hairanlah jika PRU13 yang sebegitu lewat diadakan oleh Kerajaan BN merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat negara ini, bagi membolehkan mereka melakukan perubahan bagi menukar BN kepada Pakatan Rakyat.

Setelah 56 tahun BN diberikan peluang memerintah, rakyat bukan semakin senang, malah semakin terhimpit dengan pelbagai tekanan yang dilakukan oleh Umno-BN menerusi pelbagai cara demi kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka, sehingga membuatkan rakyat perlu merasai untung nasib bersama Pakatan Rakyat pula.

Dengan kejayaan Pakatan mentadbir empat negeri yang berada di bawahnya selepas PRU12, rakyat berhak menaruh keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk membawa rakyat dan negara ke arah yang lebih baik seperti yang diimpikan.

Oleh Aziz Muda
xxx2

Komen Anda

73 Responses to " PRU 13 : Selamatkan Malaysia daripada hutang "
Anonymous said...
April 24, 2013 at 9:54 PM

Adalah tidak adil untuk memberikan peluang kepada PAKATAN bagi menyelasaikan hutang yang disebutkan (jika benar)sebab Anuar Ibrahim pun bukan pandai sangat untuk mengurus ekonomi negara. Ada baiknya kita kembalikan BN memerintah supaya DS Najib dapat menggunakan "economic miracle" yang dimilikinya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 10:06 PM

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kita yakin dengan kredibiliti DS Najib kearah menyelasaikan masalah seperti ini. Sebagai seorang anak kepada Bapa Pembangunan Malaysia-Tun Abd. Razak, saya yakin DS Najib tidak akan semudah itu menghancurkan perjuangan bapanya dulu.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 11:30 PM

Anak kecil main api...


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:35 AM

Bil letrik dah pun mula memunggut duit rakyat untuk ke tabung kerajaan. dah bermula menindas rakyat.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:45 AM

Undilah PAKATAN RAKYAT untuk mengurangkan hutang yang dilakukan oleh DS Najib. Jika masih kerajaan BN maka kredit prabayar telepon dicaj 6%, bahan bakar naik, dll untuk mengembalikan hutang BR1M dll. TUKAR kerajaan BN wajib. Target di Sabah Parlimen 8 - 12 kerusi, di Sarawak 8- 11 kerusi dan Malaya 98 - 104 kerusi (114 - 127 Parlimen). Kerajaan baharu. Fikir-fikirlah pengundi atas pagar.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:05 AM

Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kadar hutang negara 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini berada pada tahap yang masih selamat.

"Kadar hutang itu (53.7 peratus) adalah suatu kadar yang masih boleh ditanggung oleh kerajaan dan dianggap rendah berbanding negara Eropah dan Amerika Syarikat itu sendiri."


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:05 AM

"Berbanding dengan negara membangun juga, (hutang) kita masih pada paras lebih rendah dan selesa. Asal kita boleh membayar keperluan kadar faedah dengan segera, kita masih selama," katanya


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:06 AM

Ahli Parlimen Pulai yang juga seorang akauntan bertauliah itu juga meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pembangkang yang mendakwa kadar hutang negara adalah tinggi.

Katanya, negara juga tidak mempunyai masalah untuk membentangkan belanjawan yang defisit, berikutan kepelbagaian kekayaan negara yang boleh digunakan untuk menampung defisit itu.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:06 AM

"Tidak ada negara di dunia yang membuat belanjawan lebihan, semuanya membentangkan belanjawan defisit dan pinjaman, cuma yang bezanya dengan Malaysia adalah kita mempunyai ruang untuk melaksana belanjawan defisit kerana kita mempunyai pelbagai kekayaan untuk menampung defisit itu," katanya.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:06 AM

Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyasarkan defisit negara akan turun kepada 4.0 peratus tahun depan berbanding 4.5 peratus tahun ini.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:08 AM

Manifesto Bukan Janji Pakatan yang telah dibentangkan dan dikitar semula daripada buku jingga akan membawa ke dalam lembah kehancuran apabila meningkatnya hutang negara. Mereka mengkritik kerajaan kerana tidak memberi pendidikan percuma seperti yang diamalkan di UK. Tapi mereka tidak tidak sedar kekayaan antara kedua-dua negara tidak sama.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:08 AM

