Monday, April 22, 2013

Ditawarkan kerusi, Kamalia Tempelak Najib?

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu. -MK
xxx2

Komen Anda

24 Responses to " Ditawarkan kerusi, Kamalia Tempelak Najib? "
Anonymous said...
April 22, 2013 at 10:58 PM

jgn mmpilh ko akn mng.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 11:58 AM

kerana tamak sanggup khianati parti


Anonymous said...
April 23, 2013 at 11:58 AM

kamalia pasti takkan menang


Anonymous said...
April 23, 2013 at 12:40 PM

Whatever la... Janji ABU


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:09 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:10 PM

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno. “Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:10 PM

“Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:11 PM

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti. “Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya. Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 1:13 PM

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13. Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:16 PM

Aku masih ingat Kamilia pernah suruh Sarijat letak jawatan fasal NFC. Mungkin fasal itu UMNO tak mahu calonkan dia!


Hidup Di Sabah said...
April 23, 2013 at 10:59 PM

Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pakatan Rakyat (PR).


Hidup Di Sabah said...
April 23, 2013 at 11:01 PM

Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya.


Hidup Di Sabah said...
April 23, 2013 at 11:05 PM

Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.


Hidup Di Sabah said...
April 23, 2013 at 11:06 PM

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah. tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.


Hidup Di Sabah said...
April 23, 2013 at 11:07 PM

Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana. Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.


Kelly said...
April 24, 2013 at 2:01 PM

Ini juga serahkan kepada rakyat untuk menentukannya.


Elena said...
April 24, 2013 at 2:01 PM

Pencalonan membawa banyak isyarat negatif.


Will said...
April 24, 2013 at 2:02 PM

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar,"

Yang penting, suara rakyat harus didengar dan kebajikan harus diperjuangkan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:14 PM

Pemimpin pembangkang yang kebanyakan mereka pemimpin 'kitar semula' tidak akan mampu mentadbir sebagaimana pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jelas terbukti mempunyai rekod yang baik.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:14 PM

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata mereka pemimpin kitar semula yang pernah berkuasa ketika dalam kerajaan BN, dan jika mereka ingin berkhidmat untuk rakyat sudah tentu ketika masih dalam kerajaan.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:15 PM

"Setelah menyertai pembangkang mereka melaungkan-laungkan janji bintang dan bulan yang pada dasarnya ia pembohongan semata-mata hanya untuk meraih simpati rakyat terhadap mereka.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:15 PM

"Mereka bukannya berjuang untuk rakyat sebaliknya untuk kepentingan diri dan politik mereka sahaja," katanya.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:16 PM

Musa yang juga anggota DUN Sungai Sibuga berkata ketika ini ramai pemimpin pembangkang masuk kampung keluar kampung untuk tujuan memburuk-burukkan kerajan BN dengan membuat pelbagai janji.


Anonymous said...
April 24, 2013 at 4:16 PM

Beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat di negeri ini bahawa pemimpin parti pembangkang itu hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya. Musa turut menasihatkan golongan muda di negeri ini supaya tidak terperangkap serta terpedaya dengan mana-mana pihak yang menjurus kepada budaya tidak sihat khususnya demonstrasi jalanan.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx