Tuesday, January 11, 2011

50 peniaga rugi besar akibat kebakaran

TAWAU : Kira-Kira 50 peniaga di Kg. Titingan di sini kerugian besar apabila satu insiden kebakaran memusnahkan unit-unit gerai dan kedai papan mereka, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Wakil Ketua Anak Negeri Kg Titingan, Majid Jamal berkata, unit-unit perniagaan yang musnah terdiri daripada 16 unit kedai serta 34 unit gerai.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Albert Jiran Tanjung berkata, sebaik mendapat maklumat, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera bomba dan dua utiliti.

Bagaimanapun katanya, api dilihat marak dengan cepat ekoran keadaan kedai dan gerai yang dibina menggunakan papan, selain keadaan angin yang bertiup kencang.

Pihaknya juga katanya turut berhadapan dengan masalah tekanan air rendah pada pili bomba, yang terdapat di sekitar kawasan itu.

“Bagaimanapun katanya, api berjaya dikawal dan dipadam pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Ismail Mayakob ketika ditemui di tapak kebakaran pula berkata, kesemua gerai dan kedai terlibat terletak di atas tanah persendirian dan tidak berlesen.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Wakil Rakyat Apas, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan melahirkan rasa simpatinya ketika berkunjung ke tapak tersebut.

“Kita akan berusaha menghulur bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan masyarakat supaya mematuhi peraturan dengan mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum membina atau memulakan perniagaan di kawasan itu – MOHD ZAFRIN NORDIN (zafrin@newsabahtimes.com.my)

16 comments:
Write comments
  1. Harap dengan adanya bantuan daripada menteri kewangan Sabah, peniaga-peniaga ini boleh membina perniagaan mereka sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. semoga semua peniaga yang terbabit, bersabar dengan kejadian yang telah berlaku ini.

    ReplyDelete
  3. dengan adanya bantuan yang akan diberikan nanti, diharap mereka akan mampu memulakan perniagaan mereka semula.

    ReplyDelete
  4. kebakaran ini byk merugikan mangsa. harap mereka dpt menerima hal ini akan semoga bantuan segera diberikan kepada mangsa.

    ReplyDelete
  5. lain kali sediakan unit kedai atau gerai yang bukan diperbuat daripada papan.

    ReplyDelete
  6. nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran ini, mangsa2 kebakaran tersebut dharap tabah menghadapi musibah ini.

    ReplyDelete
  7. Berikanlah bantuan bagi mengurangkan beban mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  8. Malang tidak berbau..itulah yang kita boleh katakan kepada mangsa kebakaran ini. Harap mereka bersabara dan akan meneruskan kehidupan sambil menunggu bantuan yang akan diberikan.

    ReplyDelete
  9. Harap mangsa kebakaran ini akan bersabar, bantuan akan sampai tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  10. Hopefully that the ministry will help these victims.

    ReplyDelete
  11. Malang tidak berbau. Harap mereka akan tabah menghadapi cabaran.

    ReplyDelete
  12. Harap menteri kewangan akan cuba membantu seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  13. Kerugian kebendaan hanya masalah kecil. Nasib baik tiada kehilangan nyawa.

    ReplyDelete
  14. Semoga ada yang tampil untuk memberi bantuan kepada mangsa kebakaran.

    ReplyDelete
  15. kita memberi, siapa tahu satu masa nanti kita pula yang menerima.

    ReplyDelete
  16. Langit tidak selalunya cerah dan indah dan saya percaya setiap kita disini juga mengalami kesedihan dan kegembiraan. Oleh itu bila kita bersedih ingatlah semasa kita gembira untuk memotivasikan kita untuk mara ke hadapan dan bila kita bergembira ingatlah semasa kita bersedih kerana ianya akan menguatkan kita....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.