Lagipun Barisan Nasional telah menyediakan pendidikan peringkat sekolah dengan yuran percuma. Untuk peringkat pengajian tinggi, ianya sangat sukar untuk dilaksanakan kerana kita hanyalah negara membangun.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:08 AM

Mereka terus memberi janji manis yang lain seperti menghapuskan to dan tol percuma di seluruh negara. Tapi pada masa yang sama kerajaan DAP Penang sedang membuat perancangan membina terowong dasar laut yang sudah tentu akan dikenakan tol kepada rakyat yang melaluinya.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:08 AM

Pengurangan cukai import bakal membawa negara Malaysia ke kancah muflis dan bankrap. Kalau semua sudah dipercumakan dan dikurangkan, semuanya akan menyebabkan kadar pembangunan negara akan bergerak perlahan. Malaysia perlukan modal dan tenaga. Manifesto Pakatan akan tingkatkan hutang negara sebanyak 11% hingga menjadi 65% dari kadar 53% sekarang.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:08 AM

Banyak janji-janji yang ditabur dalam PRU12 oleh pembangkang yang tidak ditunaikan. Kita tengok berapa banyak ibu tunggal dan warga emas menyaman kerajaan negeri. Masih ramai lagi yang belum menerima air percuma. Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid Gagap sedar sekiranya semua janji itu ditunaikan, ianya mampu meningkatkan lagi defesit pembelanjaan negeri.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:08 AM

Dalam manifesto pembangkang, mereka tidak menyatakan bagaimana hendak meningkatkan ekonomi dan hasil pendapatan negara. Apa yang tertulis, mereka akan menggunakan keuntungan petronas untuk menunaikan segala janji populis mereka.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:09 AM

Berbeza dengan BN, selain bukan “gula-gula” pilihanraya, pemberian bantuan BR1M juga tidak akan meningkatkan hutang negara. BR1M sebenarnya sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menstruktur semula cara menguruskan subsidi. BR1M akan diberi setiap tahun, bukannya hanya masa pilihanraya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 11:27 AM

Adalah tidak adil untuk memberikan peluang kepada PAKATAN bagi menyelasaikan hutang yang disebutkan (jika benar)sebab Anuar Ibrahim pun bukan pandai sangat untuk mengurus ekonomi negara. Ada baiknya kita kembalikan BN memerintah supaya DS Najib dapat menggunakan "economic miracle" yang dimilikinya dengan MENAIKKAN HARGA MINYAK SELEPAS NPRU DAN MENGENAKAN GST KERRANA KALAU TIDAK NEGARA AKAN BANGKRAP KATA IDRIS JALA.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:03 PM

Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan hutang negara selain membantu rakyat serta melonjakkan ekonomi negara dalam merangka Bajet 2013.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:03 PM

"Kita sedang lihat bagaimana kita nak kurangkan hutang negara dan kita mempunyai beberapa kaedah yang sedang kita lihat.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:03 PM

Jika dapat kurangkan hutang bermakna dalam konteks perbelanjaan tetap melibatkan hutang akan dapat dikurangkan,


mantera said...
April 25, 2013 at 12:04 PM

Perbelanjaan pembangunan kita telah tetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Kita menyediakan sebanyak RM49 bilion. Itu sudah tetap. Yang kita sedang olah ialah perbelanjaan mengurus,


mantera said...
April 25, 2013 at 12:04 PM

erbelanjaan mengurus semakin meningkat kerana melibatkan perbelanjaan tetap seperti pembayaran pencen, emolumen dan hutang.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:59 PM

Rakyat Perlu Istiqamah Untuk Elak Terpedaya Dakyah Pembangkang

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa beristiqamah dan berpegang kepada pendirian teguh dalam apa jua keadaan bagi mengelak daripada terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini penting memandangkan adanya pihak yang cenderung mengeluarkan kenyataan tidak berasas semata-mata untuk menarik perhatian ramai termasuk mengenai soal halal haram dan dosa pahala.

