Friday, January 7, 2011

Menjelang pilihan raya: Aktivis, peguam ditangkap

Polis awal pagi ini menahan empat aktivis dan merampas beberapa CD dan VCD yang didakwa mempunyai unsur hasutan kepunyaan TV Sarawak Bebas dan Radio Free Sarawak, di Kuching dan Miri.

NONESetiausaha Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia) Nicholas Mujah dan peguam serta aktivis Abun Sui Anyit adalah antara mereka yang ditahan.

Kenyataan kedua-dua mereka dirakam oleh polis. Dua lagi yang ditahan polis di Kuching tanpa kenyataan mereka dirakamkan adalah aktivis sosial Ong Boon Keong dan pekerja Sadia, Nikodemus Singgai.

Enam anggota Kementerian dalam Negeri dan sekumpulan polis dari Cawangan Khas menyerbu pejabat Sadia dan mengelidahnya serta merampas 1,200 keping CD dan VCD selepas tengah malam semalam. Turut dirampas adalah dua mesin membuat salinan cakera berkenaan dan beberapa risalah promosi.

NONEMujah, Singgai dan Ong kemudian dibawa ke balai polis Satok di Kuching.

Beberapa jam kemudian, Mujah dipindahkan ke pejabat Kementerian Dalam Negeri di Kuching untuk disoal-siasat dan diberitahu dia disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Penapisan Filem.

Meskipun tidak didakwa, Mujah dikehendaki kembali ke balai polis itu dalam masa sebulan. Ketiga-tiga mereka akhirnya pulang ke rumah masing-masing sekitar jam 5.30 pagi ini.

NONESementara itu di Miri, Anyit ditahan sekumpulan polis di lapangan terbang Miri sekitar jam 8.30 malam apabila beliau tiba dari Kuching.

Beliau dilaporkan membawa 200 CD dan VCD yang sama ketika ditahan dan dimaklumkan bahawa bahan berkenaan berunsur hasutan.

Anyit kemudian dibawa ke balai polis Miri dan kenyataannya dirakamkan. Beliau diberitahau bahawa dia disiasat mengikut seksyen 4(1) Akta Hasutan dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

13 comments:
Write comments
  1. jika benar mereka mempunyai CD dan VCD yang didakwa mempunyai unsur hasutan maka tindakan polis memang wajar.

    ReplyDelete
  2. setiap individu perlulah lebih bertanggungjawab dan jangan sesekali terlibat dengan pekara yang mempunyai unsur hasutan.

    ReplyDelete
  3. membua sesuatu yang mempunyai unsur2 hasutan adalah satu kesalahan kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  4. mereka bernasib baik kerana tidak didakwa walaupun dikalangan mereka terdapat peguam yang terlibat yang sepatutnya lebih tahu undang2 dan peraturan dalam negara ini.

    ReplyDelete
  5. Bagusla mereka segera ditangkap jika tidak aktiviti mereka ini akan berkembang dengan cepat.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong tindakan polis jika dakwaan ini benar.

    ReplyDelete
  7. Sebolehnya elakkan diri daripada terlibat dgn sebarang aktiviti hasutan.

    ReplyDelete
  8. I will wait for further revealings after this regarding of this issue.

    ReplyDelete
  9. Ini bermakna polis juga melakukan peninjauan yang menyeruh sehingga berjaya menangkap mereka.

    ReplyDelete
  10. Harap janganlah melakukan hasutan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. Wajar kita menunggu hasil penyiasatan.

    ReplyDelete
  12. Good thing they are caught. Good job done by the police.

    ReplyDelete
  13. Tunggulah PRU-13.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.