Wednesday, January 12, 2011

ADA TANGAN GHAIB MAHU JATUHKAN PRESIDEN?

MANTAN Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mendedahkan ada ‘Tangan Ghaib’ yang sedang berusaha keras untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah mereka berjaya membius dan menjatuhkan Pak Lah suatu ketika dahulu.

Sehubungan itu, beliau lebih suka menjadi calon bebas pada pilihanraya umum akan datang jika beliau tidak terpilih sebagai calon BN; demi untuk menjaga hubungan baik dengan semua pihak termasuk pembangkang.

Suhaili yang dihubungi di Brunei sebentar tadi berkata, buat sementara waktu beliau tidak ingin mengulas sama ada mahu menerima pelawaan daripada beberapa parti politik yang sejak akhir-akhir ini menawarkan beberapa jawatan penting kerana mereka yakin beliau masih berpengaruh di Labuan.

“Saya agak kesal kerana Majlis Tertinggi UMNO mengambil masa yang terlalu lama dan menghukum saya sedangkan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan membenarkan saya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan. Saya tidak tahu apa lagi yang mereka mahu buat terhadap saya,” ujar Suhaili yang agak terkilan kerana Majlis Tertinggi UMNO menjadikan alasan rayuan Pendakwaraya sebagai faktor penyebab beliau belum dibenarkan memegang kembali jawatannya yang digantung Majlis Tertinggi UMNO.

Isu rayuan pendakwaraya, kata Suhaili, tidak sewajarnya timbul kerana tidak ada kena mengena dengan beliau dan hanya melibatkan masalah teknikal sedangkan mahkamah secara total telah membebaskan beliau.



“Apakah saya perlu memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Majlis Tertinggi UMNO dan kesannya saya akan dipecat seumur hidup? Saya rasa mungkin tiba masanya menentukan hala tuju politik saya kerana UMNO seolah-olah sudah menutup pintu dan mencari pelbagai alasan untuk membunuh kerjaya politik saya,” ujar Suhaili yang sudah mula menggerakkan jenteranya untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sejak Suhaili digantung daripada jawatannya pada 8 Mei 2009, sehari selepas beliau didakwa di mahkamah ‘Kangaroo UMNO’ atas tuduhan yang dipinda beberapa kali; daripada Kad Pengenalan Palsu dan Akta Kebankrapan; beliau telah melalui kehidupan yang sukar dan bersabar dengan pelbagai dugaan hidup termasuk kematian isterinya.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa jawatan seseorang pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan.

Namun kata Presiden UMNO tidak dikotakan oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Suhaili telah dibebaskan daripada tuduhan Akta Kebankrapan pada 27 September 2010, namun Suhaili bagaikan dipasung mati kerana Majlis Tertinggi enggan membenarkan beliau memegang jawatan yang dimenangi secara sah.

“Memang ada tangan ghaib di dalam UMNO yang mengotorkan tangan Presiden UMNO, tapi belum tiba masanya untuk saya dedahkan; melainkan jika terpaksa,” ujar Suhaili mengulangi amarannya yang tidak teragak-agak untuk bertindak di sebaliknya jika masa hadapan politiknya cuba dimusnahkan.

Kata Suhaili, Rahim Tamby Chik juga pernah menghadapi isu yang sama dengan beliau namun setelah kesnya selesai, maka UMNO memulangkan semula jawatan beliau ketika itu, tetapi UMNO mengamalkan ‘Double Standard’ dalam kes beliau.

“Saya kesal kerana ramai ahli UMNO Labuan telah meninggalkan parti kerana kecewa dengan sikap pemimpin UMNO yang menganiaya saya, tetapi saya yakin mereka akan tetap bersama saya, tanpa mengira parti apa pun yang saya sertai,” ujar Suhaili penuh yakin.

Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)

18 comments:
Write comments
  1. Pak Lah dijatuhkan oleh Mahathir kerana memberhentikan projek jambatan besar Mahathir itu.

    ReplyDelete
  2. ini hanylah kbar angin sahaja. tp dalam politik perkara seperti ni sering berlaku.

    ReplyDelete
  3. ada tangan ghaib mahu jatuhkan presiden? mungkin ini cuma khabar angin saja.

    ReplyDelete
  4. adalah lebih baik jika semua pihak menumpukan terhadap kepentingan dan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Suhaili diisytihar muflis melalui perintah mahkamah pada 3 April 1993 dan dilepaskan daripada kebankrapan pada 9 Mei 1997, dan beliau mengaku bersalah menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad. dengan rekod penipuan beliau sebelum ini, tidak mustahil untuk meneruskan kerjaya politik beliau sanggup menipu rakyat.

    ReplyDelete
  6. “Saya kesal kerana ramai ahli UMNO Labuan telah meninggalkan parti kerana kecewa dengan sikap pemimpin UMNO yang menganiaya saya,"

    masih banyak faktor lain yang menyebabkan mereka keluar..

    ReplyDelete
  7. betulkah memang ada tangan ghaib? mengapa tidak dedahkan sahaja?

    ReplyDelete
  8. nampaknya suhaili ada agenda beliau yang tersendiri..

    ReplyDelete
  9. apa pun, kita tunggu dan lihat jika dakwaan tangan ghaib dari suhaili itu benar atau tidak..

    ReplyDelete
  10. Mungkin Suhaili hanya mahukan kuasa beliau. Itu sebab kenapa beliau mengatakan demikian.

    ReplyDelete
  11. This sort of things happens to every leader in the world. There is always someone who will try to take them down.

    ReplyDelete
  12. Biasalah perkara seperti ini berlaku dalam bidang politik.

    ReplyDelete
  13. Ini namanya politik, perkara macam ini dah dijangka akan berlaku.

    ReplyDelete
  14. Siapa agaknya yang menghulurkan tangan ghaib?

    ReplyDelete
  15. Tangan ghaib bukan ghaib sebenarnya. Sememangnya ada orang yang mahu menjatuhkan PM, perkara biasa saja.

    ReplyDelete
  16. Jika sudah tahu tentang hal itu, tidak perlu berlengah lagi, segeralah bertindak dengan mengandakan usaha dan teruskan berdiri dengan teguh!!

    ReplyDelete
  17. Jangan sibuk untuk mencari di manakah tangan ghaib itu tetapi sibukkan lah diri untuk mempertahankan parti masing2.

    ReplyDelete
  18. Mungkin ada sebab dalaman mengapa mereka ingin menjatuhkan kamu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.