“(Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mengeluarkan fatwa sembahyang orang Umno tak dapat pahala, orang PAS sahaja dapat pahala. Maknanya sembahyang kita semua ni tak dapat pahala

“Nama sahaja parti Islam tapi keluarkan fatwa songsang dan sesat kononnya nak tunjuk dia lebih Islam daripada orang lain,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 1:59 PM

Rakyat Perlu Istiqamah Untuk Elak Terpedaya Dakyah Pembangkang

Walaupun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, namun ia tidak menghalang kira-kira 3,000 penduduk untuk hadir.

Muhyiddin berkata tindakan PAS bukan sahaja memesongkan akidah orang Melayu dan masyarakat Islam, malah ia menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Menyedari hakikat itu, katanya, beliau pada 9 April lepas meminta Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan menteri besar Kelantan itu.

“Saya bukan tak boleh bahas tentang perkara ini, saya ada latar belakang agama. Jangan perkecilkan saya tentang soal agama,” tegasnya.

Timbalan perdana menteri berkata PAS, yang selama ini lantang memperjuang pembentukan negara Islam, kini berubah arah kepada Negara kebajikan gara-gara mendapat tentangan daripada DAP.

“Matlamat PAS untuk perjuangkan negara Islam dah lari, kenapa? Sebab Karpal Singh (pengerusi DAP Kebangsaan) kata langkah mayat saya dulu,” katanya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:01 PM

Rakyat Perlu Istiqamah Untuk Elak Terpedaya Dakyah Pembangkang

Pada majlis itu Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan menyatakan harapannya agar rakyat dapat memberikan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum 5 Mei ini untuk terus mentadbir negara.

“Inilah pertama kali beliau (Najib) minta mandat, maka kita berilah kerana beliau sudah buat macam-macam sepanjang empat tahun lepas… sebelum ini beliau mengambil alih tugas daripada perdana menteri sebelum ini Tun Abdullah (Badawi),” katanya.

Beliau menegaskan pilihan raya kali ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia sangat penting untuk meneruskan matlamat mencapai negara maju dalam tempoh tujuh tahun lagi.

“Sebab itu kita tak boleh tukar kerajaan. Macamlah dalam F1 (Formula One), dah bawa laju ke depan takkan tiba-tiba nak tukar pemandu, mestilah akan kalah,” katanya.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri menegaskan bahawa seseorang yang mempunyai karektor yang tidak baik, tidak harus dijadikan pemimpin negara kerana ia boleh dipertikaikan dan seterusnya menjejaskan imej negara.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:01 PM

Rakyat Perlu Istiqamah Untuk Elak Terpedaya Dakyah Pembangkang

“Dalam sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai adat, budaya dan adat resam pastinya kita tak mahu pemimpin dipertikaikan dari segi moral.

“Orang yang nak jadi PM jangan terpalit dengan tohmahan, fitnah atau benar kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti sebagai pemimpin,” katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan rakyat supaya mempercayai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa dalam mengendalikan PRU13, dan bukannya percaya kepada pembohongan atau fitnah parti tertentu.

“Kita dengar ada kononnya dah bagi kursus kepada penyokong parti supaya bila hari pengundian, jangan terima kertas undi yang diberi oleh kerani SPR, tapi minta kertas undi yang di bawah.

“Kenapa? sebab kononnya kertas yang dah diberi itu ada nombor siri dah catat untuk tahu sokong atau tidak. Nanti bila SPR tak bagi dia akan pertikaikan. Ini sengaja nak buat kecoh,” tegasnya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:02 PM

Pengundi Perlu Pilih Parti Mampu Tubuh Kerajaan Yang Kuat, Bawa Kejayaan


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu memilih parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan yang kuat, dan yang mampu membawa kejayaan kepada negara.

Perdana Menteri berkata untuk itu, rakyat harus kembali kepada objektif utama pilihan raya umum yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat.

“Kalau kita ikut perasaan, kita tumpu pada calon individu, maka kita sudah kalih daripada tujuan utama pilihan raya diadakan iaitu tidak lain tidak bukan adalah berkenaan soal masa depan negara dan anak-anak kita yang terlalu ternilai.

“Ia tidak boleh terpesong pada hakikat bahawa kita perlu sebuah kerajaan di peringkat pusat dan negeri yang kuat dan berwibawa untuk menjayakan segala dasar negara, wawasan dan dasar transformasi nasional termasuk Aku Janji kita,” katanya di sini selepas turun padang ke beberapa kawasan Parlimen Selangor sejak pagi.

Najib yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor sebelum itu melawat kawasan Parlimen Selayang, Gombak dan Shah Alam manakala malam ini kawasan Parlimen Subang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata apa yang penting adalah untuk parti menggerakkan jentera pilihan raya dan mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 ini, dan soal calon tidak lagi sepatutnya berbangkit kerana keputusan sudah dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita sudah bagi panduan maka jentera harus fokus dan bekerja penuh semangat dan tenaga, saya yakin dan percaya berdasarkan kepada suasana serta sentiment yang semakin hari semakin yakin kepada BN.

“Mereka (penduduk Selangor kini) kurang yakin malah kecewa dengan pakatan rakyat di Selangor, sudah ada keinginan untuk mereka kembali kepada BN,” katanya.

Mengenai pentadbiran di negeri Selangor, beliau berkata kerajaan pusat dipimpin oleh BN dan negeri dipimpin pakatan pembangkang tidak mewujudkan satu keadaan yang membolehkan kelicinan pentadbiran.

“Banyak kuasa kerajaan negeri yang menyentuh kepentingan kerajaan pusat, ini termasuk soal air dan kelulusan projek-projek pembangunan yang sah, jadi perlu penyelarasan di antara pusat dan negeri,” katanya.

Mengulas mengenai lawatannya ke Selangor hari ini, Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya suasana di kawasan tersebut sama ada di peringkat jentera pilihan raya parti mahupun sambutan pengundi, adalah baik.

Mengenai tindakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini, Najib berkata ia bukan satu isu kerana sudah dijangkakan.

Ketika ditanya mengenai ada calon Bebas yang didakwa akan menjaja nama BN ketika berkempen, Pengerusi BN itu berkata apa yang penting sekali adalah parti dan bukannya individu atau calon.

“Kita tekankan yang penting sekali adalah parti, pada kesudahannya pengalaman menunjukkan bahawa individu tidak kuat, nama-nama terkenal bertanding Bebas, mereka tidak dapat kejayaan,” katanya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:32 PM

Mengurus sesebuah ekonomi negara ibarat menguruskan perbelanjaan rumah tangga. Kita harus bijak untuk membelanjakan kos tetap, kos berubah dan dalam masa yang sama membuat tabungan atau pelaburan. Justeru, apabila berlaku kenaikan harga minyak di pasaran dunia, turun naik pasaran emas atau kemerosotan permintaan terhadap komoditi Malaysia sudah pasti akan menjejaskan ekonomi negara. Jadi, pinjaman perlu dibuat untuk menjamin kelangsungan perbelanjaan yang sedia ada untuk keperluan rakyat. Contohnya apabila kita membuat pembiayaian daripada bank sebab kepeluan perbelanjaan tambahan. Dan pembiayaan itu akan dikenakan faedah. Jadi, tidak ada bezanya dengan menguruskan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, analisa dengan bijak dengan merujuk kepada pakar ekonomi yang terbilang sama ada dari dalam atau luar negara kerana kenyataan mereka diiktiraf dan diperakui, bukan sekadar 'TIN KOSONG - KUAT BUNYI, TAPI ISI KOSONG'.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:59 PM

Tidak mustahil Malaysia akan mengalami nasib seperti beberapa negara di Eropah yang akhirnya bankrap dan terpaksa 'melutut' (kepada Tabung Kewangan Antarabangsa) sekiranya mengguna pakai segala aku janji dalam manifesto pakatan pembangkang yang banyak menjanjikan pemberian 'benda yang percuma'.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:00 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata janji pakatan pembangkang itu tidak berasas dan dibuat semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:01 PM

"Pakatan buat janji macam-macam, tapi mana ada free dalam dunia ini, Tiada benda yang free di dunia. Kata orang putih there is no such thing as a free lunch.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:01 PM

"Kenapa negara Eropah (tertentu) bankrap? kerana mereka tidak mengurus (negara) dengan baik. Dia punya cukai tinggi, orang tak ada insentif, lepas tu ada ekonomi gelap, tak bayar cukai, akhirnya ekonomi mereka merundum.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:02 PM

"Kalau ini boleh berlaku kepada Eropah, mustahil tidak boleh berlaku pada negara kita. Dia boleh berlaku pada Malaysia, kalau kita gunakan segala-gala, laksanakan segala-gala yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat."


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:03 PM

Najib berkata pegawai-pegawai Kementerian Kewangan sudah mengambil kira dalam masa setahun sahaja Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terpaksa "meminjam duit untuk bayar gaji dan subsidi".


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:03 PM

"Kalau kita pinjam duit untuk bayar gaji, kita pinjam untuk bayar subsidi alamatnya kita akan bankrap. Tapi kalau kita guna hasil negara untuk bina sekolah dan sediakan prasarana untuk pelaburan dan untuk kemudahan rakyat, kita akan memacukan lagi ekonomi negara dan kesejahtraan rakyat.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:04 PM

"Tapi kalau kita gunakan pinjaman untuk subsidi dan bayar gaji kerana 'free ini, free itu' alamatnya dalam masa satu atau dua tahun bankrap lah Malaysia."-Najib


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:05 PM

"Greece melutut, ekonomi Itali tidak menentu, Perancis pun goncang, United Kingdom pun lemah ekonominya, mustahil kalau kita silap langkah perkara yang sama tidak boleh berlaku pada negara kita".


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:06 PM

Najib berkata Malaysia di bawah kerajaan BN mengurus negara ini dengan baik, sehingga ekonomi negara ini berkembang pada kadar 5.6 peratus tahun lepas.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:13 PM

hutang negara sedang bertambah dalam tempoh yang singkat, pelbagai cukai dikenakan, kos- kos perkhidmatan yang sangat tinggi...ini kah yang dikatakan pentadbiran cekap. kalau harga kereta diturunkan negara dikatakan akan muflis... pada akhirnya rakyat yang akan dibebankan untuk membayar hutang negara...


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:18 PM

kerajaan berbelanja sakan untuk projek- projek yang menguntungkan kroni, harta negara dikaut sebanyak- banyaknya...rakyat dipedulikan. Sudah terdesak sangat barulah nak utamakan rakyat...boleh percaya ka?


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:25 PM

Kalau BN kalah berapa ramai pemimpin BN akan didakwa kes rasuah, penyelewengan dan lain- lain macam penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan diri dan kroni...rakyat bukanlah tujuan utama untuk BN menang tetapi lebih kepada survival pemimpin-pemimpinnya dari terbongkarnya pelbagai jenayah. itulah yang paling ditakuti oleh pemimpin- pemimpin BN sebenarnya.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 3:58 PM

Kejayaan Sarawak memperolehi pinjaman projek pembiayaan kerajaan ke kerajaan membuktikan keyakinan pelabur luar negara ke atas sistem pengurusan kewangan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:00 PM

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata, melalui projek pembiayaan kerajaan ke kerajaan itu, kerajaan negeri berjaya memperolehi pinjaman dianggarkan AS$1 bilion daripada Kerajaan China untuk membangunkan kilang pulpa di Bintulu.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:01 PM

Kerajaan tidak mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan pengurusan kewangan negara ekoran kelewatan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:02 PM

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menegaskan kerajaan juga tidak menapis isi kandungan laporan audit berkenaan yang mana pada laporan audit 2010 mendedahkan berlakunya “kecelaruan” dalam projek penternakan lembu fidlot, National Feedlot Centre (NFC) yang diuruskan oleh keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:09 PM

IT'S like a report card you can proudly bring home to show mum and dad. On Tuesday, the World Bank released the findings of its assessment of corporate governance in Malaysia, and the numbers indicate that we have done well


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:10 PM

In each of the six main areas of corporate governance policy framework that were examined in July last year, Malaysia's score surpassed the average for six Asian countries (see chart), namely Indonesia, India, Malaysia, Thailand, the Philippines and Vietnam. The gaps ranged between five percentage points and 22 percentage points (2 March, 2013)


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:16 PM

There are six main areas of corporate governance policy framework that were examined in July last year; enforcement & institutional framework, shareholder rights & ownership, equitable treatment of shareholders, disclosure & transparency and the last one is the board responsibilities.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:16 PM

Naturally, the Securities Commission (SC) is pleased with the latest report. Said chairman Datuk Ranjit Ajit Singh: “It is important to have in place a strong corporate governance eco-system in order to sustain active investor interest and growth in the capital market.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:18 PM

“We are highly encouraged by the strong endorsement by the World Bank on the collective efforts by the regulators and the industry in strengthening corporate governance in Malaysia.”


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:21 PM

The World Bank has found that basic shareholder rights are “largely in place” in Malaysia. However, there are some gaps and omissions in the CA. “There is no explicit right for shareholders to receive dividends in proportion to their shareholdings or to receive them in a timely manner, though company articles may allow for both,” says the bank.

“More generally, there is no explicit legal requirements for shareholders of a particular class of shares to be treated the same or confirmation that their shares carry the same rights.”


Forest said...
April 25, 2013 at 4:23 PM

The report notes that Malaysia has an active market in corporate control. “Controlling stakes are periodically sold, and there have even been cases of proxy fights and hostile takeovers' being launched when the controlling share was low enough or formerly friendly major shareholders disputed control,” The World Bank


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:24 PM

Key reforms mooted by the bank includes:

Fundamental reform to the company law to protect shareholders and improve legal clarity, including explicit equitable treatment of shareholders and more ways for shareholders to protect their interest.

Enhancing disclosure of beneficial ownership and other non-financial information.

Strengthen auditor independence and effectiveness of market intermediaries, including explicit limits on non-audit work for audit clients.

Revising the Malaysian Code on Corporate Governance and Bursa Malaysia's Listing Requirements to reinforce board independence and support ongoing reform.

Reviewing the role of government-linked investment companies and other institutional investors and owners, including better management and disclosure of conflicts of interest and consistently considering governance in their investment decisions.

Maintaining the credibility and effectiveness of the SC, including reviewing ways to increase independence and sustain enforcement credibility


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:26 PM

Malaysia is one of the East Asia and Pacific (EAP) countries that outperformed growth expectations in 2012, but the risk of overheating the economy must be nipped in the bud, according to a World Bank report.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:27 PM

Malaysia’s economy showed resilience due to stronger than anticipated growth, especially in the last quarter of 2012, in a region which grew higher than any other region in the world collectively growing by 7.5% last year, said the World Bank in its latest analysis of the regional economy.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:28 PM

“The EAP region contributed around 40% of global growth in 2012, and the global economy continues to rely on the region’s growth,” said World Bank EAP vice-president Axel van Trotsenburg in the report.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:29 PM

“Fiscal and monetary policies to boost consumption and investment helped sustain growth in 2012 across the region, with middle-income countries performing particularly well. Fixed investments surged 19.9% in Malaysia last year and contributed 4.7 percentage points to GDP (gross domestic product) growth of 5.6%,” the report said.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:30 PM

The report entitled ”World Bank EAP Economic Update April 2013” indicated that domestic demand supported growth with consumption rising on the back of higher household income, government cash transfers worth RM2.34 billion and salary increases and bonuses for civil servants in Malaysia where private consumption expanded 7.7%.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:30 PM

It, however, warned of the risk of overheating if the economy reached the limits of its production capacity with the continued surge in capital inflows on loose monetary policies, indicating that portfolio flows are sizeable in Malaysia comprising 6.4% of GDP in 2012 on a net basis, up from 2.9% of GDP in 2011, leaving the economy vulnerable to asset price risks and flow reversals.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:33 PM

Malaysia witnessed a net offshore inflow of US$3.6 billion (RM10.95 billion) between April 2012 and April 2013, and a report by Credit Suisse indicated that, with such continued growth, countries like Malaysia will run into increasing signs of overheating or bubble characteristics and burst risks later.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:34 PM

The World Bank hailed Malaysia as the exception in EAP central rates cut for staying on hold as robust domestic demand and strong credit growth offset concerns about external weakness.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:35 PM

Lower international commodity prices would reduce export earnings; and, post-election fiscal consolidation could disrupt the growth momentum, the report said, adding that the sum of general government, non financial corporate and household debt now exceeds 150% of GDP in Malaysia.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:36 PM

“In Malaysia’s open economy [with an export to GDP ratio exceeding 100% in most years], net exports deducted 2.8 percentage points from overall growth last year,”


Anonymous said...
April 25, 2013 at 5:12 PM

SEBENAR NYA KENAPA KITA MENJADI BODOH KERNA MEMILIH PEMIMPIN,YANG BODOH MENJADI PEMIMPIN KITA.SERAM AKU BILA MEMBANCA KENYATAAN DI ATAS TENTANG HUTANG NEGARA


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:38 PM

SEBENARNYA PUAK2 PEMIMPIN AMENO DAH LAMA DAAHH DOK BUAT KERJA TU... DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH KHAZANAH NEGARA..WANG RAKYAT MELAYSIA DISELUDUP KE LUAR NEGARA ATAS NAMA AKAUN BERBAGAI2.. TAKCAYA TANYALAH MATHIR.. TAIB MAMUD..NAJIB.. KHAIRY..NAZRY.. ROPIDAH..MUSAAMAN..DAN SEMUA PEMIMPIN AMENO..


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:40 PM

Rakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.

Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:45 PM

Tapi kali ni...

yang buat lawak bodoh tahap tenuk daging tu adalah seorang Timbalan Menteri Kewangan...

siapa lagi kalau bukan Datuk Awang Adek...


Dia kata...

"Had kita (hutang pada tahap kritikal) adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal


Anonymous said...
April 25, 2013 at 9:55 PM

Di satu peringkat umporno dan konco-konconya dlm bn tiba2 sedar yg mereka sudah kehilangan kepercayaan rakyat dan besar kemungkinan akan hilang kuasa jadi langkah2 segera perlu diambil utk segera mengumpul kekayaan. antara langkah ketara yg diambil ialah dengan melaksanakan projek2 besar yg dilambung tinggi kosnya. sikit buat ikat bata supaya semua nampak projek jalan dan yg selebihnya masuk poket buat beli beg, cincin dsbnya. hingga kat bini pun bagi sampai berbillion rm, kononnya utk prog permata negara, rupanya permata cincin. mca pun nak jugak, saki baki mic pun nak jugak itu belum komponen bn yg lain. sebab itulah bila naji.... suruh taik mamut srwak letak jawatan taik jwb tunggu dulu byk lagi hasil bumi srwak dia nak kaut, lepas ni mu nak beri sapa pun jadi km srwak bagi ajalah. tu yg dok tertongok lagi si taik mamut tu.
tak cukup dgn duit dalam perbendaharaan kaut duit petronas hingga hampir kosong tabung ptronas. kalau tak caya pi tanya hassan mrican.
itu belum ambil kira pihak2 lain yg nak ambik kesempatan lagi tuh. cthnya rapid pengerang, projek asal 800 juta kendian jadi 1.4 billion ..... woo punyalah markup harga sampai main con lari sebab tak nak nama company tercemar dengan mainan puak2 ni.
urus ekonomi mcm budak pra-sekolah lepas tu nak salahkan orang lain, mangkuk hayun punya manusia ... tapi heran ada lagi manusia2 bodo yg dok sokong lagi kes kena rasuah br1m rm500.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:13 PM

e-gazettement of previously logged forest (secondary forest) into Class I Protection Forest Reserve by the state forestry department recently, has swung in favour of the orang utans living within totally protected areas (TPA) in Sabah.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:14 PM

Hutan–Kinabatangan Orang Utan Conservation Programme (Hutan-KOCP) co-director Dr Marc Ancrenaz said the state government had shown its commitment to conservation by increasing the number of protected forests in Sabah.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:17 PM

Sabah recorded 3,539 new appointments in the federal civil service sector out of 98,708 applications received from November 9, 2011 to November 9 this year.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:18 PM

Public Service Commission (SPA) chairman Tan Sri Mahmood Adam said the Dusuns accounted for the highest number of applicants at 22,341. Of the number, 1,007 or 28.45 per cent were appointed within the one year period.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx